Sunday, 17 May 2015

MEMANG MEMALUKAN JIKA INI CARA NAJIB MENJAWAP PERSOALAN.

Debat Tun Mahathir-Najib, Kalau Beginilah Cara Najib Jawab, Memang Najib Tak Akan Berani !!!

Monday, May 18, 20150 comments

Semalam riuh blogger ahjibgor meluahkan perasaan bangga yang tidak terkira mereka kerana ahjibgor DAH JAWAB setiap persoalan yang ditanya oleh Tun Mahathir melalui blog Najibrazak.com  . ( Mulanya saya ingat dah ditarik balik artikel itu, rupanya linknya sudah ditukar darinajibrazak.com/tun-m-faq/  kepada najibrazak/faq-2/ )

Tak cukup lagi ke ? ? tanya sesetengah mereka .... OK jom kita baca JAWAPAN ahjibgor mengenai 1MDB -

  1. It is unfair for certain politicians to convict the government in the court of public opinion way before the actual facts are laid down by lawful authorities, namely the Auditor-General and the bi-partisan Public Accounts Committee (PAC).
  2. When concerns began to be raised, I wanted a detailed explanation, so I ordered the Auditor General and PAC to investigate 1MDB’s books. Anyone found guilty of embezzlement or misappropriation will be brought to justice.
  3. We are expecting the release of the preliminary report by Auditor General very soon. In the mean time, please do not speculate and form conclusions without the information that will be laid out by the Auditor General, who will provide a detailed report into 1MDB’s finances.
  4. We all want detailed answers but it is only proper to let the auditors do their job and tell us clearly what the situation really is. If we pre-empt it, we would be undermining them, as many others have done. This is not the proper procedure. If we are sincere in finding out the truth behind those allegations, we need to get the information from legitimate sources (like the Auditor General) and not third-party news portals or online blogs that might have hidden agendas. 
Tunggu laporan Ketua Audit Negara dan PAC ...... laaaa..... Banyak sangatlah jawapan ahjibgor ...



Dari Bernama - Apabila kebimbangan (mengenai 1MDB) dibangkitkan, saya mahukan penjelasan yang terperinci dan telah mengarahkan Ketua Audit Negara dan PAC menyiasat 1MDB.

Hmmmm ....sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, Najib pun terpaksa tunggu hasil siasatan audit ?

OKlah ... bagi isu2 yang membabitkan ketelusan transaksi kita tunggu audit tapi ada persoalan2 yang 1MDB sendiri boleh jawab sekarang. 

Contohnya, akaun 1MDB di BSI Singapura, kan Najib boleh jawab terus -Ya, saya sahkan duit itu adaSaya dah lihat penyatanya. Saya dah sahkan dengan BSI sendiri. Nah, lihat sendiri ...! Sebab beliau juga yang berikan jawapan bertulis di Parlimen dulu yang duit itu ada. Kenapa sekarang dah tak boleh nak jawab begitu ? 

Logikkan .... kenapa nak tunggu audit dan biarkan persepsi berleluasa padahal jawapan boleh diberi sekarang ? Audit akan lihat penyata yang sama juga .... kan ? 

Ada satu artikel TMI dua hari lepas yang menarik untuk saya sebut di sini (KLiK) - 


"The RM42 billion is not lost. There, the 70 acres TRX and 500 acres Bandar Malaysia lands," said Najib, in front of hundreds of Umno Selangor members in Klang today.

"If I am a rich man, I would buy a land at the prime area because I know the value (of the land) in 20 years," he added.



RM42 Billion itu tidak lesap .... tu di sana .... 70 ekar tanah TRX  dan 500 ekar tanah Bandar Malaysia.

Betul ke Najib ada sebut begitu ? Lawak la kalau betul ! Samada Najib cuba memperbodohkan hadirin yang terdiri dari ahli Umno di Klang atau Najib sendiri memang blur.

Contoh mudah - Bijan diberi 10k, Bijan beli tanah bernilai 10k dengan harga murah giler di mana Bijan hanya bayar 1k saja. Bila ditanya apa yang dibeli dengan 10k itu, Bijan jawab - tu.... tanah 10k tu ...

Tapi Bijan cuma bayar 1k, mana perginya 9 k lagi ? Itu yang rakyat nak tahu. Kita nak tahu KOS bukan nilai semasa. Sebab KOS akan menjelaskan ke mana duit dibelanjakan. Oya, hutang bukan lagi RM42 bil tapi dah RM49 bil.

Kerja2 infra yang kononnya telah dibelanjakan atas tanah TRX pula adakah mencecah 27 billion ?

Soal IPP, kenapa dibeli dengan harga mahal dan kenapa tidak tunggu kontrak IPP tamat .... itu tak dijawab dalam blog Najib. Saya tak pasti apakah audit akan tanya 1MDB soalan sebegitu...

Kenapa kos Goldman Sach terlalu tinggi sehingga 10% ? Itupun tak dijawab. Harap audit jangan tak tanya...

Dari artikel TMI itu Najib juga berkata  Kalau saya hartawan, saya beli, sebab saya tahu nilai 20 tahun datang...  

Kalau dah tahu nilainya akan naik berkali ganda, kenapa 1MDB jual ? Takde duit nak majukan ?

Kalau takde duit nak majukan, kenapa tidak pulangkan saja kepada kerajaan .... demi menjaga Hak Bumiputera ke atas tanah itu ? Kerajaan pula kalau dah tahu 1MDB tak mampu nak majukan, kenapa tak ambil balik ?

Tak perlu nak bising2 kenapa syarikat luar beli, kenapa kita bising TH nak beli bla bla bla .... jika benar nak jaga hak Bumi, kenapa 1MDB jual ? Kenapa kerajaan tidak campurtangan waktu 1MDB nak jual kepada syarikat luar ?

Sebab itu semakin ramai yang bertanya soal kewangan 1MDB sebab pada penglihatan kita, 1MDB macam dah terdesak takde duit nak bayar pinjaman hingga terpkasa jual tanah. Sebab itulah rakyat bertanya kemana perginya duit hutang berbillion2 melalui pinjaman yang dibuat oleh 1MDB ?

Kalau ada duit rm4 bil di Singapura, kenapa perlu jual tanah ?

Saya sokong pertanyaan yang dibuat oleh hadirin kepada Tun Mahathir semasa program Bicara Rakyat di Ipoh, apakah Tun bersedia untuk berdebat dengan Najib ?

Bagi Tun, no problem .....  Bagi Najib pula ? Kan Najib sibuk berceramah bertemu ahli Umno memberi penjelasan, kenapa tidak bertemu dengan Tun Mahathir dan berikan penjelasan yang sama, sambil disaksikan seluruh rakyat Malaysia ! ?

Tapi kalau begitulah cara Najib jawab , duit 42 bil ada di tanah TRX dan Bandar Malaysia, memang patutlah Najib mengelak dari berdebat atau berforum dengan Tun ...... memang cari kemaluan yang besar !

No comments:

Post a Comment