Wednesday, 13 May 2015

TERLALU BANYAK CENGKADAK KISAH NAJIB DENGAN 1MDB INI.

1MDB - Macam-macam Ada !

Wednesday, May 13, 2015


Baru ni Rafizi timbulkan isu hutang 1MDB hampir USD1 bil  atau RM3.52 bil yang bakal menjelma tarikh matangnya pada bulan September, lagi 4 bulan ! Hari ini berita itu disahkan oleh Businesstimes Singapore dengancaptionnya yang lebihkurang membawa maksud -  Jika pinjaman itu sangkut maka jumlah hutang 1MDB RM42b pun mungkin akan sangkut juga !

Laporannya ada di TMI - KLiK. Menariknya, rupa-rupanya pinjaman itu dicagar menggunakan baki wang Cayman yang KONONNYA telah diparking di BSI Singapura, wang yang Najib kata payah nak bawa masuk sebab peraturan Bank Negara yang banyak songeh.

Konsortium 6 bank yang diketuai oleh Deutcshe Bank sudah goyang bila dapat tahu cerita yang mencurigakan mengenai apa yang sebenarnya ada dalam akaun BSI itu dan berkira2 mahu menuntut hutang itu dibayar balik lebih awal.


 
Business Times melaporkan enam bank tersebut mula risau ekoran dokumen cagaran Brazen Sky didakwa "tidak lengkap" kerana tidak memenuhi syaratnya, dan ini membolehkan konsortium bank tersebut menuntut hutang lebih awal sebelum akhir Ogos.

 
"Susulan kontroversi ini, apa yang pada awalnya dianggap sebuah pinjaman yang bersandarkan cagaran yang amat ketat kini membimbangkan bank," kata akhbar itu memetik sumber.


Pinjaman USD 1 Bil ini pernah dilapor oleh TMI dulu dan ada saya komen pada 31 Januari lalu - KLiK.


Untuk bacaan tambahan yang menarik kaitannya pinjaman USD1 bil ini dengan wang Cayman yang dikait dengan Option IPP milik syarikat Aabar yang ditebus oleh 1MDB, sila KLiK. Memang ligat otak mereka yang dibelakang semua belit2 ni ....

Apapun, JANGAN GUNA DANA AWAM UNTUK BAIL OUT 1MDB !

                                          *********************************

Semalam heboh dalam Wassup grup bila TV3 bersungguh2 menghentam Tun Mahathir ! Begitu semangatnya TV3 memberi ruang masa yang cukup panjang kepada bekas bos  Dap Tunku Aziz untuk menyerang Tun Mahathir. Rata2 MENYAMPAH dengan aksi TV3 !

Saya tak lihat jadi tak boleh nak komen panjang cuma berdasarkan komen2 rakan, rasanya Najib dan TV3 dah OVER sangat ketahap ia bakal memakan diri. Sekarang orang dah mula rasa pelik dengan cara Najib menyerang Tun Mahathir sebab tampak begitu desperate / terdesak.


Ramai yang sudah mula pertikaikan KENAPA Tun Mahathir yang diserang kalau isunya adalah mengenai 1MDB ? Jawab jerlah soalan2 itu, yang pi serang Tun bersungguh2 ngat tu kenapa ? Baca -  Apa yang para penCACAI Najib MARAH sangat kat TUN DR. Mahathir seBENARnya?
  
Cara pengurusan masalah Najib ..... bagus kah ? Baca - Kluangman..

Sifu blogger saya - Jebat Must Die juga sudah mula kembali aktif menulis ! YESSSS !! Baca nukilan beliau yang memperkatakan mengenai pendirian pemimpin2 Umno yang flip flop dalam isu 1MDB ini -  Umno’s unprincipled leaders and their followers
   
                                        ********************************

Nak dengar secara audio apa yang Matsaid cakap semalam mengenai rancangan 1MDB mahu cagar minyak Terengganu -




                                     *********************************

Last sekali, ingat Datuk Khairuddin yang teruk kena belasah ngan Umno sebab dia buat repot Polis mengenai perjalanan 1MDB dulu ? Hmmmm ..... sekarang bila ramai pemimpin2 Umno lain turut sama mempertikaikan 1MDB dan minta ia segera disiasat, kenapa mereka tidak diserang sama ek? 

Baca artikel terbaru beliau - 

Najib Dan UMNO Jangan Jadi Bacul, Berdepanlah Dengan Tun Dr Mahathir !




No comments:

Post a Comment