SEJARAH AJARAN-AJARAN SESAT.
Setelah kita mengetahui beberapa pekara yang menyentuh kepada ajaran ASWJ serta defanasi tentang apa yang dikatakan ajaran sesat didalam bab 1 yang lalu, mari kita mengenal pula bilakah sebenarnya ajaran-ajaran sesat ini bermula ?
Sebenarnya ajaran-ajaran sesat telah pun bermula semenjak Nabi Muhammad saw masih hidup lagi. Terdapat tiga orang manusia yang mulanya memeluk agama Islam, tetapi telah membuat ajaran mereka sendiri yang bertentangan dengan ajaran dan panduan yang telah diberi oleh Nabi Muhammad saw berkenaan Islam dan al Quran. Mereka telah murtad dan membuat ajaran baru serta mengelar diri mereka juga seorang "nabi". Mereka itu ialah :
1) Musailamah al Kazab dari bani Hanifah (wafat tahun 11H).
2) Aswad al Unsi dari bani Madlaj (wafat tahun 11H).
3) Tulaiha bin Khuwalid (wafat tahun 21H).
Musailamah al Kazab adalah merupakan ketua kumpulan ajaran sesat yang berpengaruh serta ramai pengikut. Antara pengikut-pengikutnya adalah terdiri dari orang-orang Islam sendiri dan juga orang-orang kafir. Beliau juga telah menghantar wakilnya untuk membawa warkah kepada Nabi Muhammad saw yang diantara lain menyebut bahawa beliau juga nabi seperti Baginda dan tuhan telah membahagi dua akan dunia ini. Sebahagian untuk Nabi Muhammad saw dan sebahagian lagi adalah untuk beliau. Didalam warkah yang dibalas oleh Nabi saw pula menyebut bahawa dunia ini sebenarnya adalah milik mutlak Allah swt dan telah memilih dari kalangan hamba-hambaNya untuk memegang amanah mentadbirkannya. Tiada siapa pun dari kalangan hamba-hambaNya itu yang boleh memiliki akan dunia ini sebab manusia juga akan meninggalkannya pada satu hari nanti dan kesudahan yang baik bagi setiap jiwa itu adalah daripada mereka-mereka yang bertakwa kehadrat Allah swt sahaja. Oleh itu Nabi swt menyeru agar Musailamah agar kembali memeluk ajaran Islam semula serta bertaubat nasuha akan apa yang telah ia lakukan itu kerana jika ia engan berbuat demikian, maka tindakan yang keras akan dikenakan keatas beliau termasuk melancarkan perang pada kaumnya yang sesat itu. Musailamah tidak menghiraukan akan arahan Nabi saw malahan telah menyuruh wakil-wakil Nabi saw yang telah dihantar bertemuinya selepas itu untuk tidak menganggu akan apa juga yang menjadi urusan beliau. Maka didalam pemerintahan Saidina Abu Bakar al Sidiq telah menghantar bala tentera Islam pergi memerangi Musailamah dan kumpulan ajaran sesatnya itu. Beliau telah dibunuh oleh seorang panglima perang Islam bernama Wahsyi pada tahun 11 hijrah.
Manakala Aswad al Unsi adalah merupakan seorang ahli nujum pada asalnya. Kemudian menjadi seorang yang terkenal dan ramai pengikutnya apabila semua nujum dan perbomohan yang beliau kerjakan dikatakan sangat mustajab oleh orang ramai. Bertolak dari sinilah mereka sangat menyanjungi beliau dan beliau telah pula mengambil kesempatan dengan mula memberi kuliah-kuliahnya serta mengembang menjadi sebuah ajaran sesat yang mirip ajaran al Arqam kalau nak dijadikan contoh pada zaman sekarang. Beliau akhirnya telah mengistiharkan dirinya sebagai seorang nabi seperti Nabi Muhammad saw juga. Maka Nabi saw telah menghantar Mu'as bin Jabal bertemu dengan pemerintah Yaman pada masa itu, untuk menyatakan akan angkara Aswad itu serta memerintahkan ia dihancurkan sahaja kerana keengaan beliau untuk bertaubat dan kembali memeluk Islam. Maka pada tahun 11 hijrah tentera kerajaan Islam Yaman telah pergi memerangi Aswad dan kumpulan ajaran sesatnya itu dan berjaya dibunuh oleh seorang panglima bernama Fairus al Dailam.
Seorang lagi ketua ajaran sesat yang muncul semasa zaman Rasullah saw ialah Tulaiha bin Khuwalid dari keturunan bani Assad. Beliau juga pada awalnya memelok ajaran Islam tetapi kemudiannya murtad dan menghistihar dirinya sebagai nabi. Beliau juga amat engkar akan perintah dan nasihat yang telah diberikan oleh Nabi saw melalui warkah dan wakil-wakil yang telah dihantar kepadanya. Akhir daripada perjalanan ajarannya ialah apabila Kerajaan Islam Madinah telah menghantar bala tentera yang diketui oleh Panglima perang Islam Khalid al Walid semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar al Sidiq memerintah. Beliau ditangkap dan dibawa pulang mengadap Baginda Abu Bakar sendiri. Setelah tinggal didalam penjara beberapa bulan, beliau sendiri telah meminta untuk memeluk agama Islam semula dari tanggan Baginda Saidina Abu Bakar sendiri. Beliau meninggal dunia di Mekah pada tahun 21 hijrah didalam beragama Islam.
Didalam sejarah Islam, sewaktu pemerintahan Saidina Abu Bakar al Sidiq lah yang paling banyak memerangi ajaran-ajaran sesat yang tumbuh setelah kewafatan Rasullah saw. Semasa pemerintahannya saja direkodkan terdapat tujuh golongan ajaran-ajaran sesat tumbuh disekitar semananjung Arab. Mereka-mereka itu diketuai oleh :
1) Sajah binti al Mundhir dari kaum bani Tamim. Beliau juga mengistihar dirinya "nabi wanita" pertama didunia. Beliau berkahwin pula dengan Musailamah yang juga sesat (telah diceritakan diatas tadi), semasa serangan tentera Islam itu beliau telah terselamat dan lari meninggalkan kampung halamannya itu. Beliau telah ditangkap dan dihukum bunuh semasa pemerintahan Saidina Othman pada tahun 55 hijrah.
2) Malik bin Nuwairah dari kaum bani Yarbu.
3) Unainah bin Hassan dari kaum bani Fazarah.
4) Fujaiah bin Abdul Yalil dari kaum bani Sulaim.
5) Qurrah bin Salmah dari kaum bani Ghatafan.
6) Hatam bin Zaid dari kaum bani Bakr.
7) Asyath bin Qais dari kaum bani Kinda.
Mereka semua ini telah dihancurkan dan dibunuh oleh tentera-tentera Islam yang dihantar oleh Baginda Saidina Abu Bakar al Sidiq kerana keingkiran dan kedegilan mereka sendiri. Tetapi semuanya setelah melalui proses dakwah, nasihat, pujukkan dan ancaman tidak mahu diterima oleh mereka semua, baharulah baginda bertindak menghantar balatentera Islam kepada mereka. Semua itu telah melalui proses yang sah menurut hukum Islam serta al Quran dan juga melalui proses musyurat dari semua sahabat Rasullah saw yang ada disamping Baginda pada waktu itu. Jadi tindakan memerangi kaum-kaum yang sesat adalah merupakan kesanabungan dari usha yang telah dibuat oleh Rasullah saw memerangi kaum yang murtad dan ajaran-ajaran sesat mereka itu. Proses ini juga telah dijalankan dizaman Baginda Saidina Omar ra yang telah memerangi satu kumpulan ajaran sesat yang diketuai oleh Jabalah bin Aiham dari bani Ghasan yang telah berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman pancung pada tahun 20 hijrah. Begitu juga dizaman pemerintahan Saidina Othman ra dan juga Saidina Ali kwh. Tetapi Saidina Ali kwh telah tertipu dengan dakyah dalaman yang sangat licik oleh puak-puak dan sikap perkauman yang terlampau bangsa Arab sendiri yang kemudiannya membawa pembunuhan demi pembunuhan dari keluarga Rasullah saw dan para sahabat-sahabatnya yang dengan sendirinya menghancurkan keseluruhan sistem pemerintahan peninggalan Rasullah saw itu. Maka tegaklah kaum ajaran sesat itu sehinggalah kehari ini seperti yang telah kita ketahui.
Bayangan yang telah Rasullah saw berikan didalam hadis-hadis peninggalannya menjadi kenyataan. Sehinggalah kesaat ini ia terus juga berlaku. Kesesatan demi kesesatan telah dibongkar oleh orang ramai dan pembentrasan oleh pihak berkuasa telah giat dijalankan di negara ini, namun ia masih juga tetap berlaku. Jika di Indonesia dan negara Asian yang lain kecuali Brunai, gejala ajaran sesat amat sukar dipadam dan dihapuskan bahkan bercambah-cambah hari demi hari. Ada diantaranya telah pun memduduki Sidang Umum (Parlimen kalau di Malaysia) yang telah berdiri menjadi parti politik dan memenangi beberapa kerusi. Nah ! bagaimana jika ia berlaku di sini ? Kan akan mengkucarkacirkan umat Islam semua disini yang mejoritinya berfahaman ASWJ. Itulah sebabnya ia harus terus dipelihara secara berterusan, baik siapa pun kerana ia adalah sunah Rasullah saw dan tanggungjawab syarak bagi setiap individu Islam semua. Pemiliharaan akidah umat Islam disini harus terus utuh dan teguh, supaya menjadi tonggak mercu panji-panji al Firqah al Najiyah kebenaran selama-lamanya hingga hari kiamat. Biarlah negara jiran-jiran itu dengan masaalah dalamannya yang sangat kronik serta sistem politik yang sangat terbuka hingga menjejaskan akidah umat Islam umumnya. Tetapi disini, anda semua menjadi pendinding dan pertahanan yang utuh umat terakhir dari kamu Melayu Nusantara yang mempertahankan ASWJ serta Ajaran sunah Nabi besar kita Muhammad Rasullah saw dan Negara kamu yang sangat kamu cintai ini, supaya jangan kamu biar kepercayaan karut dan sesat itu tidak langsung bertapak disini. Percayalah ia adalah kebenaran yang sejati yang diwarisi dari Nabi Muhammad saw dan dari Allah swt. Kita perangi mereka itu habis-habisan ....Allahu akbar...Allahu akbar.... Allahu akbar !
AJARAN-AJARAN SESAT DARI PANDANGAN AL QURAN.
Allah swt telah mengutus junjungan besar kita Nabi Muhammad saw berserta dengan al Quran ulkarim sebagai pemberi petunjuk dan membawa rahmat untuk seluruh seklian alam ini. Telah Dia jadikan itu sebagai sunahtuallah atas seluruh umat dan makhluk yang berada didunia ini, khasnya dibumi yang sekarang kita diami ini. Malahan sebelum bumi ini dijadikan lagi telah dibentuk akan sunnah ini. Cuma hanya segelintir manusia beriman yang mengatahui akan rahsia rahsia ini yang amat sukar untuk difahamai oleh manusia biasa. Jadi mereka ingin mengatahui akan semua rahsia akan alam ini dan juga rahsia-rahsia Tuhan itu. Jika mengikut pedoman dari Nabi saw sahaja mereka tidak puas, jadi mulalah mereka mencari jalan yang lain yang kononnya jalan singkat untuk bertemu tuhan mereka. Mereka lupa akan fitnah yang menanti mereka ditengah perjalanan itu, iaitu "Jalan Iblis". Mereka tidak mengatahui sebenarnya Iblis dan balatenteranya sedang memerahati mereka dengan teliti dan telah duduk didalam setiap detik kata hati mereka supaya ingkar dan melangar perintah Allah dan Rasulnya. Inilah punca sebenar akan kepincangan dan ceteknya ilmu mereka itu yang kemudiannya telah membawa mereka sesat mengikut kata Iblis. Mereka murtad dan mengaku telah bertemu tuhan, sedangtkan mereka pun tidak kenal tuhan itu, tak pernah bertemu, dan tidak tahu akan jalan untuk bertemu pun. Jadi bagaimana mereka boleh berbuat sesuka hati mereka dengan melangar segala hukum dan larangan tuhan, tetapi boleh pula bertemu tuhan ? Jadi siapa tuhan yang mereka jumpa itu ? Sudah tentunya bukan tuhan Allah, tetapi mereka bertuhankan Iblis Laknatullah. Jadilah mereka semua itu sesat lagi menyesatkan kerana telah menduakan Tuhan tampa mereka sedari. Inilah yang paling banyak berlaku dikalangan umat Islam di Malaysia ini.
Kerana itulah Allah menyuruh kita mengikut Nabi Muhammad saw kerana dia saja manusia yang boleh kita percaya dan telah banyak keterangan dari ayat-ayat al Quran yang menjadi dalil kebenaran akan kerasulannya. Menjadi wakil mutlak Allah Rabuljalil pencipta seklian alam ini. Menjadi penyampai berita-berita yang nyata dan ghaib. Pesanan guruku "Dia saja manusia secara hidup-hidup yang telah menyampai kehadrat Allah swt dengan penyaksian secara zahir dan batin sendiri akan zat segala zat wazibalujud dari usul makna makniNya yang terangkum di dalam kalimah shadatai itu. Maka tiada siapa lagi dikalangan seluruh manusia yang ujud dulu, kini dan selamanya dapat menyampai akan ketinggian rohaniah dan zahiriah yang ada pada Baginda yang terawal dan yang terakhir. Jauh sungguh kedudukan kita manusia mukmin biasa ini kerana kita hanya ujud dari keringatnya saja. Kembalilah ke asal ujud zat, ujud sifat, ujud afaal dan ujud asma nur Muhammad, akan kamu temui segala rahsia ini didalam kalimah shadatai itu dengan izinNya, yang kamu ambil dari tangan Baginda sendiri atau menjurusi susurjalur Wasilah dan Rabitah kepadanya sahaja hinggalah kamu sendiri bertemu dengan Nya kelak. Pegang amanah ini dengan teguh jika kamu sebenarnya cinta, kasih dan sayang akan dirinya, bertakwalah kamu kepada Allah swt, jauhi segala larangan-larangannya, ikuti sunnah Baginda sehabis mampu atau jadilah kamu sepertinya jika kamu boleh, ikutilah segala ajarannya dan apa yang telah ditinggalkannya kepada kamu iaitu Sunnahnya dan al Quran. Maka kamu jadilah penaung kepada yang lainnya baik dimana kamu berada". Begitulah serba sedikit amanah yang telah ditinggalkan oleh guru kawan sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 20 Rabualakhir 1431 bersamaan 5 hb April 2010 subuh hari isnin tepat jam 6 pagi selepas kami selesai solat subuh bersama buat kali yang terakhir didunia ini. Itulah diantara sebab kenapa kawan lama di seberang selain berseminar, muzakarah, memberi sedikit ceramah- ceramah sambil menziarahi tuan guru yang sedang uzur yang menjangkau 97 tahun usianya. Tidak disangka sama sekali rupa-rupanya inilah kali terakhir kawan dapat menatap wajahnya dan kebetulan pula kawan sedang berada disisinya. Kata-kata dan pesanan dari beliau ini kawan rangkumkan disini buat tatapan kalian pembaca budiman supaya menjadi pedoman untuk kita bersama. Mudah-mudahan beliau ditempatkan yang paling istimewa bersama-sama para solehin dan mu'taqin...amin.
Selanjutnya didalam al Quran telah menyatakan beberapa ayat tentang dalil kebenaran dan juga kepentingan menjadikan diri Rasullah saw itu sebagai ikutan yang sebenarnya seperti yang telah terukir didalam surah Saba' ayat 28 yang mafhumnya :
"Tidak kami mengutuskan engkau (ya Muhammad) melainkan kepada seklian umat manusia untuk memberi kabar gembira (syurga) dan memberi peringatan (neraka), tetapi kebanyakan manusia tidak mengatahui ".
Dan lagi didalam surah yang sama ( Saba') ayat 46 yang mafhumnya :
"Katakanlah: Hanya Aku ajarkan kepadamu satu pelajaran (iaitu) kamu berdiri kerana Allah berdua-dua atau berseorangan (mendirikan solat sunat), kemudian kamu fikirkan, (nescaya akan kamu ketahui) bahawa temanmu itu (Muhammad) bukanlah gila. Dia tidak lain hanya pemberi peringatan kepadamu sebelum tiba siksaan yang sangat keras " .
Didalam surah al A'araf ayat 175 yang mafhumnya :
"dan bacakanlah kepada mereka (ya Muhammad) khabar berita orang yang telah Kami datangkan ayat-ayat Kami. Lalu dibuangkannya (tidak mengikutinya) sampai ia diikuti syaitan, sebab itu mereka termasuk orang-orang yang sesat".
Dan didalam surah al A'araf juga pada ayat-ayat dari 145 hingga 147, Allah menjelaskan dengan terang dan nyata yang mafhumnya :
"Telah kami tuliskan baginya pada papan (kitab Taurad) jadi pengajaran tentang tiap-tiap sesuatu dan menerangkan tiap-tiap sesuatu, sebab itu turutilah dengan bersungguh-sungguh dan suruhlah kaummu (umat Muhammad) mengambil yang sebaik-baiknya (pengajaran). Nanti akan Ku perlihatkan perkampongan orang-orang fasiq (neraka jahanam)".
"Nanti akan Ku palingkan daripada ayat-ayat Ku orang-orang yang sombong dimuka bumi tanpa kebenaran. Jika mereka melihat beberapa ayat, mereka tidak juga beriman kepadanya dan juga mereka melihat jalan kebenaran, mereka tidak mahu menempuhinya, tetapi jika mereka melihat jalan kejahatan (jalan yang sesat) mereka terus menempuhnya. Demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat kami dan mereka lengah daripadanya".
"Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menemui akhirat, nescaya hapuslah (sia-sialah) segala amalan mereka. Mereka tiada akan menerima balasan, selain dari apa-apa yang telah mereka kerjakan (neraka kepada mereka kerana sesat)".
Serta banyak lagi ayat dari al Quran tentang dalil kebenaran akan yang telah diajarkan dan disarankan oleh Baginda untuk kita sentiasa yakin dan percaya bahawa apa yang telah dibawa oleh Baginda saw adalah yang telah diperintahkan oleh Allah kepada kita kaum mukmin umat Muhammad untuk mentaati dan sentiasa bertakwa kepadaNya. Rasullah diutus untuk menunjuki jalan yang benar dan lurus. Oleh itu kenapa harus kita berpaling kepada yang lain ? Semasa zaman Baginda dahulu menyebarkan ajaran Islam, puak-puak kaum Arab terutama dari kalangan bani Quraisy telah menuduh Nabi pembawa ajaran baru yang sesat (menyelahi ajaran turun tumurun datok nenek mereka), sedangkan mereka itulah yang sesat kerana mengadakan upucara-upucara retual penyembahan berhala kuno dan segala adat resam yang menyalewing. Begitu juga apa yang berlaku sekarang, penaja-penaja ajaran-ajaran sesat akan menuduh orang- orang yang beriman yang tidak bersama mereka sebagai sesat. Memutar belit hujah dan kata-kata hingga orang ramai terpengaruh mengikuti dan menyokong mereka. Mereka sebenarnya telah memecahbelahkan umat Islam dengan doktrin dan amalan-amalan sesat yang menyempang jauh dari ajaran Nabi Muhammad saw yang sebenarnya. Jauh dari hukum syarak, sunnah dan al Quran. Malah sesetengah dari mereka mengalakkan pengikutnya untuk melangar hukum syarak pula. Berwaspadalah kita daripada golongan-golongan yang telah rosak hati, pemikiran dan akhlaknya terhadap Allah swt dan Nabi Muhammad saw ini serta pohon agar Allah jauhi kita dari terjebak didalam perangkap mereka itu.
Selanjutnya Allah berfirman didalam surah as Zumar ayat 41 yang mafhumnya :
" Sesungguhnya Kami telah turunkan kitab (al Quran) kepada engkau (ya Muhammad), untuk manusia dengan (membawa) kebenaran. Barang siapa yang mendapat petunjuk (dengannya), maka (feadahnya) untuk dirinya dan barang siapa yang sesat, maka hanya ia sesat (tidak berpanduan serta melarat) atas dirinya pula. Engkau (Muhammad ditugaskan utk menyampaikan) bukan menjadi wakil terhadap mereka itu (tiada kuasa keatas mereka) ".
Dari ayat diatas telah ditentukan bahawa Nabi Muhammad saw hanyalah sebagai penyampai dan memberi petunjuk kepada kebenaran. Sesiapa yang bersamanya pastinya akan terselamat dari seksaan neraka jahanam dan sesiapa yang berpaling dari ajaran serta petunjuk yang telah dibawanya itu, maka mereka akan dipertanggungjawabkan atas segala kesesatan yang telah lakukan sewaktu didunia ini. Nabi tiada kuasa untuk merubah, memaksa atau dipertanggung jawabkan atas apa juga yang perbuatan sesat mereka itu. Sebaleknya Allah swt lah yang akan membalas segala perbuatan mungkar dan sesat yang telah mereka kerjakan itu.
Didalam al Quran juga telah dinyatakan kemungkaran dan kesesatan kaum- kaum terdahulu terhadap perutusan Rasul-rasul dan Nabi-nabi yang telah dihantar kepada mereka. Malahan mereka sanggup membunuh Nabi-nabi itu. Contohnya didalam surah al Syu'araak yang banyak menceritakan riwayat Nabi-nabi. Nabi Musa as dari ayat 10-68 dengan Firaun yang sesat serta kaumnya Bani Israil yang terselamat dari dikejar oleh balatentera Firaun menyebarang laut Merah menuju Palastin. Firaun dan balatenteranya yang sesat itu ditengelamkan Allah swt didalam laut kerana keingkaran dan kesombongannya. Kemudian didalam surah yang sama dari ayat 69 - 86 pula menceritakan prihal Nabi Ibrahim as dengan bapanya dan kaumnya yang sesat kerana menyembah berhala. Dalam ayat seterusnya dari ayat 105 - 121 pula menceritakan akan Nabi Nuh as dengan kaumnya yang sesat dan ingkar yang kemudian Allah tengelamkan mereka dengan banjir besar. Nabi Nuh as dan mereka yang setia telah terselamat dengan petunjuk Allah akan binaan kapal yang besar. Kemudian dari ayat 123 - 140 menceritakan riwayat Nabi Hud as dan kaumnya iaitu kaum Ad yang sangat terkenal dengan pertukangan binaan dilereng gunung yang tinggi. Mereka juga sesat dan ingkar akan seruan nabi mereka, akhirnya mereka dibinasakan Allah swt akan keingkaran mereka itu. Dari ayat 141 - 158 menceritakan akan Nabi Saleh as dan kaum Tsamud yang terkenal dengan pertukangan binaan dengan memahat batu didinding gunung tetapi sesat dan ingkar akan seruan kebenaran dari nabi mereka. Mereka juga telah dibinasakan Allah. Masih lagi didalam surah yang sama didalam ayat 160 - 174 yang telah mengisahkan Nabi Luth as dan kaumnya yang sangat keji perbuatan mereka termasuklah Isterinya yang juga sesat dan ingkar akan seruan nabi mereka. Mereka telah dibinasakan Allah dengan azab yang pedih dari hujan batu dan diterbalikkan negeri mereka menjadi laut mati. Kemudian dari ayat 176 - 189 iaitu kisah Nabi Syu'aib as bersama kaumnya yang menjadi pedagang tetapi suka menipu akan sukatan timbangan mereka. Mereka juga sesat dan ingkar akan seruan nabi mereka dan telah dibinasakan Allah swt semuanya.
Akhir sekali dari ayat 190 sehingga ayat 227 didalam surah ini, Allah telah memberi perkabaran kepada Nabi Muhammad saw akan tugasnya untuk memberi keterangan dan peringatan kepada umat manusia seluruhnya supaya sentiasa mentaati seruan Allah serta bertakwa kepadaNya. Telah diceritakan dengan jelas didalam ayat ini akan contoh taladan kaum-kaum terdahulu yang telah dibinasakan Allah dengan azab seksa yang pedih kerana mengingkari akan seruan Rasul dan Nabi-nabi mereka. Mereka seharusnya mengambil iktibar akan kesilapan kaum-kaum itu kerana tidak mentaati seruan dan ajaran yang baik dari nabi-nabi mereka sebaliknya menghina dan mendustakan mereka itu pula. Kepada umat Muhammad diakhir zaman ini juga telah disampaikan amanah itu dan terserahlah kepada mereka memilihnya pula. Jika mereka ingkar akan ayat-ayat Allah maka berlepas dirilah Nabi saw akan segala kekufuran yang telah mereka perbuat. Maka terserahlah kepada Allah swt pula yang akan membalas segala perbuatan mereka itu. Diakhir ayat ini juga ada menjelaskan peranan syaitan yang menjadi pendorong kepada kesesatan yang mereka perbuat. Sebenarnya syaitan telah menguasai fikiran dan hati mereka untuk sentiasa ingkar serta mencari helah dan hujah-hujah yang bertentangan dengan ayat-ayat Allah sedang mereka menyangka mereka akan terlepas dari hukuman dan azab yang telah tersedia menanti mereka. Tunggulah saja janji yang telah ditetapkan oleh Allah swt itu nanti.
Apa yang selalu kita perhatikan kepada penaja-penaja dan ketua-ketua ajaran sesat dimana- mana, mereka akan menggunakan tafsiran ayat-ayat al Quran dalam memberi hujah-hujah mereka. Ini telah berjaya menarik minat segelintir umat Islam yang tidak mempelajari bidang al Quran secara mendalam apatah lagi yang langsung tidak mengatahuinya. Sebenarnya didalam al Quran terdapat 2 bahagian besar maksud dan huraian ayat-ayat satu dipanggil ayat-ayat muhkamat iaitu yang jelas, terang dan nyata akan maksudnya. Manakala sebahagian lagi adalah ayat-ayat mutsyabihat iaitu yang samar-samar dan tidak jelas akan maksudnya. Ini telah diambil kesempatan oleh mereka menggunakan terjemahan mereka sendiri yang terang-terang menyempang dari maksud sebenar dan selalunya mereka akan mentafsir ayat-ayat ini mengikut nafsu mereka semata-mata. Didalam surah Ali Imran ayat 7 ada menjelaskan akan pekara ini yang mafhumnya :
"Dialah yang menurunkan Kitab (alQuran) kepada engkau (ya Muhammad), diantaranya ada ayat-ayat yang muhkamat (terang maksudnya), sekelian itu ibu Kitab (pokok isi alQuran), dan yang lain mutasyabihat (tidak jelas maksudnya). Ada pun orang-orang yang miring hatinya (cendrung kepada kesesatan) maka diikutinya apa-apa yang mutasyabihat kerana menghendaki fitnah dan mencari-cari takwilnya (maksudnya) dan tidak ada yang mengatahui takwilnya melainkan Allah dan orang-orang yang dalam ilmunya berkata: Kami beriman kepada yang mutasyabihat semuanya dari sisi Tuhan kami, dan tidaklah yang menerima peringatan melainkan orang-orang yang berakal ".
Sebagai contoh akan ayat-ayat mutasyabihat yang sering mereka gunakan sebagai hujah akan perbuatan mereka ialah perkataan (terjemahan) "tangan Allah diatas tangan mereka". Jadi mereka akan gunakan ayat ini untuk berbuat apa saja dengan tangan mereka kerana mereka beranggapan "tangan" mereka itu juga tangan Allah. Jadi Allah itu ada dalam badan mereka juga. Satu lagi ayat iaitu " pada arak itu ada sedikit kebaikan", jadi mereka mengunakan hujah ini untuk mengatakan arak itu baik untuk diminum, jangan ambil yang mabuk ambil yang baik saja. Jadi disini terang-terang mereka telah melakukan fitnah, tipu helah dan hawa nafsu mereka bagi menghalalkan yang haram dan berbuat pengubahan isi kandung al Quran dengan sengaja supaya menampakan mereka tidak melanggar hukum Syarak. Walhal mereka telah pun melanggarnya malah lebih teruk lagi apabila semua pengikutnya juga turut berbuat pekara yang mungkar itu. Inilah yang dikatakan sesat lagi menyasatkan. Mereka mempersenda dan mempermainkan ayat-ayat Allah untuk membuat propaganda dan promosi doktrin dan ajaran sesat tajaan mereka menjadi popular dihalayak ramai, maka sesiapa yang cetek pengatahuannya akan mudah terjebak mengikuti ajaran mereka yang sesat itu. Mereka dikuasi syaitan dan iblis yang bertopingkan manusia. Banyak lagi ayat-ayat yang bersifat mutasyabihat ini telah diselewingkan akan maksud dan takwilnya oleh pengamal ajaran-ajaran sesat sedangkan segala maksud dan takwilnya itu hanya Allah saja yang maha mengatahui akan nya kerana semua ayat-ayat al Quran itu adalah didalam ilmuNya jua. Hanya mingkin manusia yang telah diberi kelebihan dari Allah swt (mengikut kadarnya) saja yang mengatahui akan maksudnya yang mana menjadi rahsia peribadi mereka pula. Jadi mustahil bagi manusia kebanyakan seperti mereka yang telah mutrad, sesat, tidah beramanah, zidik, zalim, kufur, rosak akhlak, rosak pemikiran, rosak akidah yang akan dibuka rahsia sulit itu. Sedangkan syaitan dan iblis yang selalu mengintip dan cuba mencuri-curi dengar akan dipanah dengan petir dan halilintar. Mereka jauh dari bermimpi disiang hari, lara penghidupan dan jiwanya selama-lamanya.
Selain itu al Quran juga telah meletakkan golongan terdahulu iaitu Yahudi dan Nasrani itu sebagai terpesong dan sesat akidah mereka. Malah golongan Yahudilah yang paling teruk sekali. Mereka telah dimurkai, tersingkir dan dilaknati oleh Allah swt kerana mereka telah diberi ilmu dan petunjuk selain mereka juga telah didatangkan banyak para Nabi dan Rasul dari kalangan kaum mereka tetapi mereka tetap berdegil, kufur serta tidak mahu beramal menurut ilmu pengatahuan mereka. Kebijaksanaan saja tidak mencukupi dan berguna jika tidak tahu mensyukuri nikmat-nikmat yang telah diberi olehNya. Manakala golongan Nasrani pula tidak berilmu, meraka beramal tampa ilmu. Itu sebabnya mereka telah ditipu oleh kaum Yahudi, hinggakan menentukan tuhan pun mereka serahkan kepada orang-orang Yahudi. Mereka menurut saja apa yang telah diatur dan ditetapkan kepada mereka oleh kaum Yahudi sebab menyangka golongan Yahudi itu lebih arif dan bijaksana kerana mereka adalah golongan terduhulu yang diberi ilmu pengatahuan dengan Kitab serta para-para Rasul dan Nabi terawal. Kaum Yahudi sebenarnya meresa tidak senang dengan kehadiran Nabi Isa as yang Allah lantik dengan membawa agama Nasrani bersama Kitab Injil untuik mengantikan Agama Yahudi dan Kitab Taurad. Walhal mereka telah pun diberitahu akan pekara ini yang telah dinyatakan didalam Kitab Taurad mereka. Pembunuhan "Nabi Isa" dan Kitab Injil pula telah diubah suai dengan tangan mereka sendiri telah dirancang dengan rapi dan akhirnya rancana mereka berjaya kemudian kaum Yahudi berlepas diri dari perbuatan hina mereka itu. Jadi apa yang dunia saksikan sekarang ialah golongan Nasrani yang telah bertukar menjadi Kristian dengan amalan-amalan yang direka cipta oleh manusia dan telah ditokok tambah tampa ilmu serta terus mengikut saja Kitab gubahan tangan manusia keji. Itulah kaum Nasrani juga dimurkai Allah dan diletak sebagai golongan yang sesat kerana sudahlah tidak berilmu, mereka juga tidak menggunakan akal dan fikiran mereka yang telah dikurniakan oleh Allah sedangkan mereka tahu akan penipuan itu. Begitulah dungunya mereka ini. Oleh itu berilmu tampa amalan itu dimurkai dan beramal tampa ilmu itu sesat. Jadilah seperti umat Islam terduhulu yang mana mereka mencari ilmu dan kemudiannya beramal pula dengannya.
Bagaimana pula mereka dengan umat Islam ? Sebenarnya telah banyak percubaan yang telah dilakukan oleh kaum Yahudi dan Kristian untuk menghancurkan agama Islam sejak dari zaman Baginda Rasullah saw masih hidup lagi. Terutama kaum Yahudi yang suka menganggu pekerjaan Nabi dan merekalah yang bertindak mengapi-apikan kaum musyrik Qurayis Mekah supaya berperang dengan umat Islam. Ia banyak diceritakan didalam kitab-kitab sejarah Islam akan penghianatan mereka kepada Rasullah saw dan Umat Islam sendiri. Sebenarnya mereka itu adalah kaum yang sangat keji perbuatannya kerana sentiasa ingin mencabar dan menentang Allah iaitu Tuhan yang mencipta diri mereka itu. Sentiasa mementingkan hawa nafsu mereka serta ingkar dengan apa juga suruhan dan larangan Allah juga Rasul dan Nabi mereka. Agama Islam adalah agama Allah bukan agama ciptaan Muhammad, maka Dialah yang menjadi penjaga dan pemelihara mutlak akan agama ini. Muhammad telah Wafat , bagaimana dia hendak menjadi penjaga maka dia telah serahkan semuanya dibawah jagaan dan pemeliharaan Allah swt. Baik apa pun yang kaum Yahudi dan Kristian rancangkan untuk menghapuskan agama Islam ini pastinya akan musnah. Diakhir-akhir ini dapat kita lihat kuatnya kesatuan antara kaum Yahudi dan Kristian dengan perancangan demi perancangan untuk menghancurkan Islam semakin kuat dilancarkan propaganda diseluruh dunia dari semua arah, teknologi, media, agama, sosio budaya, pertahanan, politik, ekonomi, kewangan serta bebbagai lagi aginda sulit mereka. Didalam ingatan mereka bahawa Tuhan boleh ditundukan mengikut kehendak mereka dan Allah tidak tahu apa yang mereka rancangkan ini. Malahan apa yang tersembunyai didalam perut kamu pun telah diketahuiNya, inikan pula diluar otak mereka.
etahuilah oleh mu wahai Yahudi dan Kristian semua bahawa Allah adalah Tuhan yang Maha Besar, Maha Perkasa dan Maha Mengatahui atas tiap-tiap sesuata. Tiada akan kamu dapati kejayaan akan menyebalahi mu jika kamu melawan akan Kekuasaan dari segala yang Berkuasa didunia ini. Kamu lah yang seharusnya tunduk kepadaNya, bukan sebaliknya. Kami semua kaum Musilimin muslimat adalah dipihak yang benar selama-lamanya didunia dan akhirat. Berserta bersama kami adalah balatentera Allah yang sentiasa siapsiaga menunggu masa dan ketika saja. Ingatlah oleh kamu semua bahawa janji Allah pasti benar !!!
No comments:
Post a Comment