Ahlussunnah Wal Jamaah adalah mereka yang :
1) Berpegang teguh dengan al-Quran , al-Sunnah , Ijma’ dan qiyas
2) mencintai Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam serta seluruh ahli keluarga Baginda ridwanullah alaihim ajma’in tanpa berbelah bahagi
3)Mencintai seluruh para sahabat Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam
4)Mengikut jalan para ulama dan salafussoleh radhiyallahu anhum ajma’in
5)Mengikuti pengajian dengan cara berguru bukan hanya dengan membaca buku sendiri dan memiliki sanad pengajian berguru dan bersambung sehingga kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
6) Mencintai Ilmu Tasawwuf dan berAMAL dengannya. Bukan hanya mencintai malah mengamalkan.
7) Menghormati pandangan ulama-ulama terdahulu dan meletakkan kedudukan para ulama pada tempat yang sebaik-baiknya
8) Mereka menentang fahaman yang bertentangan dengan mereka bukanlah kerana ingin mencari popular tetapi semata-mata mencari keredhaan Allah taala dan Baginda Rasul Sallallahu alaihi wasallam. Bukan juga mereka menentang kerana ingin menyerang peribadi susuk tubuh tertentu.
Paling Penting :
“Mereka sangat mengamalkan akhlak Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam baik dalam percakapan , perbuatan dan suluk hidup mereka..”
• Jika kamu bertemu dengan golongan yang melengkapi syarat yang saya sebutkan ini, dekatilah mereka dan santunilah mereka..Moga kamu akan beroleh Rahmat Allah taala…
Sumber :
Ustaz Mohd Nazrul Abdul Nasir ,
BA, Hons, Usuluddin danTafsir
Universiti Al-Azhar
Interesting Articles To Read
No comments:
Post a Comment