Friday, 27 February 2015

Memohon Sesuatu Kepada Orang Yang Telah Mati

Memohon Sesuatu Kepada Orang Yang Telah Mati



Memohon (berdoa) kepada orang yang telah mati atau yang tidak berada di hadapan kita (memohon secara ghaib) adalah merupakan perbuatan syirik besar.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak pula memberi mudharat kepadamu selain Allah, kerana jika kamu melakukan seperti itu, maka sesungguhnya kamu tergolong dari orang-orang yang zalim.” (Surah Yunus, 10: 106)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):

“Sesiapa yang mati sedangkan dia masih memohon kepada tandingan selain Allah, niscaya dia akan masuk neraka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Jadid)

Kesimpulan:

1 – Sesiapa yang melakukan kesyirikan, maka dia diancam neraka. Jika dia melakukan syirik besar, maka ia kekal di dalam Neraka, dan sekiranya dia melakukan syirik kecil, maka ia akan disiksa oleh Allah bersesuaian dengan kehendak Allah dan pasti akan dikeluarkan dari Neraka setelah itu.

2 – Nasib seseorang di akhirat kelak adalah bergantung kepada bagaimana amalan akhir kehidupannya.

3 – Allah menjelaskan bahawa yang memberi manfaat, menghilangkan kesulitan, mendatangkan serta menghilangkan mudharat adalah hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dan perkara ini merupakan kekhususan bagi Allah sahaja.

4 – Sesiapa yang berdoa atau meminta kepada selain Allah dan meyakini bahawa sesuatu tersebut mampu memberi manfaat dan menghilangkan kesusahan, maka sebenarnya orang tersebut telah melakukan kesyirikan yang besar.

5 – Perbuatan syirik adalah merupakan kezaliman yang paling besar.

No comments:

Post a Comment