HUDUD PART (II)by ABC
BAHAGIAN III
Keterangan
39. (1) Kecuali jika ada percanggahan dengan peruntukan yang ada dalam Enakmen ini, maka Enakmen keterangan Mahkamah Syariah
1991 hendaklah dipakai untuk membuktikan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini.
(2) Semua kesalahan di bawah Enakmen ini sama ada kesalahan hudud atau kesalahan qisos, atau kesalahan ta'zir, hendaklah dibuktikan
dengan keterangan lisan atau iqrar yang dibuat oleh tertuduh.
40. (1) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan semua kesalahan di bawah Enakmen ini melainkan zina, hendaklah
sekurang-kurangnya dua orang.
(2) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki
untuk membuktikan lesalahan zira hendaklah tidak kurang daripada empat orang.
41. (1) Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada seorang lelaki Islam yang akil baligh dan hendaklah seorang yang adil.
(2) Seseorang itu adalah dianggap adil jika ia
menunaikan apa-apa yang disuruh oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar serta tidak mengekalkan dosa-dosa kecil dan juga
mempunyai isti'mal al-muru'ah, (perasaan dan pendirian menghormati diri).
(3) Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga sebaliknya dibuktikan.
42. (1) Untuk membuktikan tuduhan terhadaap tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud atau qisos,
keterangan yang diberi hendaklah benar-benar terang dan tidak ada apa-apa kesamaran dan keraguan.
(2) Tiap-tiap saksi hendaklah dengan terang
menyatakan bahawa dia benar-benar melihat perbuatan yang didakwakan itu dan dalam kes zina pula keempat-empat orang saksi itu
hendaklah menyatakan bahawa mereka benar-benar melihat kemasukan zakar lelaki ke dalam faraj perempuan pasangan yang bersetubuh
itu dan juga hendaklah jangan ada perselisihan dan pertelingkahan di antara saksi-saksi di dalam keterangan itu.
43. (1) Untuk menyebabkan hukuman hudud dikenakan kepada tertuduh setiap saksi itu hendaklah berdiri teguh di atas keterangan terhadap
tertuduh itu, bukan sahaja dalam masa perbicaraan dan selepasnya, tetap[I juga pada ketika hukuman itu dilaksanakan, kerana jika
keterangan itu ditarikk balik sebelum hukuman itu dilaksanakan, maka tertuduh itu tidak lagi boleh dikenakan hukuman hudud, dan jika
keterangan itu ditarikh balik ketika tertuduh sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.
(2) Dalam kes zina jika seseorang saksi itu enggan memberi keterangan, atau memberi keterangan yang berlawanan dengan tuduhan, atau
memberi keterangan menyokong tuduhan itu tetapi kemudiannya menarik balik keterangan itu, yang mana dengan sebab itu bilangan saksi
yang menyokong tuduhan itu menjadi kurang daripada empat orang, maka tuduhan zina terhadap tertuduh itu tidaklah terbukti, dan yang
demikian tertuduh itu tidaklah terbukti, dan yang demikian tertuduh itu adalah terlepas daripada dikenakan hukuman hudud; tetapi
saksi-saksi yang telah memberi keterangan menyokong tuduhan itu adalah bersalah kerana melakukan kesalahan qazaf.
44. (1) Sebaik-baik keterangan untuk menyabitkan tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud ialah iqrarnya
sendiri.
(2) Iqrar itu hendaklah dibuat dengan
sukarela dan tanpa apa-apa paksaan di hadapan seorang pegawai kehakiman dan kemudiannya diulangi di hadapan hakim pada masa
perbicaraan dijalankan; dan jika perbicaraan itu mengenai kes zina maka iqar itu hendaklah diulangi sebanyak empat kali di hadapan hakim
pada masa perbicaraan dijalankan:
Dengan syarat bahawa iqrar itu hendaklah dibuat dan diulangi dengan tidak ada apa-apa ugutan, janji atau dorongan; dan hendaklah dengan
nyatanya membuktikan secera terperinci bahawa tertuduh itu benar-benar telah melakukan kesalahan yang dengannya dia telah dituduh, dan
dia faham bahawa dia akan dihukum kerana membuat iqrar itu.
(3) Iqrar itu hanyalah boleh diterima sebegai keterangan terhadap tertuduh yang membuat iqrar itu sahaja, dan tidak boleh digunakan
terhadap orang lain; dan untuk menjadikannya sah maka iqrar itu hendaklah bukan satu iqrar yang ditarik balik.
45. (1) Sesuatu iqrar itu boleh ditarikh balik oleh tertuduh yang membuatnya pada bila-bila masa sahaja; meskipun pada ketika dia sedang
menjalani hukuman.
(2) Jika sesuatu iqrar itu ditarik balik
sebelum dilaksanakan hukuman ke atasnya maka tertuduh itu tidaklah lagi boleh dikenakan hukuman itu, dan jika dia menarik balik iqrar itu
pada ketika dia sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.
(3) Jika pada bila-bila sebelum atau pada ketika hukuman dilaksanakan, tertuduh itu dapat melarikan dari daripada pihak yang berkuasa,
maka dia hendaklah dianggapkan sebagai telah menarik balik iqrar itu; dan yang demikian peruntukan sebseksyen (2) hendaklah terpakai.
46. (1) Kecuali seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3) keterangan garinah walaupun berkaitan hendaklah tidak boleh
dijadikan satu cara yang sah untuk membuktikan kesalahan hudud.
(2) Dalam perkara zaina, kehilan atau
kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah
melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dia dapat membuktikan sebaliknya.
(3) Dalam perkara minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, bau minuman yang didapati dalam nafas tertuduh itu atau
muntahnya yang mengeluarkan arak atau sebarang minuman yang memabukkan atau apa-apa kesan darinya, atau pemerhatian Mahkamah
kepada keadaan tertuduh itu bahawa dia sedang berada di dalam keadaan mabuk, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan untuk
membuktikan bahawa dia telah melakukan kesalahan syurb, melainkan jika ia dapat membuktikan sebaliknya.
47. Apabila seseorang tertuduh itu tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud kerana saksi-saksi telah menarik balik keterangan mereka
sebagaimana yang diperuntukan di bawah seksyen 45 atau kerana keterangan yang ada tidak memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki
untuk membuktikan kesalahan hudud, maka tertuduh bolehlah dihukum dengan hukuman ta'zir dan Mahkamah hendaklah mengambil
tindakan untuk menjatuhkan hukuman itu sekiranya ada keterangan yang cukup bagi maksud itu.
BAHAGIAN IV
Bagaimana Hukuman Dilaksanakan
48. Hukuman hudud yang dikenakan di bawah Enakmen ini tidak boleh digantung, atau diganti dengan hukuman lain, atau dikurangkan atau
siampunkan; atau dengan apa-apa cara lain diubah atau dipinda.
49. Tiap-tiap hukuman yang mengenakan hukuman hudud dan tiap-tiap hukuman bunuh yang dikenakan sebagai hukuman qisos atau
hukuman ta'zir di bawah Enakmen ini hendaklah dirujukkan oleh Mahkamah Bicara Syariah Khas yang menjatuhkan hukuman itu kepada
Mahkamah Rayuan Syariah Khas untuk mendapat pengesahan, dan hukuman yang dijatuhkan itu tidak boleh dilaksanakan sebelum
pengesahan itu diperolehi.
50. Sesuatu hukuman hudud yang dijatuhkan, selain daripada hukuman bunuh dan rejam, tidak boleh dilaksanakan melainkan pesalah telah
diperiksa oleh seorang pegawai perubatan yang beragama Islam dan diakui oleh pegawai itu bahawa pesalah itu adalah sihat.
51. Jika seseorang pesalah itu bersalah kerana malakukan beberapa kesalahan, maka hukuman yang akan dilaksanakan ke atasnya adalah
seperti berikut:
a) jika hukuman-hukuman itu adalah daripada jenis dan keparahan yang sama, maka hanya satu hukuman sahaja hendaklah dijalankan;
b) jika hukuman-hukuman itu adalah daripada jenis yang sama, tetapi keparahannya tidak sama maka hukuman yang lebihan berat sahaja
hendaklah dijalankan;
c) jika hukuman-k\hukuman itu adalah daripada jenis yang berlainan, maka semua hukuman itu hendaklah dijalankan; dan
d) jika salah satu daripada hukuman-hukuman itu adalah hukuman bunuh, maka semua hukuman yang lain itu hendaklah diketepikan.
52. (1) Hukuman potong tangan bermakna memotong tangan dipergelangan tangan; iaitu di sendi yang menyambungkan tapak tangan
dengan lengan.
(2) Hukuman potong kaki bermakna
memotong di bahagian tengah kaki itu supaya tumit kaki itu boleh lagi digunakan untuk berjalan atau berdiri.
53. Hukuman sebat hendaklah dilaksanakan dengan mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan dalam Jadual V.
54. Hukuman rejam tidak boleh dilaksanakan ke atas pesalah perempuan yang sedang hamil sehinggalah dia melahirkan anaknya, dan
selepas dia menjadi suci daripada darah nifas dan kembali sihat semula untuk menjalani hukuman itu; dan jika sekiranya dia menyusukan
anaknya, maka hukuman rejam tidak boleh dijalankan sehingga genap dua tahun penyusuan anaknya, melainkan ada seseorang ibu susu yang
sanggup menyusukan anak itu dalam tempoh tersebut.
55. Hukuman sebat tidak boleh dilaksanakan ke atas pesalah perempuan yang hamil sehinggalah dia melahirkan anaknya, dan selepas dia
menjadi suci daripada darah nifas dan kembali sihat semula untuk menjalani hukuman itu dengan tidak ada bahaya.
BAHAGIAN V
Peruntukan Umum
56. (1) Tertaluk kepada subseksyen (2), Enakmen ini hendaklah terpakai ke atas tiap-tiap orang Islam yang mukallaf mengenai apa-apa
kesalahan yang dilakukan olehnya dalam Negeri Kelantan.
(2) Tidak ada apa-apa dalam Enakmen ini
yang menghalang seseorang yang bukan Islam daripada membuat pilihan supaya Enakmen ini terpakai ke atasnya mengenai apa-apa
kesalahan yang dilakukan olehnya dalam Negeri Kelantan dan sekiranya seseorang bukan Islam itu membuat pilihan sedemikian, maka
peruntukan Enakmen ini, hendaklah, mutatis mutandis terpakai ke atasnya seperti juga peruntukan-peruntukan tersebut terpakai ke atas
seorang Islam.
57. Jika sesuatu kesalahan itu dilakukan sebagai hasil daripada atau kerana menurut persubahatan, pertolongan, komplot atau rancangan
jahat, maka tiap-tiap orang yang bersubahat, menolong, mengambil bahagian dalam komplot atau rancangan jahat untuk melakukan
kesalahan itu adalah bersalah melakukan kesalahan itu dan hendaklah dihukum dengan hukuman penjara sebegai hukuman ta'zir selama
tempoh yang tidak lebih daripada sepuluh tahun.
58. Apabila suatu kesalahan itu dilakukan oleh beberapa orang bagi mencapai niat bersama mereka semuanya, tiap-tiap seorang daripada
mereka adalah bertanggungjawab atas kesalahan itu sama seperti seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan olehnya seorang dan boleh
dihukum dengan hukuman penjara sebagai hukuman ta'zir selama tempoh yang tidak melebihi sepuluh tahun.
59. Jika beberapa orang mengambil bahagian melakukan kesalahan sariqah, tiap-tiap seorang daripada mereka hendaklah dihukum dengan
hukuman hudud, seolah-olah tiap-tiap seorang daripada mereka itu melakukan kesalahan itu seorang sahaja:
Dengan syarat bahawa bahagian yang diperolehi daripada harta curi oleh tiap-tiap seorang daripada mereka apabila dibahagikan sama rata
di antara mereka, adalah sama dengan atau melebihi nilai nisab.
60. Sesiapa yang mencuba melakukan kesalahan di bawah Enakmen ini hendaklah dihukum dengan hukuman penjara sebagai hukuman ta'zir
selama tempoh yang tidak melebihi sepuluh tahun.
61. Apabila seseorang itu telah dibicarakan atau menghadapi apa-apa prosiding kerana melakukan kesalahan di bawah Enakmen ini, maka
dia tidaklah boleh dibicarakan dan tiada apa-apa prosiding boleh diambil terhadapnya di bawah Kahun Keseksaan mengenai kesalahan yang
sama atau serupa yang diperuntukkan di bawah kanun itu.
62. (1) Semua kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini dan peruntukan-peruntukan mengenainya hendaklah ditafsirkan mengikut hukum
Syarak dan duluan-duluan yang didapati dalam huku itu; dan rujukan kepada hukum itu hendaklah dibuat mengenai apa-apa perkara yang
tidak diperuntukkan dalam Enakmen ini.
(2) Jika timbul sebarang persoalan atau
pertikaian dalam memberi erti sesuatu perkataan, perbahasan atau rangkaikata mengenai hukum Syarak, Mahkamah yang membicarakan
kes itu hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membuat tafsiran kepada perkataan, perbahasaan atau rangkaikata sedemikian itu.
BAHAGIAN VI
Mahkamah
63. (1) Hendaklah ditubuhkan Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas.
(2) Mahkamah Bicara Syariah Khas
hendaklah mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini.
(3) Mahkamah Rayuan Syariah Khas
hendaklah mempunyai bidang kuasa mendengar rayuan mengenai apa-apa keputusan Mahkamah Bicara Syariah Khas.
64. Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Seksyen 63 adalah tambahan kepada Mahkamah-Mahkamah Syariah yang
ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982, dan peruntukan-peruntukan Enakmen yang tersebut dalam
perkara-perkara yang berkaitan hendaklah terpakai kepada kepada perkara-perkara mengenai Mahkamah-Mahkamah di bawah Enakmen
ini, melainkan peruntukan-peruntukan itu bercanggah dengan Enakmen ini, atau tidak dimaksudkan oleh peruntukan-peruntukan Enakmen
ini.
65. Enakmen Acara Jenayah Syariah 1983 hendaklah terpakai kepada semua prosiding Mahkamah-Mahkamah sama ada dengan atau
tanpa apa-apa pengubahsuaian yang difikirkan patut oleh Mahkamah-Mahkamah memandangkan kepada kepentingan keadilan.
66. Apabila bersidang untuk membicarakan sesuatu kesalahan di bawah Enakmen ini, Mahkamah Bicara Syariah Khas hendaklah sianggotai
oleh tiga orang hakim yang mana dua orang daripada mereka hendaklah terdiri daripada ulamak; dan perbicaraan itu hendaklah
dipengerusikan oleh salah seorang daripada hakim-hakim tersebut.
67. Apabila Mahkamah Rayuan Syariah Khas bersidang untuk mendengar sesuatu rayuan yang dibuat ke atas keputusan atau hukuman
Mahkamah Bicara Syariah Khas, maka Mahkamah Rayuan Syariah Khas hendaklah dianggotai oleh lima orang hakim yang mana tiga orang
daripada mereka hendaklah terdiri daripada ulamak dan persidangan itu hendaklah dipengerurikan oleh salah seorang daripada hakim-hakim
tersebut.
68. Seseorang yang sedang atau pernah memegang jawatan hakim Mahkamah Tinggi Malaya atau Borneo atau Mahkamah Agung Malaysia
atau sesiapa juga yang mempunyai kelayakan untuk dilantik menjadi hakim mana-mana Mahkamah tersebut adalah layak untuk dilantik
menjadi hakim; manakala ulamak yang layak dilantik menjadi hakim ialah seorang yang sedang atau pernah memegang jawatan Qadhi Besar
atau Mufti Kerajaan atau sesiapa juga yang mempunyai kelayakan untuk memenang jawatan tersebut dan dikenali mashyrrnya mempunyai
pengetahuan yang mendalam dalam bidang hukum Syarak.
69. (1) Hakim-hakim hendaklah dilantik oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulai Al-Sultan dengan Surat Tauliah Perlantikan yang
ditandatangani dan dimeteri dengan Mohornya selepas berunding dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan Jumaah Ulama dan sebagai
tambahan Baginda boleh berunding dengan mana-mana pihak berkuasa, badan atau sesiapa juga yang difikirkan patut dan munasabah; dan
perlantikan itu hendaklah disiarkan dalam warta.
(2) Dalam membuat perlantikan di bawah
subseksyen (1), Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan hendaklah menentukan sama ada yang dilantik itu ialah Ketua Hakim
Mahkamah Rayuan Syariah Khas, Hakim Besar Mahkamah Bicara Syariah Khas, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Khas atau Hakim
mahkamah Bicara Syariah Khas.
70. Prinsip kebebasan kehakim adalah berkuatkuasa kepada Mahkamah-Mahkamah ini dan tiap-tiap orang hakim yang dilantik di bawah
Enakmen ini adalah bebas daripada hangguan oleh mana-mana pihak atau sesiapa.
71. (1) Tiap-tiap orang hakim berhak memegang jawatan sehingga dia sendiri meletakkan jawatan itu; melainkan sebelumnya dia terpaksa
berhentik kerana tak sempurna akal atau kerana sakit yang hendaklah diakui oleh tidak kurang daripada tiga orang pakar perubatan, atau
kerana didapati oleh suatu Suruhanjaya Kehakiman, melakukan suatu kesalahan yang menjadikan dia tidak layak menjadi hakim.
(2) Pakar-pakar perubatan dan Suruhanjaya Kehakiman itu hendaklah diolantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan selepas
berunding dengan mana-mana pihak yang berkuasa, atau badan atau sesiapa juga yang difikirkan patut dan munasabah.
(3) Kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah suatu kesalahan di sisi undang-undang sekular atau hukum Syarak dan bukti
terhadapnya hendaklah terang dan jelas.
72. (1) Gaji, elaun dan keistimewaan-keistimewaan lain hakim-hakim hendaklah dibayar sebagai satu tanggungan kepada kepada Kumpulan
Wang Negeri Yang Disatukan dan hendaklah tidak kurang daripada gaji, elaun dan keistimewaan-keistimewaan lain hakim-hakim
Mahkamah Tinggi Malaya, Borneo atau Mahkamah Agung Malaysia.
(2) Badan Perundangan Negeri boleh membuat undang-undang untuk menentukan gaji, elaun dan keistimewaan-keistimewaan lain
hakim-hakim Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen ini.
JADUAL I
SEKSYEN 2
SENARAI PERKATAAN-PERKATAAN ARAB
Al-Il'an
Badhi'ah
Baitulmal
Damiyah
Diyat
Dubur
Faraj
Ghairu Jairah
Ghairu Mohsan
Halal
Haram
Hashimah
Hirabah
Hudud
Iqrar
Iman
Irsy
Irtidad
Istimal;Al Muruah
Ilaf Solihayat-al-udhw
Allaf-al-udhw
Ittiyan al bahimah
Ittiyan al maitah
Jaifah
Jenayan
Jurh
Lafaz
Laknat
Liwat
Mohsan
Mudhihah
Mukallaf
Munaqqilah
Musahaqah
Mutalahimah
Nisab
Qaghi
Qarinan
Qatl-al-'amd
Qatl-syibhi-al-'amd
Qazaf
Qisoos
Rejam
Sariqah
Solh
Sunnah
Syajjah Damighah
Syajjah Hashimah
Syajjah Ma'mumah
Syajjah Mudhinah
Syajjah Munaqqilan
Syarak
Syariah
Syurb
Ta'zir
Wali
Wati Shubhah
Zina
Adla
Aqidah
Aqil Baligh
Aurat
JADUAL II
SEKSYEN 38 (a)
Jumlah irsy yang dikenakan bayarannya kerana melakukan iflaf-al-udhw dan itlaf-solahiyyatu-al-udhw adalah seperti berikut:-
Jenis Cedera
Jumlah Irsy
1. Kehilangan anggota yang tunggal, seperti hidung atau lidah -
satu diyat
2. Kehilangan anggota yang berpasang seperti tangan, kaki, mata, bibir, buah dada dan telinga -
satu diyat jika satu pasang yang cedera, tetapi 1/2 diyat jika satu sahaja yang cedera.
3. Kehilangan anggota yang berempat seperti bulu mata atau kelopak mata -
1/4 diyat jika satu pasang yang cedera, tetapi 1/2 diyat jika satu sahaja yang cedera.
3/4 diyat jika tiga anggota yang cedera, dan satu diyat jika kesemua empat-empat anggota itu cedera.
4. Sebatang jari tangan atau jari kaki -
1/10 diyat
5. Satu sendi jari -
1/30 diyat
6. Satu sendi ibu jari -
1/20 diyat
7. Sebatang gigi yang bukan gigi palsu -
1/20 diyat
8. Dua puluh batang gigi -
satu diyat
9. Sebatang gigi susu. irsynya sebanyak mana yang ditentukan oleh Mahkamah.
10. Mencabut kesemua rambut di kepala, janggut, misai, bulu kening, bulu mata dan dimana-mana sahaja di badan. satu diyat
JADUAL III
SEKSYEN 38 (b)
Jumlah irsy dan lama tempoh penjara yang dihukumkan kerana melakukan syajjah (cedera di kepala atau muka).
Jenis Cedera
Jumlah Irsy Tempoh Penjara
1. Syajjah khafifah (cedera yang tidak mendedahkan tulang) sebanyak mana yang ditentukan oleh Mahkamah yang tidak melebihi dua tahun.
2. Syajjah mudhihah (cedera yang mendedahkan tulang tetapi tidak ada patah) -
1/20 diyat tidak melebihi lima tahun
3. Syajjah mudhihah (cedera yang melibatkan patah tetapi tidak tergelincah sendi) -
1/10 diyat tidak melebihi lima tahun
4. Syajjah munaqqilah (cedera yang melibatkan patah dan tergelincah sendi) -
3/20 diyat tidak melebih sepuluh tahun
5. Syajjah ma'mumah (cedera yang melibatkan pecah tempurong kepala tetapi lukanya hanyalah menyentuh kulit otak sahaja dengan tidak
mencarikannya) -
3/10 diyat tidak melebihi sepuluh tahun
6. Syajjah damighah (cedera yang melibatkan pecah tempurong kepala dan lukanya mencarikkan kulit otak) -
1/2 diyat tidak melebihi empat belas tahun
JADUAL III
SEKSYEN 38 (c)
Jumlah irsy dan lama tempoh penjara kerana melakukan jurh (luka di bahagian badan yang lain daripada kepala dan muka dan luka itu ada
meninggalkan parut).
Jenis Cedera
Jumlah Irsy Tempoh Penjara
1. Jaifah
(luka yang menembusi bahagian dalam kepala batang tubuh) -
1/3 diyat tidak melebihi sepuluh tahun.
2. Ghair jaifah
(luka yang lain daripada jaifah) iaitu:-
a) damiyah
(carik kulit dan berdarah)
b) badhi'ah
(luka yang tidak mendedahkan tulang)
c) mutalahimah
(luka yang sampai kedaging)
d) mudhihah
(luka yang mendedahkan tulang)
e) hasmimah
(patah yang tidak menggelincahkan sendi)
f) munaggilah
(patah yang menggelincahkan sendi)
sebanyak mana yang ditentukan oleh Mahkamah - tidak melebihi tujuh tahun
JADUAL V
SEKSYEN 53
1. Kaedah-kaedah dalam jadual ini hendaklah dipakai untuk melaksanakan hukuman sebat di bawah Seksyen 53 Enakmen ini.
2. Hukuman sebat yang akan dijalankan ke atas seorang pesalah hendaklah dijalankan oleh seorang pegawai yang ditugaskan khas oleh
pihak berkuasa penjara di tempat dan pada masa yang diarahkan oleh Mahkamah dan hendaklah dihadiri dan disaksikan oleh seorang
pegawai perubatan Islam dan sekurang-kurangnya empat orang Islam sebagai saksi; dengan syarat bahawa sebelum hukuman itu dijalankan
pesalah itu hendaklah diperiksa oleh pegawai perubatan itu dan disahkan sebagai sihat dan berupaya menjalani hukuman sebat itu.
3. Tiada hukuman sebat bioleh dijalankan ke atas seseorang pesalah melainkan setelah tamat tempoh 14 hari selepas daripada tarikh
hukuman itu dijatuhkan; dan jika ada rayuan, hukuman itu hendaklah dijalankan dalam tempoh yang seberapa segera selepas daripada
hukuman itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan Syariah Khas.
4. Hukuman sebat itu hendaklah dijalankan dengan cara pegawai tersebut memukul pesalah itu dengan rotan yang mana ukurannya. (kecuali
dalam kes yang disebut dalam Kaedah 8(2) (ii)) ialah satu meter panjang dan satu sentimeter garis pusat (diameter).
5. Hukuman sebat itu hendaklah dijalankan dengan cara membahagikan pukulan di merata-rata tubuh badan kecuali muka, kepala, dada dan
kemaluan.
6. Hukuman sebat itu hendaklah dijalankan dengan cara pukulan yang sederhana yang mana pegawai yang menjalankan hukuman itu tidaklah
boleh mengangkat rotan penyebat itu tinggi hingga ke paras kepalanya; dan pukulan itu hendaklah diberi berturut-turut dan tidak melebihi
bilangan yang diperintahkan oleh Mahkamah.
7. Ketika menerima sebatan, pesalah itu hendaklah berdiri dan memakai pakaian nipis yang menutup auratnya mengikut hukum Syarak.
8. (1) Jika dalam masa sebatan itu dijalankan, pesalah itu didapati tidak mampu atau tidak berupaya lagi menerima sebatan itu, maka atas
pengesahan pegawai perubatan itu, sebetan itu hendaklah diberhentikan dengan serta merta dan ditangguhkan sehingga Mahkamah memberi
satu arahan baru untuk menyambung semula hukuman sebat itu; dan buat sementara waktu pesalah itu hendaklah ditahan dalam penjara atau
dibebaskan dengan jaminan.
(2) Arahan itu hendaklah dibuat dengan berpandukan
kepada laporan pegawai perubatan seperti berikut:
i) sekiranya mengikut laporan itu pesalah itu ada harapan sembuh daripada sakitnya, maka hukuman sebat itu hendaklah disambung semula
dengan seberapa segera apabila ia pulih daripada sakitnya; dan
ii) sekiranya mengikut laporan itu pesalah itu tidak ada harapan sembuh daripada sakitnya, walauapapun sakitnya itu, maka hukuman sebat
itu hendaklah diteruskan juga di suatu masa yang sesuai tetapi rotan yang akan digunakan untuk menyambung hukuman sebat itu hendaklah
terlebh ringan dan terlebih kecil daripada ukuran yang ditetapkan di bawah Kaedah 4.
HURAIAN
Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syariah.
PERMULAAN
2. Fasal 1 adalah mengenai tajuk ringkas.
3. Fasal 2 adalah mengenai tafsirar.
4. Fasal 3 memperkatakan tentang pembahagian kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini kepada kesalahan-kesalahan hudud, qisos dan
ta'zir.
BAHAGIAN 1
Kesalahan-Kesalahan Hudud
5. Fasal 4 memperkatakan tentang jenis-jenis kesalahan hudud.
6. Fasal-Fasal 5, 6 dan 7 memperkatakan tantang kesalahan sariqah dan hukuman baginya.
7. Fasal-Fasal 8 dan 9 memperkatakan tentang kesalahan hirabah dan hukuman baginya.
8. Fasal-Fasal 10 dan 11 memperkatakan tentang kesalahan kesalahan zina dan hukuman baginya.
9. Fasal-Fasal 12 dan 13 memperkatakan tentang kesalahan qazaf dan hukuman baginya.
10. Fasal-Fasal 14 dan 15 memperkatakan tentang al-li'an dan akibatnya.
11. Fasal-Fasal 16 , 17 dan 18 memperkatakan tentang kesalahan liwat dan hukuman baginya.
12. Fasal 19 memperkatakan tentang kesalahan musahaqah dan hukuman baginya.
13. Fasal 20 memperkatakan tentang ittiyan almaitah dan hukuman baginya.
14. Fasal 21 memperkatakan tentang kesalahan ittiyan albahimah dan hukuman baginya.
15. Fasal 22 memperkatakan tentang kesalahan syurb dan hukuman baginya.
16. Fasal 23 memperkatakan tentang kesalahan irtidad atau riddah.
BAHAGIAN II
Qisos
17. Fasal 24 bertujuan untuk memperuntukkan tentang applikasi qisos dan siyat bagi kes yang menyebabkan kematian manusia dan
kecederaan badan.
18. Fasal 25 memperkatakan tentang jenis-jenis kesalahan menyebabkan kematian.
19. Fasal-Fasal 26 dan 27 memperkatakan tentang kesalahan qatl-al-'amd dan hukuman baginya.
20. Fasal 28 bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai pengammpuan bagi hukuman qisos.
21. Fasal 29 bertujuan untuk memperuntukkan hukuman ta'zir sebagai ganti kepada hukuman qisos.
22. Fasal-Fasal 30 dan 31 memperkatakan tentang kesalahan qatl-syibhi-al-'amd dan hukuman baginya.
23. Fasal-Fasal 32 dan 33 memperkatakan tentang qalt-al-khata' dan hukuman baginya.
24. Fasal-Fasal 34 dan 35 memperkatakan tentang kesalahan menyebabkan kecederaan badan dan hukuman baginya.
25. Fasal 36 bertujuan untuk memperuntukkan jenis-jenis kecederaan badan bagi tujuan menghukum.
26. Fasal 37 bertujuan untuk memperuntukkan tentang akibat apabila hukuman-hukuman qisos tidak dikenakan.
27. Fasal 38 bertujuan untuk memperuntukan tentang akibat apabila hukuman-hukuman qisos tidak dikenakan.
BAHAGIAN III
28. Fasal 39 bertujuan membuat peruntukan tantang bagaimana membuktikan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini.
29. Fasal 40 memperkatakan tentang bilangan saksi-saksi untuk membuktikan semua kesalahan di bawah Enakmen ini.
30. Fasal 41 memperkatakan tentang syarat-syarat menjadi saksi.
31. Fasal-Fasal 42 dan 43 memperkatakan tentang keterangan.
32. Fasal-Fasal 44 dan 45 memperkatakan tentang iqrar.
33. Fasal 46 memperkatakan tentang keterangan qarinah.
34. Fasal 47 bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai hukuman ta'zir sebegai ganti hukuman hudud apabila keterangan tidak
memenuhi syarat-syarat untuk membuktikan kesalahan hudud.
BAHAGIAN IV
Bagaimana Hukuman Dijalankan
35. Fasal 48 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa hukuman hudud tidak boleh dibuat.
36. Fasal 49 memperkatakan tentang pengesahan hukuman hudud dan hukuman mati oleh Mahkamah Rayuan Syariah Khas sebelum
hukuman tersebut dilaksanakan.
37. Fasal 50 memperkatakan tentang pemeriksaan perubatan sebelum hukuman dilaksanakan.
38. Fasal 51 bertujuan untuk membuat peruntukan tentang bagaimana hendak melaksanakan beberapa hukuman.
39. Fasal 52 memperkatakan tentang cara melaksanakan hukuman sebat.
40. Fasal 53 memperkatakan tentang cara melaksanakan hukuman sebat.
41. Fasal 54 bertujuan untuk memperuntukkan penangguhan hukuman rejam bagi perempuan yang hamil dan yang menyusukan anak.
42. Fasal 55 memperkatakan tentang hukuman sebat ke atas perempuan hamil.
BAHAGIAN V
Peruntukan Umum
43. Fasal 56 memperkatakan tentang pemakaian Enakmen ini ke atas tiap-tiap orang Islam yang mukallaf.
44. Fasal-Fasal 57 dan 58 memperkatakan tentang bersubahat dan komplot melakukan kesalahan serta niat yang bersama.
45. Fasal 59 memperkatakan tentang kesalahan sariqah berkumpulan.
46. Fasal 60 memperkatakan tentang mencuba melakukan kesalahan.
47. Fasal 61 memperkatakan tentang keadaan dalam mana prosiding di bawah kanun Keseksaan tidak boleh diambil.
48. Fasal 62 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini hendaklah ditafsirkan mengikut hukum
Syarak.
BAHAGIAN VI
Mahkamah
49. Fasal-Fasal di bawah Bahagian ini memperkatakan tentang Mahkamah Bicara Syariah Khas, Mahkamah Rayuan Syariah Khas dan
perlantikan hakim-hakim serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.
IMPLIKASI KEWANGAN
Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang.
KERAJAAN NEGERI KELANTAN
<<<< tamat >>>>
No comments:
Post a Comment