Thursday, 12 March 2015

ANWAR MENTERI KEWANGAN TERBAIK????

Anwar Ibrahim Menteri Kewangan terbaik Malaysia?


Baru-baru ini di parlimen, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali mendakwa kerajaan gagal mengawal hutang negara sebagaimana Anwar Ibrahim semasa menjawat jawatan Menteri Kewangan berjaya mengurangkan hutang dari RM98 billion kepada RM80 billion ringgit daripada tahun 1991 hingga tahun 1998. Kononnya, si anugerah tuhan ini lah Menteri Kewangan terbaik yang Malaysia pernah ada. Zaman beliau berkuasa dari tahun 1990 hingga 1998 kiranya dikatakan zaman emas atau zaman gemilang ekonomi Malaysia. Betulkah dakwaan yang dibuat oleh Azmin? Selama ini pembangkang cuma sentuh dua sahaja aspek dalam pengurusan ekonomi iaitu pengurusan hutang dan lebihan belanjawan. Yang lain-lainnya? Jom kita tengok fakta-fakta ni :

Mereka menunjukkan fakta bahawa sepanjang tempoh Anwar menjadi Menteri Kewangan, Malaysia mengalami belanjawan lebihan. Ya, itu memang betul kerana dari 1990 hingga 1997, Malaysia tidak mengalami krisis ekonomi yang besar. Tetapi, detik untuk menentukan sama ada Anwar benar-benar merupakan pakar dalam bidang kewangan atau tidak adalah ketika negara mengalami krisis matawang pada tahun 1998.

Apakah yang dilakukan Anwar pada ketika itu? Pada penghujung bulan September 1997, Anwar telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan IMF-Bank Dunia. Apabila Asia dilanda krisis serangan spekulator matawang asing pada penghujung 1997, Anwar selaku Menteri Kewangan mula mengambil pendekatan yang diamalkan IMF ketika menghulurkan bantuan kepada Thailand, Indonesia dan Korea Selatan, iaitu dengan cara menaikkan kadar faedah.


Jadual 1 : Kadar BLR Malaysia 1996-2011Jadual 1 : Kadar BLR Malaysia 1996-2011

Pendekatan ini bertujuan untuk mengurangkan jumlah edaran wang dalam pasaran dengan menggalakkan orang-ramai menyimpan wang mereka di bank. Pada masa yang sama, masyarakat perniagaan pula berdepan dengan masalah apabila mereka seolah-olah disekat dari membuat pinjaman dengan bank lantaran faedah yang dikenakan terlalu tinggi. Anda boleh saksikan Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate-BLR) bermula pada 1996 meningkat dari 8.5% hingga mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada tahun 1998 iaitu pada kadar 12.27% (Lihat Jadual 1 di atas, ruangan di dalam kotak merah). Keadaan ini dikenali sebagai "credit crunch" ataupun kekangan kredit.


Graf 1Graf 1

Dengan kadar faedah yang begitu tinggi, masyarakat peniaga bukan sahaja tidak dapat membuat pinjaman baru, malahan berdepan dengan kesukaran untuk meneruskan perniagaan mereka disebabkan oleh kenaikan kos yang antara lainnya adalah untuk membayar faedah pinjaman bank sediada yang melambung tinggi. Selain sektor pinjaman perniagaan, bank juga mula berhadapan dengan risiko pinjaman tidak berbayar (non-performing loan - NPL) bagi sektor pinjaman perseorangan apabila semakin ramai yang tidak mampu membayar pinjaman perumahan dan kad kredit lantaran kadar faedah yang semakin tinggi.


Petikan Laporan Ekonomi 1998/1999 Perbendaharaan MalaysiaPetikan Laporan Ekonomi 1998/1999 Perbendaharaan Malaysia

Perniagaan yang amat menguntungkan pada masa itu adalah gudang menyimpan kereta tarik. Pemilik perniagaan ini tersenyum lebar kerana permintaan terhadap gudang kereta tarik amat tinggi pada tahun 1998/1999. Ini lantaran terlalu banyak kenderaan yang ditarik oleh syarikat kewangan kerana ketidakupayaan pembeli kereta untuk membayar balik pinjaman kereta mereka. Antara yang menjadi mangsa ketika itu adalah Konsortium Bas Naeila yang dengarnya adalah konsortium bas besar milik Bumiputera yang beratus basnya tersadai di gudang-gudang di seluruh negara akibat ditarik balik oleh syarikat kewangan. Kereta tarik pada masa berkenaan memang terlalu murah... Bayangkan, BMW 5 series keluaran tahun 1995 dilelong ketika itu cuma pada harga RM25,000!!!


Bas NaeilaBas Naeila

Graf 2Graf 2

Bercakap tentang soal Bursa Saham Kuala Lumpur  (sekarang Bursa Malaysia) pula, indeks KLCI merudum dan terhempas ke paras terendah dalam sejarahnya, di sekitar 280 mata. Walaupun penurunan ini dikatakan disebabkan oleh langkah kawalan modal yang diambil oleh kerajaan bermula dari 1 September 1998, sebenarnya penurunan itu telah pun bermula sejak suku ketiga 1997 lagi, di kala Anwar masih berkuasa. Apa yang Anwar buat pada ketika itu untuk memulihkan semula pasaran modal negara? Jawapannya sudah ada di perenggan atas.

Bagi memulihkan semula keadaan, selepas Anwar dipecat sebagai Menteri Kewangan pada 2 September 1998, Tun Mahathir (ketika itu Datuk Seri) yang mengambil alih jawatan berkenaan dengan dibantu oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah bertindak menurunkan kadar BLR sebagaimana yang anda dapat lihat dalam Jadual dan Graf 1 di atas. Selain mengenakan kawalan matawang dengan memperkenalkan tambatan ringgit kepada dolar US dan menarik balik kedaulatan ringgit dari diniagakan di luar pesisir negara, Tun Dr. Mahathir juga melancarkan projek pembinaan infrastruktur terutamanya pembinaan sekolah bagi merangsang semula pertumbuhan perniagaan. Sektor pembinaan dipilih kerana ianya akan menyediakan banyak aktiviti rantaian ekonomi bagi menyokong projek pembinaan yang dijalankan seperti mewujudkan peluang pekerjaan, industri bahan pembinaan, pengangkutan selain meningkatkan semula permintaan terhadap sektor hartanah.

Langkah drastik yang diambil oleh Tun Dr. Mahathir dan NEAC yang dipengerusikan oleh Tun Daim Zainudin telah menyemarakkan semula pertumbuhan ekonomi negara dan menyuntik kembali keyakinan terutamanya kepada pelabur asing untuk kembali semula ke Malaysia dan selebihnya adalah merupakan sejarah kejayaan yang terpaksa diakui oleh rakan-rakan Anwar di IMF dan masyarakat antarabangsa yang pada mulanya mengutuk tindakan Tun Dr. Mahathir mengenakan langkah kawalan mata wang itu.

Sekarang, cuba kita bandingkan pula tindakan Anwar pada 1998 dan tindakan Datuk Seri Najib sebagai Menteri Kewangan. Pada 2008/2009, US dilanda krisis pinjaman sub-prima yang menyebabkan keruntuhan sistem perbankan di sana. Bank Lehmann Brothers terpaksa dikorbankan kerana tidak mampu lagi menanggung kerugian akibat pendedahan besarnya di dalam krisis berkenaan. Beberapa bank dan institusi kewangan US termasuk Bank of America dan Citibank terpaksa diselamatkan oleh kerajaan US. Selain itu, beberapa industri lain terutamanya automotif, pembinaan dan juga penerbangan terpaksa membuang ramai pekerja sehingga kadar pengangguran di US meningkat ke hampir 10%.

Malaysia sebagai negara pengekspot utama ke US terutamanya barangan elektrik dan elektronik nyata tidak terkecuali dari menerima tempias kemelesetan ekonomi negara di sana. Bagaimanapun, langkah yang diambil oleh Datuk Seri Najib nyata jauh berbeza dengan apa yang dibuat oleh Anwar. Kalau Anwar telah mula menaikkan kadar faedah secara drastik, Datuk Seri Najib pula mengambil pendekatan berlawanan dengan mengekalkan kadar faedah pada kadar 6.75% pada 2008, sama seperti tahun sebelumnya, sebelum menurunkannya lagi kepada 5.55% pada 2009.

Jadual 2 : KDNK Malaysia 2008-2011Jadual 2 : KDNK Malaysia 2008-2011

Jadual 3 : KDNK Malaysia 1998-1999Jadual 3 : KDNK Malaysia 1998-1999

Dengan cara ini, masyarakat perniagaan selain dari pengekspot barangan elektrik dan elektronik, tidak terasa sangat kesan dari kemelesetan ekonomi US. Apatah lagi Datuk Seri Najib sendiri menggerakkan program transformasi ekonomi dengan menggalakkan permintaan domestik dan menggalakkan perbelanjaan dari sektor swasta. Hasilnya, ekonomi negara cuma mengalami penyusutan KDNK -1.6% pada 2009 sebelum melonjak ke paras 7.2% pada 2010. Bandingkan pula dengan "kotoran" yang Anwar tinggalkan pada 1998 apabila KDNK Malaysia menjunam teruk -7.5% sebelum Tun Mahathir "membersihkan"nya semula dengan berhempas-pulas menaikkannya ke paras 4.3% pada 1999.


Graf 3Graf 3

Selain itu, pencapaian Bursa Malaysia juga jauh berbeza ketika zaman kegawatan 1997/1998 dan 2008/2009. Anda boleh nilaikan sendiri perbezaan di antara Graf 2 dan 3 yang bagaikan langit dan bumi. Zaman gawat Anwar, BSKL jatuh hampir 1,100 mata manakala zaman gawat Datuk Seri Najib, Bursa Malaysia cuma jatuh dalam lingkungan 500 mata. Jadi, zaman siapa yang lebih teruk? Dan siapa yang lebih handal menguruskan ekonomi?  

Anwar dalam kempennya, seringkali memperlekehkan Datuk Seri Najib kononnya zaman beliau sebagai Menteri Kewangan, Malaysia menikmati kemakmuran ekonomi. Anwar sama sekali tidak pernah bercerita betapa tenatnya keadaan ekonomi yang beliau tinggalkan ketika beliau dipecat pada 1998. Dan beliau juga tak habis-habis membelasah kerajaan BN kerana telah menggandakan hutang negara ke peringkat lebih RM500 bilion. Beliau tak pula menyebut, akibat kekotoran yang ditinggalkannya pada 1998 itulah, menyebabkan kerajaan terpaksa berhutang saban tahun bagi memulihkan semula ekonomi di samping berusaha untuk memakmurkan rakyat.

Akhir sekali, anda nak tahu apakah sumbangan paling besar Anwar kepada ekonomi Malaysia? Jawapannya ialah menukarkan lambang $ kepada RM. Itulah satu-satunya sumbangan Anwar sebagai Menteri Kewangan yang boleh kita ingat. Yang lain, cuma menumpang nama dan kebijaksanaan kakitangan Bank Negara Malaysia dan Perbendaharaan sahaja. Dan, apakah yang dia buat selaku penasihat ekonomi Selangor? Anda sendiri tahu jawapannya.

1 comment:

  1. saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
    pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
    sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
    gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
    kebetulan saya buka-bukan internet mendapatkan
    nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
    melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
    hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
    angka yang di berikan 4D yaitu 6377 TGL 01-09-2016
    ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat Rp.250.juta
    bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri
    apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
    jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
    ini nomor hp -> (-082-370-357-999-) MBAH SERO
    demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
    atau silahkan buktikan sendiri..

    ReplyDelete