Friday, 24 April 2015

1MDB LICIK SONGLAP RM 27 BILLION????

Tun M dedahkan KELICIKAN 1MDB hilangkan RM27 billion!!! (Lihat salinan akaun)





Dalam posting blog terbaru Tun M, dia mengatakan perbezaan antara pinjaman RM42 billion dan jumlah aset yang dikira hanya RM14.7 billion. Maka dikhuatiri ada RM27 billion yang hilang tidak boleh dijelaskan.

Aset yang dibeli sudah dinilai semula pada RM52 billion dan ada asas sebagaimana tertulis dalam tulisan Tun M di SINI

Turut ditimbulkan di mana pelaburan USD1 billion dalam Petrosaudi yang mana wang itu dikatakan Dato Najib berada bawah simpanan BSI SIngapura. Oleh kerana ia bukan Bank Komersial, Bank tersebut tidak ada current account dan mungkin berada dalam client account di dalam bank komersial.

Tun M pun timbulkan:

26. A certain amount was registered in the Cayman Islands. What was the money used for? What was brought back to Malaysia. What was brought back and deposited in a Swiss bank in Singapore. Why? Where was the money brought back from? Why is this money not used to pay the RM 2 billion interest. Why did Bank Negara allow the first tranche to be repatriated to Malaysia and not the second tranche. Now the Swiss bank has told the Singapore authorities that the document did not originate from them and does not represent a true account of the assets of 1MDB. So where is the money said to be registered in the Cayman Islands and is now brought back.

Isu yang dilaporkan Sarawak report dan kami persoalkan SINI nampaknya diyakini Tun M.

Pasti Tun M tidak pernah buat tuduhan tanpa ada bukti dan sumber yang sah. Itulah kekuatan Tun M yang berjaya tarik kepercayaan dan sokongan ramai.

Baca komen FMT SINI yang kini sayang pulak dengan Tun M.

Buat membantu Tun M, kami siarkan balance sheet bagi tahun-tahun 2011 hingga 2014 yang sepatutnya ternyata defisit aset ke pinjaman sebanyak RM27 billion.

2011-2013





2013-14





Adakah sebahagian hutang RM42 billion yang dikatakan RM27 billion di bawa lari tersorok melalui item-item dalam non current account dan current account seperti available for sale investment atau intangible asset atau banyak lagi item?

Puh!!! Licik betul 1MDB.

Hairan akaun ada lain-lain group dan company. Jumlah berbeza. Adakah itu bermaksud duit group hilang masa di hantar ke company? Dulu-dulu dilapor lain-lain tapi kini dilapor sebelah-sebelah. Inikah yang dikatakan Auditor DeLoitte cover up sesuatu yang KPMG tak mahu sahkan akaun?

Entahlah kami tak faham sebenarnya!!!! Maklumlah Unspinners dulu sekolah luar bandar. Gagal dalam subjek akaun masa SPM sebab guru pun tahap diploma perguruan.

Harap ada wartawan business atau konsultan komunikasi atau pakar akaun jelaskan untuk kami. Kalau betul Najib sibat duit, memang patut dijail. Kami bukan main-main tapi serious.

* Mutakhir ini ramai sangat komentar tak mahu komen atau debat pasal isu tapi lebih menyerang penulis dalam usaha untuk discredit kami. Caranya dengan melabel blog ini sebagai blog si polan dan sipolan, dibayar duit dan lain-lain label negatif.

Semua komen demikian tak akan dibenarkan keluar walaupun panjang lebar dan berisi komen ditulis. Nak komen atau persoalkan teruskan tapi komen melabel negatif psywar taktik ini tak payahlah nak lakukan ke atas kami. Paham benor niat jahat kamu. 

Mutakhir ini penyerangnya sesama BN. Hai ... kalau BN serang sesama BN, sukalah pembangkang. Siapa nak serang pembanglang macam gini. Game gitu kami tak campur.

No comments:

Post a Comment