Keputusan Sodomi Lagi Beberapa Hari. CEO Free Anwar Campaign Masih Belum Ada. Bajet RM15 juta Sudah Tersedia.
Januari 15, 2015 at 6:04 pm Tinggalkan komen
Menurut beberapa orang rakan dalam PKR, Azmin Ali pada dasarnya bersetuju untuk menyediakan sebahagian peruntukan awal kepada kelahiran semula Free Anwar Campaign sekiranya kes sodomi tidak memihak kepada Anwar.
Kalau ikut kiraan dan framework lama, FAC tidak boleh beroperasi dari Malaysia. Ianya mesti diuruskan dari luar. Kalau dahulu, beberapa buah unit pejabat disewa di Australia, pendekatan sama mungkin dipakai kali ini.
Beberapa orang tycoon sudah menawarkan kediaman mereka di Australia untuk dijadikan sebagai base camp kepada gerakan FAC.
Banyak options:-
- Perth ada orang offer
- Brisbane pun ada
- Sydney jangan cakap lah.
Seorang CEO sedang dicari. Ini bukan calang-calang orang. Mestilah sanggup berenang ke tengah dan ke tepi dalam merosakkan nama Malaysia sehingga Anwar lepas bebas dan tidak dipenjarakan lagi.
Proposal awal Kak Wan memakan hampir RM15 juta setahun. All ini. Termasuk beberapa trip mencari dana yang akan dilakukan 3 bulan sekali.
Kalau dahulu, ada bantuan sipi-sipi dari Indonesia, Filipina, Thailand, Arab Saudi, UK dan US; katanya sudah banyak penaja lama tidak mahu lagi terlibat. Mereka sudah tidak percaya Anwar boleh pergi jauh.
Azmin sanggup cari RM15 juta untuk tahun pertama; dengan kos dikurangkan kepada 50 % pada tahun kedua. KPI juga telah ditetapkan.
Tapi Azmin bukan bagi kosong. Azmin nak terlibat dalam pemilihan CEO Free Anwar Campaign. Azmin takut senjata makan tuan. ‘Free Anwar Campaign @ Azmin Should Not Be President’. Bab itu Azmin tak nak.
No comments:
Post a Comment