Wednesday, 18 March 2015

Membicarakan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993)2015 Negeri Kelantan

Membicarakan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993)2015 Negeri Kelantan

state-Islamic_Law_allowed
Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 yang dibentangkan di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini, adalah sebuah enakmen yang terpakai ke atas setiap orang Islam yang berusia 18 tahun ke atas dan sempurna akalnya (mukalaf) di dalam Negeri Kelantan.
Menurut Sahibul Samahah Mufti Perlis, Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam tulisannya sebelum ini, tujuan kenegaraan dalam Islam bukanlah hudud. Sebaliknya ianya jauh lebih luas dari itu. Islam mengkehendaki pemerintah menegakkan keadilan sosial dalam segenap aspek. Hudud sebaliknya hanyalah satu mekanisme mengatasi jenayah tertentu.
Lebih dari itu, pemahaman ‘hudud Allah’ dalam Al Quran tidaklah merujuk kepada undang-undang jenayah sebaliknya dalam surah Al Baqarah ayat 187 merujuk kepada hukum puasa, ayat 229-230 merujuk kepada hukum talak, surah An Nisa ayat 13 merujuk kepada harta pusaka, surah Al Mujadilah ayat 4 merujuk kepada hukum zihar, manakala Surah at Talaq ayat 1 merujuk kepada edah.
281156-quran-1319490008-576-640x480
Dr. Asri merumuskan perkataan hudud dalam Al Quran merujuk kepada peraturan Allah dan bukan hanya tertumpu kepada hukum jenayah sahaja.
Pada dasarnya, perlaksanaan undang-undang jenayah syariah bagi mana-mana negeri di dalam Persekutuan adalah dibenarkan di dalam perlembagaan. Ini kerana Perlembagaan sendiri menyebut bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan, seperti dalam Perkara 3,
“Ugama Islam ialah Ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.
Berdasarkan Islam sebagai agama kepada negara ini, maka, seharusnya, mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan undang-undang Islam hendaklah terbatal dan dianggap tidak sah setakat mana ia bertentangan.
Sehingga hari ini, Parlimen Malaysia belum pernah meluluskan undang-undang yang bertentangan dengan syariah. Hakikatnya, undang-undang Malaysia telah mengangkat hukum Allah sebelum Parti PAS mahu membentangkan Kanun Jenayah Syariah II di DUN Kelantan pada tahun 1993.
Dengan kata mudah, undang-undang negara ini belum ada yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal kepada orang Islam. Walaupun terdapat undang-undang yang bertujuan mengawal selia aktiviti perjudian, rumah urut dan arak tetapi ia jelas bukan menghalalkan kepada orang-orang Islam.
Sebenar-benarnya, Malaysia sudah menjalankan hukum Allah di dalam undang-undangnya, cuma dari segi hukumannya sahaja ianya lebih ringan daripada yang terdapat di dalam Al Quran. Namun, ini juga dibenarkan oleh Allah S.W.T.
Bagaimanapun, pembentangan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 hari ini merupakan satu ujian terhadap sistem perundangan di Malaysia.
Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan tertinggi yang menggubal undang-undang seperti yang diperuntukan di bawah Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan sama ada Pusat atau Negeri hendaklah mematuhi Perlembagaan Persekutuan.
Undang-undang yang terbit dari Parlimen di kenali sebagai Akta dan undang-undang yang dilahirkan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) dikenali sebagai enakmen.
Walaupun DUN boleh mengadakan undang-undang tetapi ia masih tertakluk kepada Perkara 75 yang menetapkan undang-undang negeri tidak boleh bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan menyebut, mana-mana undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal, setakat mana ia berlawanan dengan undang-undang Persekutuan itu.
Pada amnya Parlimen tidak mempunyai kuasa menggubal undang-undang mengenai undang-undang Islam, kecuali untuk Wilayah Persekutuan, dan undang-undang yang berhubung dengan undang-undang Islam hanya boleh diadakan dan dikuatkuasakan dengan persetujuan Kerajaan Negeri yang berkuasa.
Bagaimanapun tafsiran kepada Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan adalah jelas membawa makna, undang-undang Persekutuan mengatasi undang-undang negeri , dan mana-mana undang-undang negeri yang tidak selaras dengan undang-undang persekutuan adalah tidak sah.
Berdasarkan peruntukan di dalam perlembagaan Malaysia, wakil-wakil Kerajaan Persekutuan di dalam Jawatankuasa Teknikal Bersama berkaitan hal ini telah berpendapat bahawa tiada halangan perlembagaan untuk Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dilaksanakan.
Bagaimanapun, untuk mengelak implikasi perundangan, wakil Kerajaan Persekutuan telah menyiapkan satu ‘road map’ bertujuan memastikan hasrat Kerajaan PAS Kelantan itu menjadi kenyataan.
Menurut ‘road map’ tersebut, Kerajaan PAS Kelantan perlu terlebih dahulu membentangkan ‘private bill’ di Parlimen bagi meminda Akta Mahkamah Syariah dengan tujuan meluaskan skop Mahkamah Syariah supaya ianya akan meliputi kesalahan-kesalahan dan hukuman-hukuman yang bersesuaian dengan Rang Undang-Undang yang akan dibentangkan di DUN Kelantan.
Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah ini hanya memerlukan sokongan majoriti mudah ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Namun begitu, ‘road map’ yang dicadangkan oleh wakil Persekutuan ini tidak diikuti oleh Kerajaan PAS Kelantan. Sebaliknya Kerajaan PAS Kelantan menetapkan untuk meluluskan Rang Undang-Undang ini di DUN Kelantan terlebih dahulu sebelum membentangkan ‘private bill’ di Parlimen.
Ini membawa implikasi besar kepada perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah II setelah ia sudah diluluskan di DUN Kelantan.
Secara segaja Kerajaan PAS Kelantan mendedahkan enakmen ini untuk dicabar dan tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen sebelum ini.
Antaranya ialah sifat Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 yang telah menyekat pemakaian Akta 574 Kanun Keseksaan terhadap orang Islam mukalaf di negeri ini.
Perkara 60 dalam Rang Undang-Undang Syariah (II) ini menyebut,
“Apabila seseorang itu telah dibicarakan atau menghadapi apa-apa prosiding kerana melakukan kesalahan di bawah Kanun ini, maka dia tidaklah boleh dibicarakan dan tiada apa-apa prosiding boleh diambil terhadapnya dibawah Kanun Keseksaan (Akta 574) mengenai kesalahan yang sama atau serupa yang diperuntukan di bawah Kanun itu.”
Selain dari itu, bentuk kesalahan dan hukuman bagi kesalahan dalam rang undang-undang itu telah melampaui kuasa yang diberikannya oleh undang-undang negara.
Apabila ia diluluskan oleh DUN Kelantan, enakmen ini akan merangkumi kesalahan-kesalahan berikut,
(i) Kesalahan-kesalahan hudud – mencuri, merompak/samun, zina dan liwat, qazaf, meminum arak, Irtidad atau kesalahan-kesalahan melakukan perkara bertentangan dengan aqidah Islam (Perkara 5 – 23).
(ii) Kesalahan qisas – membunuh dengan niat dan tanpa niat, dan kesalahan mengakibatkan kecederaan (Perkara 24 – 38).
(iii) Kesalahan ta’zir – kesalahan selain hudud dan qisas.
Bentuk-bentuk hukuman kesalahan hudud adalah seperti berikut,
(i) Kesalahan mencuri – potong tangan kanan bagi kesalahan pertama, potong kaki kiri bagi kesalahan kedua, dan penjara tidak melebihi lima belas tahun bagi kesalahan seterusnya.
(ii) Kesalahan merompak/samun – hukumannya dibunuh dan disalib jika menyebabkan kematian kepada mangsa, potong tangan kanan dan kaki kiri jika tidak menyebabkan kematian pada mangsa, di hukum penjara tidak melebihi lima tahun jika ia hanya melibatkan ugutan tetapi tidak menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa mangsa.
(iii) Kesalahan zina – hukuman rejam sehingga mati bagi pelaku yang telah atau pernah berkahwin, dan hukuman sebat 100 kali dan penjara setahun bagi pelaku yang belum pernah berkahwin.
(iv) Kesalahan liwat – hukuman yang sama dengan kesalahan zina bagi liwat antara lelaki dengan lelaki, dan hukuman ta’zir bagi kesalahan suami meliwat isteri.
(v) Kesalahan qazaf – hukuman sebat sebanyak 80 kali.
(vi) Irtidad – hukuman penjara sehingga bertaubat. Jika dia tidak bertaubat maka hukuman dilakukan mengikut kesalahan hudud serta hartanya dirampas.
1419883849569_700
Bentuk-bentuk hukuman bagi kesalahan qisas adalah seperti berikut,
(i) Menyebabkan kematian dengan niat – hukum bunuh melainkan dimaafkan oleh wali mangsa. Jika dimaafkan maka pesalah hendaklah membayar diyat kepada keluarga mangsa. Jika pesalah tidak mempunyai kemampuan membayar diyat, maka ia akan ditanggung oleh Baitulmal. *Diyat bererti suatu jumlah WANGtertentu atau harta atau nilai yang bersamaan dengan harga semasa emas seberat 4450 gram atau kadar yang ditetapkan oleh pemerintah.
(ii) Menyebabkan kematian tanpa niat – hukumannya ialah membayar diyat kepada wali mangsa, dan pesalah dikenakan juga hukuman ta’zir dengan penjara tidak melebihi 14 tahun.
(iii) Menyebabkan kematian secara segaja / kemalangan – hukumannya membayar diyat kepada wali mangsa, dan boleh dikenakan ta’zir dengan penjara tidak lebih 10 tahun.
(iv) Menyebabkan kecederaan badan – hendaklah dihukum dengan qisas, iaitu mengakibatkan kecederaan yang sama kepada pesalah. Jika qisas tidak dikenakan atau dilaksanakan, pesalah hendaklah bayar sebahagian diyat mengikut ketetapan dalam enakmen, dan dikenakan ta’zir dengan penjara.
Pembuktian bagi kesalahan-kesalahan hudud dan qisas hendaklah hanya melalui keterangan lisan oleh saksi yang beragama Islam dan mencukupi syarat syarak, atau melalui pengakuan (iqrar) oleh yang yang tertuduh (Perkara 39 & Perkara 41 – 42).
Bilangan saksi bagi kesemua kesalahan melainkan zina dan liwat adalah seramai dua orang Islam. Manakala bagi kesalahan zina dan liwat, jumlah saksi hendaklah tidak kurang dari empat orang Islam (Perkara 40).
Memandangkan pembuktian bagi kesalahan hudud dan qisas hanya bergantung kepada keterangan saksi sahaja maka keterangan saksi-saksi tersebut hendaklah terang, dan tidak ada percanggahan sesama mereka.
Bagi kesalahan zina dan liwat, keempat-empat saksi hendaklah di dalam keterangan lisan mereka mengaku melihat kemaluan lelaki tertuduh melakukan penetrasi kepada kemaluan wanita tertuduh, dan tiada langsung perselisihan antara empat saksi tersebut (Perkara 42 (2)).
Mengikut Perkara 48 rang undang-undang ini, hukuman hudud tidak boleh diubah, ditangguh atau dikurangkan atau diganti dengan hukuman lain. Bagaimanapun Perkara 54 dan 55 membenarkan penangguhan bagi hukuman ke atas perempuan yang hamil dan menyusukan anak kandungnya.
UMNO Negeri Kelantan memberi maklum bahawa 12 orang ahli Yang Berhormat mereka akan memberi sokongan kepada rang undang-undang ini. Namun begitu kajian demi kajian yang dilakukan oleh beberapa pihak terus membuktikan bahawa kebanyakan penduduk Negeri Kelantan dan sebahagian besar umat Islam di Malaysia bersetuju dengan pandangan sesetengah ulama’ yang mengatakan bahawa tiada keperluan dari segi agama untuk hukuman syariah Islam dilaksanakan di Kelantan atau di Malaysia.
Sebaliknya mereka berpendapat negara ini sudah melaksanakan hukum Allah, apa yang perlu ialah diperkemaskan undang-undang sedia ada dengan hukuman yang lebih bersesuaian dengan keadaan semasa.
Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin  menulis,
“Kita tidak boleh mempertikaikan hukum Allah, tetapi kita boleh mempertikaikan cara perlaksanaan dan penafsiran hukum berkenaan oleh manusia.
Ini seperti kita tidak boleh mempertikaikan syariat haji, tetapi kita boleh mempertikaikan amalan haji individu tertentu jika ia tidak bertepatan. Kita tidak boleh mempertikaikan sistem muamalat al-Quran dan Sunnah, tetapi kita boleh mempertikaikan BANK, pajak gadai, syarikat, koperasi dll yang menggunakan nama Islam dalam operasi mereka jika kita dapati ia tidak menepati semangat Islam yang sebenar.
Demikian kita tidak boleh mempertikaikan syariat hudud, tetapi kita boleh mempertikaikan perlaksanaan oleh pihak tertentu apabila kita dapati ia tidak memenuhi semangat keadilan yang dikehendak oleh Allah dan rasulNYA. Namun, tujuannya hendaklah untuk memelihara nama Islam agar tidak disalahgunakan atau disalahfahami”. – Pokku Bayae

2 comments:

  1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no

    082--->"313--->"669--->''888

    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..




    KLIK DISINI 4d 5d 6d





    Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu
    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
    butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu

    silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: 082--->"313--->"669--->''888

    ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


    ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



    ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



    ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/






    ReplyDelete
  2. saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan






    saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

    ReplyDelete