Monday, 18 May 2015

TUN KENA KENCING DENGAN SPEAKER DEWAN RAKYAT.

Speaker Dewan Rakyat malukan saya: Tun Dr Mahathir

tun m-1
PUTRAJAYA, Isnin – Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bertujuan memalukan beliau.
Beliau berkata, Pandikar Amin telah datang berjumpa beliau tanpa diminta dan mengadu rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Dia memalukan saya dengan berkata dia tak letak jawatan‎ sedangkan dia datang jumpa saya. Bukan saya suruh dia…dia datang jumpa saya. Dia menceritakan tentang perasaan tidak puas hati dengan Datuk Seri Najib dan dia kata dia nak letak jawatan.
“Bahkan dia kata, dia tak jadi Speaker dah. Itu yang dia cerita pada saya. Dia cerita sedikitlah tentang perasaan tak puas hati dia dengan layanan Parlimen terhadap dia sebagai Speaker,” katanya.
Tun Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku terbaru beliau ‘Dr Mahathir’s Selected Letters to World Leaders’, di Yayasan Perdana di sini, hari ini.
pandikar
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia
Sebelum ini, pada Bicara Negarawan di Ipoh, Tun Dr Mahathir memberitahu hadirin bahawa Speker Dewan Rakyat telah meletak jawatan dan digantikan oleh timbalannya.
Bagaimanapun, sehari kemudian Pandikar Amin menafikan beliau meletak jawatan.
Sambil menyifatkan penafian Pandikar Amin itu seolah-olah menuduh dirinya menipu, Tun Dr Mahathir berkata, Pandikar sendiri yang memaklumkan bahawa beliau telah menghantar surat meletak jawatan kepada Najib.
“Lepas itu, dia tanya saya apa yang dia perlu buat, saya kata kalau awak nak ‘resign’…resign’ lah. Saya percaya bahawa dia… dia kata dia bagi surat dah pada Najib kata dia nak letak jawatan‎.
“Jadi, saya cuma ulang apa yang dia kata. Tapi, dia kata macam saya ini bohong. Ini tidak baiklah. Malulah saya,” katanya.

No comments:

Post a Comment