Friday, 6 March 2015

9 ADUN PAS BANTAH RANG UNDANG UNDANG ANTI SYIAH



Bila 9 ADUN PAS Bantah Rang Undang-Undang Anti-Syiah Di Kedah…

Saya sangat tertarik untuk mengulas mengenai proses pengundian Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang berlangsung pada hari terakhir sidang DUN Kedah baru-baru ini.
Menurut sumber, rang undang-undang tersebut adalah berkaitan mengenai penularan fahaman Syiah di mana satu enakmen perlu digubal bagi mencegahnya dari mempengaruhi umat Islam di negeri jelapang padi ini.
Apa yang mengejutkan saya, hasil pengundian itu menunjukkan seramai 21 ADUN BN menyokong rang undang-undang jenayah syariah itu, manakala 9 ADUN PAS membantah, 4 ADUN berkecuali dan 2 ADUN pembangkang memilih untuk tidak mengundi.
Nah! 21 orang ADUN BN menyokong rang undang-undang itu. Maknanya, semua ADUN BN sebulat suara menyokong enakmen “anti-syiah” itu, termasuk ADUN-ADUN yang bukan beragama Islam! Begitulah kesepakatan di sebelah pihak Kerajaan BN Kedah!
Namun apa yang memusykilkan saya, mengapa sampai 9 orang ADUN PAS menolak enakmen yang bakal menyelamatkan aqidah umat Islam dari bahaya Syiah itu? Apakah mereka mahu Syiah terus berkembang di Kedah seperti di zaman mereka???
Menurut sumber, ketika rang-rang undang-undang itu diperbahas di sidang DUN tempohari, maka bangkitlah Ketua Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahaya, bagaikan “mursyidul am buih pepsi cola”, menjual ayat-ayat Al-Quran untuk meraih sokongan politik membantah kerajaan memerangi Syiah.
Dia berhujah kononnya jenayah syariah di dalam rang undang-undang itu fahamnya adalah mirip pada keperluan Hudud di dalam perlaksanaannya. Dia menolak rang undang-undang itu kononnya kerana ia tidak mengikut garis panduan hukum hudud…
Sekonyong-konyong itu, bangkitlah ADUN PAS yang paling senior di dalam dewan, Datuk Phahrolrazi. Selamba saja dia berhujah mengatakan rang undang-undang itu adalah berkaitan hukum takzir di mana hukum tersebut boleh ditentukan perlaksanaannya oleh pihak berkuasa!
Terkedu Ahmad Yahaya “ditampar” bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu di dalam dewan! Tak perlu ADUN BN tampil “ketuk” kepala Ketua Pemuda PAS Kedah, dia “diketuk” dulu oleh seniornya. Nak tunjuk pandai tak kena tempat…
Berbalik pada persoalan pokok, mengapa sayang sangat ADUN-ADUN PAS pada fahaman Syiah? Mereka bertanya di dalam dewan tentang tindakan Kerajaan BN Kedah pada golongan berfahaman songsang itu. Tapi mereka sendiri enggan menyokong kerajaan untuk bertindak?
Sebetulnya, rang undang-undang itu sudah tentu telah dikaji secara mendalam oleh pihak yang berkenaan. Sudah tentu para ulama muktabar dan Mufti telah dirujuk ketika membuat draf enakmen jenayah syariah tersebut.
Mungkin mereka sendiri sedar bahawa rang undang-undang itu benar-benar bakal memberi impak terhadap gerakan Syiah yang semakin berani menonjol diri di Kedah. Mungkin takut hilang sokongan politik, maka Ketua Pemuda PAS terpaksa berlakon “bodoh” membantah enakmen “anti-syiah” itu.
945746_314343985369140_647792477_n
Atau, mungkin ada di kalangan ADUN PAS Kedah sendiri yang berfahaman Syiah? Biasalah. Mereka diwajibkan bertaqiyyah di khalayak umum. Apatah lagi mereka-mereka yang berada di pentas politik, bukan?
Ada juga bunyi-bunyi sumbang dari segelintir pemimpin PAS yang kononnya mahu tunjuk alim dan mengatakan bahawa Syiah itu tidak semuanya sesat serta merupakan sebuah mazhab.
Pelik betul! Setahu saya, seluruh jumhur ulama Sunnah wal Jamaah sepakat mengatakan bahawa Syiah itu bukan sebuah mazhab dan hanyalah satu fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Maksudnya, Syiah tidak diiktiraf sebagai mazhab!
Jadi, apa perlunya membantah rang undang-undang yang memerangi golongan yang menghina dan mengkafirkan Sayyidina Abu Bakar RA, Sayyidina Umar RA dan Sayyidina Uthman RA? Apakah PAS setuju supaya tiada sebarang tindakan diambil pada golongan berfahaman songsang itu?

Khabarnya PAS pejuang Islam sejati. “Pejuang” jenis apa yang menyokong Syiah diamalkan? Atau PAS sendiri bertaqiyyah, barangkali?

No comments:

Post a Comment