Wednesday, 20 May 2015

PARA PENYIASAT MERUMUSKAN IMDB MENIPU.

Para Penyiasat Merumuskan bahawa 1MDB “Menipu” Dan “Memalsukan Dokumen” Kepada Bank Negara, Duetsche Bank Dan Pihak-Pihak Lain EKSKLUSIF
THIS POST IS ALSO AVAILABLE IN: ENGLISH, IBAN
CEO 1MDB, Arul Kanda telah dinamakan dalam siasatan ke atas dokumen-dokumen yang dihantarnya sebagai dokumen-dokumen palsu, bagi pihak 1MDB. Namun, dia tiba dalam bulan Januari hanya untuk menemui semua komputer dan rekod-rekod telah dibersihkan – maka siapakah yang memberikannya bahan-bahan yang telah dipaslukan?
Para penyiasat skandal usahasama 2009 1MDB dengan syarikat PetroSaudi International (PSI) telah merumuskan bahawa usahasama itu telah membohongi bank-bank terbabit termasuk Bank Negara Malaysia dengan mengesahkan bahawa syarikat Good Star Limited adalah anak syarikatnya 100%.
Pada hakikatnya Good Star Limited adalah pihak ketiga, dikawal oleh seorang ahli perniagaan muda, rakan rapat dengan Perdana Menteri Najib Razak, Jho Low, yang pernah kami dedahkan sebagai individu yang berperanan penting membuat keputusan dan menguruskan pelaburan dalam 1MDB.
Kesalahan sedemikian boleh menyebabkan pesalah dihukum atas tuduhan “menipu”, kata para penyiasat menerusi laporan mereka yang ada pada kami.
Kesalahan [1MDB], menurut dokumen itu, termasuk:
“Menipu Bank 2 dengan menyatakan bahawa akaun di bank RBS Coutts adalah milik syarikat induk PetroSaudi [PetroSaudi International]”
Pada keadaan yang berasingan para penyiasat merumuskan bahawa semasa pemindahan USD$700 juta yang kononnya untuk ‘membayar balik pinjaman’ kepada PetroSaudi 1MBD “boleh” dianggap sebagai melakukan kesalahan:
“Menipu Bank 1 dengan mengesahkan bahawa Good Star adalah 100% milik 1MDB PetroSaudi”.
Kertas-kertas laporan yang ada pada Sarawak Report menunjukkan bahawa para penyiasat telah mengenalpasti sekurang-kurangnya pada tiga keadaan di mana kesalahan ini dilakukan, yang boleh dijatuhkan hukuman sewajarnya.
Khasnya, seperti dirumuskan oleh para penyiasat bahawa wang yang dipindahkan dalam usahasama itu telah:
“tidak digunakan pada tujuannya di bawah peraturan FEA jika 1MDB PetroSaudi gagal menunjukkan yang wang itu telah dipindahkan dari Good Star kepada usahasama itu.”
Sebenarnya, maklumat berdokumentasi seterusnya yang dihantar kepada Sarawak Report menunjukkan bahawa USD$500 juta telah dihantar dari Good Star kepada sebuah akaun bank Swiss, BSI Singapura, yang dimiliki oleh Jho Low.
Pada hari Jho Low dilaporkan telah membeli dua buah rumah penthouse di Singapura dengan nilai bersama berjumlah RM154 juta, yang merupakan salah satu dari beberapa perbelanjaan bersyak di seluruh dunia.
Para penyiasat juga berjaya mendapati bukti bahawa USD$260 juta dari pinjaman berjumlah USD$500, yang seharusnya dimasukkan ke dalam usahasama itu, telah dilencongkan untuk membeli bank UBG pegangan keluarga Taib Mahmud.
“Kami sedang menyiasat sama ada wang (USD$260 juta itu) telah digunakan untuk membeli saham-saham UBG menerusi Javace Sdn Bhd. Jika ianya benar [maka 1MDB] telah melanggar peraturan-peraturan FEA dan boleh dikatakan menipu Bank Negara Malaysia”, menurut laporan itu, kerana ini bukanlah tujuan asal pinjaman dan pemberi pinjaman wang itu.

No comments:

Post a Comment