Saturday, 23 May 2015

1-MDB : Rompakan Terdahsyat…


1-MDB : Rompakan Terdahsyat…

SUARAKAMI 03:49 BLOGGER


Setelah 6 tahun, kejayaan 1MDB adalah mengumpul sebanyak RM42 bilion hutang korporatnya. Malangnya, pelbagai aset diperolehi yang sepatutnya berimpak tinggi, sama ada dalam bidang tenaga dan hartanah, gagal menjana cash-flow atau ‘revenue’ yang boleh melunaskan pelbagai hutangnya. Kini, aset 1MDB bakal ‘difaraidkan’ untuk menyelamatkan dana pelaburan kedua negara ini.

Khazanah Nasional Berhad, dana berdaulat negara yang pertama, tentunya adalah jenis ‘creature dan DNA’ yang berbeza. Penulisan ini fokus ke atas bagaimana 1MDB menjalankan pinjamannya dalam sektor tenaga secara lebih terperinci. Penulisan ini tidak memasukkan cerita Projek 3B yang sudah pun diserahkan kembali kepada Suruhanjaya Tenaga (EC), kerana 1MDB tidak mampu meneruskannya.

Sangat pelik bagaimana sebuah dana pelaburan 100% milik Perbadanan Kementerian Kewangan (MOF Inc) terpaksa menstruktur pinjaman yang sebegitu rumit dan lebih penting, terlalu mahal kos pinjamannya. Akal yang waras pastinya penuh syak.

Penulis sengaja dedahkan secara naratif atau pengkisahan, supaya dihujung penulisan ini, pembaca diminta membuat ‘hukuman’ mereka sendiri. Pada 2012, 1MDB membuat 2 perolehan penjana tenaga bebas (IPP) yakni Tanjung Pls (Ananda Krishnan) pada harga RM8.5 bilion dan Genting Sanyen (Lim Goh Tong) dengan harga RM2.35 bilion atau berjumlah RM10.85 bilion.

Cakap-cakap dalam pasaran sedia maklum 1MDB membayar hampir RM2.5 bilion melebihi harga sepatutnya. Itu sudah sejarah dan bukti tidak langsung terdapat pada penyata tahunan 2013, ketika pihak auditor memberi pelupusan sebanyak RM2.5 sebagai penurunan nilai muhibbah atau ‘goodwill’ bagi mengimbangi, antara asset dan liabiliti, dalam neraca kira-kira (balance sheet).

Yang penting sekarang ialah mengapa 1MDB membuat pinjaman melebihi dari yang diperlukannya? 1MDB membuat pinjaman dari pasaran bon yang diuruskan oleh Goldman Sachs. Dua bon diterbitkan bernilai AS$1.75 bilion setiap bon atau AS$3.5 bilion bersamaan RM11.55 bilion.

Pada waktu yang sama, 1MDB membuat pinjaman secara ‘bridging loan’ atau ‘pinjaman darurat’, sebanyak RM6.2 bilion dari satu konsortium bank yang diketuai oleh Malayan Bank Bhd dan RHB Berhad. Jelasnya 1MDB meminjam RM17.55 bilion untuk membuat perolehan yang berjumlah RM10.85 bilion. Ternyata 1MDB membuat pinjaman sebanyak RM6.9 bilion melebihi dari yang diperlukan. Persoalannya, mengapa?

Jawapannya kerana 1MDB hanya menerima RM6 bilion dari jumlah yang dipinjam. Kenapa pulak? Sebab RM5.5 bilion adalah pelbagai bayaran ‘kos’ yang perlu dibuat 1MDB! Apakah kos-kos tersebut? Pertama, 1MDB membayar Goldman Sachs sebanyak AS$393 juta atau RM1.3 bilion sebagai yuran dan komisen untuk menstrukturkan pinjaman ‘canggihnya’ ini.

Sebanyak RM4.25 pula digunakan untuk membayar satu ‘deposit sekuriti’ kepada sebuah syarikat namanya International Petroleum Investment Company (IPIC), Abu Dhabi, yang berperanan menjadi ‘penjamin bersama’ atau ‘co-guarantor’ dalam terbitan bon oleh Goldman Sachs tadi.

Sangat mahal deposit sekuriti yang dituntut oleh IPIC melebihi 37% dari jumlah bon. Kenapa dipersetuju Lembaga Pengarah 1MDB, adalah satu hal yang membingungkan, kalau tidak mencurigakan? Deposit itu juga berperanan sebagai ‘sekuriti’ kepada IPIC yang ditawarkan satu ‘Put option’ dalam masa 10 tahun (mudah terjemahan, Pilihan), oleh 1MDB untuk memilikki sebanyak, maksima, 49% saham dalam ‘entiti tenaga’ (Edra Global Energy Bhd) yang bakal disenaraikan oleh 1MDB! Sangat ‘lumayan’ tawaran kepada IPIC yang bertindak hanya sebagai ‘penjamin bersama’ atau co-guarantor! Mengapa begini sekali yang dipersetujui 1MDB atau lebih tepat lagi Lembaga Pengarah 1MDB atau BODnya?!

Ini sudah semacam menjadi pinjaman ah long korporat atau 'international loan shark'! IPIC kemudiannya memindahkan hak ‘option’nya kepada subsidiarinya, Aabar Investments. Ketika perancangan untuk pensenaraian aset tenaga itu itu gagal – Edra Global Energy Bhd – ada perkara pelik berlaku.

Dalam laporan kewangan tahunan penuhnya untuk Mac 31, 2014, 1MDB mendedahkan sebanyak RM4.39 bilion (AS$1.22 bilion) yang ditebus (redeemed) dari Cayman Island digunakan untuk melunaskan beberapa bayaran hutang, ‘working capital’ dan bayaran kepada Aabar Investment untuk ‘menamatkan’ perjanjian ‘option’ yang diberikan kepadanya (IPIC asalnya).

Laporan Kewangan juga mendedahkan juga 1MDB pada May 2014, meminjam sebanyak AS$250 juta untuk membeli kembali option yang diberikan kepada Aabar. Juga pada 22 May 2014, 1MDB menandatangani perjanjian penyelesaian untuk menamatkan option tersebut. Tidak ada detail bersabitan perjanjian itu kecuali bayaran penyelesaian akan ditentukan oleh penilaian ketika IPO.

Ternyata, ‘option’ ini adalah sangat mahal untuk 1MDB dan mengapakah BOD 1MDB mengizinkan 'option’ ini diberikan kepada IPIC/Aabar? Ini adalah sangat ganjil dan terus menjadi tanda tanya yang tidak berjawab sehingga kini.

Dalam pada itu, pada 2 September, 1MDB mendedahkan Aabar menulis, memberitahu mereka tidak mahu meneruskan peruntukan ‘option’nya dan 1MDB berjanji untuk membayar pampasan kepada Aabar mengikut perjanjian penyelesaian yang ditandatangani pada 22 Mei, 2014 itu.

Pelik mengapa perlu menandatangani satu perjanjian baru bagi menamatkan perjanjian, sebab lazimnya sudah tersedia klausa ‘termintaion’ dalam perjanjian asal. Berapa jumlah yang dibayar kepada Aabar oleh 1MDB bagi menamatkan ‘option’, sepatutnya mesti diketahui oleh lembaga atau BOD 1MDB?

Juga, apakah sudah dibayar kembali kepada 1MDB sejumlah wang RM4.25 bilion yang disimpan sebagai ‘deposit sekuriti’ atas peranan penjamin bersama dan jaminan ‘option’ yang kini sudah pun ditamatkan? Tidak ada siapa tahu sehingga kini juga?

Turut membingungkan adalah semua yang faham hari ini, bahawa 1MDB, satu hari sebelum mendapat surat dari Aabar (2 September, 2014) yakni 1 September meminjam lagi sebanyak AS$975 (RM3.6 bilion). Deutsche Bank adalah ketua konsortium kepada 6 bank internasional yang bertindak untuk mendapatkan pinjaman tersebut untuk 1MDB. Pinjaman adalah untuk menamatkan ‘option’ kepada Aabar (duluya IPIC). Paling mengejutkan, pinjaman untuk setahun ini, menggunakan asset milik Brazen Sky, sebagai cagaran. Kini pertikaian besar sedang bergolak. Aset Brazen Sky, anak syarikat 1MDB di Singapura ini sangat diragukan. Kita akan menyambung perkara ini kemudian.

Sebagai noktah akhir untuk penulisan, Arul Kanda Kandasamy ketika itu bekerja di Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB) dengan salah sebuah 6 bank antarabangsa yang memberikan pinjaman kepada 1MDB. Apa tujuan pinjaman ini dan bagaimana Arul Berjaya mendapatkan pinjaman untuk 1MDB dan apa cagaran yang digunakanny

Arul kini adalah CEO 1MDB! Pengkisahan ‘Rompakan Terdahsyat’ akan kita disusuli.

1 comment:

  1. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan, BRENDA HARAPAN pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah syarat-syarat yang jelas dan mudah difahami dan keadaan Dari
    $ 20.000 untuk $ 7000000 USD, Euro Dan Pounds Sahaja. Saya memberi Pinjaman Perniagaan,
    Pinjaman Peribadi, Pinjaman Pelajar, Pinjaman Kereta Dan Pinjaman Untuk Bayar Off Bil. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (brendahope816@gmail.com)

    ReplyDelete