Sunday, 24 May 2015
NAJIB ADALAH PM YANG PALING KAYA
Najib PM Yang Sangat "Paling" Kaya
SUARAKAMI 10:24 BLOGGER , FEATURED
Semua orang harus tahu, najib bolehlah disifatkan sebagai perdana menteri paling kaya abad ini, mana tidaknya, tengok saja apa yang najib lakukan dalam tempoh beberapa tahun dia menjadi Perdana menteri.
Sebab itulah jangan pelik kalau najib nei disanjung (oleh cai umno dan pencinta lembu ), kita dapat lihat pembodek-pembodek tegar tidak lupa cium dan jilat tangan najib bila bersalaman, lagi pun najib tak kisah sangat tangannya basah dicium pembodek tegar.. itu satu penghormatan buat najib.
Cerita pasal najib kaya, memanglah najib itu kaya, najib bukan anak orang miskin macam kita semua walaupun najib pernah menari dengan diiringi bait -bait lirik "aku anak orang miskin", najib itu kan anak seorang perdana menteri.
Jadi janganlah marah najib kalau dia tak paham kesusahan orang kampung, tak dapat menjiwai apa yang rakyat macam kita rasa, najib takkan paham dia bukan "anak orang miskin".
Jadi tidak lah hairan bila najib belanja lebih RM80,000,00 untuk sambutan hari jadinya, belanja ratus ribu untuk majlis tunang anak perempuannya dengan seorang lelaki "luar negara" ( lelaki dalam negara low class agaknya ). kah..kah..kah.
lihat saja bini najib, memang layak la berbaju cantik bergaya dengan beg berkin, walaupun kita tak tahu sangat asal usul rosmah, tapi sebagai isteri anak bekas perdana menteri takkan nak berpakaiaan macam orang biasa-biasa, nanti kalau pergi majlis orang tak kenal pulak. ( nak kenal cari je yg rendahx2 rambut kembang ) kah..kah..kah.
Dengan pelbagai durian runtuh ( sebut rasuah ) yang diumumkan sebelum pilihanraya nei, dengan banyak program hiburan khas untuk remaja dan orang tua rasa lambat lagi mati, tarian K-pop dan pertandingan lumba kereta langgar orang terbukti najib punya banyak duit untuk bayar semua program tu.
Apa lagi dengan kebanjiran gambar najib di banyak tempat seperti stesyen komuter, stesyen bas dan beberapa bangunan tinggi di Kuala lumpur menunjukkan najib ini kaya, setakat bayar wang "promosi diri" tak jadi masalah, kad raya pun dihantar hampir kepada semua orang.. banyak nya duit najib.
Bayangkan dengan semua BR1M yang ditabur-tabur tempoh hari berapa sudah wang habis dibelanjakan, najib kali ini nampaknya memang mahu sangat-sangat menang, berapa duit pun tak apa, najib sanggup bayar,
Jadi tak hairan la bila jawapan bertulis sidang parlimen kat bawah nei mendedahkan lagi berapa "duit" habis dibayar najib semata-mata mahu tinggal di rumah mewah perdana menteri yang besar itu,
Bayangkan dengan jumlah atas ni atau mungkin lebih lagi sebenarnya apa manafaat yang rakyat boleh dapat kalau najib "baik" hati untuk bersederhana, tak perlu pecah tombol pintu, lastik lampu, conteng dinding untuk kurangkan kos baik pulih kediaman.
Sebenarnya kalau dengan jumlah lebih RM 3 juta itu jika diberi kepada 'tukanglawan" sudah banyak rumah tukanglawan buat dan sewakan, berbanding dengan kos baik pulih saja , "tukanglawan" boleh memulihkan ekonomi jika tidak semua mungkin hampir setengah orang kampung tempat "tukanglawan" tinggal.
Ye kita tahu najib ini kaya raya, mana dapat duit tak perlu la kita tanya, anggap saja tiap kali najib bangun duit tersedia bawah bantal. tapi kos elektrik sampai 10 juta ringgit sebenarnya boleh dikurangkan lagi kalau tak perlu pasang lampu siang pagi malam dan petang, lebih baik lampu tu ditutup pada siang hari, maka kos akan kurang dari 10 juta kepada 5 juta, dengan lebihan 5 juta tu pun macam-macam "tukanglawan" boleh buat.. mana orang kampung yang tua-tua dan tak mampu tu. "tukanglawan" hantar pegi haji.
Ish... malas nak cerita pasal ekonomi dan kewangan ni, kalau "tukanglawan" nak tunjuk pandai, nanti najib kata negara boleh bangkrap pulak, jadi kita sebagai rakyat ( sebut hamba ) ni jangan cerita banyak, najib tu PM... negara ni dia punya, dia ada power nak buat apa pun, kerja kita senang je, pegi McD bayar cukai, beli prepaid bayar cukai, beli cili sos bayar cukai, berak cukai 30 sen, cakap lebih jangan sebab dari cukai tu la najib nak bayar semua kos dekat atas nei, dia PM kita kuli ( sebut hamba Abdi)
Nanti bila najib keluar dekat TV, jangan lupa peluk dan cium TV tu, anggap najib ni la yang bagi kita makan tau, kalau najib ni takde, abis semua orang kerja kerajaan takde kerja nanti, polis, bomba, FRU, SB semua kalau najib takde abis hidup diorang, anak bini tak makan... jadi kering cengkung lepas tu mati.. Ohhhh tidak.... takut tak.. takut kan... so kalau najib keluar TV.. cium TV tu.. kalau dengar najib dekat radio.. dengan penuh perasaan macam dilamun cinta ok....
Percayalah , kalau bukan sebab najib dan Bn ni,, mampus kita semua, diorang bagi kita makan, kita beli kereta pun Bn la yang bagi duit, dapat rumah selesa pun sebab Bn jugak...diorang bagi kita duit tiap-tiap bulan.
lagi.. anak kita belajar kat U, jadi doktor... semua sebab najib dan BN.. cuba tengok negara lain, mana ada yang adi doktor... mana ada yang jadi lawyer.. sebab takde BN..
kah..kah..kah... kita fikir balik ye, najib tu sapa... dia tu anak PM... sekarang dia PM.. kira negara ni dia la punya... lagi pun dia kaya.. sebab tu la tak pelik pencacai ciumx2 tangan dia takmo lepas, siap gesel idung lagi tepek cikit hingus.. dengan buat camtu la nanti diorang hidup senang lenang, najib bagi diorang duit...
Bila najib tengok je tangan dia ingan, ohh ni hingus papa gomo.. dekat sini hingus tun faisal, elauan dah bagi blom, projek dah luluskan blom.. kalau blom kena luluskan cepat..kah..kah..kah..
Kita rakyat ( sebut hamba ) ni cukuplah peluk TV keluar gambar najib, jangan tunjuk punggung pulak, mahkamah nanti..... mana tau dengan "berkat " peluk TV tu nanti rezeki bertambah-tambah... kan najib kaya ..
Cuma malangnya najib kaya sebab kita si hamba abdi nei.... kita je yang bodoh dan tak tau... sebab kita senang sangat kene tipu... kah..kah..kah.
http://myfunnyvideo.org/
ReplyDeleteRecommended Youtube Video For You!
* Tarian Giler
* Siapa tak ketawa memang tak normal
* Pembaca Berita Terlampau
* Cuba Jgn Gelak