Saturday, 14 February 2015

HIKAYAT MAHALIWAT TERAGONG....

HIKAYAT MAHALIWAT TERAGONG

























SEBAB MUSABAB ANWAR IBRAHIM DIPECAT
Sebab Musabab Anwar Dipecat -

Tun Mahathir Artikel ini sesuai dibaca oleh semua golongan yg sehaluan dan sekapal dgn Anwar Ibrahim. Sesuai juga dibaca oleh mana² golongan homo dan golongan munafik di Malaysia. Sesuai juga utk diprint & diphotostat banyak² kemudian diedarkan kpd orang kampung

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pernah menjelaskan mengapa beliau terpaksa mengambil tindakan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan keahlian UMNO, semuanya berpunca dari salah laku moral. Berikut merupakan penjelasan Dr Mahathir yang ketika itu Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia menjelaskan sebab-sebabnya kepada ahli mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC, yang turut dihadiri Anwar pada malam 3 September 1998.

Semasa saya berjumpa dengan Menteri Besar dan juga beberapa orang lain yang datang berjumpa saya untuk mengetahui berkenaan masalah ini, ada tuduhan bahawa saya ambil tindakan ini kerana politik kerana saya nak menyelamatkan diri saya. Saya nak kata di sini, kalau saya ambil tindakan pasal politik, apa gunanya saya tunggu sehingga keadaan jadi begini genting dan masalah-masalah lain menekan negara.

Pilihan ini saya ambil keranasaya percaya tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempunyai asas yang kukuh. Saya tidak puas hati dengan tuduhan ini pada mulanya. Tahun lepas, bulan Ogos tuduhan ini dibuat oleh orang-orang. Seorangnya ialah adik (Ummi Hafilda) kepada Azmin iaitu setiausaha kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan juga seorang driver yang dahulu bekerja sebagai driver Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kemudian bekerja sebagai driver Azmin, sekarang ini sudah bekerja di Melaka (Azizan Abu Bakar).

Surat telah disampaikan kepada saya dan kedua-dua dan surat itu dibawa oleh Megat Junid yang menyatakan bahawa ini telah dibuat oleh orang berdua ini dan telah berjumpa dengan Megat Junid dan Tun Daim. Saya tolak sepenuhnya tuduhan yang dibuat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya tuduh Megat Junid cuba membuat surat layang dengan pakar fitnah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dan dengan itu, tidak ada siapa yang tahu dan saya pula diberi oleh pihak polis satu kenyataan yang dibuat oleh adik Azmin iaitu Ummi yang berkata bahawa tuduhan yang dibuat dalam surat pertamanya itu adalah tidak berasas dan saya anggap bahawa dengan itu, kes itu telah selesai.

Sepertimana Ahli-ahli Majlis Tertinggi tahu, saya tidak kata apa-apa kepada Majlis Tertinggi tentang pendirian saya terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Bahkan saya masih anggap dia bakal pengganti saya. Dan selepas peristiwa itu pun, saya masih lagi buat kenyataan berkali-kali bahawa saya memberi sokongan penuh iaitu dia akan menjadi pengganti saya dan saya ingin serah UMNO bulat-bulat termasuk penyokong-penyokong saya kepadanya sebagai Presiden parti dan juga sebagai Ketua Kerajaan.

Ini adalah satu kenyataan yang selalu saya buat di hadapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim atau di ucapan-ucapan lain yang saya buat. Saya selalu membuat kenyataan yang sama sehingga akhbar-akhbar asing pun telah setuju tentang the annointed assistant – apa nama – pengganti yang telah dikenal pasti oleh saya. Selama ini pun, saya telah memberi sokongan penuh sehingga daripada masa masuk ke dalam UMNO sehingga menjadi Ketua Pemuda, Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden.

Sepanjang masa saya beri sokongan dan mempertahankan apabila ada orang menangkis. Banyak orang yang datang jumpa saya yang membuat macam-macam kenyataan termasuk percubaan memburukkan diri saya dalam dan luar negera.Tuduhan bahawa secara tidak langsung saya melakukancrony capitalism, hypnotism, cronyism, corruption dan berbagai-bagai lagi. Apabila Zahid Hamidi membuat kenyataan yang sama, saya dan semua Ahli Majlis Tertinggi tahu bahawa saya membuat teguran yang keras terhadap Zahid.

Kalau pun Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri membuat teguran yang sama di Johor, tetapi saya tidak tegur Dato’ Seri Anwar Ibrahim, saya salahkan Zahid. Saya kata, apa yang dikatakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ditujukan bukan kepada Malaysia dan bukan kepada saya tetapi kepada negara-negara lain. Sepanjang masa sehingga Majlis Tertinggi mesyuarat agung pun saya membuat pendirian yang sama iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menjadi pengganti saya apabila saya berhenti.

Dan sebenarnya saya berhajat untuk berhenti tahun ini, tahun 1998. Waktu tahun sudah, saya pergi bercuti dua bulan dan semasa itu saya serah pentadbiran kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan tidak ragu-ragu walaupun ada orang yang kata itu tidak bijak dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak setia kepada saya, saya tidak terima dakwaan mereka.

Perkara ini sepatutnya tidak membawa kepada apa-apa tetapi malangnya buku ini. Buku 50 Dalil ini dikeluar, ada orang bagi kepada saya satu salinan, saya tak baca, pasal saya anggap buku ini sebagai fitnah. Sampai sekarang ini pun saya tak baca. Tetapi, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri mengambil tindakan untuk mengambil apa nama internal…apakah (istilah itu) saya pun tak tahu, apa nama bahasa undang-undang ini. Dia cuba menyekat pengedaran buku ini.

Dan tindakan itu diambil sebagai satu tindakan criminal iaitu melapor kepada polis bahawa buku ini patut di ban kerana ianya mengandungi banyak tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri beritahu kepada saya bahawa dia mengambil tindakan ini dan saya kata “this is very tricky,” inilah perkataan yang saya guna. Saya masih ingat “this is very tricky” sebabnya saya kata tricky adalah apabila sesuatu yang diserah kepada polis, maka polis akan siasat dan walaupun kalau tidak ada apa-apa.. tak apalah. Tetapi kalau ‘ada apa-apa’ polis sebagai professional body akan siasat…Jadi itulah yang berlaku.

Polis membuat siasatan dan kemudian memberitahu saya bahawa tuduhan-tuduhan dalam buku itu walaupun tak semuanya benar, tapi ada yang benar. Mereka telah menyoal beberapa orang dan orang-orang ini secara sukarela, kata polis memberi maklumat dan polis memberitahu kepada saya apa yang diakui oleh orang-orang ini.

Saya mengaku, saya terkejut kerana saya tak sangka satu orang, satu kawan yang saya fikir begitu warak sekali boleh terlibat dalam kegiatan yang semacam ini. Yang lain saya tak berapa peduli sangat, tentang masalah duit dan lain-lain saya tak berapa peduli.

Tetapi tuduhan yang mengejutkan saya ialah berkenaan womenize, ada hubungan seks dengan beberapa wanita, tuduhan bahawa ada percubaan untuk intact isteri orang dan yang dahsyat sekali ialah tuduhan bahawa telah meliwat seorang lelaki yang dulu menjadi driver kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Itu tuduhan yang dibuat oleh polis dan mereka mempunyai cukup bukti, apa statement-statement yang ditandatangani dan gambar-gambar yang mereka ambil tentang orang ini. Namun, saya masih tidak puas hati dan saya bagitahu kepada polis, bahawa saya sendiri nak tanya orang-orang ini dan saya berjumpa dengan orang ini satu persatu dan tanya, “Sama ada polis paksa mereka atau pun tidak?” Jawapan mereka, “Mereka tidak dipaksa.” Saya tanya pula, “Sama ada mereka sanggup memberi – apa nama – keterangan dalam mahkamah kalau mereka dikehendaki menjadi saksi?” Mereka semua mengakui bahawa, “Mereka sanggup memberi penjelasan dalam mahkamah.”

Orang pertama yang saya jumpa ialah seorang driver yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris, bercakap bahasa Melayu sedikit sebanyak dan orang ini bercerita pada saya tentang bagaimana dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke suatu bangunan dan dia juga bertanggungjawab disuruh mencuci dan menyiapkan bilik tidur dan juga membawa perempuan-perempuan Cina jalang, bawa untuk berjumpa Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dan selepas itu, dia bawa balik perempuan-perempuan ini dan juga hantar. Kadang-kadang hantar Dato’ Seri Anwar Ibrahim balik rumah dalam kereta yang cermin hitam, orang tidak nampak. Saya tanya, “Berapa kali benda ini berlaku?” Dia kata, “Banyak kali” dan “Siapa yang dibawa?”. “Banyak perempuan Cina. Ada juga perempuan seorang Mexican,” dia kata.

Saya tak tahulah, sama ada dia tahu Mexican atau tak Mexican ke, itu dia kata. Itu daripada driver itu. Saya tanya dia berkali-kali, “Sama ada benar atau tidak benar? Sama ada dia sanggup membuat kenyataan ataupun tidak?” dia juga berkata, “Bahawa yang jahat ini ialah Datuk Nalla dan dia bekerja dengan Datuk Nalla.” Datuk Nalla kadang-kadang tidak bayar gajinya. Dia kata, “Dato’ Seri Anwar Ibrahim baik, yang menghasut Dato’ Seri Anwar Ibrahim ialah Datuk Nalla.”

Saya juga jumpa dengan seorang kerani dan dia bercerita bagaimana Dato’ Seri Anwar cuba nak ada hubungan seks dengan dia. Dan dia tolak dan dia balik beritahu kepada ibu dia dan abang dia dan adik dia. Dan mereka itu berkata, jangan buat apa-apalah, pasal dia ini orang besar. Tidak buat laporan atau apakah.

Orang yang ketiga yang saya jumpa ialah seorang perempuan India yang juga membuat kenyataan bahawa dia berjumpa nak dilakukan hubungan seks oleh Dato’ Seri Anwar dalam sebuah bilik dalam sebuah bangunan seperti itu dan dia juga menolak kerana katanya dia datang haid.

Wanita yang ketiga ialah seorang perempuan Melayu yang mengaku dia ada hubungan seks dengan Dato’ Seri Anwar. Kemudian saya berjumpa dengan driver yang bernama Azizan. Dia dulu bekerja dengan Dato’ Seri Anwar. Lepas itu, dengan kerana Dato’ Seri Anwar mengadakan hubungan songsang dan dia berasa malu dan berkali-kali buat dan dia berhenti kerja.

Dan kemudian dia bekerja dengan Azmin. Apabila dia bekerja dengan Azmin, adik Azmin bertanya kepada dia, berkenaan dengan ke mana dia selalu bawa isteri Azmin. Dan apabila cerita-cerita ini bangkit, dia sebut apa yang berlaku kepada dia. Apa yang Dato’ Seri Anwar buat kepada dia. Itu…

Ummi tadi telah mengajak dia supaya membuat laporan dan dia pun membuat satu laporan yang ditandatangani. Tetapi, dia kata yang tulis bukan dia. Yang tulis Ummi dan dia tandatangan. Ummi lah yang tanya kepada driver ini tentang kelakuan isteri Azmin yang selalunya dapat panggilan telefon, dapat pergi ke shopping complex dan hilang sekejap.

Lepas itu balik, bercakap berkenaan dengan boyfriendnya yang biasa menyebut bahawa anak dia itu adalah anak Dato’ Seri Anwar. Sebab itu adik Azmin ini buat keputusan untuk melapor. Dan apabila dia melapor, dia diburu oleh polis. Sehingga polis pergi ke rumah kawannya dan pecah pintu dan tangkap dia dan paksa dia suruh ubah kenyataan bahawa apa yang dia kata itu tidak benar. Jadi, itu cerita daripada Ummi.

Sebenarnya saya tidak berminat untuk berjumpa dengan Ummi. Oleh kerana Dato’ Seri Anwar sendiri beritahu kepada saya, bahawa Ummi ini ialah keluarga kepada Azmin. Dan Ummi ini sudah rujuk balik kepada keluarganya dan tidak lagi membuat tuduhan-tuduhan ini. Dan oleh kerana itu, saya tidak berminat untuk berjumpa dengan Ummi. Sebaliknya, pada suatu malam saya hadir satu majlis perkahwinan. Setelah saya balik ke rumah, isteri saya telefon. Dia kata, ada dua orang nak jumpa saya. Sanggupkah saya jumpa? Saya kata, “Pasai apa?” “Ialah pasal kes.” Yang datang ni ialah Ummi dan seorang lagi yang berjanggut dan mengaku dirinya tiga pupu kepada Dato’ Seri Anwar, ada kaitan dengan Sulaiman Palestin.

Dan Ummi bercerita tentang apa yang berlaku. Sama seperti yang diceritakan oleh Azizan. Saya tanya Ummi, saya dengar kata dia telah tarik balik (tuduhan yang dibuat sebelum ini). Dia kata, dia tidak pernah tarik balik. Dia terpaksa.. dipaksa oleh polis untuk menarik balik apa yang dia buat kenyataan. Jadi, pendek kata, setelah saya dengar semua ini, saya berpendapat bahawa cerita-cerita ini adalah benar.

Dan inilah yang menyebabkan saya memikir semula tentang Dato’ Seri Anwar sebagai Presiden UMNO dan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sesuainya sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Yang lain saya boleh maaf, saya boleh lupa tetapi perbuatan songsang ini perbuatan yang tidak halal, baik daripada segi agama ataupun bagi masyarakat kita.

Adalah sesuatu yang saya tidak boleh terima dan saya tidak mahu bertanggungjawab, membenarkan orang yang terlibat dengan perbuatan yang buruk ini menjadi pemimpin UMNO dan jadi pemimpin negara. Memang Dato’ Seri Anwar Ibrahim cuba berkata, bahawa tuduhan ini tidak benar. Tetapi saya perlu buat penilaian saya sendiri. Dan saya yakin dan saya percaya bahawa tuduhan ini adalah benar.

Selain daripada itu, saya juga berjumpa dengan seorang Ketua Bahagian UMNO daripada Perak, Hamzah namanya. Dia bawa saya tape recording – apa nama telephone called, antara isterinya dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sekali lagi saya terkejut mendengar apa yang diperkatakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim kepada seorang isteri kepada seorang Ketua Bahagian UMNO. Cuba nak pikat dia supaya – apa nama – supaya berjumpa untuk tujuan apa. Dan loghat cakap itu saya dapati tidak begitu baik. Saya masih tidak mahu mendedahkan perkara ini seboleh-bolehnya.

Walaupun pihak polis sudah ready, sudah pun menyiapkan kes-kes ini terutama berkenaan Datuk Nalla. Saya nak cuba kalau boleh tidak mendedahkan perkara ini. Sebab itu, saya minta supaya Dato’ Seri Anwar Ibrahim letak jawatan.

Saya berharap kalau dia letak jawatan, dia pergi, saya tak payah nak sebut tentang perkara ini kerana perkara ini mengaibkan seseorang dan parti kita dan keluarga-keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri yang saya berpendapat tidak berdosa. Dan saya tidak hendak perkara ini mencemarkan mereka.

Tetapi Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak menuruti. Dengan itu, saya terpaksa melucutkan jawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Apabila saya lucutkan jawatan ini, saya terpaksa membuktikan sebab-sebab kenapa saya melucutkan seseorang yang memegang jawatan ini.

Saya terpaksa membuktikan sebab-sebab kenapa saya melucutkan seorang yang memegang jawatan yang tinggi dalam parti dan kerajaan. Saya tidak boleh mempertahankan tindakan saya melainkan saya dedahkan segala-galanya. Saya cuba nak harap kata Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan pergi dengan rela hati dan saya tidak perlu berkata apa-apa.

Kalau pun nak tuduh bahawa ini ialah oleh kerana pendapat yang berbeza-beza berkenaan dengan ekonomi, yang itu tidak mengapa, saya boleh pertahankan diri saya. Tetapi apabila saya mengambil tindakan melucutkan, saya mesti jelaskan sebab-sebab yang saya ambil tindakan.

Sebab itu saya panggil Menteri-menteri Besar ke rumah saya sebagai ketua-ketua perhubungan. Saya tidak panggil Majlis Tertinggi kerana saya berharap, masih berharap – saya tidak perlu jelas kepada Majlis Tertinggi. Saya jumpa dengan Menteri Besar, saya terang semuanya. Dan saya sanggup kalau Menteri-menteri Besar nak jumpa dengan orang yang saya jumpa pun saya sanggup untuk berjumpa, supaya dapat mengesahkan sendiri apakah benar atau pun tidak ?

Tetapi Menteri-menteri Besar tidak berminat untuk nak bertanya walaupun mereka berjumpa dengan Ummi dan Hamzah dan seorang lagi budak yang berjanggut. Saya bagi penerangan kepada Menteri Besar supaya tindakan yang saya akan ambil akan difahami oleh Menteri-menteri Besar. Saya berhajat – berharap, saya dapat menerangkan perkara ini kepada Majlis Tertinggi tanpa mengeluarkan butir-butir yang tidak sedap didengar.

Tapi sebagaimana yang kita tahu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak meletakkan jawatan. Saya terpaksa melucutkan jawatannya dan saya terpaksa menjelaskan semuanya pada malam ini. Saya tak nak ulas banyak lagi. Saya tahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim membuat tuduhan bahawa ada konspirasi daripada seluruh alat kerajaan. Saya tak tahulah apa asas-asas itu.

Saya tak akan tahankan diri saya kerana bagi saya, yang penting ialah seorang yang mempunyai moral yang begitu buruk, moral yang menjadi lebih buruk kerana menggambarkan diri sebagai seorang yang alim, seorang ulama, seorang yang boleh menjadi imam, boleh buat khutbah, orang yang semacam ini lebih daripada orang lain, tak patut buat kerja yang semacam itu. Pada pendapat saya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak layak memegang jawatan dalam kerajaan, tidak layak memegang jawatan dalam UMNO, bahkan tidak layak menjadi ahli UMNO. Itu pendapat saya. Kalau Dato’ Seri Anwar nak mempertahankan diri, sila…

WARKAH KERAMAT UMI HAFILDA

Faktor Anwar Tersungkur, Warkah Keramat Berusia 16 Tahun Meletup Kembali


Warkah Keramat Ummi Hafilda bertarikh 5 Ogos 1997 kepada Dr Mahathir Mohamad
AIDCNews – 22/12/10 – Sepucuk warkah yang berusia 12 tahun 7 bulan bertajuk “Warkah Keramat Buat Perdana Menteri” yang ditulis oleh Ummi Hafilda, adik Azmin Ali pada 5 Ogos 1997 ditujukan kepada Yang Amat Berhomat, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia meletup kembali di internet sejak beberapa minggu yang lalu.
Meskipun warkah setebal 19 muka surat nampak usang hingga klip kertasnya pun berkarat, namun isi kandungan warkah itu menjadi faktor utama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu berada di puncak kuasa dalam kerajaan tersungkur dan terlucut jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.

Abang dan kakak mengiringi Ummi Hafilda ke mahkamah semasa perbicaraan kes rasuah Anwar 1998. Kelihatan Ummi Hafilda bersama abangnya, Azwan Ali. Turut kelihatan di belakang Intan Dawini Ali (Kak Lang) dan Norlia Ali (Kak Long), kedua kakak Ummi Hafilda
Penulis warkah itu bernama Ummi Hafilda Ali, adik bongsu kepada Azmin Ali (sekarang Timbalan Presiden PKR). Warkah itu ditulis dengan sokongan  keempat-empat kakak-kakak dan abang-abang Ummi Hafilda (kecuali Azmin Ali)  iaitu Norlia Ali (Kak Long), Intan Dawini Ali (Kak Lang), Azwan Ali (artis) dan Mohd. Azman Ali.
Ketika warkah itu ditulis, Azmin Ali adalah Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Warkah itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad kerana membabitkan moral penggantinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri Azmin Ali dan hubungan seks luar tabie dengan pemandu peribadi Azmin Ali. Isteri Azmin bernama Shamshida Taharin, manakala pemandu peribadinya, bernama Azizan Abu Bakar yang sebelum ini pernah menjadi pemandu peribadi isteri Datuk Seri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“YAB yang saya sanjungi, kagumi dan hormati, dengan rasa tanggungjawab, walaupun terlalu berat tangan saya untuk menulis, demi menyelamatkan abang saya, iaitu Mohamed Azmin Ali dari terus teraniaya, maka kami adik beradik telah mengambil kata sepakat untuk memohon jasa baik pertimbangan dan budi bicara YAB menerima laporan ini untuk kebaikan semua pihak”, kata Ummi Hafilda dalam warkah itu.
Warkah itu mencatatkan Shamshida Taharin, ipar mereka mempunyai hubungan sulit dengan Datuk Seri Anwar. Perkara ini disahkan oleh Aton, pembantu rumah Azmin. Aton memberitahu, Datuk Seri Anwar akan menelefon Shamshida antara jam 6.30 petang, 8.30 malam dan kadang kala 12 tengah malam, ketika Azmin sedang nyenyak tidur, mereka berbual secara sembunyi-sembunyi di antara setengah jam hingga satu setengah jam.
Pengesahan Azizan Abu Bakar, 12 Jun 1997
Hubungan sulit Datuk Seri Anwar dan Shamshida turut disahkan oleh pemandu peribadi Shamshida sendiri, iaitu Azizan Abu Bakar.
Pada 12 Jun 1997, Azizan telah datang ke pejabat Ummi Hafilda mengesahkan hubungan sulit tersebut. Perbualan selama dua jam setengah itu, membongkar modus operandi hubungan sulit Datuk Seri Anwar dan Shamshida yang melibatkan orang perantaraan Anwar, Dato Nallakarupan.
Menurut Azizan, kebiasaannya, setiap kali pertemuan majikannya (Shamshida) dengan Datuk Seri Anwar, beliau akan membawa isteri Azmin Ali itu ke Cafe Guana, di Bangsar Shopping Complex dan Datuk Seri Anwar akan datang menjemputnya dengan kereta mewah Daimler WBV 37, yang dipandu oleh Dato Nalla. Mereka akan pergi ke kondominium mewah, Tivoli Villa untuk tempoh dua hingga tiga jam. Waktunya kira-kira jam 5.30 petang dan pada kebiasaannya hari Rabu.
Kehadiran Datuk Seri Anwar ke Tivolli Villa tidak diiringi oleh polis pengiring kerana beliau memberi alasan beliau ingin bermain tenis dengan Dato Nalla di Bukit Kiara.
Bukti Pertemuan Anwar – Shamshida, 30 Jun 1997, jam 5.35 petang (Isnin)
Pada tarikh itu, Azizan menelefon Ummi Hafilda, membocorkan maklumat mengenai pertemuan sulit majikannya. Ummi kemudian menelefon abangnya, Mohd Azman Ali untuk turut serta menyaksikan kecurangan ipar mereka. Ummi juga turut membawa rakan karibnya, Puan Zamrah Lajis.
Sesampainya,  di Bangsar Shopping Complex, apa yang diperkatakan oleh Azizan Abu Bakar benar-benar berlaku. Sebuah kereta mewah, Daimler WBV 37 kepunyaan Dato Nalla datang menjemput Shamsida kira-kira jam 5.30 petang dan mereka menuju ke Tivolli Villa.
Azizan yang ditugaskan menunggu majikan di Bangsar Shopping Complex itu turut menyertai Ummi Hafilda, Mohd Azman Ali, Puan Zamrah Lajis mengekori kereta Daimler WBV 37 ke Tivoli Villa itu.
Sesampai di Tivoli Villa, Ummi Hafilda meminta bantuan kawannya, Puan Normala yang tinggal di kondominium mewah itu untuk mendapat kebenaran masuk.
Kira-kira jam 7.40 malam, kelihatan kereta Daimler Dato Nalla itu kelihatan keluar semula dari Tivolli Villa dan menghantar Shamshida ke Bangsar Shopping Complex, di mana Azizan telah siap sedia menunggunya.
Polis peribadi Anwar telefon Ummi Hafilda, 10 Julai 1997
Selepas kejadian 30 Jun 1997, tersebar surat layang bertajuk “Talqin Terbuka Untuk Anwar Ibrahim” [klik di sini] kepada beberapa pihak, termasuk Datin Seri Wan Azizah, polis pengiring Datuk Seri Anwar telah menelefon Ummi Hafilda pada 10 Julai 1997, jam 8.15 malam. Klik di sini
Polis pengiring Datuk Seri Anwar bernama Zul Aznam itu meminta Ummi Hafilda menutup kes ini dan tidak menceritakan kes tersebut kepada sesiapa pun, termasuk kepada kedua ibu bapanya.
Beliau juga memberi amaran kepada Ummi Hafilda bahawa Datuk Seri Anwar merupakan tokoh yang amat penting dan berkuasa di negara ini.
Datuk Seri Anwar Telefon Azizan Abu Bakar, 13 Julai 1997
Datuk Seri Anwar sendiri turut menelefon Azizan Abu Bakar pada 13 Julai 1997 dan meminta kerjasama Azizan menafikan segala pertuduhan dalam surat layang tersebut (“Talqin Terbuka Untuk Anwar Ibrahim”).
Menurut Anwar, Azmin sendiri akan datang bersemuka berbincang dengan Azizan.
Homoseksual : Pengakuan Bersumpah Azizan Abu Bakar
Dalam warkah itu juga turut dilampirkan Pengakuan Bersumpah Azizan Abu Bakar yang mendakwa dirinya diliwat Datuk Seri Anwar sekitar tahun 1992, di hotel-hotel mewah seperti PJ Hilton, Hyatt Saujana dan Holiday Villa, ketika beliau menjadi pemandu peribadi Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
“Sepanjang bekerja di bawah naungan beliau, saya sering dipanggil untuk melakukan perkara terkutuk itu walaupun untuk beberapa kali saya cuba menolaknya. Sifat rakusnya membayangkan beliau seorang yang boleh dikategorikan sebagai ‘kronik’ sehingga membuatkan jiwa dan mental saya tertekan. Perasaan bersalah akhirnya menguasai diri saya apabila setiap kali terpandang wajah Datin Seri Wan Azizah yang begitu tinggi akhlaknya. Akhirnya saya membuat keputusan untuk berhenti (bekerja sebagai pemandu Dr Wan Azizah) dari terus menjadi hamba homoseksual Anwar Ibrahim”, Kata Azizan.
Pengakuan bersumpah itu dibuat pada 5 Ogos 1997.
Menurut Azizan lagi, salah seorang lagi mangsa hubungan homoseksual Datuk Seri Anwar adalah Sukma Darmawan yang dikenali umum sebagai adik angkat Anwar, rakyat Indonesia yang mempunyai butik di Hotel Hilton bernama (Gianfranco) “Ferre”.
Ummi Hafilda sendiri pernah menemui Sukma Darmawan pada 2 Ogos 1997 dan dalam pertemuan itu, Sukma mengakui beliau mengidap penyakit misteri. Sakit (di bahagian dubur) bila duduk dan berjalan.
Lihat kandungan penuh warkah tersebut, dalam bentuk google.doc Klik di sini
Azmin Ali Pujuk Ummi Hafilda Tarik Balik Warkah
Setelah dua minggu warkah keramat itu dihantar kepada Perdana Menteri, dengan tergesa-gesa Azmin Ali pulang ke rumah emaknya di Klang Gate dengan tujuan untuk menemui adiknya, Ummi Hafilda. Kedatangan Azmin ditemani oleh kroni bisnesnya, Datuk Sng Chee Hua.
Datuk Sng berbual dengan bapa Azmin, Haji Ali bin Omar (arwah), manakala Azmin pula mengajak Ummi Hafilda berbincang di di bilik adiknya di tingkat atas.
“Dia (Azmin) punya merayu bagai nak gila, kalau selama ini dia begitu angkuh dengan adik beradik dan sukar untuk berbual mesra, tetapi petang itu dia seolah-olah baru dapat skrip lakonan daripada juburin (Anwar). Masih terngiang-ngiang di telinga kerana perkataan tersebut, (yang) dia tak pernah sebut seumur hidup, dia kata, i love you as my sister, and now i need your help, kau tolong tukar semua statements kat polis, nanti aku ajar apa nak cakap, yang selebihnya boss aku (Anwar) uruskan dengan Rahim Noor.
“Anwar nak kau cakap kat polis yang kau tak nampak kereta Nalla, Daimler WBV37 ambil Shida (Shamshida) kat Bangsar Shopping Complex pergi Kondo Tivoli Villa dan Anwar nak kau bacakan satu deraf yang dia buat untuk kau muncul kat TV , dan kau buat-buat lah nangis menyesal buat tuduhan ini, kau mesti cakap yang kau dah diupah”, kata Ummi Hafilda di blognya. Klik di sini
Ummi Hafilda menolak pujukan abangnya itu.
“Sorry Min, aku tak boleh, aku tak boleh tarik balik apa yang aku dah bagi tahu dalam surat itu. Aku tak nak muncul kat TV. Macam tidak ada maruah diri, dah buat, tiba-tiba tarik balik. Apa pandangan orang pada aku (tarik balik) semata-mata kerana duit. No way Min, sorry dan macam mana aku nak nafikan pasal kereta Nalla itu, sebab gambar (yang dirakamkan Ummi semasa mengintip Shamshida dan Anwar di Tivoli Villa) aku dah bagi (kepada Dr Mahathir) dalam laporan aku itu”
Ketika itu Azmin masih berlembut. Beliau meminta adiknya berfikir panjang dan akan berjumpa sekali lagi di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur.
Ummi Hafilda keberatan untuk hadir dalam pertemuan kedua di Restoran Seri Melayu. Azmin yang memahami psikologi adiknya yang tidak mahu bekerjasama telah menelefon berkali-kali mengingati adiknya supaya hadir. Kali ini Azmin berkeras dengan nama Anwar dan berbentuk ugutan.
“Boss aku (Anwar) suruh kau datang, kalau tak (datang), dia naik angin nanti, dan aku tak guaranteeapa (akan) jadi selepas itu”, gertak Azmin.
Pada tarikh yang ditetapkan Azmin sekali lagi hadir dengan ditemani oleh Datuk Sng Chee Hua menemui Ummi Hafilda. Mereka berbincang di Bilik VIP, Restoran Seri Melayu.
“Di Restoran Seri Melayu, bukan main dia merayu sekali lagi, dia tawarkan wow cukup-cukup lumayan dia kata even boss dia (Anwar) akan beri mana-mana projek kepada kau dan dicampur lagi dengan duitCASH“.
Sekali lagi Ummi Hafilda menolak tawaran abangnya itu. Penolakan kali kedua ini benar-benar membuatkan Azmin marah.
“Kalau kau masih berdegil, kau akan terima akibatnya, boss aku rapat dengan Rahim Noor(Ketua Polis), nanti kita tangkap kau di bawah ISA, aku bagi masa kat kau 48 jam selepas itu..sorry,”, marah Azmin.
Ummi Hafilda dan Azizan Menemui Karpal Singh
Oleh kerana ketakutan kerana sentiasa diekori oleh orang-orang Datuk Seri Anwar, akhirnya Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar menemui peguam Karpal Singh untuk meminta nasihat perundangan. Pertemuan mereka diadakan di pejabat Karpal, di Lorong Pudu, Kuala Lumpur.
Dalam pertemuan itu, Ummi Hafilda dan Azizan menceritakan segala-galanya kepada Karpal, termasuk memberi salinan pengakuan bersumpah Azizan Abu Bakar yang mendakwa dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar. Berdasarkan bukti dan salinan surat itu, Karpal membangkitkan isu salah laku Datuk Seri Anwar di parlimen dan mendesak kerajaan mempercepatkan proses siasatan.
Kata-kata cabaran Karpal kepada Anwar terkandung dalam hansard parlimen bertarikh 6 dan 22 Oktober serta 18 Disember 1997. Klik di sini
Ummi Hafilda dan Azizan Ditangkap Polis
Tidak berapa lama selepas pertemuan dengan Karpal Singh, pada 17 Ogos 1997, Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar ditangkap polis.
“Telah ditangkap polis di rumah kawan saya arwah Dr Ristina pada 17hb ogos 1997 selepas 2 minggu surat saya dikeluarkan atas arahan si penderhaka (Anwar Ibrahim) kepada KPN ketika itu Tan Sri Rahim Noor. Saya telah didera secara mental sepanjang malam dari pukul 12 hingga ke Subuh tanpa henti dengan cara yang pernah dilakukan kepada pelampau komunis 40 tahun yang lampau. Ini disahkan sendiri oleh DSP Aziz di dalam mahkamah yakni cara dan teknik penderaan mereka ke atas saya. Namun alhamdulilah Allah memberi kekuatan dalaman yang hebat dan maksimum untuk saya terus konsisten hingga ke subuh”, kata Ummi Hafilda dalam artikelnya bertajuk, ” Perjuangan Menentang Kemungkaran Insan Munafik dan Pengorbanan Srikandi”
“Bala tidak berakhir di situ, namun saya terus berada dalam cengkaman polis hampir selama setahun sebelum surat saya setebal 19 muka surat dimasukkan semula dalam buku ’50 dalil’ tulisan arwah Khalid Jafri. Cengkaman yang dimaksudkan dimana hampir setiap minggu saya diambil oleh pihak polis di rumah kakak saya untuk disoal siasat setiap pergerakan saya. Fikiran saya ketika itu benar benar ditahap yang paling derita, stress yang dasyhat. Trauma ditangkap dan didera masih belum luput dari ingatan. Saya dilarang bertemu dengan sesiapa ataupun membuat panggilan telepon. Setiap pergerakan diekori dan perbualan dirakam. Mereka akan memaki hamun saya sekiranya saya cuba mendapatkan mana mana pandangan ahli politik ketika itu. Bayangkan setahun hidup seperti penjara sebelum akhirnya surat keramat saya diterima oleh Dr Mahathir setelah bukti bukti kukuh diperolehi dari Tan Sri Musa Hassan sepanjang 6 bulan menjalankan penyiasatan dan akhirnya Anwar dipecat pada 2 September 1998 setahun selepas penderitaan yang dahsyat yang dialami”
Menurut bekas Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohd Said Awang, beliau diarahkan oleh Datuk Seri Anwar, ketika itu Timbalan Perdana Menteri untuk menangkap Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar supaya mereka menarik balik tohmahan salah laku seksual Datuk Seri Anwar itu.
Selepas ditangkap, Mohd Said mengarahkan Asisten Komisioner Mazlan Mohd Din dan Deputi Superintendan Abdul Aziz Hussin menemuduga dan mendapat penarikan balik pengakuan Ummi Hafilda dan Azizan itu.
Katanya, operasi “turning over” dan “neutralisation” untuk menakutkan mereka berdua dan pihak polis berjaya mendapatkan pengakuan penarikan balik daripada mereka berdua walaupun secara hakikatnya mereka tidak rela.
Surat penafian itu diserahkan kepada Datuk Seri Anwar.
Menurut bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Datuk Amir Junus, walaupun surat penafian itu telah diberikan kepada Datuk Seri Anwar, namun Timbalan Perdana Menteri itu masih tidak berpuas hati akan memintanya akan dibuat beberapa pindaan.
Katanya, Anwar membuat beberapa pembetulan dengan memasukkan ayat berbentuk penafian dan Azizan tidak pernah menulis pengakuan bersumpah. Klik di sini
Begitu juga dengan surat penafian Ummi Hafilda, Datuk Seri Anwar mengarahkan agar dibuat beberapa pindaan mengikut kehendaknya.
Datuk Seri Anwar Dipecat 2 September 1998
Warkah Keramat itu kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah buku bertajuk, “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM” yang ditulis oleh Khalid Jafri. Buku itu tersebar meluas di Perhimpunan Agung UMNO 18 Julai 1998.
“Surat saya berjaya sampai ke tangan Dr Mahathir melalui Datuk Seri Aziz Shamsuddin (Setiausaha Politik), tetapi berdasarkan maklum balas yang saya terima, surat itu dibuang ke tong sampah. Itu menurut salah seorang setiausaha Dr Mahathir pada masa itu. Namun Allah Maha Kaya apabila surat keramat saya ini akhirnya diambil oleh Allahyarham Datuk Khalid Jafri Bakar Shah (penulis buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM) yang mana fakta-faktanya dimasukkan ke dalam buku berkenaan. Kesilapan besar yang berlaku apabila Azmin Ali membuat laporan polis mengenai buku ini” Kata Ummi Hafilda kepada wartawan Mingguan Malaysia, Saifulizam Mohamad.
” Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah dipertanggungjawabkan menjalankan siasatan. Tidak salah saya pada masa itu, beliau merupakan pegawai kanan bahagian siasatan. Kita harus berterima kasih kepada Musa yang jujur sepanjang siasatan dijalankan. Kemudian Serbuan dibuat ke atas kediaman Datu S Nallakarupan(bekas rakan karib Anwar) dan banyak bukti diperolehi. Maklumat ini hasil daripada surat saya kepada Dr Mahathir”. katanya lagi.

Khalid Jafri (kiri) dan Dato Nallakarupan (kanan) ditahan 11 Ogos 1998
Menurut Peguam Negara, Tan Sri Mohtar bin Abdullah, aduan itu telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi No: 14140/98 pada 19 Jun 1998 terhadap Abdul Khalid @ Khalid Jafri bin Bakar Shah iaitu penulis buku bertajuk 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Pihak Polis Di Raja Malaysia telah dengan segera menjalankan siasatan berhubung aduan ini. Hasil daripada siasatan, pihak polis telah merujuk Kertas Siasatan ini kepada Peguam Negara pada 9 Ogos 1998.
Peguam Negara selaku Pendakwa Raya Malaysia, telah mengkaji dan meneliti semua keterangan berkaitan dengan tohmahan-tohmahan yang terdapat di dalam buku tersebut. Pendakwa Raya Malaysia berpuas hati bahawa salah satu tohmahan di dalam buku tersebut adalah prima facie berita palsu dan oleh yang demikian Pendakwa Raya Malaysia mengarahkan agar penulis buku iaitu Abdul Khalid @ Khalid Jafri bin Bakar Shah didakwa di bawah Seksyen 8A(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 berkaitan dengan berita palsu berkenaan yang terdapat di muka surat 29 perenggan 12 buku tersebut.
Di dalam penyiasatan ini juga polis telah membuat penggeledahan di rumah kediaman Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai dan menjumpai di antara lain 125 butir peluru Fiocchi 6.35 mm dalam kawalan atau milikan beliau. Sehubungan itu Y.B. Tan Sri Peguam Negara selaku Pendakwa Raya Malaysia telah pun mengarahkan Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai didakwa kerana kesalahan di bawah Seksyen 57(1)(b) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Disemak 1972).Klik di sini
Pada 12 Ogos 1998, Datuk Nallakaruppan telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur. Klikdi sini
Pihak polis juga memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk memindahkan Dato Nalla dari penjara Sungai Buloh ke Buit Aman untuk meneruskan proses siasatan yang berkaitan dengan isu keselamatan negara. Klik di sini
Pada 2 September 1998, Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO mengambil keputusan memecat Datuk Seri Anwar dari UMNO dan kerajaan melucutkan semua jawatannya dalam kabinet. Klik di sinidan di sini
Pada hari yang sama juga, Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, SAC 1 Musa Hassan yang merupakan penyelia pegawai penyiasatan berkaitan buku ”50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM” memberitahu Mahkamah Tinggi Dato Nallakaruppan dipercayai mempunyai akses kepada rahsia negara melalui bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memungkinkan dia membocorkan rahsia negara. Klik di sini dan di sini

Kiri- Dr Munawar Anes (Penulis Ucapan Anwar) dan kanan - Sukma Darmawan (adik angkat Anwar)
Pada 6 September 1998, jam 1.35 petang, adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, warganegara Indonesia ditahan polis di Di Lot 10, Shopping Kompleks, Kuala Lumpur.
Diikuti dengan penahanan Dr. Munawar Anees, penulis ucapan Anwar pada 15 September 1998. Dr Munawar adalah seorang warganegara Pakistan dengan taraf pemastautin tetap Malaysia dan Amerika Syarikat. Klik di sini
Keesokan harinya, 16 September 1998, Azmin Ali turut ditahan reman. Klik di sini
Dengan penahanan Azmin itu, bermakna seramai tiga orang yang terdiri orang kanan dan kenalan rapat Anwar ditahan setelah Anwar dipecat dari jawatan kerajaan pada 2 September.
Lebih mengejutkan pada 19 September 1998, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dan Dr Munawar A. Anees mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen, Kuala Lumpur melakukan aktiviti seks luar tabie bersama Datuk Seri Anwar dan kedua-dua mereka dihukum penjara enam bulan. Klik di sini dan di sini
Datuk Seri Anwar Didakwa Di Mahkamah
Terdapat dua kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar dibicarakan di Mahkamah Tinggi, iaitu Kes Rasuah dan Kes Liwat.
Kes Rasuah
Pada 2 November 1998, Datuk Seri Anwar dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di atas empat tuduhan rasuah. Klik di sini
1. “Bahawa kamu, dari 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia, memperolehi kenyataan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar yang dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri, bagi menafikan dakwaan liwat seperti yang terkandung dalam “Pengakuan Bersumpahnya” bertarikh 5 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu, iaitu bagi menyelamatkan diri kamu daripada keaiban, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;
2. “Bahawa kamu pada 27 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar bagi menafikan dakwaan liwat seperti yang terkandung dalam “Pengakuan Bersumpahnya” bertarikh 5 Ogos 1997, yang mana mereka telah perolehi seperti yang diarahkan, dalam bentuk satu kenyataan umum bertulis, untuk faedah diri kamu di mana kamu telah menggunakannya bagi tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan jenayah, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;
3. “Bahawa kamu, dari 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997 di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan kesalahan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas, dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Ummi Hafilda Bt Ali yang dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri, bagi menafikan dakwaan salah laku seks dan liwat seperti yang terkandung di dalam laporan sulitnya bertajuk “Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri” bertarikh 5 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu, iaitu, bagi menyelamatkan diri kamu daripada keaiban, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;
4. “Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47 Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu, Mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Ummi Hafilda Bt Ali bagi menafikan dakwaan salah laku seks dan liwat seperti yang terkandung di dalam laporan sulitnya bertajuk “Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri” bertarikh 5 Ogos 1997 yang mana mereka telah perolehi seperti yang diarahkan dalam bentuk satu kenyataan umum bertulis bertarikh 29 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu sendiri di mana kamu telah menggunakannya bagi tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan jenayah, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.
Setelah perbicaraan yang panjang, akhirnya pada 14 April 1999, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk S. Augustine Paul menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Datuk Seri Anwar dan dihukum penjara enam tahun. Klik di sini
Kes Liwat
Pada 7 Jun 1999, Datuk Seri Anwar sekali lagi dihadapkan di Mahkamah Tinggi untuk menghadapi tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar.
Datuk Seri Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan dituduh bersubahat melakukan persetubuhan di luar tabii di unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar di sini pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.
Setelah perbicaraan berlangsung selama satu tahun empat bulan, pada 8 Ogos 2000, Datuk Ariffin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur membuat keputusan Anwar dan Sukma bersalah meliwat Azizan.
Anwar dihukum dihukum penjara sembilan tahun dan Sukma Darmawan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan. 

DATUK NALA KARUPAN LIHAT SENDIRI RAKAMAN ADIGAN SEX ANUAR DAN SHAMSIDAR.




Tindakan Anwar Ibrahim mahu menyaman bekas rakan sepermainan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan telah diterima dengan baik tanpa sebarang rasa takut. Bahkan menurut S. Nallakaruppan lagi, beliau tahu setiap saat dan minit aktiviti Anwar Ibrahim sepanjang berkawan dengannya semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pelajaran, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Berikut didedahkan satu kenyataan pembelaan Senator Datuk S. Nallakaruppan dalam kes saman tuduhan biseksual yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenyataan pembelaan yang asal dilampirkan di bawah yang menerangkan perkara berikut :

Dalam precedent case (kes terdahulu), iaitu kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim vs Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan tuduhan gay, bekas Perdana Menteri itu menang kes tersebut dan Anwar Ibrahim telah disahkan oleh mahkamah sebagai seorang homoseksual/gay/biseksual. Ini bermakna sebelum S. Nallakaruppan menuduh ‘Anwar Ibrahim sebagai seorang biseksual’ dan diterbitkan oleh Utusan Malaysia, reputasi Anwar Ibrahim sebagai seorang homoseksual/gay/biseksual telahpun diputuskan di mahkamah dan sudah diketahui umum (cuma ketika itu media sosial masih belum popular).



S. Nallakaruppan adalah bekas sahabat baik Anwar selama 30 tahun dan telah diperkenalkan oleh Datuk Lim Thian Kiat (Datuk TK Lim) pemilik Magnum Corporation (4 nombor ekor). Datuk TK Lim adalah majikan kepada S. Nallakaruppan. Hubungan persahabatan S. Nallakaruppan dan Anwar Ibrahim bermula ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pelajaran dan menjadi semakin rapat setelah Anwar Ibrahim dilantik menjadi Menteri Kewangan (kebanyakan untuk projek besar).

Ketika itu, S. Nallakaruppan dan Anwar Ibrahim terlibat dalam aktiviti sukan tenis di padang tenis Bangsar yang dibina khas oleh Datuk TK Lim. Datuk TK Lim telah membayar seorang jurulatih tenis dari Amerika Syarikat (AS) untuk mengajar dirinya, Anwar Ibrahim dan S. Nallakaruppan sekitar tahun 1993 hingga 1998.

Ini membuktikan hubungan Anwar Ibrahim dengan S. Nallakaruppan telah lama terjalin yang membolehkan S. Nallakaruppan merupakan sumber yang tepat untuk mengesahkan sisi-sisi gelap Ketua Umum PKR itu. Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual iaitu individu yang melakukan aktiviti seks dengan wanita dan lelaki dan turut melakukan aktiviti seks dengan wanita yang telah berkahwin.

Anwar Ibrahim didakwa melakukan hubungan seks dengan Shamsidar Taharin, isteri pembantunya, Azmin Ali. Azmin Ali sekarang ini adalah Ahli Parlimen Gombak dan Timbalan Presiden PKR. Menurut Nalla, hubungan seks telah lama berlaku iaitu di antara 1993 hingga 1998 (6 tahun) di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar.

Hampir setiap kali, Anwar Ibrahim perlukan Shamsidar, Anwar Ibrahim akan mengarahkan S. Nallakaruppan untuk membawa Shamsidar dengan kereta Daimlernya bernombor WBV37 di mana Anwar Ibrahim juga turut berada dalam kereta itu. Dalam satu kejadian S. Nallakaruppan dapat dapat menonton aktiviti seksual antara Anwar Ibrahim dengan Shamsidar itu melalui monitor yang disambung kamera CCTV dari katil Tivoli Villa (untung S. Nallakaruppan).

Terdapat sesetengah aktiviti seks itu melebihi daripada tahap normal. Dalam satu kejadian pada tahun 1997, Anwar Ibrahim telah melakukan hubungan seks dengan Shamsidar di sebuah hotel di London yang diatur oleh S. Nallakaruppan. Ketika itu Shamsidar datang bersama suaminya Azmin, manakala Anwar Ibrahim datang bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

S. Nallakaruppan juga bertindak sebagai penjaga bayi (baby sitter) kepada anak perempuan Shamsidar yang berumur tiga bulan ketika Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan Shamsidar di Tivoli Villa. Anak perempuan Shamsidar itu dikatakan mempunyai pertalian darah dengan Anwar.



Mendengar kepada kenyataan S. Nallakaruppan ternyata benar bahawa Anwar Ibrahim selama ini mempunyai nafsu seks yang besar hingga sanggup menggunapakai isteri Azmin Ali. Sebagai seorang suami yang hanya mahukan kuasa politik, Azmin Ali sanggup meminjamkan isterinya, Shamsidar untuk memuaskan nafsu ‘bos’nya itu. Di manakah peranan Wan Azizah, isteri Anwar Ibrahim ketika itu? Yang pasti, Wan Azizah telah diberikan habuan wang yang banyak bagi menutup mulutnya. 



ANWAR, AZMIN, AZIZAH DAN SHAMSIDAR


Anwar, Azmin, Azizah & Shamsidar (3A + 1S)

Episod 3A (Anwar, Azizah & Azizah) sudah terbongkar. Apabila Anwar berkuasa dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Azmin menjadi orang paling berkuasa. Sebagai Setiausaha Sulit Kanan, Anwar. Semua orang tahu, ketika itu, sesiapa yang ingin berjumpa dengan Anwar mesti melalui Azmin. Azmin umpama penjaga tol, di muka pintu.

Anwar jatuh pun kerana faktor Azmin. Berpunca dari isteri Azmin bernama Shamsida Taharin. Pada tahun 1997, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pergolakan keluarga Azmin Ali, apabila adiknya Ummi Hafilda Ali menghantar sepucuk surat kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menceritakan perilaku kesalahan moral Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) dengan kakak iparnya (Shamsida Taharin) dan bekas pemandunya, Azizan Abu Bakar. Surat adik Azmin itu disokong oleh keempat adik beradik Azmin iaitu Norlia Ali, Intan Dawini Ali, Mohd. Azwan Ali dan Mohd Azman Ali.

Mereka lebih kenal siapa Shamsida Taharin, kerana penama itu sebahagian daripada keluarga mereka. Cerita yang selama ini berlegar di kalangan ahli keluarga, akhirnya meletup menjadi isu nasional.

Pada mulanya Dr Mahathir menolak surat itu kerana lebih mempercayai kata-kata Timbalannya, Anwar Ibrahim yang menafikan semua dakwaan dalam surat tersebut. Dalam masa sama, Anwar telah mengarahkan Azmin untuk memujuk adiknya, Ummi Hafilda untuk menarik balik pengakuan surat itu.

Azmin telah pulang ke rumah ayahnya, membawa beg berisikan wang berjumpa dengan Ummi Hafilda. Wang dalam beg itu bernilai kira-kira RM50,000 sebagai ganjaran pendahuluan, untuk Ummi menarik balik kenyataannya. Azmin beritahu Anwar minta tarik balik kenyataan dalam surat itu, kerana boleh menjejaskan reputasi bosnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Azmin beritahu dia akan beritahu kepada semua media dan minta Ummi menangis serta membaca skrip yang telah disiapkan oleh Anwar yang mengandungi butiran kekesalan serta menarik balik surat tersebut. Selepas muncul di depan media itu, Anwar akan beri 5 million kepada Ummi sebagai ganjarannya. Tetapi pujukan Azmin terhadap adiknya itu tidak berjaya.

Azmin meninggalkan Ummi dengan hampa dan sempat memberi kata-kata ancaman "betina degil, kau akan tahu nasib kau..polis akan tangkap kau dan sumbat dalam ISA!"

Selepas usaha pemujukan gagal, Anwar telah mengarahkan polis Bukit Aman untuk menangkap Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar. Polis telah memaksa Ummi dan Azizan menukar pengakuan, dengan menulis surat baru yang mengatakan surat yang ditulis pada 5 Ogos 1997 adalah palsu. Semua keterangan kejadian ini menjadi bahan bukti mahkamah yang akhirnya mensabitkan kesalahan Anwar menyalahgunakan kuasa untuk melindungi salahlaku seksual dengan Shamsida Taharin. Klik di sinidi sinidi sinidi sini di sinidi sindi sinidi sini, di sini, dan di sini

Akhirnya perbicaraan yang mengambil masa hampir enam bulan itu, berakhir pada 14 April 1999, apabila Hakim Datuk S. Augustine Paul menjatuhi hukuman penjara enam tahun bagi setiap tuduhan dan memerintahkan hukuman berjalan serentak mulai tarikh tersebut. Anwar didapati bersalah atas empat tuduhan pindaan rasuah kerana menyalah guna kuasa di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970. Klik di sini

Anwar di penjara, Azmin diblacklist, Azizah pula berkuasa

Setelah Anwar di penjara, Azizah menjadi orang yang paling berkuasa membayangi imej suaminya. Sebelum ini imej Azizah tenggelam, ketika Anwar berkuasa, kerana imej Azmin Ali (di pejabat) dan imej Sukma Darmawan (adik angkat di rumah Anwar) menenggelami semua imej lain termasuk Azizah.

Selepas Azizah menjadi Presiden Parti Keadilan nasional (nama lama PKR sebelum bergabung dengan PRM), dia telah memblaclist 3 nama yang telah menghancurkan kehidupannya iaitu Azmin Ali, Sukma Darmawan dan Shamsida Taharin.

Sukma telah dihantar balik ke Indonesia. Shamsida dilarang datang ke rumahnya di No 8 Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, juga termasuk di rumah baru, istana di Bukit Segambut, Damansara, Kuala Lumpur.

Manakala Azmin pula disekat daripada mara dalam parti Keadilan. Pernah satu ketika Azizah menolak jemputan Azmin Ali untuk merasmikan parti Keadilan Cawangan Gombak. Azmin telah melobi kesemua pegawai-pegawai yang dekat dengan Azizah untuk hadir ke majlis perasmian itu, tetapi jawapan Azizah tetap sama, iaitu menolak permohonan itu. Akhirnya Azmin menggunakan talian hayat yang terakhir iaitu menggunakan khidmat Anwar yang sedang berada dalam penjara. Dengan arahan Anwar, akhirnya Azizah hadir dalam terpaksa merasmikan cawangan Keadilan Gombak di bawah Azmin Ali.

Boleh dikatakan ketika itu, Azmin berada dalam kepayahan meneraju parti kerana halangan daripada Azizah, hayat politiknya semata-mata bergantung kepada Anwar yang berada di penjara.

Setelah Anwar dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, Azmin kembali bernyawa. Orang yang memapah Anwar (kononnya terlampau uzur) adalah Azmin Ali. Ketika itu, ada suara nakal sampai ke telinga Azizah, 'now Azmin and Sukma come back!'

Ternyata benar telahan itu, semua urusan Anwar merawat di Munich diatur oleh Azmin. Sukma Darmawan turut segar kembali dan dari Indonesia, dia terus ke Munich menemani abang angkatnya selama sebulan di sana. Anwar meminta Azmin membawa Shamsida bersama di Munich, tetapi ditentang habis-habisan oleh Azizah. Berlaku perang mulut antara Anwar-Azizah dan Azizah membantah keras kehadiran Shamsida di Munich. Nurul Izzah turut menyokong ibunya. Akhirnya keputusan memihak kepada Azizah.

Sekarang, sistem dalam parti PKR kembali normal. Anwar kembali berkuasa sebagai penasihat umum, Azmin sebagai orang yang paling penting sebagai Naib Presiden dan Azizah kembali menjadi 'boneka' sebagai Presiden PKR yang tidak mempunyai kuasa.

Shamsida yang misteri

Ada sebab kukuh Azizah memblacklist nama Shamsida. Hanya Azizah saja yang mengetahui apa yang terpendam di hatinya. Ada sebab kukuh, anak perempuan Anwar, Nurul Izzah berpihak kepada ibunya, hanya Azizah dan Nurul Izzah yang mengetahui, kerana mereka saling berkongsi masalah masing-masing ketika Anwar di penjara.

Shamsida menjadi 'duri dalam daging' kepada keluarga Azizah, setelah kes rasuah Anwar dibicarakan pada 1 November 1998. Ketika di mahkamah semuanya terbongkar, termasuk kegiatan gelap Anwar yang membohongi Azizah selama ini dengan alasan 'bermain tenis'

Pada setiap hari Rabu (selepas mesyuarat kabinet), Anwar menelefon Azizah dengan alasan bermain tenis dengan dato Nallakaruppan di Bukit Kiara. Tetapi di dalam mahkamah, barulah Azizah faham, maksud 'main tenis' itu adalah Dato Nalla membawa Anwar dan Shamsida ke Tivoli Villa, Bangsar dengan sebuah kereta mewah, Daimler WBV 37, kepunyaan Dato Nalla.

Tivoli Villa (lot 
2-5-13 dan 2-5-14, di Tingkat 5) adalah kepunyaan Dato Nalla yang diberikan oleh Datuk Lim Thian Kiat (T.K.Lim), Pengarah Multi Purpose Holding Berhad (MPHB), penguasa kondominium itu. Dato TK Lim juga pemilik syarikat judi Magnum Corporation yang Dato Nalla diberi tugas sebagai Director Eksekutifnya. Dua lot kondominium itu dihadiahkan kepada Dato Nalla oleh Dato TK Lim untuk dihadiahkan pula kepada Anwar Ibrahim yang ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan. Dato TK Lim perlu meraikan Menteri Kewangan, kerana di tangannya bergantung nasib syarikat judi Magnum Corporation.

Bukan rahsia lagi, ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, dia membangunkan 'satu bank raksasa' di bawah kawalannya yang dinamakan PHILEO ALLIED BANK. Bayangkan dengan sentuhan Menteri Kewangan (Anwar), bank yang baru muncul dan berusia 3 tahun menjadi bank yang paling kaya dan tersenarai dalam 'Top Ten Bank' di Malaysia.

Semuanya kerana sentuhannya sebagai Menteri Kewangan, dia meletakkan proksinya bernama TONG KOOI ONG menjadi 'CEO' Phileo Allied Bank. Sebenarnya dari segi kelayakan Tong Kooi Ong, dia tidak layak menjadi CEO bank itu kerana tidak menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh Bank Negara, namun dengan campur tangan Menteri Kewangan syarat Bank Negara itu telah di'overrule' dan Anwar tetap melantik Kooi Ong menjadi 'CEO' Phileo Allied Bank.

Menurut pengakuan berkanun Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Anwar mengarahkanTong Kooi OngCEO Phileo Allied Bank, untuk mengambil Shamsida Taharin, bekerja di Phileo Allied Bank di Jalan Tun Razak.Kata Abdul Murad: ''Adalah diketahui dengan meluas bahawa Shamsidar dibayar gaji yang tinggi dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu dan pada kebanyakan masa dia tidak perlu pergi bekerja.''

Menurut Zulkifli Sulaiman, Pengurus Besar di Phileo Allied Bank : "Saya amat mengenali Shamsida Taharin. Semasa di Phileo, dia hanya berjawatan Executive Corporate Affairs, di Ibu Pejabat phileo Allied Bank dan juga merangkap Pengarah Syarikat Phileo Pregrine, BROKER saham kepunyaan Tong Kooi Ong"

"Saya mengetahui bahawa Shasidar adalah proxy untuk Anwar dan juga untuk suami sahnya, Azmin Ali"

"Pendapatannya di Phileo Allied Bank adalah RM5000-00, tetapi dia mendapat benefit lain dari Phileo Pregrine dan anak-anak syarikat Phileo yang lain, jadi keseluruhan pendapatannya berjumlah RM25,000-00 tak termasuk kereta audi dan pemandu serta fringe benefit saperti entertainment expense"

"Kami di Phileo ketika itu tahu tentang connection Shamsidar dengan Anwar, malah dia jarang ada di office dan she reported direct to Tong. Shamsidar have direct access to Anwar"


Perhatikan kenyataan Zulkifli Sulaiman (seperti yang dibold di atas) "untuk suami sahnya, Azmin Ali". Mendalam kata-kata itu. Bermakna terdapat suami tidak sah Shamsida?

Persoalannya kenapa Anwar memberikan 'keistimewaan terlampau' kepada Shamsida hinggakan menjadi buah mulut di kalangan staff Phileo ?

Ternyata Phileo Allied Bank hanya merupakan 'bank proksi Anwar', selepas Anwar dipecat daripada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sebuah bank yang pernah tersenarai sebagai 'top ten bank' di Malaysia akhirnya terpaksa gulung tikar dan ditutup kerana tidak mampu bersaing dengan bank-bank lain di negara ini.

Semalam muncul kisah terbaru, kisah Azmin Ali, Shamida Tahrin dan adiknya Jamal Taharin memiliki kekayaan melampau sehingga mampu membeli saham bernilai RM8 juta. Sebenarnya pendedahan itu tidak mengejutkan, jumlah itu lebih besar daripada RM8 juta dan bukan setakat Jamal Taharin yang kaya, malah dua orang lagi adik beradik Shamsida turut kaya. Johan Taharin, abang sulung dan Jamil Taharin (adik bongsu) merupakan yang paling kaya.

Bayangkan dengan 'limpahan kewangan Shamsida', Jamil menjadi billioner ketika berusia 25 tahun. Jamil pernah couple dengan seorang gadis bernama 'Alia', demi kesayangannya kepada gadis itu kereta mersnya ditempah khas bernombor AL 14 ALIA.


AZMIN DAN SHAMSIDAR KUMPUL KEKAYAAN LUAR BIASA

Bagaimana Azmin-Shamsida kumpul kekayaan luar biasa ?




Azmin Ali pernah disiasat BPR (sekarang SPRM) pada tahun 1995 kerana terdapat laporan terdapat kekayaan luar biasa yang dimiliki Azmin yang tidak setimpal dengan pendapatannya. Siapa yang melaporkan kepada BPR ketika itu dan kenapakah Azmin dilaporkan kepada BPR adalah dua persoalan yang menggambarkan memang dari dulu (sejak Azmin menjadi Setiausaha sulit kanan-SUSK- Anwar di Kementerian Kewangan)sumber kekayaannya amat diragui.

Memang benar Azmin disiasat BPR pada tahun 1995, tetapi bukan berkaitan dengan saham. Siasatan ketika itu berkaitan dengan bukti fizikal yang nampak di depan mata iaitu 'Kereta Mewah' dan 'Rumah Mewah'. Tiada siasatan berkaitan dengan pemilikan saham-saham yang bernilai jutaan ringgit, kerana bukti itu tidak nampak secara umum. Azmin dan Shamshida sembunyikan semua resit-resit pembelian saham-sahamnya, tetapi sekarang sudah terbongkar, bermakna SPRM mempunyai bukti baru yang telah disembunyikan sebelum ini.

Perlu ditegaskan siasatan BPR pada tahun 1995 hanya berkisar berkenaan rumah dan kereta dan siasatan SPRM pada tahun 2009 berkisar berkenaan dengan saham. Bermakna siasatan yang berkisar dua aspek yang berbeza. Tetapi SPRM boleh menyambung semula, siasatan lama (1995) yang tertunggak sebelum ini berdasarkan dengan penemuan bukti-bukti baru (pemilikan saham). Kerana dengan adanya bukti-bukti pemilikan saham menggambarkan Azmin dan Shamshida mampu memberi kereta mewah dan rumah mewah.

Azmin kata, buktikan beliau mendapat saham-saham terbitan khas yang dikeluarkan dari Kementerian Kewangan ? Azmin sengaja memanipulasikan kenyataan, tuduhan terbaru ke atasnya bukan saham terbitan khas dari Kementerian Kewangan, tetapi saham-saham yang dibelinya sendiri oleh Azmin dan Shamsida serta menggunakan proksi-proksi adik beradik Shamshida (Jamil, Jamal dan Johan) melalui pembelian saham terbuka di pasaran saham dan saham-saham di syarikat-syarikat tertentu.

Bukti-bukti pembelian saham telah dikemukakan kepada SPRM dan sudah bertebaran di internet dan mungkin Azmin-Shamshida sudah melihatnya di internet, sebab itu dia berani mencabar saham-saham yang lain yang tidak wujud khususnya dari Kementerian Kewangan. Ini bukan soal saham kelulusan dari Kementerian Kewangan, tetapi persoalannya dari mana Azmin dan Shamshida memperolehi kewangan membeli saham-saham bernilai jutaan ringgit yang tidak setimpal dengan statusnya pegawai kerajaan, SUSK di Kementerian Kewangan


Perlu diingat Azmin dan Shamshida memiliki saham bernilai lebih RM10.5 juta pada sekitar tahun 1992-1995, adalah dianggap seorang yang jutawan pada tahun tersebut. Sesiapa yang memiliki wang RM1 juta pada tahun 1990-an sudah dianggap jutawan, apatah lagi memiliki wang sebanyak RM10.5 untuk membeli saham.

Itu baru pembelian saham yang dapat dibuktikan, bagaimana pula dengan pembelian saham yang masih belum dapat dibongkar ? Bagaimana pula dengan simpanan tetap Azmin-Shamshida di Bank Singapura dan Switzleand ?

Apa berlaku dalam siasatan BPR 1995 ?

Memang Azmin disiasat pada tahun itu, tetapi dengan campur tangan Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau mengarahkan siasatan ke atas Azmin Ali dihentikan.

Anwar yang kononnya mahu memperkasakan BPR telah menggunakan kuasanya melantik kroninya, Datuk Shafie Yahya sebagai Ketua Pengarah BPR dengan tujuan semua kuasa penyiasatan BPR di bawah telunjuk Anwar.

Seperti kata bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor dalam ceramahnya di Petaling Jaya, kononnya Anwar mahu membanteras rasuah tetapi dalam masa yang sama melantik kroninya menjadi Ketua Pengarah BPR. Bukankah itu juga malan rasuah dan kronisme ? Kenapa Anwar tidak mencadangkan badan BPR yang tiada pengaruh Anwar seperti SPRM yang diluluskan di parlimen hari ini ?

Apabila Azmin diadu melakukan rasuah, Anwar serta merta mengarahkan Datuk Shafie Yahya menghentikan siasatan dengan alasan sekiranya siasatan diteruskan akan menjejaskan reputasinya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri kerana Azmin Ali adalah salah seorang pegawai kanan yang amat dipercayai di pejabatnya. Maka siasatan pun dihentikan dengan tiada apa-apa dokumen penting dimasukkan ke dalam fail siasatan.


Siasatan 95, campur tangan Anwar, bagaimana pula siasatan 98 ?


Kata Azmin, baiklah jika siasatan pada tahun 1995 dihentikan kerana campur tangan Anwar yang berkuasa sebagai TPM ketika itu, kenapa siasatan pada tahun 1998, ketika Anwar sudah kehilangan kuasa, Azmin juga dilepaskan.

Siasatan 1998, bukanlah siasatan BPR tetapi siasatan polis. Dua entiti yang berbeza dengan tujuan yang berbeza. Pada tahun 1998, Azmin tidak disiasat oleh BPR tetapi disiasat oleh polis kerana mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai TPM dan Menteri Kewangan. Orang pertama yang perlu disiasat polis ekoran pemecatan Anwar adalah pegawai yang paling kanan iaitu Azmin Ali.

Azmin sendiri mengakui dia direman 8 hari dalam siasatan itu. Tetapi siasatan polis ketika itu bukan menjurus kepada pemerolehan harta Azmin, sebaliknya siasatan lanjut berkenaan dengan gerak kerja Azmin sepanjang menjadi pegawai kanan Anwar Ibrahim, suspek utama yang akan didakwa ketika itu.

Siasatan polis menjurus kepada penyelewengan Anwar yang bakal didakwa di mahkamah pada tahun 1998, bukannya siasatan ke atas penyelewengan Azmin. Tiada penglibatan BPR menyiasat Azmin pada tahun 1998.

Siasatan polis ke atas Azmin pada tahun 1998 bertujuan untuk dijadikan bukti di mahkamah semasa pendakwaan ke atas Anwar, berkaitan dengan penyelewengan dan salh laku yang dilakukan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri dalam menghalang siasatan lanjut berkenaan skandal Anwar dan Shamshida yang juga merupakan isteri kepada Azmin Ali.

Sebab itu polis menahan reman Azmin selama 8 hari, kerana orang yang bakal didakwa di mahkamah membabitkan isterinya sendiri, Shamshida Taharin.

Tetapi terdapat perkara pelik yang dilakukan oleh Azmin semasa 8 hari siasatan itu. Dalam tahanan reman itu, dia banyak membuat pengakuan ekslusif (yang masih disimpan dalam rekod polis Bukit Aman), tetapi apabila tampil di mahkamah, Azmin menukar pengakuannya dan menjadi pembela Anwar pula.

Ekoran daripada itu, Azmin telah membuat kenyataan yang bercanggah di mahkamah dengan kenyataan lisannya semasa dalam tahanan polis. Maka, Azmin telah dibicarakan kerana membuat pengakuan palsu pada tahun 1999. Perbicaraan Azmin memberi keterangan palsu, Hakim Mahkamah Sesyen Akhtar Tahir mendapati Mohamed Azmin bersalah dan mengenakan hukuman penjara 18 bulan.

Azmin terlepas daripada penjara 18 bulan, apabila hakim Mahkamah Rayuan menerima permohonan rayuan Azmin dan dibebaskan sepenuhnya pada tahun 2009.

Ada kes yang masih belum terbongkar

Kes penyelewengan di Phileo Allied Bank seperti yang terkandung dalam akuan bersumpah, Datuk Khalid Murad masih belum dibongkarkan sepenuhnya. Bank itu sudah gulung tikar sekarang ini ekoran salah guna melampau Anwar Ibrahim menggunakan proksi menubuhkan bank untuk kepentingan agenda politik serta meletakkan kekasihnya, Shamsida Taharin di situ.

Shamsida goyang kaki tanpa perlu hadir ke pejabat, tetapi dalam masa sama diberikan pelbagai kemudahan termasuk kereta audi dan pemandu serta kemudahan lain termasuk elaun-elaun tambahan yang mencecah hampir rm30 ribu sebulan. Maka tidak hairan jika Phileo Allied Bank bangrap selepas Anwar dipecat daripada Menteri Kewangan.

Selain melantik proksi Anwar bernama Tong Kooi Ong menjadi CEO Phileo Allied Bank, Anwar juga mendapat 30 persen daripada bank itu melalui proksinya bernama Hassan Moktar dan Ahmad Latif yang dilantik sebagai pemegang syer dalam syarikat Utus laksana yang menjadi pemegang syer terbesar Phileo Allied Bank.

Walaupun Anwar telah mengarahkan semua dokumen-dokumen di Phileo Allied Bank dilupuskan sebaik sahaja dia dipecat pada tahun 1998, namun bukti-bukti hidup masih ada sampai sekarang. Pekerja-pekerja di bank itu yang merana kerana bank telah gulur tikar dalam sekelip mata boleh menjadi saksi bagaimana penyelewengan Anwar bermaharajalela atas nama Menteri Kewangan.

Ramai pekerja-pekerja Phileo Allied Bank yang boleh menjadi saksi. Salah seorangnya adalah Ng Seng Hing yang menjadi akautan/FINANCIAL controller Phileo.

Paling menarik di bangunan Phileo Allied Bank itu terdapat sebuah bilik VVIP khas, tempat rehat Anwar Ibrahim dan Shamsida Taharin dalam kekerapan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

Bilik rehat VVIP itu hanya untuk Menteri kewangan dan Executive Corporate Affairs, Phileo (Shamshida) sahaja. Tentu Wan Azizah juga ingin tahu jika kes Phileo Allied Bank ini dibongkar semula.

SKANDAL ANWAR DAN SHAMSIDAR

Skandal Anwar dan Shamshida




Perbicaraan kes penyalahgunaan kuasa Anwar Ibrahim pada tahun 1998, dikejutkan dengan pendedahan bukti daripada pihak pendakwaraya, Lim Kong Boon, seorang ahli kimia forensik, yang memberitahu Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur bahawa terdapat kesan-kesan tompokan air mani Anwar Ibrahim dan Shamshida Taharin pada tilam yang dirampas dari sebuah unit apartmen mewah Tivoli Villa.

Lim Kong Boon, saksi pendakwa ke 21 berkata, beliau menemui kesan air mani tersebut setelah menjalankan ujian DNA ke atas 13 tompokan yang terdapat pada tilam tersebut. Lim menerangkan bahawa beliau membuat perbandingan profil yang diambil daripada contoh darah Anwar dan Shamshida yang merupakan isteri bekas Setiausaha Sulitnya, Mohd. Azmin Ali.

TILAM yang dirampas oleh polis dari Tivoli Villa dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpursebagai bukti menunjukkan terdapat kesan air mani Anwar Ibrahim dan Shamshida Taharin.

Lim memberitahu, hasil kajian DNAnya, 13 tompok air mani itu sesuai dengan contoh darah Anwar Ibrahim dan Shamshida Taharin.

DR. DUNCAN Colin Woods (kiri) bersama peguam Anwar S. N. Nair dan Dr. Henry Roberts (kanan) dua pakar DNA luar negara yang diupah Anwar untuk mencabar kajian DNA Lim Koon Bong, pakar forensik kimia Malaysia. Tetapi kedua-duanya gagal mempertikaikan hasil dapatan DNA pakar forensik Malaysia itu. 

Walaupun Anwar membawa dua pakar DNA dari luar iaitu Dr. Henry Roberts dari Australia dan Dr. Duncan Colin Woods dari Britain, tetapi keshahihan DNA milik Anwar dan Shamshida kesan air mani di atas tilam itu tidak dapat disangkal.

Menurut Musa Hassan, Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) 1,(sekarang Ketua Polis Negara) berkata, tilam dan bantal itu dirampas dari apartmen mewah Tivoli Villa pada 10 Julai 1998.

Skandal Anwar didedahkan oleh pemandu Shamshida

Orang pertama yang mendedahkan wujudnya skandal Anwar-Shamshida adalah pemandunya sendiri iaitu Azizan Abu Bakar.

Menurut Azizan, dia sendiri menjadi saksi yang memandu dan menurunkan Shamshida di Cafe Guana di Bangsar Shopping Complex pada setiap kali pertemuan dengan Anwar. Kemudian sebuah kereta mewah, Daimler WBV 37, 
akan menjemput Shamshida.Kereta Daimler WBV 37 itu adalah Dato Nallakarupan(Eksekutif Director Magnum Corporation). Kebiasaannya, pada setiap hari Rabu (selepas mesyuarat kebinet), Anwar memberi alasan kepada isterinya (Wan Azizah) dan polis pengiring supaya tidak mengiringinya kerana dia mahu bermain 'tenis' dengan Dato Nalla di Bukit Kiara. Anwar yang menaiki kereta Daimler yang dipandu oleh Dato Nalla itu akan menjemput Shamshida di Bangsar Shopping Complex dan seterusnya membawa mereka ke kondominium mewah di Trivoli Villa, Bangsar.
Kondominium Tivoli Villa adalah kepunyaan Datuk Lim Thian Kiat (T.K.Lim), Pengarah Multi Purpose Holding Berhad (MPHB). Datuk T. K. Lim juga merupakan pemilik syarikat judi Magnum Corporation, tempat Dato Nalla menjadi Director Eksekutifnya. Datuk T.K.Lim telah menyerahkan kunci dua unit Tivoli Villa kepada Dato Nalla untuk kegunaan peribadinya. Dua unit tersebut adalah di 2-5-13 dan 2-5-14, di Tingkat 5, Blok 2 Tivoli Villa, tempat Anwar dan Shamshida didakwa melakukan seksual.

Azmin Ali bersama isterinya Shamshida Taharin
Pada 30 Jun 1997, sekitar jam 5.00 petang, Ummi Hafilda telah menerima panggilan daripada Azizan Abu Bakar untuk memberitahu berlakunya hubungan curang antara Anwar dan kakak iparnya.
Ummi telah menelefon abangnya Mohd Azman Ali dan rakan karibnya, Puan Zamrah Lajis untuk ikut serta. Ummi, Azman dan Puan Zamrah telah pergi Bangsar Shopping Complex . Di sana, mereka nampak dengan mata mereka sendiri, Shamsidar menaiki kereta Daimler WBV 37, kepunyaan Dato Nalla. Kemudian mereka mengekori kereta Daimler itu yang menuju ke Kondo Tivoli Villa, Bangsar.
Ummi telah menelefon Puan Normala, kawan karibnya yang menjadi penghuni di Tivoli Villa itu untuk meminjam pas kebenaran masuk/pelekat kereta kondominium itu. Di Tivoli Villa, mereka nampak Shamshida dibawa oleh Dato Nalla memasuki tingkat 5, blok 2, kondominium mewah yang disebut dalam mahkamah sebagai tempat berlakunya hubungan seksual antara Anwar dan Shamshida.

Shamshida keluar dari Kondo Tivoli itu pada jam 7.40 malam, dengan keadaan yang lemah longlai. Satu rakaman foto telah diambil dan diserahkan kepada polis Bukit Aman. Kemudian kereta Daimler Dato Nalla akan menghantar semula Shamshida ke Bangsar Shopping Complex tempat Azizan Abu Bakar pemandu Shamsidar sedang menunggu.


DNA bukan darah Afifah ?

Sebelum ini mahkamah telah diberitahu ujian DNA ke atas darah Farah Afifah mengesahkan Anwar bukan bapa sebenar kepada kanak-kanak itu. Tetapi terdapat cerita menarik di sebalik insiden ini.

Menurut maklumat yang sahih, Anwar telah campur tangan mengarahkan Musa Hassan, pegawai penyiasat kes Anwar melarang Farah Afifah dibawa ke Bukit Aman untuk mengambil sampel darahnya, sebaliknya Anwar mengatakan kepada Musa, terima apa sahaja darah yang telah diberikan oleh Shamshida.

Dalam masa yang sama Shamshida dikatakan telah berjumpa dengan doktor kenalan Anwar dan mengambil darah anak perempuan sulongnya bernama Farah Shazliyana. Darah Farah Shazliyana itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

Bermakna ujian DNA yang kononnya dikatakan sampel darah Afifah, bukanlah darah kanak-kanak itu sebenarnya, tetapi darah anak sulong Shamshida, Farah Shazliyana.

Dikatakan doktor kawan Anwar itu telah membuat pengakuan menyesal di atas tindakannya yang telah melanggar profesional kedoktoran dengan menipu darah semata-mata untuk menyelamatkan kawan.

Sebenarnya, sepanjang penyiasatan kes skandal Anwar-Shamshida, terdapat banyak campurtangan Anwar sendiri. Misalnya pada 2 September 1998, pada tarikh Anwar dipecat daripada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar masih lagi memanggil dan memberi arahan kepada Musa Hassan mempersoalkan tindakan pegawai penyiasat itu menyelidik lebih lanjut kes tersebut.

Musa Hassan memberitahu Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur bahawa beliau telah dipersoalkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ingin mengambil pernyataan saksi-saksi berhubung tohmahan kegiatan seksual dan homoseksual terhadapnya.Musa berkata, beliau telah dipanggil oleh Anwar ke pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri kira-kira pukul 12.20 tengah hari pada 2 September tahun lalu.
Dalam pertemuan itu, menurut Musa, Anwar menyatakan kepada beliau, apa gunanya beliau memanggil saksi-saksi untuk merakamkan pernyataan mereka kerana Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar telah menulis surat kepadanya menafikan tohmahan-tohmahan kegiatan seksual dan homoseksual yang dilakukannya. Klik di sini
Pada 30 Ogos 1997, Anwar juga telah mengarahkan Musa Hassan untuk menghentikan siasatan lanjut mengenai surat layang berkaitan salah laku seks dan homoseksualnya bertajuk ''Talqin Terbuka Untuk Anwar Ibrahim''. Arahan Anwar kepada Musa itu dibuat di hadapan Datuk Ismail Che Rus dan Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah di pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri. Klik di sini , di sini dan di sini 

Musa Hassan juga menunjukkan tiga pucuk surat yang ditulis dan dihantar kepadanya oleh peguam bela Anwar, Raja Aziz Addruse, yang menolak permohonan pihak polis untuk mendapatkan contoh-contoh darah dan juga pemeriksaan anggota badan tertuduh berhubung siasatan dakwaan perihal salah seks terhadapnya. Klik di sini

Tilam di Tivoli Villa telah dirampas pada 10 Julai 1998, tetapi Anwar enggan memberi kerjasama pengambilan sampel darahnya sehingga 23 Oktober 1998, meskipun permohonan polis dibuat beberapa kali. Hanya pada 28 September 1998, barulah Anwar membenarkan darahnya diambil. Itupun untuk tujuan HIV. Klik di sini

Begitulah contoh-contoh keengganan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Anwar sepanjang memegang jawatan sebagai TPM dan selepas berstatus bekas TPM. Maka tidak hairan, Anwar bekeras dan melarang sama sekali Afifah dibawa ke Bukit Aman untuk diambil ujian darahnya.


Wednesday, February 18, 2015
Tun Dr Mahathir Mohamad dedahkan 18 muka surat diri Wan Azizah mengenai tingkah laku ANwar...?



Misteri sama ada benar atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menceritakan tabiat sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab.

Ini berikutan buat pertama kalinya selepas lebih 15 tahun menyimpan rahsia, Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.

"Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.

"Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata,"

Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu.

Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr. Mahathir berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak tertentu tanpa sebarang asas kukuh.

"Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain se

2 comments:

  1. Semoga Yang di-Pertuan Agung kita dapat membuat keputusan tanpa diganggu oleh puak-puak politik. Ini adalah urusan KeAgungan dan bukan agenda politik yang busuk dan terkutuk. Saya yakin dengan kewarasan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, undang-undang masih boleh dikuatkuasakan dengan adil dan saksama. Semoga beliau akan lihat dan membaca sendiri Undang-undang Malaysia, Akta 574 Kanun Keseksaan, Bab XVI (Kesalahan Melibatkan Tubuh Badan Manusia), Seksyen 377A, 377B dan 377C yang menjelaskan kesalahan serta hukumannya. Maka Seksyen 377A adalah "(Bahasa Inggeris- Any person who has sexual connection with another person by the introduction of the penis into the anus or mouth of the other person is said to commit carnal intercourse against the order of nature.) yang membawa maksud bahawa "Barangsiapa yang melakukan perbuatan seks dengan seseorang yang lain dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang yang lain itu dianggap telah melakukan perlakuan nafsu seks bertentangan dengan aturan tabii." --- "carnal intercourse" lebih tepat "perlakuan nafsu seks" "against the order of nature" lebih tepat "bertentangan dengan aturan tabii" --- maka, undang-undang ini membolehkan para isteri yang ingin membalas dendam atau ingin menuntut cerai dengan suami mereka boleh membuat laporan polis sekiranya mereka pernah dengan sukarela atau dengan paksaan telah menggunakan mulut mereka untuk menerima zakar suaminya. Ini akan menyebabkan suami mereka ditahan reman untuk membantu siasatan serta kes ini boleh di bawa ke Mahkamah di Malaysia di mana para suami boleh di hukum seperti di Seksyen 377B dan 377C. ADAKAH UNDANG-UNDANG INI SAH DI GUNAPAKAI???? Sekiranya sah, maka saya menasihati para isteri yang mempunyai masalah dengan suami mereka terus pergi ke Balai Polis yang berdekatan dengan mereka dan membuat laporan polis tanpa was-was dan tanpa membazir masa. Suami anda tetap salah di bawah Akta ini. Semoga Yang di-Pertuan Agong akan memanggil penasihat-penasihat beliau untuk membincangkan Seksyen ini. Wallahu a'lam. Allahu akbar.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih diatas Pandangan dan info yang amat baik dari Tuan Shafik Abdullah.
    Semuga anda sentiasa berkat dunia dan akhirat. Insyaallah.

    ReplyDelete