Najib terus kutip cukai 'tersembunyi'
SUARAKAMI 21:11 BLOGGER , FEATURED
Najib terus kutip cukai 'tersembunyi' pembelian petrol dan diesel RM1.149 bilion? Rakyat perlu bijak menilai...
Najib Razak terus kutip cukai ke atas pembelian petrol dan diesel. Setakat ini telah dikutip RM1.149 bilion. Rakyat perlu bijak menilai. Sebarkan!
Saya menyeru Dato’ Seri Najib Tun Razak menjawab isu-isu berkaitan harga minyak yang dibawa selama ini iaitu:
1. Menghentikan cukai tersembunyi yang dikutip di atas pembelian petrol dan diesel yang sehingga kini telah mencecah RM1.149 bilion
2. Menubuhkan Tabung Penstabilan Harga Minyak dengan menggunakan cukai tersembunyi RM1.149 bilion yang telah dikutip untuk digunakan pada masa harga petrol dan diesel kembali naik
3. Menyemak harga pasaran terkini petrol dan diesel pada setiap minggu untuk mengelakkan rakyat terus membayar jauh lebih tinggi dari harga pasaran dan menghentikan cukai tersembunyi akibat perbezaan harga itu
4. Mengarahkan syarikat-syarikat minyak supaya stok petrol dan diesel dijual secara stok konsainan (consignment stock) kepada stesen minyak untuk mengelakkan kerugian yang berterusan setiap kali ada pertukaran harga
5. Menghentikan cukai jualan ke atas pembelian petrol dan diesel oleh sektor pengilang dan industri seperti yang dilaksanakan bermula 1 Januari 2015 kerana itu meningkatkan kos industri dan seterusnya menghalang harga barang diturunkan
Sehingga kini tidak ada seorang pemimpin BN pun yang menafikan perkara-perkara ini lantas mengesahkan ia adalah benar. Tindakan mencukai rakyat melalui pembelian petrol dan diesel pada ketika ekonomi negara semakin teruk melambangkan keterdesakan kewangan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.
No comments:
Post a Comment