Friday, 5 June 2015
1 JUTA DITAWARKAN, AMBILLAH PELUANG INI KALAU BOLEH MEMBUKTIKAN SALAH LAKU TUN.
CYBERJAYA 4 Jun -
Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak gentar jika pembangkang mahu mendedahkan dokumen-dokumen kewangan kerajaan sepanjang 22 tahun pemerintahannya sebagai Perdana Menteri.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, Penasihat DAP, Lim Kit Siang boleh melakukan apa sahaja yang beliau suka dan membuka mana-mana dokumen yang didakwa berlakunya skandal kewangan.
"Buatlah apa yang dia mahu, kalau nak buka dokumen sekarang pun boleh, dulu masa Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) menjadi Perdana Menteri pun, Kit Siang sudah bawa saya ke mahkamah melibatkan beberapa kes yang mereka tidak puas hati.
"Saya tidak takut apa-apa pun, jika mereka nak dedah sekarang pun boleh, tak perlu tunggu sehingga pembangkang memerintah," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan KRU Academy di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Kit Siang bahawa bekas Perdana Menteri keempat itu khuatir jika pembangkang mengambil alih Putrajaya kerana skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya bakal didedahkan.
Ahli Parlimen Ipoh Timur itu dalam laporan sebuah portal berita hari ini berkata, dakwaan tersebut dibuat ekoran tindakan Dr. Mahathir yang akhir-akhir ini semakin agresif mengeluarkan kenyataan keras mengkritik pembangkang.
No comments:
Post a Comment