Friday, 20 February 2015

ANWAR LARIKAN WANG NEGARA?

ANWAR LARIKAN WANG 13 BILLION KELUAR NEGARA

Anwar larikan 13 bil matawang 500 dan 1,000 ke luar negara




AHLI Parlimen Padang Serai yang juga bekas pemimpin setia PKR serta penyokong tegar Anwar Ibrahim, Gobalakrishnan telah mendedahkan pelbagai rahsia dan penyelewengan Ketua Umum PKR dalam satu ceramah di Port Kelang pada Sabtu malam, minggu lalu.

Ceramah yang disampaikannya dalam majlis ‘siri ceramah SSDE’ itu menambahkan lagi kefahaman rakyat mengenai siapa sebenarnya pemimpin ‘gila talak’ bernama Anwar Ibrahim yang jadi sasau kerana mengimpikan kedudukan di Putrajaya selepas PRU-13 nanti.

Rakaman video ucapan Gobala seperti yang termuat di blog Darul Ehsan Today itu menimbulkan dua isu yang agak menarik untuk dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia.

Dua isu yang SM maksudkan ialah mengenai dakwaan bahawa Anwar telah melarikan wang kertas RM500 dan 1000 ke luar negara serta kisah perut buncit Anwar yang dilindungi bengkung.

Pada ceramah itu Gobala mencabar Anwar Ibrahim supaya menyaman beliau di mahkamah kerana menuduh Ketua Pembangkang itu melarikan wang kertas RM500 dan 1000 berjumlah lebih 13 bilion ke luar negara ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia dahulu.

Jelas Gobala, selepas Tun Dr. Mahathir memecat Anwar daripada kabinet, Dr. Mahathir juga telah menarik-balik penggunaan wang kertas Malaysia bernilai RM500 dan RM1000.

“Cuba tuan-tuan dan puan-puan ingat balik peristiwa pada tahun 1998 itu. Kenapa Dr. Mahathir batalkan penggunaan wang 500 dan 1000? Saya katakan bahawa sebelum itu Anwar Ibrahim telah melarikan wang berkenaan ke luar negara, mungkin ke Indonesia dengan menggunakan kapal terbang persendirian dengan jumlah tidak kurang daripada 13 bilion.

“Saya cabar Anwar saman saya kerana kenyataan ini,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin di majlis berkenaan.

Tak tahulah sama ada dakwaan bekas pemimpin PKR ini benar atau tidak, tetapi dia sanggup disaman oleh Anwar sekiranya dakwaannya itu tidak benar.

Read more: Satu Melayu

Perkara ini memang benar. 

Sebahagian dari program untuk tahan duit Malaysia SCC dari tiris lari keluar semasa krisis matawang tahun 1998 adalah membatalkan duit "big note" ini. 

Anwar naik saja, pasti duit-duit ini dihalalkan kembali dan dia akan begitu kuat dan berkuasa seperti Dajjal mata satu dengan wang begitu banyak untuk "membeli" sesiapa saja. 

No comments:

Post a Comment