Thursday, 8 January 2015

CIRI-CIRI AJARAN SESAT

Maksud dan ciri-ciri ajaran sesat
Maksud ajaran Sesat
Ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah


Ciri-ciri ajaran sesat
o Mencemarkan kesucian Al-Quran dan Hadis seperti memansuhkan, mengubah, mempertikaikan atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan Hadis. Contoh : Kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansuhkan semua Kitab Samawi



o Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam contoh mendakwa semua agama adalah sama - ajaran Bahai



o Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, Al-Mahdi, nabi dan sebagai tuhan – ajaran Qadiani



o Menolak perkara yang Qat’ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad – ajaran Bahai dan Qadiani



o Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan berniat- ajaran Bahai



o Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan kepada seseorang – ajaran Tarikat Al-Mufarridiah



o Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati



o Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah SWT seperti menyeru nama-nama orang yang telah meninggal dunia didalam doa atau jampi – bomoh


o Menolak hadis Mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.

No comments:

Post a Comment