Thursday, 22 January 2015

PUNCA PERISTIWA MEMALI

PAS sebelum ini menggunakan insiden Memali sebagai modal politik mereka. Mereka menuduh kononnya Kerajaan zalim dan kejam terhadap orang Kampung di Memali. Hakikatnya, PAS lah menjadi dalang di sebalik peristiwa Memali.

Video di bawah adalah pengakuan bapa kepada arwah Ustaz Ibrahim Libya yang tidak menyalahkan Kerajaan ke atas tindakan yang terpaksa diambil untuk menangani kes Memali.

Memang ekslusif pendedahan video peristiwa berdarah MEMALI pada tahun 1985 . PAS ternyata telah memutarbelitkan fakta sebenar insiden ini hingga membuat pengikut2 tegarnya percaya UMNO telah membunuh orang Islam .


Di antara isu di dalam video PART 1 ini:

1. Menjadikan wanita & kanak2 sebagai perisai bahagian hadapan (menyonsang dari prinsip peperangan dalam islam, sepatutnya lelaki di hadapan)

2. Jelas dalam video polis bertindak tenang untuk menyuraikan org kampung, tapi mereka yg mula bertindak aggresif.

3. Kita akan lihat suasana di dalam madrasah Ibrahim Libya yang penuh dengan pengaruh PAS, Syiah di Iran & Muammar Ghadafi dari Libya.

4. Manakala AMANAT HAJI HADI MENJADI SUMBER RUJUKAN PERJUANGAN MEREKA yang turut memecahbelahkan umat Islam dengan sembahyang dua imam dan sebagainya.

5. Yang paling menariknya ialah temubual dengan bapa Ibrahim Libya: Bapanya sangat kecewa kerana mereka semua tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yg berlaku. Ibrahim Libya dipengaruhi oleh anasir asing, ahli PAS dari Alor Setar (Mat Hassan) yang menggalakkan mereka menentang kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi.

No comments:

Post a Comment