Thursday, 12 February 2015

DOSA DENGAN ALLAH SENANG DIMINTA AMPUN, TETAPI YANG PALING SUSAH ADALAH DOSA SESAMA MANUSIA.

JIKA kita melakukan dosa dengan Allah, kita boleh memohon keampunan dan bertaubat. Insyallah sekiranya kita betul-betul ikhlas dosa tersebut Allah ampunkan.

TETAPI jika kita melakukan dosa sesama manusia adalah lebih sukar untuk dosanya diampunkan. Sebagai contoh sekiranya kita mengutuk dan membuat fitnah kepada seseorang, setelah kita sedar dengan kesilapan kita, bagaimana untuk kita memohon maaf dengannya sekiranya orang itu telah meninggal atau sukar untuk bertemu. Dan orang tersebut juga belum tentu memaafkan kita, sekiranya kita memohon maaf. Apabila kita mengutuk atau menfitnah seseorang, pahala akan diberikan kepadanya. Oleh itu sebenarnya, pahalanya orang yang difitnah atau dikutuk itu lebih banyak dari dosa yang mungkin telah dia lakukan. Oleh itu, jagalah kata-kata kita dari mengutuk dan membuat perkara yang tidak baik tentang orang. Kurangkan membuat dosa dengan sesama manusia dengan sering menjaga hati dan perasaan orang lain. Walaupun orang buat kepada kita, kita hanya beristigfar dan memohon Allah mengampunkan dosanya. Istigfar adalah punca kepada segala ubat, ianya mampu menenangkan kita dari melawan balik kepada kejahatan yang telah dilakukan oleh orang lain kepada kita..

No comments:

Post a Comment