Najib perlu perjelas sudah 'kantoi' atau tak
SUARAKAMI 23:28 NEWS
Parlimen digesa gantung perbahasan berkaitan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) segera dan memberi laluan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan peranannya dalam kontroversi berkaitan 1MDB.
Pembangkang membuat gesaan itu susulan laporan bahawa kelulusan perdana menteri diperlukan untuk sebarang komitmen kewangan pelopor 1MDB, Terengganu Investment Authority (TIA), dan sama ada peraturan itu masih terpakai.
Jika perkara itu benar Najib ternyata berpura-pura di Parlimen dan kepada orang awam dengan berkata beliau tidak bertanggungjawab terhadap operasi harian 1MDB dan hanya mempengerusikan lembaga penasihat syarikat itu.
“Ini mungkin kali pertama dalam sejarah negara apabila perdana menteri 'kantoi' berpura-pura besar,” katanya.
Pembangkang mencadangkan undi tidak percaya di Parlimen sama ada beliau patut kekal sebagai perdana menteri.
No comments:
Post a Comment