Tuesday, 26 May 2015

Bongkar: Ada rundingan Najib Muhyiddin (Hubungan Mula Retak) ??




Bongkar: Ada rundingan Najib Muhyiddin (Hubungan Mula Retak) ??

SUARAKAMI 17:03 BLOGGER , FEATURED


Reaksi wajah Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media sebaik mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO selesai pada petang Isnin menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Selain mesyuarat yang berlangsung agak “panas”, kenyataan yang dibuatnya turut dipersoalkan.

“Daripada apa yang diluahkan Najib selepas mesyuarat hari ini, jelas bahawa perbincangan berjalan dengan agak panas dan tegang.

Wajah Najib ketika bercakap dengan media adalah gambaran beliau tidak cukup gembira, tambahan pula Muhyiddin yang di sebelahnya langsung tidak menampakkan wajah senyum”.

Perbincangan empat mata antara Najib dan Muhyiddin ini telah berlangsung di Putrajaya.
Berdasarkan reaksi yang ditunjukkan, ia menjadi tanda tanya apakah hubungan kedua mereka telah benar-benar pulih.

“Semua orang sedar sebelum mesyuarat MT semalam banyak tembakan telah ditujukan kepada Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO terutama berkaitan isu 1MDB, Tabung Haji dan kesannya kepada sokongan rakyat.

“Muhyiddin, Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Hishammuddin, Khairy Jamaluddin dan beberapa pemimpin peringkat bahagian tampil satu demi satu meluahkan kebimbangan mereka tentang kedudukan semasa UMNO”.

Najib akhirnya mengakui dan mungkin baru menyedari beliau sebenarnya ada timbalan yang boleh membantu dan sepatutnya selalu diajak berbincang.

“Gambaran daripada kenyataan ini tidak diragui lagi membuktikan Najib tidak pernah atau jarang mengajak Muhyiddin berbincang sebelum ini. Ia diperkukuhkan lagi apabila Najib memberi pengakuan “kita akan selalu bincang” yang memberi erti selama ini mereka tidak pernah berbincang sama sekali.
“Adakah Najib selama ini mentadbir seorang diri atau beliau sebenarnya ada rakan bincang yang lain selain Muhyiddin?”.

Berdasarkan jawapan yang diberikan, dia membuat andaian mungkin, orang nombor dua itu tidak pernah diajak berbincang sehingga menyebabkan Muhyiddin mengatakan beliau enggan menjawab mengenai 1MDB setiap kali rakyat meminta penjelasan daripadanya.

Isu 1MDB yang semakin terdesak juga menyebabkan buat pertama kali selepas enam tahun, Najib cuba menerima pandangan beberapa ahli MT yang menawarkan kepakaran dan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan masalah berkaitan syarikat itu.

“Hakikat ini menunjukkan syarikat itu memang menghadapi masalah besar dan Najib nampaknya sudah tidak berupaya lagi merungkai kekusutannya. Patutlah banyak pertanyaan Tun Mahathir tidak mampu dijawabnya?

“Secara langsung hampir benarlah dakwaan pelbagai pihak termasuk Tun Mahathir terhadap 1MDB selama ini!”.

Apa yang dinyatakan Najib berhubung sokongan yang diterima pada sidang media hanya bersifat luaran atau permukaan wal hal ia berada dalam keadaan yang rapuh.

“Soalnya berapa lamakah sokongan itu mampu dipertahankan, terutama jika terbongkar lagi isu-isu lain seperti Tabung Haji yang dikaitkan dengan 1MDB tempohari?”

No comments:

Post a Comment