Monday, 1 June 2015

Elok2 Melayu Nak Bangunkan Tanah, 1MDB Pi Sauk .... Sekarang Apa Dah Jadi ?

Elok2 Melayu Nak Bangunkan Tanah, 1MDB Pi Sauk .... Sekarang Apa Dah Jadi ?

Saturday, May 30, 201527comments


Ingat tadi nak sambung sikit dari mana saya stop di artikel sebelum ini, babbantuan USD1 bil yang diterima oleh 1MDB bagi membayar hutang segera ..... tapi terpanggil untuk dahulukan komen artikel dari link yang saya terima melalui emel sebentar tadi. 

Artikel dari Malaysia Property News yang copy dari Business Times, bertarikh 9 Oktober 2010 mengenai pembangunan di tanah KLIFD..... yang sekarang kita kenali sebagai TRX.

Yang buat saya tertarik tu sebab artikel dimulakan dengan perkataan ABU Dhabi ! 

2010 ... Abu Dhabi -1MDB ? ?  Actually, bukan itu yang saya nak tulis kali ini tapi bagus juga kita tahu yang hubungan 1MDB-Abudhabi ini sudah terjalin dari awal penubuhannya lagi. 

Sikit2 Abudhabi .... pusing2 balik Abudhabi juga ... hmmmm kena buat kajian ni. Kita bincang lagi Abudhabi Connection ni lain kali, memang menarik ...

Balik pada artikel tadi - 

The collaboration was first scheduled to be announced at an event on May 29 this year, with the attendance of General Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan, the Crown Prince of Abu Dhabi, and Deputy Supreme Commander of the United Arab Emirates Armed Forces.

However, on May 27, invited guests were notified that the event had been postponed. No reasons were given. But checks with the Kuala Lumpur Land and Mines office indicate that a tussle may have occured over the Dataran Perdana land.

One of titles on the land states that Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) (previously Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd) had placed a caveat on the land on May 7 2010, just 22 days prior to the event. 
  
Pelancaran majlis nak mengumumkan kerjasama 1MDB-Abudhabi dalam memajukan tanah TRX terpaksa ditunda kerana tanah TRX itu sudah ada caveat ( lebihkurang maksudnya dah dituntut, atau kena minta persetujuan mahkamah dan pihak yang buat caveat itu terlebih dahulu sebelum boleh dilakukan apa2 ke atas tanah itu )

PHB, set up following the tabling of the 2006 Budget, was said as being in the process of buying several prime properties, including Dataran Perdana. It was to issue capital market instruments, such as real estate investment trusts, in future to provide investment opportunities for Bumiputera investors.

Katanya, Pelaburan Hartanah Bumputera sudah merancang nak membangunkan TRX bagi memberi peluang perniagaan/pelaburan kepada Bumiputera. 

PHB, however, withdrew the caveat on September 20 2010, and on Monday, 1MDB itself placed a caveat on the land, indicating that it had been handed over to it for development of the KLIFD project.

Tetiba caveat itu ditarik balik dan sepantas kilat pihak 1MDB pula yang ganti letak caveat di tanah itu. Maknanya, hak ke atas tanah TRX telah diambil dari Bumputera untuk diberikan kepada 1MDB.

Kalau waktu itu kecoh, mungkin alasan yang diberikan adalah untuk beri peluang 1MDB memperjuangkan hak Melayu di TRX ! Sama saja.... beri PHB atau 1MDB sebab hak Melayu tetap terjaga..... kan ? Tak kisahlah kalau dijual mural giler pun .... yang penting, demi bangsa !

5 tahun kemudian ......  apa dah jadi pada pemilikan tanah TRX ? Mereka yang pro 1MDB pula yang bising memuji2 Tabung Haji kerana mempertahankan hak Melayu ke atas tanah TRX seluas 0.63 hektar.

Ya, bagus Tabung Haji, Tahniah ! Kalau tidak, hampir seluruh 30 hektar itu akan bertukar milik ke bangsa asing.

Mereka yang memuji2 TH itu tak nak kata apa2 ke kepada 1MDB ? Masih nak kata yang 1MDB pertahankan hak Melayu ? Tang mana tu cer cerita ....


PS - Sebenarnya bagus dan saya anggap kawan seperjuangan mereka yang memuji tindakan TH beli tanah TRX sebab secara tak langsung mereka juga turut risau dengan 1MDB yang akan gadaikan tanah Melayu di TRX ! TH telah selamatkan sebahagian TRX dari dijual oleh 1MDB kepada bangsa asing ! Kalau diberi balik pada 1MDB, habislah ...... Kan ? kan ?

No comments:

Post a Comment