Wednesday, 10 June 2015
Bank Negara perlu bongkar ke mana RM42 bilion wang 1MDB
Bank Negara perlu bongkar ke mana RM42 bilion wang 1MDB
Suarakami-Blogger
Bank Negara Malaysia perlu menyenaraikan perbelanjaan terpeinci hutang yang ditanggung syarikat 1Malaysia Development Berhad sebanyak RM42 bilion.
Siasatan itu perlu dilakukan sehingga satu laporan dibentangkan di parlimen dan 1MDB perlu didakwa sekiranya dana yang dipinjam atau dilaburkan berlainan dari kelulusan awal Bank Negara.
Mengalu-alukan siasasatn tersebut, pengumuman BNM itu dibuat pada hari sama 1MDB mengumumkan perbelanjaannya semalam.
Daripada RM42 bilion hutang bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014, hanya RM19.7 bilion boleh dipadankan dengan aset nyata dan boleh dijual semula.
Jumlah itu terdiri daripada pembelian penjana bebas (IPP) daripada jutawan Tan Sri Ananda Krishnan dan Genting yang menelan belanja RM18 bilion dan pembelian tanah kerajaan berjumlah RM1.7 bilion.
Pembelian IPP itu dikhuatiri merugikan rakyat berdasarkan laporan media yang menyebut harga yang dibayar kepada mereka lebih tinggi daripada harga pasaran.
“Pengumuman 1MDB mengesahkan bahawa bukan sahaja 1MDB membeli pada harga yang lebih mahal malah turut menanggung hutang RM6 bilion dari syarikat-syarikat itu.
Jumlah RM15.4 bilion dalam syarikat-syarikat yang tidak dapat dipastikan aktiviti perniagaan atau asetnya iaitu Brazen Sky, Aabar dan 1MDB GIL mengesahkan bahawa 1MDB tidak boleh menerangkan ke mana wang itu dibelanjakan.
“Jika syarikat-syarikat ini mempunyai bangunan, kilang, tanah, saham dan lain-lain maka sudah tentu 1MDB boleh menunjukkan aset-aset ini untuk mematikan sebarang spekulasi
“Hakikatnya, kenyataan 1MDB hanya mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya separuh dari RM42 bilion itu telah dibelanjakan bagi tujuan yang diragui dan mungkin bertentangan dari kelulusan awal Bank Negara Malaysia.
“Oleh yang demikian, diharap Bank Negara Malaysia menyiasat sehinggalah satu laporan dapat dibentangkan di Parlimen untuk menyenaraikan semua perbelanjaan secara terperinci yang melibatkan hutang RM42 bilion itu.
Halo, Ramadan adalah di sini sudah tidak anda berfikir ia adalah masa untuk mendapatkan berkah dari Allah boleh conected hari ini dan anda pasti akan bahagia dengan kasih karunia Allah.
ReplyDeleteNama saya adalah Cynthia Johnson. kita gadai janji, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman Hotel, tawaran komersial Umum Mr John Carlson, orang harus mengemas kini semua situasi kewangan di dunia / syarikat untuk membantu mereka yang berdaftar pemberi pinjaman wang pinjaman peribadi, pinjaman, kredit pembinaan, rendah kadar faedah 2% dll kredit modal, pinjaman perniagaan dan pinjaman kredit buruk bekerja, start up. Kami membiayai projek di tangan dan syarikat anda / rakan kongsi dan saya juga ingin menawarkan pinjaman peribadi untuk pelanggan mereka. hubungi kami melalui e-mel untuk maklumat lebih lanjut: cynthiajohnsonloancompany@gmail.com