ASSALAMUALAIKUM , Maaf lewat bagi penjelasan. Mudahan ALLAM memimpin kita dalam pemahaman mengitut aliran salaf yang sahih AMIN Menurut pengajian saya dengan guru saya ,Tn Guru Hj Salleh , hukum solat dengan wahabi ada huraian yang panjang . Ini khilaf,tersebut dalam kitab I'ANAH .
Andai imam wahabi itu aqidah mujasimah atau zohiri maka tidak sah kita ikut mereka kerana aqidah mereka sesat . Tetapi jika imam wahabi itu tidak menzahirkan dalam erti kata dia tidak pernah kata dan kita tidak pernah mendengar dia kata perkataan mujasimah atau zohiri seperti mengatakan "TUHAN SEPERTI KITA ,BERTANGAN ATAU BERTEMPAT SEPERTI MAKHLUK" maka kita boleh ikut dia . SAH SOLAT TETAPI TIDAK DAPAT PAHALA JEMAAH KATA SATU PENDAPAT ULAMA , INI DISEBUT DALAM KITAB I'ANAH ! Andai imam wahabi itu pernah melafazkan kata2 mujasimah dan kita dengar dengan yakin maka tidak sah kita ikut dia.
Andai kita kesatu tempat , maka kita solat maka dalam solat itu nyata perbuatan imam itu mengesahkan dia adalah wahabi seperti tidak bismillah dan tidak baca qunut pada hal dia dakwa mazhab syafie, maka apa hukum dan apakah yang perlu kita lakukan ? Adakah kita hendak mufaraqah atau ikut sahaja dia atau nak ulang solat? Maka kita boleh pilih 2 keadaan . Andai kita tidak yakin dia itu wahabi mujasimah maka , ikut sahaja , sah solat kita , kita baik sengka dengan dia. Tidak perlu ulang solat kita. Andai sah dia wahabi mujasimah maka solat kita perlu diulang semula. WAHABI BUKAN SEMUA MUJASIMAH ! HANYA SEBAHAGIAN SAHAJA YANG MUJASIMAH (yang menyamakan ALLAH dengan makhluk) ADA YANG BERTENTANGAN PADA BAB KHILAFIAH DIDALAM FEKAH SAHAJA , INI TIDAK MENGAPA. YANG KITA TAK SAH IKUT ADALAH WAHABI MUJASIMAH .
Bagaimana kita solat DI MASJIDIL HARAM , DAN NABAWI ? Adakah semua imam wahabi? Guru yang mulia Tn Guru Hj Salleh pernah menyoal hal ini pada Tn Guru beliau yang mashur di Makkah Syeikh Wan Ismail (PAK DA EIL ), maka gurunya menjawab kita boleh ikut mereka , dimaafkan pada 3 masjid iaitu MASJIDIL HARAM , MASJIDIL NABAWI, MASJIDIL AQSA maka boleh kita ikut kerana nak kelebihan jemaah !.
Bukan semua imam2 wahabi , Tn Guru mengatakan imam2 itu ada yang suni dan mereka menghormati mazhab2. Sudah pasti ramai imam2 menghormati mazhab kerana kita sering dengar mereka membaca bismillah kedengaran juga walau tidak jelas . Dan mereka menunggu memberi laluan baca qunut, barulah imam sujud . Dan kita berbaik sengka melalui dalil2 tadi. Kesimpulannya boleh ikut imam wahabi selagi mana kita tidak yakin dia wahabi mujasimah , maka sah solat kita walapun ada ulama kata tidak dapat pahala jemaah . Kedua jika sudah yakin WAHABI YANG BERAQIDAH MUJASIMAH ATAU ZAHARI MAKA TIDAK SAH KITA IKUTNYA . Dicatat oleh AL FAKIR Muhammad Fazilul Helmi Raidzan di 9:02 AM
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
No comments:
Post a Comment