Saturday, 16 May 2015
SEJARAH DAN ASAL USUL NORMAH MANSOR.( CERITA LAMA)
Sejarah dan asal usul Rosmah Mansor
SUARAKAMI 05:10 BLOGGER
Dalam posting wa yang sini dan sini, wa cuma nak jelaskan bahawa yang sepatutnya menjadi isteri pertama PM Najib bukan lah Rosmah Mansor seperti yang di ketahui kini.
Oleh itu, wa korek pulak siapakah wanita 'hebat' yang berjaya merampas PM Najib dari tangan isterinya yang sah, malah PM Najib sanggup meninggalkan anak bini dia hanya kerana ingin membina hidup bersama Rosmah Mansor.
Datin Paduka Seri Hajah Rosmah Mansor ialah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-6 Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Abdul Razak namun beliau bukanlah isteri yang pertama bagi PM Najib. Beliau dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 1951. Beliau merupakan canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL) semasa di era pemerintahan Umno/BN di Selangor dulu.
Beliau merupakan isteri yang kedua bagi PM Najib. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak, Norashman dan Nooryana Narjawa. Beliau jugak mempunyai seorang anak, Azrene Soraya hasil daripada perkahwinan beliau yang pertama dengan Farith Ismeth Amir, pembaca berita Dunia Jam 10 di RTM.
Ibu beliau berasal dari Kampung Mertang, Seri Menanti, Negeri Sembilan. Ramai yang tidak mengetahui kisah sebenarnya bagaimana Rosmah Mansor berjaya mendapatkan PM Najib dari bekas isterinya, Tengku Puteri Zainah iaitu seorang kerabat raja sebuah negeri di Pantai Timur.
Ketika itu PM Najib adalah MB Pahang pada usia yang terlalu muda. Menurut maklumat, Rosmah Mansor senantiasa berkunjung ke pejabat MB Pahang untuk bertemu PM Najib. Beliau dibawa oleh rakan karibnya iaitu Datuk Maznah Mazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri dan ADUN Muadzam Shah. Khabarnya, boleh dikatakan setiap hari Rosmah Mansor akan mengadap PM Najib, dan setiap kali itulah jugak lah hanya Rosmah yang dibenarkan naik ke Pejabat MB Pahang, lain-lain orang tidak dibenarkan masuk.
Kejadian dan mungkin boleh di kategorikan sebagai skandal itu berlaku agak lama, hinggakan PM Najib ketika itu terpaksa mengarahkan pihak-pihak tertentu untuk mengalihkan kenderaan rasmi MB untuk membuktikan bahawa beliau tiada di pejabat setiap kali Rosmah Mansor datang. Peliknya, Maznah hanya menunggu di lobi Wisma Sri Pahang tempat kejadian ini berlaku.
Hubungan pelik Rosmah Mansor yang datang ke pejabat ini berlarutan agak lama, hinggalah ditemui isteri PM Najib dikatakan terkena penyakit misteri yang sukar diubati.
Maka dengan alasan itu akhirnya, PM Najib menceraikan isterinya dan sanggup berkahwin dengan Rosmah Mansor setelah membayar sekian harga kepada pemilik Rosmah Mansor yang sah ketika itu. Entah berapa harga yang telah dibayar oleh PM Najib pun tidak pasti, mungkin ratus ribu RM atau juta RM agaknya.
Akhirnya berjayalah Rosmah Mansor memiliki PM Najib, dan menurut maklumat maka bermulalah agenda Rosmah Mansor untuk menjadi orang nombor satu. Ini didedahkan kepada rakan-rakan rapatnya dan juga Maznah Mazlan.
Berbanggalah Rosmah Mansor kerana memiliki lelaki seperti PM Najib Razak, seorang anak bekas Perdana Menteri yang amat disayangi rakyat satu ketika dulu. Hasratnya untuk menjadi wanita nombor satu tercapai seketika tatkala isteri bekas Perdana Menteri Pak Lah, iaitu Hindon meninggal dunia akibat penyakit barahnya.
Namun, perjalanan Rosmah Mansor sedikit terhalang selepas Pak Lah berkahwin kali kedua dengan Jeane Abdullah. Akhirnya hajat itu terbantut, namun usahanya tetap berjalan. Rosmah Mansor terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang langkah PM Najib pasti akan diketepikan.
Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi. Perjalanan Rosmah Mansor sedikit terencat dengan isu-isu ini. Namun, baginya perjalanan semakin hampir cuma masanya belum tiba.
Akhirnya kini, Rosmah Mansor sudah hampir berada dikemuncaknya. Kelibat beliau lebih hebat dari mana-mana isteri raja-raja Melayu atau Perdana Menteri sebelum ini. Kemana PM Najib pergi, maka beliau tetap akan mengekorinya.
Beliau terlalu marah jika wajahnya tidak dipaparkan di media ketika beliau berada bersama PM Najib dalam mana-mana acara rasmi. Pernah terjadi sebuah stesyen televisyen swasta di beri surat "tunjuk sebab", gara-gara mengambil gambar PM Najib dengan ternampak hanya tangannya sahaja di kaca TV.
Rosmah Mansor tidak suka ini terjadi, beliau memberi amaran "tunggulah beliau jadi wanita nombor satu negara nanti". Katanya itu masih terpahat di minda dikalangan wartawan media terbabit. Mereka takut dengan amaran Rosmah Mansor. Beliau kini sedang mengatur strategi agar tidak ada orang yang menggagalkan rancangannya itu.
Jika ada pasti "dipastikan" mereka akan gagal termasuklah Pak Lah, Anwar dan lain-lain lagi. Masa semakin tipis dan beliau harus berwaspada. Khabarnya beliau sudah mula berangan-angan untuk berada di Pejabat Perdana Menteri, bukannya PM Najib.
Bagi memastikan semua pihak berbuat baik dengannya, maka beliau telah membelikan jam-jam tangan yang nilainya jutaan ringgit untuk diberikan kepada isteri-isteri pembesar negara dan raja-raja Melayu. Beliau sanggup lakukan semua ini demi mendapat sokongan dan yakin PM Najib akan menjadi orang nombor satu negara dan beliau bakal ditabalkan sebagai "wanita nombor satu".
Apakah hasratnya itu akan tercapai?.
Rakyat dapat membayangkan, apakah akan terjadi jika beliau berjaya dengan impiannya ini?. Ada yang gusar dan takut apakah yang akan berlaku kepada rakyat terutamanya musuh PM Najib dalam pakatan pembangkang.
Terdapat juga khabar angin mengatakan Tun Madey ada memberi "kata dua" kepada PM Najib, jika beliau ingin mengejar impiannya itu beliau harus "lepaskan Rosmah". Ini kerana Tun Madey tahu siapa Rosmah Mansor dan apakah kaitannya dengan skandal-skandal yang dimaksudkan. Apapun, sama-samalah kita nantikan perjalanan Rosmah sebagai "wanita nombor satu" selepas ini.
No comments:
Post a Comment