AKHLAK DAN BUDI PEKERTI AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH
Ahlus Sunnah wal Jama’ah selalu memperindah din mereka dengan akhlaqul karimah dan budi pekerti yang mulia yang merupakan penyempurna akidah. Dan di antara buahnya adalah:
1. Selalu ber-amar ma’ruf dan nahi munkar, sebagaimana Allah s.w.t. ungkapkan tentang mereka, Allah s.w.t. berfirman,
“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk umat manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.” (Ali Imran: 110).
Ma’ruf adalah sebutan untuk segala sesuatu yang dicintai oleh Allah, seperti iman dan amal soleh. Sedangkan Munkar (kemungkaran) adalah sebutan untuk segala sesuatu yang tidak disukai Allah dan dicegah-Nya, berdasarkan bimbingan syariat agama, iaitu dengan tangan, lalu dengan lisan dan kemudian dengan hati sesuai dengan kemampuan dan maslahat. Ini tentu sangat berbeza dengan kelompok Mu’tazilah yang berpandangan bahawa amar ma’ruf dan nahi munkar itu adalah keluar (membelot dan menentang) dari para pemimpin (pemerintah).
2. Ahlus Sunnah berpandangan: melaksanakan ibadah haji, solat juma’at dan solat ‘ied itu harus dilaksanakan bersama para umara’, sama ada mereka sebagai orang soleh ataupun sebagai orang fajir; dan mereka berkeyakinan bahawa kewajiban penegakkan syi’ar ini (amar ma’ruf dan nahi munkar) dilakukan bersama barisan pemerintah kaum muslimin, yang soleh ataupun fajir, apakah mereka adalah orang-orang yang soleh konsisten kepada din mahupun fasik yang kefasikannya tidak sampai menyebabkan keluarnya dari Islam, (yang demikian itu) demi persatuan dan menghindari perpecahan dan perselisihan, dan juga kerana pemimpin yang fasik itu tidak boleh diturunkan dari jabatannya kerana kefasikannya dan tidak boleh membangkang terhadap dia, sebab akan berakibat hilangnya hak-hak dan ditakuti boleh mengakibatkan berlakunya pertumpahan darah.
Syaikhul Islam lbnu Taimiyah rahimahullah berkata, “Hampir tidak ada suatu kelompok yang rnembangkang terhadap pemimpin (penguasa) melainkan pembangkangannya itu menimbukan kerosakan yang lebih besar daripada usaha pembaikannya. Sedangkan Ahlul Bid’ah berpandangan, para penguasa wajib diperangi dan ditentang (khuruj) apabila mereka melakukan kezhaliman atau telah diduga melakukan kezhaliman. Mereka berpandangan demikian sebagai wujud dari amar ma’ruf dan nahi munkar.
3. Di antara ciri Ahlus Sunnah wal Jama’ah adalah mereka selalu memelihara jamaah, melaksanakan solat wajib secara berjamaah (di masjid), melaksanakan solat Juma’at dan lain-lain, ini adalah kerana hal-hal tersebut merupakan syi’ar-syi’ar Islam yang paling agung, ketaatan kepada Allah, dan Rasul-Nya.
4. Mereka selalu memberikan nasihat kepada umat, kerana mereka memandang nasihat merupakan sebahagian dari Dinul Islam. Nasihat adalah keinginan tercapainya kebaikan bagi yang diberi nasihat dan membimbingnya menuju kemaslahatannya.
Jadi, Ahlus sunnah wal Jama’ah selalu menghendaki kebaikan bagi umat dan membimbing mereka menuju apa yang menjadi maslahat baginya.
5. Termasuk ciri dan sifat Ahlus sunnah adalah saling tolong menolong di dalam kebajikan dan bersimpati terhadap penderitaan orang lain sesama mereka. Mereka benar-benar meyakini makna sabda Rasulullah s.a.w.,
“Seorang rnukmin terhadap saudara mukmin lainnya adalah bagaikan satu bangunan yang sebahagiannya rnenguatkan sebahagian yang lain.” Beliau bersabda sambil merangkai jari-jari tangan beliau yang satu kepada jari-jari tangannya yang lain.” (Muttafaq alaih)
Sabda beliau juga,
“Perumpamaan kaum mukmin di dalam saling cinta-mencintai, sayang menyayangi dan saling tenggang rasa adalah bagaikan satu batang tubuh, apabila satu anggota tubuh sakit, maka seluruh tubuh turut merasakan sakit dan tidak boleh tidur.” (Muttafaq alaih)
6. Ciri Ahlus Sunnah juga adalah keteguhan pendirian di dalam pelbagai cubaan, mereka menyuruh bersabar di kala mendapat cubaan dan ujian, bersyukur di saat senang, dan redha terhadap pahitnya ketentuan Allah.
Sabar ketika mendapat cubaan adalah menahan diri dari rasa sedih, menahan lisan dari keluhan dan rasa tidak rela, menahan anggota tubuh (tangan), dan perbuatan (jahiliyah, seperti) memukul-mukul pipi dan merobek-robek baju di bagian dada.
Bala’ adalah ujian berbentuk musibah dan kesengsaraan.
Bersyukur di saat senang, ertinya menggunakan nikmat yang dikurniakan Allah pada jalan ketaatan kepada-Nya.
Kelapangan atau kesenangan yang dimaksudkan adalah berlimpah-ruahnya kenikmatan.
Redha terhadap getirnya Qadha’ (ketetapan) Allah. Ertinya, kita tidak murka dan murung kerananya.
Qadha’ ertinya kehendak Allah yang berhubung dengan segala sesuatu sebagaimana adanya.
Murr al-Qadha’ (getirnya/beratnya/oayahnya ketetapan), ertinya segala sesuatu yang tidak disukai yang menimpa pada seseorang, seperti sakit, kemiskinan, gangguan orang lain, panas, dingin, dan bencana-bancana lainnya.
7. Ahlus Sunnah sangat memperlihatkan akhlaqul Karimah. Mereka mempercantik diri dengan akhlak mulia dan mengajak orang lain untuk berakhlak mulia. Mereka mengajak kepada amal-amal yang terbaik, seperti keberanian, kejujuran dan amanah. Mereka sangat meyakini sabda Rasulullah s.a.w.:
“Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah mereka yang paling baik akhlaknya.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Tirmidzi, at-Tirmidzi menyatakan ia Hasan Sahih)
Mereka benar-benar meyakini hadis tersebut dan mengamalkan kandungannya.
Dalam hadis tersebut, أحسنهم خالقا ia membawa erti: yang lembut, lebih ramah, dan lebih indah akhlaknya.
Ahlus Sunnah mengajak untuk bermuamalat (bergaul) dengan sesama manusia dengan cara yang terbaik, memberikan hak-hak kepada pemiliknya, dan mereka juga melarang sifat-sifat tersela, seperti sombong (takabbur) dan mengganggu orang lain. Mereka menyerukan kepada anda agar menjalin silaturrahmi dengan orang yang memutus hubungan dengan anda. Maksudnya adalah berlaku baik terhadap orang yang berlaku buruk kepada anda; memberi kepada orang yang bakhil kepada anda. Anda keluarkan pemberian, berupa pemberian sukarela, hadiah, dan lain-lain, kepada orang yang meemrlukan terhadpa anda. Perbuatan seperti itu termasuk ihsan; dan anda juga memaafkan orang yang menzalimi anda, sama ada terhadap harta, darah, atau pun kehormatan, kerana sikap seperti itu dapat menimbulkan rasa cinta dan kasih dari pelaku kezaliman itu dan mendatangkan pahala dari Allah.
Ahlus Sunnah memerintahkan apa yang diperintahkan oleh Allah, seperti memberikan hak kepada orang-orang yang berhak menerimanya. Mereka mengajak untuk berbakti kepada ibu bapa (kedua orang tua) dengan cara patuh kepada mereka di dalam masalah yang tidak berupa kemaksiatan, berbuat baik kepada mereka dalam bentuk ucapan da perbuatan; bersilaturrahmi, yakni berbuat baik kepada kaum kerabat yang dekat, sama ada terhadap tetangga dengan mengorbankan kebaikan dan tidak mengganggu mereka; dan berbuat ihsan kepada anak-anak yatim, dengan cara mengelola dan membina keadaan mereka dan harta mereka serta berbelas kasih kepada mereka. Juga berbuat ihsan kepada kaum dhu’afa (fakir dan miskin) dengan cara memberi sedekah dan bersikap ramah kepada mereka; berbuat ihsan kepada musafir, ramah kepada apa saja yang dimiliki, termasuk kepada haiwan ternak sendiri. Ramah atau ebrsikap lembut itu lawan dari sikap kasar.
Ahlus Sunnah mencegah sikap membangga-banggakan diri, sombong dan zalim. Maksud membangga-banggakan diri dan sombong adalah membangga-banggakan kehormatan dan kelebihan, seperti kedudukan dan keturunan. Zalim ertinya, penganiayaan terhadap orang lain dan mempersendakannya, seperti mereka lebih mulia daripada orang lain dan menganggap remeh mereka serta menyakiti mereka dengan haq ataupun tidak haq. Sebab, orang yang melecehkan/memperkecilkan orang lain dengan haq maka ia telah berbangga diri; dan jika melecehkan dengan cara tidak haq maka ia telah berbuat zalim. Kedua-duanya tidak boleh dilakukan.
Ahlus Sunnah sangat mengajak kepada akhlak yang mulia, iaitu akhlak yang terpuji dan melarang akhlak yang buruk dan perendahan.
Semua apa yang dikatakan dan dikerjakan oleh Ahlus Sunnah dan apa yang mereka perintahkan dan apa yang mereka larang sebagaimana tersebut di atas dan hal-hal yang tidak disebutkan, semuanya mereka ambil dari al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w., mereka sama sekali tidak mengada-ada (melakukan bid’ah) dari sisi mereka sendiri dan tidak bertaklid kepada siapa-siapa, sebab Allah s.w.t. telah berfirman,
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak rnenyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.” (An-Nisa’: 36)
Hadis-hadis di atas yang semakna dengan ayat di atas sangat banyak sekali, di antaranya adalah yang telah tersebut di atas.
Keunggulan Ahlus Sunnah wal Jama’ah Yang Teragung
Iaitu bahawa jalan mereka adalah al-Islam. Islamlah mazhab dan jalan mereka menuju Allah di saat terjadi iftiraq (perpecahan) sebagaimana telah diberitakan oleh Rasulullah s.a.w. yang akan terjadi pada umat ini; mereka konsisten kepada Islam dan mereka menjadi golongan yang selamat (firqah Najiyah) di antara firqah-firqah yang ada, dan mereka pulalah jamaah yang konsisten berpegang teguh kepada ajaran yang dianut oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya, iaitu Islam yang murni dari segala noda syirik dan bid’ah. Maka dari itu mereka berhak menyandang julukan “Ahlus Sunnah wal Jama’ah”, dan di antara mereka ada orang-orang yang shiddiq yang benar-benar telah mencapai peringkat kejujuran dan keimanan, ada syuhada yang gugur di jalan Allah dan orang-orang soleh yang banyak mempunyai amal soleh. Di antara mereka juga ada yang sebagai tokoh-tokoh panutan/ikutan, lentera terang di kegelapan malam yang mempunyai banyak kelebihan dan keunggulan.
Jadi, di dalam Ahlus Sunnah terdapat para tokoh ulama terkemuka yang mempunyai segala sifat terpuji, sama ada secara teori (ilmu) mahupun amalan. Terdapat pemuka-pemuka agama di dalam Ahlus Sunnah, seperti empat tokoh panutan/ikutan terkemuka (Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam asy-Syafi’i dan Imam Ahmad) berserta lain-lainnya. Merekalah golongan yang mendapat pertolongan Allah (ath-Tha’ifah al-Manshurah). Maksudnya: Ahlus Sunnahlah ath-Tha’ifah al-Manshurah yang disebut di dalam hadis, “Akan tetap ada segolongan dari umatku...” yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim.
Akhirnya, kami memohon kepada Allah s.w.t. semoga Dia membela agama-Nya dan meninggikan kalimah-Nya dan mengalahkan musuh-musuhnya.
ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Friday, 27 February 2015
NIFAQ, DEFINISI DAN JENISNYA
NIFAQ, DEFINISI DAN JENISNYA
A. Definsi Nifaq
Nifaq secara bahasa berasal dari kata النافقاء (nafiqa’) iaitu salah satu lubang tempat keluarnya yarbu (sejenis haiwan berupa tikus) dari sarangnya, di mana jika ia dicari dari lubang yang satu maka akan keluar dari lubang yang lain. Dikatakan pula, ia berasal dari kataالنفق (nafaq) iaitu lubang tempat bersembunyi. (lihat, lbnu al-Atsir, an-Nihayah, 5/98)
Nifaq menurut syara’ iaitu menampakkan Islam (muslim) dan kebaikan tetapi menyembunyikan kekufuran dan kejahatan.
B. Jenis Nifaq
Nifaq ada dua jenis: Nifaq I’tiqadi dan Nifaq ‘Amali.
Nifaq I’tiqadi (Keyakinan)
Nifaq I’tiqadi (keyakinan) iaitu nifaq besar, di mana pelakunya menampakkan keislaman, tetapi menyembunyikan kekufuran. Jenis nifaq ini menjadikan keluar dari agama dan pelakunya berada dalam kerak neraka. Allah menyifati para pelaku nifaq ini dengan berbagai kejahatan, seperti kekufuran, ketiadaan iman, mengolok-olok dan mencaci agama dan pemeluknya serta kecenderungan kepada musuh-rnusuh agama untuk bergabung dengan mereka dalam memusuhi Islam. Orang-orang munafik jenis ini sentiasa ada pada setiap zaman. Lebih-lebih ketika tampak kekuatan Islam dan mereka tidak mampu membendungnya secara lahiriyah. Dalam keadaan seperti itu mereka masuk ke dalam agama Islam untuk melakukan tipu daya terhadap agama dan pemeluknya secara sembunyi-sembunyi, juga agar mereka boleh hidup bersama umat Islam dan merasa tenang dalam hal jiwa dan harta benda mereka. Kerana itu, seorang munafiq menampakkan keimanannya kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan Hari Akhir, tetapi dalam batinnya mereka berlepas diri dari semua itu dan mendustakannya. Nifaq jenis ini ada empat macam:
1. Mendustakan Rasulullah s.a.w. atau mendustakan sebahagian dari apa yang beliau bawa.
2. Membenci Rasulullah s.a.w. atau membenci sebagian apa yang beliau bawa.
3. Merasa gembira dengan kernunduran agama Rasulullah s.a.w..
4. Tidak senang dengan kemenangan agama Rasulullah s.a.w..
Nifaq ‘Amali ( perbuatan)
Nifaq amali (perbuatan) iaitu melakukan sesuatu yang merupakan perbuatan orang-orang munafiq, tetapi masih tetap ada iman di dalam hati. Nifaq jenis ini tidak mengeluarkannya dari agama, tetapi merupakan perantara (wasilah) kepada yang demikian. pelakunya berada dalam iman dan nifaq. Lalu jika perbuatan nifaqnya banyak, maka boleh menjadi sebab terjerumusnya dia ke dalam nifaq yang besar, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.,
“Ada empat perkara, yang jika berada pada diri seseorang maka ia menjadikan seorang itu munafiq besar, dan jika seseorang memiliki kebiasaan salah satu dari padanya, maka bererti ia memiliki satu kebiasaan (ciri) nifaq sampai ia meninggalkannya; 1 - bila dipercaya ia berhianat, 2 - bila berbicara ia berdusta, 3 - bila berjanji ia memungkiri dan 4 - bila bertikai ia berbuat curang.” (Muttafaq ‘Alaih).
Terkadang pada diri seorang hamba berkumpul kebiasaan-kebiasaan baik dan kebiasaan-kebiasaan buruk, kebiasaan-kebiasaan iman dan kebiasaan-kebiasaan kufur dan nifaq. Kerana itu, ia mendapatkan pahala dan siksa sesuai dengan apa yang mereka lakukan, seperti malas dalam melakukan solat berjamaah di masjid. Ini adalah di antara sifat orang-orang munafiq. Sifat nifaq adalah sesuatu yang buruk dan sangat berbahaya, kerana itulah sehingga para sahabat begitu sangat takutnya kalau-kalau dirinya terjerumus kedalam nifaq. Ibnu Abi Mulaikah berkata, “Aku bertemu dengan 30 sahabat Rasulullah s.a.w., mereka semua takut kalau-kalau ada nifaq dalam dirinya”.
Perbezaan antara Nifaq Besar dengan Nifaq Kecil:
1. Nifaq besar mengeluarkan pelakunya dari agama, sedangkan nifaq kecil tidak mengeluarkannya dari agama.
2. Nifaq besar adalah berbezanya yang lahir dengan yang batin dalam hal keyakinan, sedangkan nifaq kecil adalah berbezanya yang lahir dengan yang batin dalam hal perbuatan, bukan dalam hal keyakinan.
3. Nifaq besar tidak terjadi dari seorang mukmin, sedangkan nifaq kecil boleh terjadi dari seorang mukmin.
4. Pada umumnya, pelaku nifaq besar tidak bertaubat, seandainya pun bertaubat, maka ada perbezaan pendapat tentang diterimanya taubatnya di hadapan hakim. Lain halnya dengan nifaq kecil, pelakunya terkadang bertaubat kepada Allah, sehingga Allah menerima taubatnya.
GOLONGAN YANG SELAMAT
GOLONGAN YANG SELAMAT
GOLONGAN YANG SELAMAT
1 - Allah Subhanahu wata'ala berfirman:
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai." (Ali Imran: 103)
"Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah. Iaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka." (Ar-Ruum: 31-32)
2 - Nabi Shallallahu'alaihi wasallam bersabda:
"Aku wasiatkan padamu agar engkau bertakwa kepada Allah, patuh dan ta'at, sekalipun yang memerintahmu seorang budak Habsyi. Sebab barangsiapa hidup (lama) di antara kamu tentu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Kerana itu, berpegang teguhlah pada sunnahku dan sunnah khulafa'ur rasyidin yang (mereka itu) mendapat petunjuk. Pegang teguhlah ia sekuat-kuatnya. (Dan hati-hatilah terhadap setiap perkara yang diada-adakan, kerana semua perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah adalah sesat (dan setiap yang sesat tempatnya di dalam Neraka)." Hadis Riwayat Nasa'i dan At-Tirmidzi, ia berkata hadis ini hasan sahih).
3 - Dalam hadis yang lain Nabi Shallallahu'alaihi wasallam bersabda:
"Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari ahli kitab telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, tujuh puluh dua golongan tem-patnya di dalam Neraka dan satu golongan di dalam Syurga, iaitu al-jama'ah." (Hadis Riwayat Ahmad dan yang lain. Al-Hafidh menggolongkannya sebagai hadis yang hasan)
4 - Dalam riwayat lain disebutkan:
"Semua golongan tersebut tempatnya di Neraka, kecuali satu (iaitu) yang aku dan para sahabatku meniti di atasnya." (Hadis Riwayat At-Tirmidzi, dan di-hasan-kan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' 5219)
5 - Ibnu Mas'ud meriwayatkan:
"Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam membuat garis dengan tangannya lalu bersabda, 'Ini jalan Allah yang lurus.' Lalu beliau membuat garis-garis di kanan kirinya, kemudian bersabda, 'Ini adalah jalan-jalan yang sesat tak satu pun dari jalan-jalan ini kecuali di dalamnya ter-dapat syaitan yang menyeru kepadanya. Selanjutnya beliau membaca firman Allah, 'Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah dia janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertakwa." (Al-An'am: 153) (Hadis sahih riwayat Ahmad dan Nasa'i)
6 - Syaikh Abdul Qadir Jailani dalam kitabnya Al-Ghunyah berkata, "... adapun Golongan Yang Selamat iaitu Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Dan Ahlus Sunnah, tidak ada nama lain bagi mereka kecuali satu nama, iaitu Ashhabul Hadis (para ahli hadis)."
7 - Allah memerintahkan agar kita berpegang teguh kepada al-Qur'anul Karim. Tidak termasuk orang-orang musyrik yang memecah belah agama mereka menjadi beberapa golongan dan kelompok. Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam mengkhabarkan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani telah berpecah belah menjadi banyak golongan, sedang umat Islam akan berpecah lebih banyak lagi, golongan-golongan tersebut akan masuk Neraka kerana mereka menyimpang dan jauh dari Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya. Hanya satu Golongan Yang Selamat dan mereka akan masuk Syurga. Iaitu al-Jamaah, yang berpegang teguh kepada Kitab dan Sunnah yang sahih, di samping melakukan amalan para sahabat dan Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam.
Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam golongan yang selamat (Firqah Najiyah). Dan semoga segenap umat Islam termasuk di dalamnya.
MANHAJ (JALAN) GOLONGAN YANG SELAMAT
1 - Golongan Yang Selamat ialah golongan yang setia mengikuti manhaj Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam dalam hidupnya, serta manhaj para sahabat sesudahnya.
Iaitu al-Qur'anul Karim yang diturunkan Allah kepada Rasul-Nya, yang beliau jelaskan kepada para sahabatnya dalam Hadis-Hadis sahih. Beliau memerintahkan umat Islam agar berpegang teguh kepada keduanya:
"Aku tinggalkan padamu dua perkara yang kalian tidak akan tersesat apabila (berpegang teguh) kepada keduanya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku. Tidak akan bercerai-berai sehingga keduanya menghantarku ke telaga (Syurga)." (Di-sahih-kan oleh al-Albani dalam kitab Sahihul Jami')
2 - Golongan Yang Selamat akan kembali (merujuk) kepada Kalamullah dan Rasul-Nya tatkala terjadi perselisihan dan pertentangan di antara mereka, sebagai intipati dari firman Allah s.w.t:
"Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibat-nya." (An-Nisaa': 59)
"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (nabi s.a.w.) hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." (an-Nisaa': 65)
3 - Golongan Yang Selamat tidak mendahulukan (memenangkan) perkataan seseorang atas Kalamullah dan Rasul-Nya, intipati dari firman Allah:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguh-nya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al-Hujurat: 1)
Ibnu Abbas berkata:
"Aku mengira mereka akan binasa. Aku mengatakan, ”Nabi Shallallahu'alaihi wasallam bersabda”, tetapi mereka mengatakan, “Abu Bakar dan Umar berkata” (pula berkata)." (Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu 'Abdil Barr)
4 - Golongan Yang Selamat sentiasa menjaga kemurnian tauhid.
Mengesakan Allah dengan beribadah, berdo'a dan memohon pertolongan baik dalam masa sulit maupun lapang, menyembelih kurban, bernadzar, tawakkal, berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan berbagai bentuk ibadah lain yang semuanya menjadi dasar bagi tegaknya Daulah Islamiyah yang benar. Menjauhi dan membasmi berbagai bentuk syirik dengan segala simbol-simbolnya yang banyak ditemui di negara-negara Islam, sebab hal itu merupakan konsekuensi tauhid. Dan sungguh, suatu golongan tidak mungkin mencapai kemenangan jika ia meremehkan masalah tauhid, tidak membendung dan memerangi syirik dengan segala bentuknya. Hal-hal di atas merupakan teladan dari para rasul dan Rasul kita Muhammad Shallallahu'alaihi wasallam.
5 - Golongan Yang Selamat pasti akan menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah, sama ada dalam ibadah, perilaku dan dalam segenap hidupnya walaupun dia dipandang asing.
Sahih itu mereka menjadi orang-orang asing di tengah kaumnya, sebagaimana disabdakan oleh Nabi:
"Sesungguhnya Islam pada permulaannya adalah asing dan akan kembali menjadi asing seperti pada permulaannya. Maka keuntungan besar bagi orang-orang yang asing." (Hadis Riwayat Muslim)
Dalam riwayat lain disebutkan:
"Dan keuntungan besar bagi orang-orang yang asing. Iaitu orang-orang yang (tetap) berbuat baik ketika manusia sudah rosak." (al-Albani berkata, "Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Amr Ad-Dani dengan sanad yang sahih")
6 - Golongan Yang Selamat tidak berpegang kecuali kepada Kalamullah dan Kalam Rasul-Nya yang maksum, yang berbicara dengan tidak mengikuti hawa nafsu.
Adapun manusia selainnya, betapapun tinggi darjatnya, terkadang ia melakukan kesalahan, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam:
"Setiap bani Adam (pernah) melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat." (Hadis hasan riwayat Imam Ahmad)
Imam Malik berkata, "Tak seorang pun sesudah Nabi Shallallahu’alaihi wasallam melainkan ucapannya diambil atau ditinggalkan (ditolak) kecuali Nabi Shallallahu'alaihi wasallam (yang ucapannya mesti diambil dan diterima)."
7 - Golongan Yang Selamat adalah para ahli Hadis.
Tentang mereka Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam bersabda:
"Sentiasa ada segolongan dari umatku yang memperjuangkan kebenaran, tidak membahayakan mereka akan orang yang menghinakan mereka sehingga datang keputusan Allah." (Hadis Riwayat Muslim)
Seorang penyair berkata, "Ahli Hadis itu, mereka ahli (keluarga) Nabi, sekalipun mereka tidak bergaul dengan Nabi, tetapi jiwa mereka bergaul dengannya.
8 - Golongan Yang Selamat menghormati para imam mujtahidin, tidak fanatik terhadap salah seorang di antara mereka.
Golongan Yang Selamat mengambil fiqih (pemahaman hukum-hukum Islam) dari al-Qur'an, Hadis-Hadis yang sahih, dan pendapat-pendapat imam mujtahidin yang sejalan dengan Hadis sahih. Hal ini sesuai dengan wasiat mereka, yang menganjurkan agar para pengikutnya mengambil Hadis sahih, dan meninggalkan setiap pendapat yang bertentangan dengannya.
10 - Golongan Yang Selamat menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar.
Mereka melarang segala jalan bid'ah dan kelompok-kelompok yang menghancurkan serta memecah belah umat. Sama ada bid'ah dalam hal agama mahupun dalam hal sunnah Rasul dan para sahabatnya.
10 - Golongan Yang Selamat mengajak seluruh umat Islam agar berpegang teguh kepada sunnah Rasul dan para sahabatnya.
Sehingga mereka mendapatkan pertolongan dan masuk Syurga atas anugerah Allah dan syafa'at Rasulullah dengan izin Allah.
11 - Golongan Yang Selamat mengingkari peraturan perundang-perundangan yang dibuat oleh manusia apabila undang-undang tersebut bertentangan dengan ajaran Islam.
Golongan Yang Selamat mengajak manusia berhukum kepada Kitabullah yang diturunkan Allah untuk kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat. Allah Maha Mengetahui sesuatu yang lebih baik bagi mereka. Hukum-hukum-Nya abadi sepanjang masa, sesuai dan relevan bagi penghuni bumi sepanjang zaman.Sungguh, sebab kesengsaraan dunia, kemerosotan, dan mundurnya khususnya dunia Islam, adalah sahih kerana mereka meninggalkan hukum-hukum Kitabullah dan sunnah Rasulullah. Umat Islam tidak akan berjaya dan mulia kecuali dengan kembali kepada ajaran-ajaran Islam, sama ada secara peribadi, kelompok mahupun secara pemerintahan. Kembali kepada hukum-hukum Kitabullah, sebagai intipati dari firman-Nya:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Ar-Ra'ad: 11)
12 - Golongan Yang Selamat mengajak seluruh umat Islam berjihad di jalan Allah.
Jihad adalah wajib bagi setiap Muslim sesuai dengan kekuatan dan kemampuannya. Jihad dapat dilakukan dengan:
Pertama, jihad dengan lisan dan tulisan: Mengajak umat Islam dan umat lainnya agar berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sahih, tauhid yang murni dan bersih dari syirik yang ternyata banyak terdapat di negara-negara Islam. Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam telah memberitakan tentang hal yang akan menimpa umat Islam ini. Beliau bersabda:
"Hari Kiamat tidak akan tiba, sehingga kelompok-kelompok dari umatku mengikuti orang-orang musyrik dan sehingga kelompok-kelompok dari umatku menyembah berhala-berhala." (Hadis sahih, riwayat Abu Daud, Hadis yang semakna juga terdapat di dalam riwayat Muslim)
Kedua, jihad dengan harta: Menginfakkan harta buat penyebaran dan peluasan ajaran Islam, mencetak buku-buku dakwah ke jalan yang benar, memberikan tunjuk-ajar kepada umat Islam yang masih lemah iman agar tetap memeluk agama Islam, memproduksi dan membeli senjata-senjata dan peralatan perang, memberikan bekal kepada para mujahidin, baik berupa makanan, pakaian atau keperluan lain yang diperlukan.
Ketiga, jihad dengan jiwa: Bertempur dan ikut serta di medan peperangan untuk kemenangan Islam. Agar kalimat Allah (Laa ilaaha illallah) tetap dijulang manakala kalimat orang-orang kafir (syirik) dihancurkan. Dalam hubungannya dengan ketiga perincian jihad di atas, Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam mengisyaratkan dalam sabdanya:
"Perangilah orang-orang musyrik itu dengan harta, jiwa dan lisanmu." (Hadis Riwayat Abu Daud, Hadis sahih)
Adapun hukum jihad di jalan Allah adalah:
Pertama, fardhu 'ain: Berupa perlawanan terhadap musuh-musuh yang melakukan pencerobohan ke beberapa negara Islam wajib dihalau. Penceroboh-penceroboh Yahudi sebagai contoh, yang merampas tanah umat Islam di Palestin. Umat Islam yang memiliki kemampuan dan kekuatan jika hanya berdiam diri adalah berdosa, sehingga orang-orang Yahudi terkutuk itu keluar dari wilayah Palestin. Mereka harus berupaya mengembalikan Masjidil Aqsha ke pangkuan umat Islam dengan kemampuan yang ada, sama ada dengan harta mahupun jiwa.
Kedua, fardhu kifayah: Jika sebahagian umat Islam telah ada yang melakukannya maka sebahagian yang lain kewajibannya menjadi gugur. Seperti dakwah mengembangkan misi Islam ke negara-negara lain, sehingga berlaku hukum-hukum Islam di segenap penjuru dunia. Barangsiapa menghalangi jalan dakwah ini, ia harus diperangi (mengikut kaedahnya), sehingga dakwah Islam dapat berjalan lancar.
PENGERTIAN BID'AH.
MEMAHAMI PENGERTIAN BID’AH
Bid’ah:
“Suatu bentuk amalan (dalam beragama) yang baru yang tiada contohnya daripada sumber yang haqq bagi tujuan (dengan niat) mendekatkan diri kepada Allah s.w.t..”
Intipatinya:
1 – Suatu amalan/kaedah
2 – yang baru (yang tiada dasar/contoh)
3 – dengan niat beribadah (mendekatkan diri kpd Allah).
Mari kita lihat satu persatu:
Tulisan seterusnya ini di-ambil dari kertas kerja Ustaz Rasul bin Dahri.
PENGERTIAN BID'AH MENURUT BAHASA
Definisi bid'ah menurut takrif etimologi diambil dari asal perkataan al-bida' (اَلْبِدَع) yang memberi makna atau maksud:
"Mencipta (atau mengada-adakan sesuatu pekerjaan, amalan, benda atau perkara) yang sama sekali tiada contoh atau misal sebelumnya". (Lihat: الاعتصام للشاطبي Jld. 1. hlm. 36)
Asal Kalimah/Perkataan:
(بَدَعَ - يَبْدَعُ - بِدْعًا)
Atau
(بَدَعَ - بِدَاعَةً - بَدُوْعًا)
Atau
(اَبْدَعَ - اِبْتَدَعَ - تَبَدَّعَ)
Kalimah atau perkataan di atas memberi erti: "Mencipta, mereka-reka, mengada-adakan, memulakan atau sesuatu yang baru (pertama-tama diadakan)".
Al-bid'ah (البدعة) juga nama yang diberikan ke atas perbuatan yang sengaja diada-adakan dan jamaknya bida' (بدع) (Lihat:الاعتصام للشاطبي Jld. 1. hlm. 57) atau apa yang dicipta dalam agama dan selainnya (Lihat: العين Jld. 2. Hlm. 55.) dan sesiapa yang mengada-adakan sesuatu dia dianggap telah melakukan bid'ah. Dalam "Takrifat" pula ia ditetapkan sebagai setiap amal yang bertentangan dengan sunnah yang berupa sesuatu urusan yang diada-adakan. (Lihat: التعريفات hlm. 43)
Berkata Imam ath-Thurthusi rahimahullah:
اَصْلُ هَذِهِ الْكَلِمَةِ مِنَ اْلاِخْتِرَاعِ ، وَهُوَ الشَّيْءُ يُحْدَثُ مِنْ غَيْرِ اَصْلٍ سَبَقَ ، وَلاَ مِثَالٍ احْتُذِيَ وَلاَ اُلِفَ مِثْلَهُ
"Kata bid'ah berasal dari kata al-ikhtira' (اَلاِخْتِرَاع) iaitu sesuatu yang baru dicipta tanpa ada contoh sebelumnya, tiada misal mendahuluinya dan tidak pernah ada rekaan sepertinya (sebelumnya)". (Lihat: الحوادث والبدع hlm. 40 ath-Thurthusi (Tahqid oleh Ali Hasan). Diterbitkan oleh Dar Ibn al-Jauzi)
Kalimah bid'ah terdapat di dalam al-Quran yang digunakan dengan penggunaan istilahnya yang paling tepat dan seiringan mengikut maksud serta pengertian yang dikehendaki oleh kalimah tersebut. Kenyataan ini dapat difahami melalui tiga potong ayat di bawah ini:
بَدِيْعُ السَّمَاوَاتِ وَاْلاَرْضِ
"(Dialah) Pencipta segala langit dan bumi". (al-Baqarah, 2:11)
Penggunaan kalimah bid'ah pada ayat di atas adalah yang paling tepat sebagaimana yang dimaksudkan oleh pengertian kalimah bid'ah menurut bahasa kerana hakikatnya hanya Allah Subhanahu wa Ta'ala sahaja Pencipta (melakukan bid'ah) hingga terciptanya langit, bumi dan segala-gala yang ada di alam ghaib atau di alam nyata.
Segala ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala yang sedia ada ini tidak pernah didahului oleh mana-mana contoh atau pencipta sebelum-Nya, hanya Dialah sahaja Pencipta yang mengadakan dan memulakan seluruh penciptaan yang terdapat di langit, di bumi, di alam dunia atau di alam akhirat yang sebelumnya tidak ada ('adam) kepada ada (mawujud).
Para ahli ilmu yang pakar atau mengetahui kaedah penggunaan tata Bahasa Arab akan lebih mudah memahami maksud dan pengertian bid'ah yang terdapat pada ayat di atas, yang terdapat di dalam hadis-hadis yang begitu banyak bilangannya dan yang banyak digunakan dalam pertuturan dan penulisan Bahasa Arab. Penggunaan bid'ah pada ayat di atas amat tepat baik secara bahasa (termasuk gaya bahasa) atau takrif syara. Ia ditafsirkan oleh para ahli ilmu:
أبدعت الشيء لا عن مثال
"Aku telah ciptakan (mengadakan) sesuatu tanpa ada misal (sebelumnya)." (Lihat: جامع البيان عن تأويل آي القرآن Jld. 1 Hlm. 709. Ibn Jarir at-Tabari)
Di ayat yang kedua pula Allah berfirman:
قُلْ مَا كُنْتُ بِدْعًا مِنَ الرُّسُلِ
"Katakanlah (ya Muhammad!): Bukanlah aku seorang Rasul pembawa agama yang baru dari agama yang telah dibawa oleh para Rasul yang lalu". (al-Ahqaf, 46:9)
Menurut Ibn Abbas radhiallahu 'anhu bid'ah yang dimaksudkan pada ayat di atas ialah "Yang Terawal." (Lihat: الجامع لأحكام القرآن ، القرطبى. Juz. 16. Hlm. 180) Ia ditakdirkan juga sebagai ucapan yang bermaksud: "Bukanlah aku ini pembuat bid'ah (sahibul bid'ah)." (Lihat: الجامع لأحكام القرآن ، القرطبى. Juz. 16. Hlm. 180)
Yang paling jelas ayat di atas bermaksud dan bertujuan agar Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam memberi tahu kepada umatnya bahawa baginda bukanlah seorang Rasul yang bid'ah (yang baru) di dunia ini. Sudah ada Rasul-Rasul lain mendahului baginda sebelum baginda diutus menjadi Rasul. Inilah pengertian bid'ah sebagaimana yang dikehendaki oleh ayat (syara’) dan dimaksudkan oleh bahasa iaitu:
"Bid'ah: Ialah sesuatu yang baru yang diada-adakan dan tidak ada contoh atau misal sebelumnya".
Oleh kerana baginda bukan merupakan seorang Rasul yang pertama dan baru kepada manusia maka baginda tidak dinamakan Rasul yang bid'ah menurut pengertian istilah bahasa dan syara’ kerana sudah ada contoh dan beberapa orang rasul sebagai pendahulu sebelumnya.
Dan di ayat ketiga Allah berfirman:
وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوْهَا
"Dan mereka sengaja mengada-adakan rahbaniyah". (al-Hadid, 57:27)
Menurut penafsiran al-Hafiz Imam as-Syaukani rahimahullah tentang ayat di atas:
وَرَهْبَانِيَّةً مُبْتَدِعَةً مِنْ عِنْدِ اَنْفُسِهِمْ
"Kerahiban yang mereka sendiri cipta (ada-adakan)". (Lihat:فتح القدير. Jld. 5. Hlm. 178)
Maka jika difahami pengertian bid'ah dari ketiga-tiga ayat al-Quran di atas maka ia memberi makna atau maksud:
"Sesuatu yang baru, yang tidak ada misal (contoh) sebelumnya, yang diada-adakan dan yang direka cipta".
Bid'ah menurut bahasa (لُغَةً) juga telah didefinisikan oleh kalangan ulama fiqah yang muktabar:
كُلُّ عَمَلٍ عَلَى غَيْرِ مِثَالٍ سَابِقٍ
"Setiap amalan (perbuatan atau pekerjaan) yang tiada contoh sebelumnya". (Lihat: البدعة تحديدها وموقف الاسلام منها Hlm. 157. 'Izat Ali Atiah)
Bila dikatakan: (اِبْتَدَعَ فُلاَنٌ بِدْعَة) "Telah mencipta si Fulan satu cara/jalan" bermakna cara/jalan ciptaan si Fulan tidak pernah ada contoh sebelumnya. Menurut Ali Hasan pula bid'ah ialah:
وَهَذَا اْلاِسْمُ (يَعْنِى: اِلْبِدْعَةُ) يَدْخُلُ فِيْمَا تَخْتَرعُهُ الْقُلُوْبُ وَفِيْمَا تَنْطِقُ بِهِ اْلاَلْسِنَةُ وَفِيْمَا تَفْعَلُهُ الْجَوَارِحُ
"Dan yang boleh dikategorikan dalam bid'ah, termasuklah sesuatu yang dilakukan oleh hati, yang dipertuturkan oleh lisan dan yang dilakukan oleh tubuh badan". (Lihat: علم اصول البدع hlm 23. Ali Hasan. Daar ar-Rayah. Cetakan kedua)
Takrif yang ringkas ini amat jelas, mudah dihayati dan difahami, oleh itu tidak perlu dikupas atau diberi penghuraian dengan panjang lebar.
PENGERTIAN BID'AH MENURUT ISTILAH SYARA’
Kalangan jumhur ulama fiqah (fuqaha) dari kalangan Ahli Sunnah wal-Jamaah telah memberikan takrif bid'ah mengikut landasan yang sesuai dengan hukum syara’ atau syariyah(شَرْعِيَّةٌ). Antara takrif yang masyhur yang sering digunakan ialah:
اِحْدَاثُ مَا لَمْ يَكُنْ لَهُ اَصْل فِى عَهْدِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اَىْ لاَدَلِيْلَ مِنَ الشَّرْعِ
"Mencipta (mengada-adakan atau mereka-reka) sesuatu (amal) yang sama sekali tidak ada contohnya pada zaman Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam atau tiada dalilnya dari syara".
كُلُّ مَا عَارَضَ السُّنَّةَ مِنَ الاَقْوَالِ اَوِ الاَفْعَالِ اَوِ الْعَقَائِدِ وَلَوْ كَانَتْ عَنْ اِجْتِهَاد
"(Bid'ah): Ialah setiap yang bertentangan dengan sunnah dari jenis perkataan (ucapan) perbuatan (amalan) atau akidah (pegangan/kepercayaan) sekalipun melalui usaha ijtihad." (Lihat: احكام الجنائز وبدعها. Hlm. 306. Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)
فَالبِدْعَةُ اِذَنْ عِبَارَةٌ عَنْ طَرِيْقَةٍ فِى الدِّيْنِ مُخْتَرِعَةٌ تَضَاهِى الشَّرْعِيَّة يَقْصُدُ بِالسُّلُوْكِ عَلَيْهَا الْمُبَالَغَةِ فِى التَّعَبُّدِ للهِ سُبْحَانَهُ
"Maka bid'ah pada dasarnya ialah diibaratkan: Suatu jalan dalam agama yang direka-cipta yang seakan-akan syara’. Ia bermaksud mengadakan suatu cara tata-agama yang berlebih-lebihan sehingga mencapai ke tahap penyembahan (ibadah) terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala." (Lihat: الاعتصام للشاطبى Jld. 1. Hlm. 27)
اَلْبِدْعَةُ طَرِيْقَةٌ فِى الدِّيْنِ مُخْتَرِعَةٌ تَضَاهِى الشَرْعِيَّة يَقْصُدُ بِالسُّلُوْكِ عَلَيْهَا مَا يَقْصُدُ بِالطَّرِيْقَةِ الشَّرْعِيَّةِ. اَوْ قَالَ: يَقْصُدُ بِهَا التَّقَرُّب الِى اللهِ وَلَمْ يقمْ عَلىَ صِحَّتِهَا دَلِيْلٌ شَرْعِيٌّ صَحِيْحٌ اَصْلاً اَوْوَصْفًا
"(Maksudnya): Bid'ah ialah suatu jalan (ciptaan/rekaan) yang disandarkan oleh pembuatnya kepada agama sehingga menyerupai syariah. Ianya dilakukan dengan maksud untuk menjadikannya tata-agama sehingga mencapai jalan (cara) yang menyerupai jalan syariah. Atau sebagaimana yang dikatakan: (Amalan) yang bermaksud untuk mendekatkan diri kepada Allah yang tidak ditegakkan kesahihannya melalui dalil syarii yang sahih yang bersumber dari sumber yang sebenar dan tepat." (Lihat: الاعتصام للشاطبى Jld. 1. Hlm. 37)
Berkata Al-Jauhari rahimahullah:
اَلْبَدِيْعُ وَالْمُبْتَدِعُ اَيْضًا واَلْبِدْعَةٌ: اَلْحَدَثُ فِى الدِّيْنِ بَعْدَ اْلاِكْمَالِ
"Al-Badi', al-Mubtadi' dan bid'ah ialah: Mengada-adakan sesuatu dalam agama setelah agama disempurnakan (dinyatakan lengkap)". (Lihat: مختار الصحاح ar-Razi / صحاص اللغة Hlm. 44)
Berkata al-Fairus Abadi rahimahullah:
اَلْبِدْعَةُ: اَلْحَدَثُ فِى الدِّيْنِ بَعْدَ اْلاِكْمَالِ . وَقِيْلَ: مَااسْتُحْدِثَ بَعْدَهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ اْلاَقْوَالِ وَاْلاَفْعَالِ
"Bid'ah ialah: Mengada-adakan sesuatu dalam agama setelah (agama) disempurnakan. Dan disebut bid'ah apa sahaja yang direka-cipta selepas Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam sama ada berbentuk percakapan atau amalan (perbuatan)". (Lihat: بصائر ذوى التمييزJld. 2. Hlm. 132)
Takrif di atas telah disepakati oleh semua golongan ulama salaf dan khalaf. Ini terbukti dengan keseragaman takrif mereka termasuklah definisi yang diberikan oleh Imam Syafie, Hambali, Hanafi, Maliki, Sufyian as-Thauri dan imam-imam fiqah yang lain. Apa yang dimaksudkan "Mendekatkan diri kepada Allah" sebagaimana yang terdapat dalam ta'rif di atas, tidak termasuk bid'ah yang berbentuk (urusan) keduniaan seperti kereta, pesawat, membukukan al-Quran dan sebagainya. (Lihat: البدع واثرها السىء فى الامة hlm. 6 Salim Hilali)
PERKATAAN DAN PERBUATAN YANG SE-ERTI DENGAN BID'AH
Perbuatan seseorang Muslim boleh dihukum bid'ah apabila perbuatan atau amalan tersebut telah ditambah, ubah-suai atau diubah dari bentuk atau cara asalnya yang telah ditetapkan oleh syara’.Kedudukan sesuatu amal boleh dinilai melalui makna atau maksud dari kalimah-kalimah yang tercatit di bawah ini:
1 - Bid'ah bererti mereka-reka atau sesuatu rekaan yang direka-reka (dicipta) (اِخْتِرَاعٌ) . (Lihat: القاموس المخيط. Hlm. 907. مقاييس اللغة (1/209). لسان العرب.)
2 - Bid'ah juga bererti baru (mendatangkan yang baru atau sesuatu yang diada-adakan) .(اِحْدَاثٌ اَوْ زِيَادَة)(Berdasarkan hadis: كل محدثة بدعة "Setiap yang baru (diada-adakan) itu bid'ah.")
3 - Bid'ah bererti mengubah (mengubah-suai atau menukar ganti) .(تَبْدِيْلٌ) (Lihat: Surah al-Baqarah 2:59."Lalu orang-orang yang zalim mengganti perintah Allah dengan (mengerjakan) yang tidak diperintahkan kepada mereka.)
4 - Bid'ah bererti menambah yang baru ( menokok-nambah) .(زِيَادَةٌ) (Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam telah mengharamkan penambahan dalam agama, baginda bersabda:اذا حدثتكم حديثا فلا تزيدُنَّ علي "Jika aku katakan kepada kamu suatu kata-kata maka janganlah sekali-kali kamu menokok-nambah ke atas kata-kataku")
5 - Bid'ah bererti menyembunyikan atau menyorokkan. .(كِتْمَانٌ)
Setiap amal-ibadah yang masih terlibat dengan mana-mana dari lima kalimah di atas sedangkan tidak ada dalil (hujjah) atau keizinan dari syara (al-Quran, al-Hadis, athar yang sahih dan fatwa dari ulama muktabar) yang mengharuskan maka ibadah tersebut dinamakan ibadah yang bid'ah.
Sewajarnya para ulama di Nusantara mencontohi peranan para ulama Salaf as-Soleh yang telah berusaha sedaya upaya memerangi bid'ah dan semua aktivitinya supaya tidak terus membiak sebagaimana sekarang. Dalam usaha membentaras amalan dan aktiviti bid'ah jumhur ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berjalan di atas manhaj Salaf as-Soleh telah menerangkan kekejian atau kesesatan bid'ah. Cara mereka menjelaskan pengertian bid'ah sentiasa mengikut pengistilahan syarii. Mereka mengenegahkan istilah (pengertian) bid'ah dengan penampilan yang amat jelas dan mudah difahami. Walaupun mereka mempunyai gaya susunan bahasa dan ayat yang berlainan tetapi prinsip serta objektifnya adalah sama dan ke arah yang sama.
Al-Hafiz Ibn Rejab al-Hambali rahimahullah menjelaskan:
"Yang dimaksudkan bid'ah ialah setiap perkara yang diada-adakan di dalam agama sedangkan perkara yang diada-adakan itu tidak terdapat sumbernya dari syara’ yang membolehkan seseorang melakukannya. Jika sekiranya terdapat dalilnya (contohnya) dari syara hal seperti ini bukanlah perbuatan bid'ah walaupun ada yang mengatakan bid'ah kerana itu hanyalah bid'ah menurut istilah bahasa sahaja (yang bukan termasuk dalam istilah syara)". (Lihat: جامع العلوم والحكم ، ابن رجب الحنبلىHlm. 160. India)
Menurut Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah:
"Bid'ah pada asalnya setiap yang dicipta yang tiada contoh sebelumnya. Menurut syara’ pula setiap yang bertentangan dengan sunnah dan tercela". (Lihat: فتح البارى Jld. 5 Hlm. 105)
Menurut Ibn Hajar al-Haitamy rahimahullah:
"Bid'ah menurut bahasa ialah setiap yang dicipta. Di segi syara’ pula ialah: Setiap pembaharuan yang diada-adakan dan bertentangan dengan syara". (Lihat: التبين بشرح الاربعين ، ابن حجر الهيثمى Hlm. 221)
Menurut Azzarkasy rahimahullah:
"Bid'ah menurut syara ialah perkara yang diada-adakan yang tercela". (Lihat: الابداع فى مضار الابتداع ، علي محفوظ. Hlm. 22)
Menurut Imam Syafie rahimahullah:
"Bid'ah ialah setiap perkara yang bertentangan dengan Kitab, Sunnah, Ijma atau Athar. Maka itu semua dinamakan bid'ah yang menyesatkan".
Apabila memahami pengertian bid'ah (بِدْعَةٌ) di segi bahasa dan juga syara melalui kesemua istilah bid'ah yang telah dikemukakan di atas, tentulah kita akan memahami bahawa bid'ah itu hanyalah merupakan perkara-perkara yang direka-cipta semata-mata dan tidak ada contohnya dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam, para sahabat, para Salaf as-Soleh atau tidak terdapat dalilnya dari agama Islam (syara).
Oleh yang demikian, bid'ah itu wajib ditolak oleh setiap orang yang benar-benar beriman dengan kelengkapan dan kesempurnaan agama Islam di segenap aspeknya yang telah dijelaskan di dalam al-Quran dan al-Hadis.
Setiap mukmin wajib mengimani bahawa agama Islam ini telah sempurna dan lengkap. Tidak ada kekurangannya. Tidak ada cacat celanya. Terpelihara dari pengaruh negatif dan dari segala jenis pencemaran atau kerosakan. Tiada suatu pun tata cara ibadah sama ada yang wajib atau yang sunnah, yang jamaii atau fardi yang pernah tertinggal dalam agama Islam yang berpandukan kepada al-Quran dan al-Hadis dan yang berautoriti sepenuhnya membentuk hukum-ahkam pada setiap zaman dan tempat. Ini semua telah ditegaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam firman-Nya:
اَلْيَوْمَ اَكْمَلْتُ لَكُمْ دِيْنَكُمْ
"Hari ini Aku sudah sempurnakan bagi kamu agama kamu (Islam)". (al-Ma’idah, 5:3)
Dalam susunan kata (bahasa) ayat ini telah menggunakan kalimah (اَكْمَلْ) iaitu (اسم تفضيل) yang bermaksud:
"Cukup (amat) sempurna, tiada lagi yang mengatasi kesempurnaannya atau yang telah disempurnakan secukup-cukupnya".
Kesahihan iman seseorang ialah apabila ia mempercayai kesempurnaan firman Allah yang termuat di dalam kitab-Nya yang menjelaskan bahawa agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam benar-benar telah sempurna (اكمل) sehingga tidak perlu dilakukan apa pun penambahan sama ada di segi huruf, kalimah, ayat, perlaksanaan ibadah atau hukum ahkamnya.
Seseorang yang beriman wajib membuktikan kepercayaannya dengan berpegang teguh kepada kalimah (سَمِعْنَا وَاَطَعْنَا) "Kami mendengar dan mentaati" di dalam al-Quran. Jika ini diabaikan bererti dia tidak percaya kepada firman Allah: "Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu."
Malangnya, mengapakah kalam Allah Subhanahu wa Ta'ala yang khusus ditujukan kepada manusia ini tidak dapat difahami atau diterima oleh sebilangan manusia sehingga dipertikaikan dan akhirnya dikufuri? Tentunya perkara itu mustahil berlaku kepada manusia jika mereka menerima amanah yang berupa al-Quran dengan ikhlas dan dengan penuh kesedaran.
Segala perbuatan Allah Subhanahu wa Ta'ala amat tepat. Terlalu mustahil Allah menurunkan kitab yang tidak boleh difahami oleh hamba-Nya. Pastinya yang tidak mahu memahami kitab Allah ini hanyalah orang-orang yang fasik terhadap ayat-ayat tersebut. Tanda kefasikan mereka ialah apabila tidak mahu menerima ayat-ayat Allah di dalam al-Quran dan al-Hadis untuk diimani tanpa ditakwil atau dipertikaikan.
Hanya orang-orang fasik atau rosak akidahnya sahaja yang suka mentakwil al-Quran dan al-Hadis mengikut reka cipta otak dan hawa nafsu masing-masing sehingga menyimpang dari syara. Seolah-olah mereka merasakan ada kekurangan atau sesuatu yang terlupa di dalam al-Quran, sedangkan Allah Subhanahu wa Ta'ala menafikan yang demikian sebagaimana firman-Nya:
مَا فَرَّطْنَا فِى الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ
"Tiadalah Kami lupa (tertinggal) suatu apa pun di dalam al-Kitab (al-Quran)". (al-An’am, 6:38)
وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلاً لاَّ مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
"Telah sempurna (lengkap) kalimah Tuhanmu (al-Quran) sebagai kalimah yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merubah kalimah-kalimah-Nya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". (al-An’am, 6:115)
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam wafat setelah baginda selesai menyampai dan mengajarkan segala perbuatan (ibadah) dan petunjuk yang telah diamalkan oleh baginda dan para sahabatnya sebagaimana penjelasan yang terkandung di dalam nas-nas dari syara. Semua yang telah disempurnakan oleh syara merupakan contoh kepada umat Islam di segenap perkara sama ada cara untuk melakukan yang baik atau cara untuk meninggalkan yang buruk dan keji supaya umat Islam tidak tercebur ke dalam perbuatan bid'ah. Abu Hurairah radhiallahu 'anhu telah menjelaskan tentang kesempurnaan agama ini:
عَلَّمَنَا رَسُـوْلُ اللهِ صَـلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ كُلَّ شَـيْءٍ حَتَّى الْخِرَاءَ ةَ
"Kami telah diajar oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam segala perkara sehinggalah persoalan (bagaimana cara) membuang kotoran (kencing atau berak)." (Hadis Riwayat Bukhari)
مَا تَرَكْتُ شَيْئًا مِمَّا اَمَرَكُمُ الله بِهِ اِلاَّ وَقَدْ اَمَرْتُكُمْ بِهِ ، وَلاَ شَيْئًا مِمَّا نَهَاكُمْ عَنْهُ اِلاَّ وَقَدْ نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ
"Tidaklah aku tinggalkan sesuatu tentang apa yang telah Allah perintahkan kepada kamu kecuali telah aku perintahkan tentangnya. Tidaklah pula (aku tinggalkan) tentang sesuatu yang ditegah (oleh Allah) kecuali telah aku tegah kamu dari (melakukan)nya. (Hadis sahih. Lihat: البدع واثرها السىء فى الامةhlm. 7. Salim Hilali)
اِنِّيْ قَدْ تَرَكْتُكُمْ عَلَى مِثْلِ الْبَيْضَاء ، لَيْلهَا كَنَهَارِهَا لاَ يَزِيْغُ عَنْهَا بَعْدِيْ اِلاَّ هَلَكَ
"Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu di atas contoh yang terang (sehingga keadaan) malamnya seperti siang harinya. Tidak ada yang menyeleweng darinya selepasku kecuali dia akan binasa." (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah dan al-Hakim. Disahihkan oleh al-Albani dan mentakhrij kitab sunnah: لابن ابي عاصم Jld. 1. Hlm. 26-27)
Imam at-Thabrani menyebut riwayat dari Abu Dzar al-Ghifari radiallahu 'anhu beliau berkata:
تَرَكَنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَا طَائِرٌ يُقَلِّبُ جَنَاحَيْهِ فِى الْهَوَاءِ اِلاَّ وَهُوَ يَذْكُرُ لَنَا مِنْهُ عِلْمًا . قَالَ: فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا بَقِيَ شَيْءٌ يُقَرِّبُ مِنَ الْجَنَّةِ وَيُبَاعِدُ مِنَ النَّارِ اِلاَّ وَقَدْ بَيَّنَ لَكُمْ
"Setelah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam meninggalkan kami, tidak ada seekor burung yang mengepakkan kedua sayapnya di udara melainkan baginda menyebutkan kepada kami ilmu tentangnya. Ia berkata: Maka Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Tidak tertinggal sesuatu pun yang mendekatkan ke syurga dan menjauhkan dari neraka melainkan telah dijelaskan kepada kamu". (Lihat: الرسالة hlm. 93. Imam as-Syafie. Tahqiq Ahmad Syakir. Sanad hadis ini sahih. Lihat: علم اصول البدع hlm. 19. Ali Hasan)
Seseorang mukmin yang berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi, minda yang baik dan akal yang sempurna, bijak, rasional, waras dan logik tidak mungkin akan bertindak melakukan sesuatu apa pun terhadap perkara-perkara yang ternyata sudah diyakini sempurna, lengkap dan kemas, jauh sekali untuk menokok-nambah atau mengubah-suai (modifikasi).
Itulah kenyataan yang terdapat pada agama Islam. Ia adalah agama Allah Subhanahu wa Ta'ala yang paling mulia dan sempurna sejak di Loh Mahfuz sehinggalah diturunkan ke bumi. Ia telah dilaksanakan dan dicontohkan keseluruhannya oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam berserta para sahabat baginda secara iktikadi (اعتقادى), fekli (فعلى)dan qauli(قولى).
Penyampaiannya pula tidak pernah tertinggal walaupun satu huruf atau satu kalimah, apatah lagi satu ayat, satu surah atau keseluruhan al-Quran yang menjadi sumber hukum-ahkam kepada sekalian manusia sejak ia diturunkan sehinggalah ke Hari Kiamat. Hakikatnya, segala apa yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah salah dan mustahil tersilap atau tertinggal kerana ia adalah didatangkan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ia telah dijamin kesempurnaannya oleh Allah sehinggalah ke Hari Kiamat. Kenyataan ini dapat difahami dari ayat-ayat yang telah ditampilkan di atas.
Persangkaan dan kecetekan ilmu pengetahuan adalah punca yang menyebabkan seseorang itu sanggup menambah atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan al-Quran yang telah dijamin oleh Allah kesempurnaannya. Allah telah berulang kali menerangkan di dalam firman-Nya dan melalui hadis-hadis Nabi-Nya tentang kesempurnaan agama ini. Hakikat ini terangkum di dalam al-Quran, hadis-hadis dan athar-athar sahih yang menjadi pegangan serta rujukan dalam menyelesaikan setiap permasalahan ummah, terutamanya yang berhubung dengan hukum-ahkam dalam mengatur urusan kehidupan mereka.
Lantaran benar-benar sempurnanya al-Kitab (al-Quran dan al-Hadis), Allah menjadikan kedua-dua kitab ini sebagai sumber rujukan yang terbaik untuk ummah di setiap segi atau perkara, dari yang sekecil-kecilnya sehinggalah kepada perkara-perkara yang besar dan rumit.
Allah telah menyeru sekalian manusia agar menganut agama Islam. Diwajibkan agar berpegang teguh kepada Kitab-Nya yang paling sempurna tanpa ditokok-tambah atau diubah-suai di setiap aspeknya demi mentaati suruhan dan contoh yang telah ditunjuk ajar oleh Rasul-Nya termasuklah hukum-ahkamnya yang telah ditetapkan.
Islam adalah agama yang sempurna, apabila ditokok-tambah atau diubah-suai menurut selera kemahuan manusia maka ia tidak dapat dinamakan agama Islam lagi kerana telah bertukar kepada agama rekaan otak manusia yang dangkal. Dengan adanya campur tangan manusia ia lebih sesuai diistilahkan sebagai agama bid'ah yang sesat lagi menyesatkan. Malahan ia juga lebih layak dinamakan agama jahiliah yang berpandukan hawa nafsu kesyaitanan manusia yang fasik. Kesempurnaan agama Islam lebih nyata apabila manusia diharamkan daripada mencemarkan agama ini dengan penambahan melalui perbuatan bid'ah.
Larangan dari melakukan bid'ah adalah larangan dari syara kerana larangan tersebut disertakan dengan berbagai-bagai ancaman oleh Allah dan Rasul-Nya. Antara yang paling tegas ialah amaran akan berlaku kesesatan dan pelanggaran batas hukum (hudud) yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam syara yang akhirnya boleh membawa kepada kefasikan dan mengkufuri agama serta ayat-ayat Allah. Hal ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam melalui beberapa potong hadis baginda:
اُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَاِنْ كَانَ عَبْدًا حَبَشِيًّا ، فَاِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ يَرَى بَعْدِى اِخْتِلاَفًا كَثِيْرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِىْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ مِنْ بَعْدِى تَمَسَّكُوابِهَا وَعَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَاِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ اْلاُمُوْرِ فَاِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَة وَاِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
"Aku berwasiat kepada kamu sekalian supaya bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat sekalipun diperintah oleh seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup (selepas ini) di antara kamu selepasku akan melihat perbalahan yang banyak, maka kembalilah (berpeganglah) kamu kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa ar-Rasyidin selepas peninggalanku, berpegang teguhlah dengannya, maka gigitlah dengan gigi geraham, kemudian berjaga-jagalah dengan hal yang baru (dicipta dalam agama) sesungguhnya setiap ciptaan yang baru itu adalah bid'ah dan setiap yang bid'ah itu sesat". (Hadis Riwayat Ahmad (1653). At-Tirmizi (2600). Musnad Abu Daud (3991). As-Sunnan Ibn Majah (42))
كُلُّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِى النَّارِ
"Setiap yang diada-adakan itu bid'ah, setiap yang bid'ah itu sesat dan setiap yang sesat itu adalah ke dalam neraka". (Hadis Riwayat Muslim)
فِى خُطْبَةِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: اَمَّا بَـعْدُ: فَاِنَّ خَيْرَ الْحَدِيْـثِ كِتَابُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ ، وَخَيْرَ الْهَدْيِ هَدَْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ ، وَشَرَّ اْلاُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا ، وَكُلّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ ، وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِى النَّارِ
"Dalam khutbah Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam baginda bersabda: Kemudian dari itu, sesungguhnya sebaik-baik perkataan itu kitab Allah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam dan sekeji-keji perkara (perbuatan) ialah mengada-adakan yang baru dan setiap bid'ah (yang baru itu) adalah sesat dan setiap yang sesat ke neraka". (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ibn Majah)
عَنْ حُذَيْـفَةَ قَالَ: لاَيـقْـبَـلُ اللهُ لِصَاحِبِ الْبِدْعَةِ صَلاَةً وَلاَصَوْمًا وَلاَ صَدَقَـةً وَلاَ حَاجًا وَلاَ عُمْرَةً وَلاَ جِهَادًا وَلاَصَـرَفًا وَلاَعَدْلاً ، يَخْـرُجُ مِنَ اْلاِسْلاَمِ كَمَا يَخْرُجُ الشَّـعْرَةَ مِنَ الْعَجِيْنِ. رواه ابن ماجه
"Dari Huzaifah radhiallahu 'anhu baginda berkata: Allah tidak akan menerima dari pembuat bid'ah puasa, sembahyang, haji, umrah, jihad, kebaikan dan keadilan (yang dikerjakannya). Dia akan keluar dari Islam sebagaimana keluarnya rambut dari tepung". (Hadis Riwayat Ibn Majah. Lihat: فتح البارى jld. 17. hlm. 10. Hadis ini lemah dan sebahagian ulama hadis mendapati hadis ini adalah hadis mungkar)
اَبَى اللهُ اَنْ يَقْبَلَ عَمَلَ صَاحِب بِدْعَةٍ حَتَّى يَدَعَهَا
"Allah tidak akan menerima amalan pelaku (pembuat) bid'ah sehinggalah ditinggalkan bid'ah tersebut". (Hadis Riwayat Ibn Majah (49) Muqaddimah)
مَا اَحْدَثَ قَوْمٌ بِدْعَةً اِلاَّ رُفِعَ مِثْلُهَا مِنَ السُّنَّةِ فَتَمَسَّكُ بِسُنَّةٍ خَيْرٌ مِنْ اِحْدَاثِ بِدْعَةٍ
"Tidak akan (dibiarkan) berlaku bid'ah pada satu-satu kaum, kecuali akan dicabut (oleh Allah) satu sunnah dari mereka yang sepertinya. Maka berpegang kepada sunnah lebih baik dari melakukan (mencipta) satu bid'ah". (Hadis Riwayat Ahmad (16356))
مَنْ اَحْدَثَ فِىاَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
"Sesiapa yang mencipta (mengada-adakan) yang baru dalam urusan (agama) Kami ini, maka itu tertolak". (Hadis Riwayat Ahmad (24840). Bukhari (2499) as-Soleh. Muslim (3242) al-Aqdhiah. Abu Daud (3990) as-Sunnan. Ibn Majah (14) Muqaddimah)
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ اَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
"Sesiapa yang melakukan (mengerjakan) satu amal yang bukan dari suruhan Kami, maka (amalan itu) tertolak". (Maksud tertolak ialah bermakna “bid'ah”بالبدعة المسمى هو "Ia dinamakan bid'ah". Lihat: علم اصول البدعhlm. 29. Ali Hasan)
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَنَعَ اَمْرًا عَلَىْ غَيْرِ اَمْرِنَا فَهُوَ رَدٌّ
"Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: Barangsiapa yang berbuat sesuatu urusan yang lain dari perintah kami, maka ia tertolak". (Hadis Riwayat Ibn Majah)
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِيْ فَلَيْسَ مِنِّيْ متفق عليه
"Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: Maka barangsiapa yang menyimpang dari Sunnahku, maka bukanlah dia dari golonganku". Muttafaq 'Alaih.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ وَقَّرَ صَاحِبَ بِدْعَةٍ فَقَدْ اَعَانَ عَلَى هَدْمِ اْلاِسْلاَمِ. حديث مرفوع
"Dari Aisyah radhiallahu 'anha berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: Sesiapa yang memuliakan aktivis bid'ah, maka dia telah menolong untuk menghancurkan Islam" (Hadis Riwayat Ahmad. Lihat: تلبيس ابليس. Hlm. 14. Menurut Syeikh Ali Hasan: Hadis ini adalah hadis hasan isnadnya. Lihat: المنتقى النفس hlm. 37. Dikeluarkan oleh Al-Lalikaii dalam شرح اصول اهل السنة (1/139)) Hadis Marfu'. (Ibn Asakir dalam تاريخ دمشق: ترجمة "العباس بن يوسف الشكلى. Hlm. 286)
اِنَّ لِكُلِّ عَمَلٍ شِرَّةً وَثَمَّ فَتْرَةً فَمَنْ كَانَتْ فَتْرَتُهُ اِلَى بِدْعَةٍ فَقَدْ ضَلَّ ، وَمَنْ كَانَتْ فَتْرَتُهُ اِلَى سُنَّةٍ فَقَدْ اهْتَدَى
"Sesungguhnya pada setiap amal terdapat kegiatan, dan pada amal ada fitrahnya. Barangsiapa yang fitrahnya terlibat dengan bid'ah maka dia telah sesat dan barangsiapa yang fitrahnya terlibat dengan sunnah maka dia telah mendapat petunjuk". (Hadis Riwayat Ahmad (22376), Musnad. Hadis sahih. Lihat: الاتمام (23521). Lihat: اتباع السنن (8))
Imam Abu Syamah al-Muqaddisi berkata:
وَقَدْ حَذَّرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اَصْحَابهُ وَمَنْ بَعْدَهُمْ اَهْلَ زَمَانِهِمْ الْبِدَعِ وَمُحْدَثَاتِ الاُمُوْرِ ، وَاَمَرُوْهُمْ بِالاتِّبَاعِ الَّذِيْ فِيْهِ النَّجَاةُ مِنْ كُلِّ مَحْذُوْرٍ
"Nabi Sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi peringatan kepada sekalian para sahabatnya, dan orang-orang selepas zaman mereka dari melakukan bid'ah dan ciptaan-ciptaan yang baru (dalam agama). Mereka sekalian diperintahkan agar ittiba' kerana dengannya akan mendapat kejayaan (dan terselamat) dari setiap yang telah diperingatkan (oleh Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam)". (Lihat: الباعث على انكار البدع والحوادث hlm. 11)
Kesemua nas-nas di atas mengharamkan umat Islam dari melakukan perbuatan bid'ah. Selain amalan yang berbentuk bid'ah itu ditolak oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana ia menyesatkan, ternyata bid'ah ini juga amat ditakuti oleh orang-orang beriman yang berilmu. Ini disebabkan setiap amalan bid'ah terutama yang melibatkan akidah, pasti akan menyebabkan pembuatnya menjadi sesat dan di akhirat kelak akan menjadi golongan yang merugi kerana akan dihumban ke neraka. Malah seseorang itu akan dikekalkan di dalam neraka jika semasa hidupnya ia terlibat dalam perbuatan bid'ah di segi akidah yang menyebabkan kesyirikan.
Setiap orang yang beriman sepatutnya merasa gerun terhadap ancaman dari hadis-hadis di atas sehingga dapat memberi kesan menakutkan yang mendalam di hati sanubari atau perasaan mereka.
Para sahabat dan jumhur ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpegang dengan manhaj Salaf as Soleh terlalu berjaga-jaga dari terlibat dengan segala perbuatan yang berbentuk atau berunsur bid'ah. Ketegasan mereka dalam perkara ini telah dirakamkan melalui kata-kata mereka:
قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: عَلَيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَاْلاِسْتَقَامَةِ اِتَّبِعْ وَلاَ تَبْتَدِعْ
"Dari Ibn Abbas beliau berkata: Hendaklah kamu takut (takwa) kepada Allah dan sentiasa istiqamah (sentiasa dalam ketaatan), hendaklah kamu mengikut (al-Quran dan as Sunnah) dan janganlah berbuat bid'ah".
قَالَ عُمَربْن الْخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَاِنْ رَآهَا النَّاسُ حَسَنَةٌ
"Setiap bid'ah itu sesat, walaupun (semua) manusia telah berpendapat satu-satu bid'ah (yang mereka lakukan itu) hasanah (baik)". (Diriwayatkan oleh Al-Lalikaii (162). Ibn Battah (205). Baihaqi dalamالمدخل الى السنن (191) dan Ibn Nasr dalam السنة (70) sanadnya sahih)
قَالَ ابْنُ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: اَلاِقْتِصَادُ فِى السُّنَّةِ اَحْسَنُ مِنَ اْلاِجْتِهَادِ فِى الْبِدْعَةِ
"Berpada-pada dalam mengerjakan sunnah lebih baik dari bersungguh-sungguh dalam mengerjakan bid'ah". (Lihat: شرح اصول اعتقاد اهل السنة (114-115). As-Sunnah, hlm. 27-28 Ibn Nasr. Al-Ibanah (1/230) Ibn Battah)
Di riwayat yang lain pula:
وَاِنَّ اِقْتِصَادًا فِى سَبِيْلٍ وَسُنَّةٍ خَيْرٌ مِنْ اِجْتِهَادٍ فِى خِلاَفِ سَبِيْلِ سُنَّةٍ فَانْظُرُوْا اَنْ يَكُوْنَ عَمَلُكُمْ اِنْ كَانَ اِجْتِهَادًا اَوْ اِقْتِصَادًا اَنْ يَكُوْنَ ذَلِكَ عَلَى مِنْهَاجِ اْلاَنْبِيَاءِ وَسُـنَّتِهِمْ صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْهِمْ
"Berpada-pada dalam mengikuti jalan sunnah lebih baik dari bersungguh-sungguh dalam melakukan perkara yang boleh bertentangan dengan jalan sunnah. Lihatlah apa yang akan kamu lakukan, jika ia termasuk yang bersungguh-sungguh atau yang berpada-pada hendaklah mengikut panduan manhaj para nabi dan sunnah mereka sallallahu 'alaihi wa sallam". (Diriwayatkan oleh Al-Lalikaii (11). Ibn Mubarak dalam Az-Zuhud. Jld. 2. hlm. 12. dan Abu Na'im dalam Al-Hilyah. Jld. 1. Hlm. 252)
Al-Hafiz Fudhail bin 'Iyad rahimahullah menyatakan:
عَمَلٌ قَلِيْلٌ فِى سُنَّةٍ خَيْرٌ مِنْ عَمَلٍ كَثِيْرٍ فِى بِدْعَةٍ
"Amal yang sedikit (tetapi) dalam perkara sunnah lebih baik daripada amalan yang banyak (tetapi dalam perkara yang) bid'ah." (Lihat: الابانة عن شريعة الدينية Jld. 1. hlm. 395. (249))
Imam Malik rahimallahu ‘anhu seorang imam Ahli Sunnah wal-Jamaah dari kalangan Salaf as-Soleh amat tegas terhadap bid'ah. Beliau menganggap aktivis bid'ah sebagai orang yang mengkhianati kesempurnaan risalah (al-Quran dan al-Hadis) yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam kepada ummahnya. Beliau pernah mengeluarkan ucapannya yang tegas terhadap pembuat bid'ah:
مَنِ ابْتَدَعَ فِى اْلاِسْلاَمِ بِدْعَةٌ وَيَرَاهَا حَسَنَةٌ فَقَدْ زَعَمَ اَنَّ مُحَمَّدٌ قَدْ خَانَ الرِّسَالَةَِلاَنَّ اللهَ يَقُوْلُ: "اَلْيَوْمَ اَكْمَلْتُ لَكُمْ دِيْنَاكُمْ وَاَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِيْ وَرَضِيْتُ لَكُمُ اْلاِسْلاَمَ دِيْنًا" فَمَالَمْ يَكُنْ يَوْمَئِذٍ دِيْنًا فَلاَ يَكُوْنُ الْيَوْمَ دِيْنًا
"Sesiapa yang melakukan bid'ah di dalam Islam kemudian disangkanya baik, maka dia telah menganggap bahawa Muhammad telah mengkhianati al-Risalah kerana telah jelas Allah berfirman: (Hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu dan Aku cukupkan nikmat kamu dan Aku hanya meredai Islam sebagai agamamu). Apa yang tidak dapat dianggap sebagai agama pada masa itu (masa Nabi), maka pada masa ini ia juga tidak boleh dianggap sebagai agama." (Hadis Riwayat Malik)
قَالَ فَـيْصَلُ بْـنُ عِـيَاضٍ رَحِمَ هُ اللهُ: مَنْ اَحَبَّ صَاحِبَ بِـدْعَةٍ اَحْـبَـطَ اللهُ عَمَلَهُ وَاخْرَجَ نُـوْرَ اْلاِسْلاَمِ مِنْ قَلْبِهِ
"Berkata Faisal bin 'Eyadz: Sesiapa yang menyukai pembuat bid'ah, Allah melenyapkan (menggugurkan) amalannya dan akan dicabut cahaya Islam dari hatinya". (Lihat: تلبيس ابليسIbn Qaiyim, hlm 84. Dan lihat: شرح السنة hlm. 138. Dikeluarkan juga oleh Al-Lalikaii dalam شرح اصول الاعتقاد اهل السنة. Jld. 1. Hlm. 139)
وَقَالَ: مَنْ جَلَسَ اِلَى صَاحِبِ بِدْعَةٍ اَحْبَطَ الله عَمَلَهُ وَاَخْرَجَ نُوْرَ اْلاِيْمَان - اَوْ قَالَ الاِسْلاَمِ - مِنْ قَلْبِهِ
"Beliau juga pernah berkata: Sesiapa yang duduk di majlis orang bid'ah Allah melenyapkan (menggugurkan) amalannya dan mengeluarkan nur (cahaya) iman - atau ia berkata - keluar nur Islam dari hatinya." (Dikeluarkan oleh Al-Lalikaii dalam شرح اصول اعتقاد اهل السنة (1/132). Dan Ali bin al-J'ad. dalam "Musnad" (1885))
اَنَّ صَاحِبَ الْبِدْعَةِ يَزْدَادُ مِنَ اللهِ بُعْدًا كُلَّمَا بَالَغَ فِى الطَّاعَةِ والْعِبَادَةِ
"Pembuat bid'ah akan bertambah-tambah jauh dari Allah sekalipun bersangatan ketaatan dan kuat ibadahnya". (Lihat: Fathul al-Qadir, jld. 1, hlm. 10)
اِنَّ اللهَ حَجَبَ التَّوْبَةَ عَنْ كُلِّ صَاحِبِ بِدْعَةٍ حَتَّى يَدَعَ بَدْعَتَهُ
"Sesungguhnya Allah menghijab (tidak menerima) taubat setiap pembuat bid'ah sehinggalah ia meninggalkan bid'ahnya". (Hadis Riwayat at-Thabrani dengan sanad yang sahih. Dan dihasankan oleh al-Munziri. Lihat: مدارج السالكين(1/84) Ibn Qaiyim)
Imam Ibn Rajab rahimahullah pernah ditanya, apakah boleh menyebut keburukan aktivis bid'ah (مبتدع) dalam usaha menyedarkan ummah agar menjauhi mereka? Beliau menjawab:
"Adapun Ahli Bid'ah itu sesat begitu juga orang-orang yang bersertanya yang seakan-akan ulama. Maka boleh menjelaskan kejahilan, kecacatan atau kejahatan mereka dalam rangka memperingatkan ummah agar tidak mengikuti mereka". (Lihat: شرح السنة , al-Barbahari, hlm. 138. Tahqiq Abu Yasir ar-Rodadi)
Penjelasan Imam Ibn Rejab di atas menunjukkan bahawa menyebut dan membongkar perbuatan bid'ah yang diseru dan dilakukan oleh para penyeru bid'ah tidak boleh dianggap sebagai suatu kesalahan. Malah wajib didedahkan kepada umum jika tujuan dan niat seseorang yang bertindak sedemikian demi untuk menjauhkan atau menyelamatkan ummah agar tidak terlibat dan tidak terpengaruh dengan perbuatan dan hasutan ahli bid'ah.
Subscribe to:
Posts (Atom)