Thursday, 19 February 2015

MACAM ADA HUBUNGAN ANTARA SIRUL DENGAN ANWAR??????

Sejak Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari yang lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan menjatuhkan hukuman terhadap dua anggota UTK Polis sebagai bersalah dan mengenakan hukuman gantung , pembangkang mula tampil menjadi hero untuk mempertahankan pesalah.

Semuanya menjadi lebih panas apabila salah seorang pesalah tersebut Sirul Azhar yang pada ketika itu berada di Australia enggan kembali ke tanahair dan kini berada dalam tahanan pihak berkuasa negara terbabit.

Semacam satu tradisi di Malaysia apabila pihak pembangkang akan segera memberikan reaksi malah sanggup melakukan apa sahaja untuk membela mana-mana pihak yang didapati bersalah oleh mahkamah di negara kita.

Dalam keadaan tertentu seolah-olah ada persamaan dengan kes Sirul dan Anwar Ibrahim.Kedua-dua kes ini memperlihatkan kepada kita bagaimana pihak yang dituduh sebagai bersalah tidak menggunakan ruang dan peluang yang telah diberikan pada ketika dalam perbicaraan untuk mengemukan alasan beserta BUKTI bahawa mereka tidak terlibat.

Sebaliknya mereka akan menggunakan ruang dan kesempatan di luar untuk membicarakan isu terbabit berdasarkan kepada skop dan kemahuan mereka.Selalunya ia akan lebih terarah kepada meletakkan kesalahan itu kepada pihak lain dan mewujudkan persepsi kononnya wujud konspirasi.

Secara tidak sedar rakyat sudah dimomokkan oleh mereka-mereka ini dengan merendah-rendahkan kewibawaan institusi kehakiman negara.

Seperti mana kes liwat Anwar , pembangkang sering kali mempersoalkan kenapa Saiful Bukhari tidak menolak dan melawan arahan atau kemahuan Anwar untuk meliwatnya.

Maka dalam kes Sirul sewajarnya pembangkang berbuat demikian dengan mempersoalkan kenapa beliau tidak menolak arahan atau kemahuan orang atasan seperti yang didakwanya ?

Selain dari itu , kita juga dapat melihat bagaimana pihak pembangkang pada ketika ini begitu kelam kabut dan bersungguh-sungguh untuk membela Sirul sedangkan sebelum ini dalam proses perbicaraan sebelumnya pembangkang seolah-olah tidak berminat.

Apakah keadaan ini sebenarnya merupakan satu lagi konspirasi pihak pembangkang untuk menyerang institusi kehakiman dan mencetuskan satu lagi cerita rekayasa yang boleh dikaitkan dengan kepimpinan negara ?

Kehadiran Sirul di bumi Australia dan tangan-tangan ghaib yang dilihat sedang cuba untuk mempengaruhi beliau untuk melahirkan satu lagi cerita dongeng politik sebenarnya memberikan kita gambaran secara tepat bahawa sesuatu sedang dirancang.

Paling penting adalah persoalan kenapa baru kini Sirul mahu mendedahkan segala-galanya setelah melalui beberapa proses penghakiman yang memakan masa di Malaysia ?

Kenapa perlu berlaku di luar negara dan bukan di Malaysia ?

Dan kenapa tidak di kamar mahkamah sebaliknya memilih di bumi Australia ?

No comments:

Post a Comment