Friday, 12 December 2014

Jika pembaca antara salah seorang yang percaya kewujudan Dinasour, pembaca juga adalah salah seorang antara jutaan manusia yang percaya wujudnya hidupan sebelum Nabi Allah Adam as. Kemungkinan ramai antara pembaca semua tidak sedar akan hakikat ini bukan? Ok, kali ini penulis ingin merungkai sedikit mengenai hal ini.

Sepakat daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa tamadun pertama yang wujud di muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 4000BC. Jika sekarang kita berada di tahun 2010, ini bermakna tamadun Mesopotamia adalah berusia:

4000BC+2010AD=6010 tahun

Dan ia juga bermakna, Tamadun Mesopotamia telah mencapai usia 60 abad.!

Manakala, agama pertama di dunia iaitu agama Hindu telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di India. Disebabkan agama Hindu terlampau awal dibentuk, sehingga kini tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu ini.

Namun ramai ahli cendiakiawan agama menyatakan bahawa agama Hindu adalah asas daripada ajaran Nabi Adam kepada anak-anaknya. Agama Hindu yang terdapat pada hari ini tidaklah sama dengan agama Hindu yang pada mula-mula ia diasaskan. Sepertimana agama lain kecuali Islam, setiap agama mengalami perubahan bahkan terdapat agama yang mengalami perubahan yang ketara sepertimana agama Yahudi dan Kristian. Disebabkan agama Hindu adalah agama tertua di dunia, ahli arkeologi yang ingin menyelidik tamadun-tamadun purba akan mengkaji terlebih dahulu kitab-kitab purba agama Hindu terutamanya Veda.! dan itulah yang berlaku sekarang.

Dalam kitab Taurat dan Injil dalam Book of Genesis, umur nabi Adam as ada dinyatakan. Nabi Adam as dikatakan hidup di bumi selama 930 tahun sebelum wafat. Bergitu juga Hawa yang wafat hampir dengan usia Nabi Adam. Namun, di dalam al-Quran tidak pula dinyatakan usia Adam namun Rasullulah saw pernah menyatakan dalam sabdanya bahawa umur umat terdahulu adalah panjang dan sihat pula tubuh badan mereka.

Rabbi daripada agama Yahudi sepakat menyatakan bahawa umur Adam as diturun ke bumi adalah sekitar 4000BC selari dengan tamadun pertama di dunia di Mesopotamia iaitu juga sekitar 4000BC.





Zaman Dinosaur?

Jika dari awal tadi penulis berkata bahawa tamadun pertama di dunia adalah berusia 4000BC. Sekarang, pembaca akan terkejut apabila menyedari bahawa zaman Dinasour adalah jauh lebih lama daripada itu.


Penemuan rangka-rangka dinosour di serata dunia membuatkan saintis percaya haiwan ini pernah mendiami bumi ini 61 juta tahun sebelum manusia.

Arkeologi sepakat menyatakan bahawa kepupusan secara besar-besaran Dinasour adalah pada 65 juta tahun yang lampau. Penulis ingin menekankan ayat ini iaitu Kepupusan!. Kepupusan adalah titik di mana sesuatu spesies lenyap tanpa meninggalkan keturunan. Inilah yang berlaku kepada Dinasour.

Eskavasi di tapak arkeologi yang menempatkan tulang-tulang Dinasour kebanyakkannya mempunyai tarikh Karbon-12 yang berusia 65 juta tahun yang lalu. Ia seterusnya membuatkan ahli arkeologi sepakat mengeluarkan kenyataan bahawa Dinasour mula pupus sekitar 65 juta tahun yang lampau.

Namun apa yang mengejutkan sebenarnya adalah tarikh kepupusan iaitu pada 65 juta tahun yang lampau itu. Berbanding dengan permulaan tamadun manusia yang hanya bermula 4000BC, ia bagaikan langit dan bumi berbanding tarikh kepupusan Dinasour.

Seperti penulis tekankan di awal artikel tadi, barang siapa yang percaya Dinasour wujud, maka beliau adalah salah seorang daripada ribuan malah jutaan manusia yang percaya terdapatnya hidupan sebelum wujudnya manusia. Dan tarikh kepupusan Dinasour membuktikan segala-galanya.

Perlu diketahui bahawa ia adalah tarikh kepupusan Dinasour. Bagaimana pula tarikh permulaan hidupan Dinasour?Bagaimana pula dengan usia Bumi? Apabila difikirkan daripada logik akal dan logik nakli, sememangnya terdapat hidupan sebelum turunnya Adam as ke bumi Allah ini. Pernahkah pembaca mendengar perdebatan antara malaikat dan Allah swt semasa Allah mencipta Adam as?



Perdebatan antara Allah swt dan Malaikat

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi. Mereka(Malaikat) berkata,”Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?Tuhamnu berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”(Al-Baqarah:30)

Ayat “orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah” daripada hujah para Malaikat telah menimbulkan seribu satu persoalan. Bagaimana Malaikat boleh mengetahui tentang rahsia masa depan manusia sedangkan hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui.?

Miskipun malaikat memiliki keistimewaan berada di Syurga dan Arasy Allah namun pembaca jangan lupa bahawa malaikat tidak boleh mengetahui rahsia masa hadapan tanpa izin Allah. Hijab Allah sentiasa tertutup untuk makhluk-Nya kerana ia adalah perancangan Allah swt untuk perjalanan setiap makhluk-Nya.

Jadi, bagaimana malaikat boleh mengetahuinya? Cendiakiawan agama terutama Muhammad Isa Dawud percaya bahawa terdapatnya hidupan sebelum penciptaan Adam. Namun mereka derhaka kepada Allah swt selepas Allah limpahkan kemewahan dunia. Akibat kebiadapan mereka menyekutukan , Allah swt telah mengazab mereka dengan ‘kiamat’ untuk keseluruhan mereka sehingga tidak tertinggal walau sedikitpun.

Adakah makhluk itu Dinasour?atau makhluk lain yang menyerupai manusia namun mempunyai tubuh badan yang menyamai Dinasour?

Itulah persoalannya.



Penemuaan yang mengejutkan



Rangka berusia 10,000 tahun- Young Hol Chan

Pada 2006, dua orang penyelam Jerman telah tidak sengaja menemui rangka manusia yang mempunyai saiz kanak-kanak. Dua penyelam daripada Jerman ini sebenarnya ingin menjelajah satu Cenote di Mexico. Cenote adalah lubang besar yang ditenggalami air disebabkan oleh luluhawa dan perubahan rupabumi. Rangka kanak-kanak itu ditemui dalam satu gua di dalam Cenote tersebut.


Rangka kanak-kanak ini ditemui di gua bawah tanah dekat Tulum,Mexico.

Rangka kanak-kanak yang digelar Young Hol Chan telah diakui oleh pakar-pakar arkeologi sebagai rangka kanak-kanak tertua yang pernah ditemui di benua Amerika. Rangka itu berusia 10,000 ribu tahun.!

Berbanding dengan usia tamadun pertama iaitu sekitar 6010 tahun, rangka ini sebenarnya telah membuka kunci rahsia tentang ‘manusia’ sebelum kedatangan Nabi Adam as.

Rangka berusia 26,000 tahun- Red Lady

Pada 1823, seorang professor Geologi di Universiti Oxford, William Buckland telah menemui rangka manusia yang dianggar berusia kira-kira 18,000 di sebuah gua di Goat’s Hole Cave di Pavillon, Gower.


Di gua inilah rangka yang berusia 26,000 tahun itu dijumpai.



Namun, baru-baru ini para pakar telah sekali lagi membuat kajian mengenai usianya dengan menggunakan alatan yang terkini. Apa yang mengejutkan adalah usianya sebenarnya adalah 4000 tahun lebih tua daripada yang diketahui dahulu iaitu 26,000 tahun.!


Rangka Red Lady dianggarkan berusia 26,000 tahun.



Satu yang menarik mengenai rangka purba ini adalah rangka Red Lady sebenarnya adalah rangka seorang pemuda dan bukan rangka seorang wanita sebagaimana namanya.



Lain-Lain



Bagaikan Romeo and Juliet..rangka purba ini berusia 6000 tahun dijumpai di Itali.











600 lukisan purba di Lascaux Cave di Dordogne River Valley, Perancis telah direkodkan mempunyai usia 17,000 tahun. Ia ditemui tidak sengaja oleh dua orang remaja pada 1940.



Saintis yang menunjuk uranium-uranium yang terurai(lihat batuan kuning) yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang lampau.

Manusia Sebagai Wakil di Bumi Allah

Manusia telah awal-awal lagi Allah swt nyatakan bahawa sebagai wakil Allah swt di muka bumi. Sememangnya penulis sangat bersetuju tentang kewujudan makhluk sebelum Adam as namun tidaklah pula penulis bersetuju tentang teori evolusi yang Charles Darwin asaskan. Bagi penulis, makhluk yang dicipta sebelum Nabi Adam adalah makhluk misteri. Ada kemungkinan menyerupai manusia, ada pula kemungkinan menyerupai haiwan akan tetapi yang pasti adalah mereka telah melakukan kerosakkan di muka bumi.

Antara kerosakan yang pernah mereka lakukan adalah peperangan dan perebutan kuasa. Baru-baru ini, saintis dikejutkan dengan penemuaan uranium yang telah siap diuraikan di Afrika. Saintis bergitu terkejut dengan penemuan itu. Bergitu juga dengan penemuaan rangka-rangka manusia yang bergelimpangan di MahajaDaro di Lembah Indus. Apabila diperiksa, rangka tersebut telah dicemari dengan radioaktif akibat letusan nuklear. Apakah makhluk purba pernah menggunakan senjata canggih sehingga menghuru-harakan bumi Allah swt ini?

Bagaimana dengan Dinasour?apa yang penulis boleh simpulkan mengenai haiwan gegantik yang digelar Dinosour ini adalah haiwan ini kemungkinan wujud sebelum wujudnya ‘makhluk’ yang melakukan kerosakan tersebut. Ini bermakna, sebelum wujudnya Adam as sebagai khalifah di muka bumi, telah wujud berpuluh-puluh makhluk yang Allah swt wakilkan di muka bumi ini. Namun, sayangnya, mereka semua leka dengan nikmat Allah swt dan akhirnya musnahlah tamadun mereka diazab Allah swt.

Akhirnya, manusia adalah wakil terakhir Allah swt di muka Bumi ini. Dan kita sebagai umat Muhammad pula adalah khalifah terakhir daripada wakil terakhir Allah swt di muka bumi sebelum Allah swt ‘sediakan’ kiamat untuk kita semua. Sesungguhnya, Adam as bukanlah makhluk pertama tetapi ia adalah manusia pertama di muka bumi. Waallahualam..



~Nota Kaki: Artikel ini mengandungi pelbagai rujukan termasuk daripada Al-Quran, Al-Hadis, Kitab Injil, Kitab Taurat, Kitab Veda dan Talmud. Diingatkan bahawa penulis tidaklah mengambil rujukan daripada kitab selain daripada Al-Quran dan Al-Hadis sebagai panduan utama dalam penulisan artikel ini. Penulis hanya memetik beberapa isi daripada kitab lain sebagai kepelbagaian rujukan daripada penulis dan ia selari dengan beberapa tulisan daripada ulama Islam terkenal seperti Ibnu Kathir dan Ibnu Hatim. Kemungkinan isi kandungan artikel ini adalah baru bagi sesetengah pembaca. Penulis ingatkan lagi bahawa ia tidaklah menyimpang daripada landasan syariat Islam kerana panduan utama penulis adalah ayat 30 Surah Al-Baqarah.

No comments:

Post a Comment