ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Thursday, 7 May 2015

Pelaburan Tabung Haji Dalam TRX - Pengerusi Dah Nafikan ?

Pelaburan Tabung Haji Dalam TRX - Pengerusi Dah Nafikan ?

Thursday, May 7, 20157comments


Di atas jawapan segera penafian dari Pengerusi Tabung Haji Datuk Azeez Rahim semalam. Di bawah pula arahan dari Azeez supaya pengurusan TH segera keluarkan kenyataan -

"Saya dah suruh pihak pengurusan Tabung Haji mengeluarkan kenyataan sebentar lagi. Mereka akan jawab nanti... biar mereka selesaikan dahulu,".


astroawani
Hmmmm ..... semalam bersungguh nafi, hari ni macam playsafe pula....  

Sebagai Pengerusi, Azeez Rahim kena jawab. Segala transaksi perniagaan Tabung Haji mesti dimaklumkan serta mendapat kelulusan dari lembaga pengarah Tabung Haji yang mana beliau adalah pengerusi.

Apakah Azeez Rahim ingin memberitahu rakyat bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai transaksi tersebut?! Kalau Azeez Rahim tak tahu menahu mengenai urusniaga ini beliau tidak layak jadi pengerusi Tabung Haji. Ianya juga bermakna beliau hanya makan gaji buta serta tidak bertanggungjawab!!!



yang atas ni bukan saya tulis ok, tapi dari blog baru yang dipercayai milik Datuk Khairuddin - KLiK. Genggam Bara Api  ? .... peeeergh .... ganazzzz....

Apapun kita tunggu kenyataan pihak pengurusan Tabung Haji pula......

TERKINI - Ini kenyataan dari Tabung Haji 


KUALA LUMPUR, 7 Mei - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi penjelasan mengenai pelaburannya dalam pembangunan hartanah bagi pembangunan menara kediaman (“hartanah”) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX).

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah berkata, langkah ini adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik. Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.

"Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional.

"Cadangan pembangunan kediaman tersebut akan dibangunkan oleh anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd yang dijangka akan memberi  pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.


Beliau bagaimanapun menegaskan, TH menafikan pembelian Signature Tower (Fasa 2) oleh Kumpulan TH sepertimana yang dilaporkan di dalam blog-blog tertentu. Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut.

Katanya, TH akan terus meneroka peluang-peluang pelaburan yang seumpamanya di dalam pasaran domestik seperti yang digaris dalam rangkakerja Alokasi Aset Strategik.


sumber - rakyatnews 

PS - Hmmmm ..... kenapa trend sekarang semuanya main SENYAP2 , ek ? Nak kena terdedah dulu baru nak beri penjelasan ? 

Wednesday, 6 May 2015

Tabung Haji Beli Tanah 1MDB ? Kenapa Tak Tunggu Hasil Siasatan Audit dan PAC ?

Tabung Haji Beli Tanah 1MDB ? Kenapa Tak Tunggu Hasil Siasatan Audit dan PAC ?

Wednesday, May 6, 20150 comments


KLiK  blog  The Benchmark   SEKARANG ! Di sana ada bukti salinan kontrak penjualan tanah projek TRX oleh 1MDB kepada Tabung Haji.

Dilaporkan Tabung Haji telah beli 2 bidang tanah TRX berjumlah RM772 juta secara tunai. Yang pertama pada harga RM194juta @ RM2860/kaki persegi dan kedua RM578 juta @ RM3900/kaki persegi.

Tanah dijual oleh kerajaan kepada 1MDB pada harga RM60/kaki ..... BUTA punya untung 1MDB dapat dari duit Tabung Haji.

Siapa lagi yang akan beri untung BUTA kepada 1MDB selepas ini ? KWSP ? Tabung ATM ? 

Duit untung buta itu pula antara lain akan digunakan untuk bayar kos faedah pinjaman 1MDB ? Hangus begitu saja ?

Kenapa tidak kerajaan dari awal tubuhkan konsortium dana2 awam seperti Tabung Haji dan jual murah sepertimana kepada 1MDB ..... dan untung BUTA itu boleh digunakan buat pembangunan di tanah itu ? Apa fungsi diwujudkan 1MDB ? Apakah value added yang telah 1MDB tambah kepada tanah itu untuk mendapat untung buta antara 48 hingga 65 kali ganda berbanding harga belian dari kerajaan?

Itu pandangan saya lah ..... mungkin bijak pandai pro 1MDB fikir apasaja yang dilakukan oleh 1MDB adalah yang terbaik.


Oya, kenapa tidak Tabung Haji menunggu terlebih dulu hasil siasatan Ketua Audit Negara dan PAC sebelum buat keputusan membeli tanah 1MDB ?

PS - Tabung Haji kena tampil buat pengesahan perkara ini.

Tuesday, 5 May 2015

Kerajaan Tak Cukup Duit ?

Kerajaan Tak Cukup Duit ? Dakwaan Melampau AKadirJasin !

Tuesday, May 5, 201524comments



Wallahuaklam betul atau tidak, tapi seorang pegawai atasan kepada seorang menteri kanan memberitahu saya semua kementerian, jabatan dan agensi dikenakan potongan bagi tahun 2015 yang berjumlah RM2 bilion “bagi membiayai pemulihan banjir” yang berlaku akhir tahun lalu. 


Apabila hal sebegini berlaku, kita tidak dapat lari daripada bertanya apakah Perbendaharaan kekurangan wang atau lebih teruk, kehabisan wang? 


Apa yang terjadi dengan peruntukan kecemasan (contigency) atau apakah di bawah Mohd Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan peruntukan seperti itu tidak disediakan? 


Atau adakah peruntukan itu sudah habis dibelanjakan untuk tujuan-tujuan lain seperti memberi pinjaman kecemasan RM950 juta kepada 1MDB Mac lalu?


Di atas adalah petikan dari blog AKadirJasin .... Kerajaan tak cukup duit ? MUSTAHIL ! 

Kadir Jasin sendiri seperti dalam konflik percanggahan apabila cuba memberikan gambaran negatif itu sebab di perenggan akhir di atas, beliau memberikan contoh bagaimana kerajaan telah memberikan Standby Credit hampir RM1 billion kepada 1MDB.

Nah, mana mungkin kerajaan tak cukup duit ? ! Kalau tak cukup duit kenapa dengan begitu senang menghulurkan bantuan kepada 1MDB ? Nilai bantuan pula hampir setengah dari apa yang didakwa sebagai jumlah yang mampu dijimatkan ( RM2 billion ) melalui tindakan pemotongan/penjimatan.

Apatah lagi antara Kementerian yang disebut mahu potong bajet itu adalah Kementerian Kesihatan -


Menteri Kesihatan, (Datuk Seri) Dr S. Subramaniam dilaporkan berkata peruntukan kementerian beliau tahun ini dipotong RM300 juta “akibat kejatuhan harga minyak di pasaran dunia”.

Saya tidak percaya ! Tidak mungkin kerajaan begitu bodoh mahu memotong bajet Kementerian Kesihatan sedangkan 1MDB pula dibantu 3 kali ganda nilai potongan itu.

Apakah keperluan 1MDB itu lebih penting dari menjaga 'kesihatan' rakyat ?

Mana ada kerajaan yang begitu kejam di dunia ini ? Melainkan keperluan 1MDB itu lebih mendesak ..... 

Makanya saya harap dakwaan Kadir Jasin itu tidak benar. Sukar hendak dipercayai .

TAPI ..... kalau dibuatnya benar ..... hmmmm .... saya rasa kerajaan kena tampil menjelaskan kenapa 1MDB didahulukan. Rakyat berhak tahu apa yang penting sangat pinjaman sebegitu besar diberikan kepada 1MDB dengan harga sebegitu tinggi ( pemotongan bajet Kementerian2 ).

Kalaupun tidak benar, saya percaya 1MDB masih perlu jelaskan juga kenapa disebalik dakwaan kejayaan syarikat sovereign debt fund itu, kerajaan terpaksa bail out juga hampir rm1 billion baru2 ini.

Takkan penjelasan itu pun nak kena tunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara ? Kalau di pihak 1MDB kena tunggu juga siasatan selesai, pihak kerajaan boleh tolong jawab, kan.... sebab pihak kerajaan tidak disiasat. Yang memohon bantuan adalah 1MDB sementara yang meluluskan bantuan adalah kerajaan. It takes two to tango ...

Apakah kewajarannya di pihak kerajaan untuk meluluskan pinjaman hampir RM1 billion kepada 1MDB baru2 ini ?

Oya, yang sebenar2nyalah, siapa di pihak kerajaan, kabinet atau kepimpinan Umno yang TAHU tentang 1MDB ni ?

Najib ? Saya rasa Najib tak tahu apa2 pun ..... selain mengulangi skrip lama yang sudah tersedia.

Monday, 4 May 2015

KOLEKSI PARANORMAL YANG BERLAKU DINEGARA KITA MALAYSIA

1.Highland Tower – Kuala Lumpur
Suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat.Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana
2. Banglo Mona Fandey
Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh, Pahang yang telah menggemparkan dunia.
3. Kemayan City – Johor Bahru
Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama.Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.
4. Lebuhraya Karak
Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.
5. Villa Nabila – Johor Bahru
Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut. Banyak juga kisah versi lain berkaitan villa ini, boleh tengok –>
Misteri Villa Nabila Di Johor Bahru
6. Amber Apartment – Genting Highland
Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.
7. Simpang – T Georgetown – Pulau Pinang
Lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.
8.Institusi St Michael – Ipoh
Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.
9. Malay College Kuala Kangsar(MCKK) , Kuala Kangsar – Perak
Seperti Institusi St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu. Pelar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan.
10. Victoria Intitution – Kuala Lumpur
Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.
11. Bukit Tungku – Kuala Lumpur
Satu kawasan menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam.Terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaib ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada waktu siang.
12. Rumah ADO Menumbok – Sabah
Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari seminggu dalam rumah tersebut.Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja.Bermacam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.
13. Penjara Pudu
Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.
14. Seri Perdana, Putrajaya.
Kisah kelibat perempuan puaka yang menabung sejak kecil untuk membeli sebentuk cincin bernilai jutaan ringgit. Puaka itu juga menghantui rakyat dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi dan bebanan hutang isi rumah akibat dari keborosan puaka itu berbelanja. Ramai rakyat telah hilang tanpa dapat dikesan kerana cuba menghapuskan puaka tersebut.Cerita berkenaan menabung atau memiliki cincin itu oleh Rosmah mungkin fitnah, tetapi yang menjadi misterinya juga ialah apa tujuan dan maksud Rosmah ingin mengadakan pameran cincin itu diMalaysia. Apa faedah serta kepentingannya?

15  Jenayah Pembunuhan Altantuya
Pembunuhan yang amat pelik serta menjadi tanda tanya akibat ketiadaan Motif yang jelas Kedua-dua pembunuh telah disabitkan kesalahan walaupun mereka tidak mengenali mangsa sebelum ini. Adakah mereka membunuh secara suka-suka atau mereka membunuh diatas arahan pihak yang lain, ianya tetap masih tidak dapat dibuktikan lagi.

HARAP BERSABAR, ABC AKAN SAMBUNG LAGI KISAH MISTERI DAN NGERI.

SEBELUM ITU DIHARAP SAHABAT SUDILAH MEMBACA KISAH MISTERI CARA BERAGAMA, MISTERI SCANDAL-SCANDAL DAN TIPUDAYA DALAM POLITIK YANG TELAH ABC CATITKAN DALAM BLOG INI.

BAGI YANG BERMINAT PERKARA KEAGAMAAN, BOLEHLAH MELUANGKAN MASA UNTUK MEMBUAT RUJUKAN SEPERTI YANG TELAH ABC SEDIAKAN.


ABC

KENYATAAN AKHBAR LAPURAN POLIS, SPRM, PAC, BANK NEGARA DAN KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT TELAH DIBUAT.

KENYATAAN AKHBAR
LAPURAN POLIS, SPRM, PAC, BANK NEGARA DAN KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT TELAH DIBUAT.
Syukur pada Allah swt kerana ramai daripada tokoh-tokoh pemimpin umno ramai dah mula sedar akan isu skandal kewangan yang terbesar di tanahair yakni kes 1mdb sudah mula diyakini. Perjuangan saya dah mula mendapat sokongan ramai kini dari dalam serta luar umno.
Sebenarnya walaupun saya pernah menjawat jawatan naib ketua umno bahagian batu kawan sebelum digugurkan oleh ibu pejabat umno malaysia; hakikatnya saya bukan orang politik. Saya tidak 'ambitious' di dalam politik.
Sepertimana tahun 1998 saya adalah ahli umno biasa di peringkat akar umbi tetapi apabila saya lihat pengkhianatan anwar ibrahim yang merupakan timbalan presiden umno pada waktu tersebut dan bagi saya beliau tidak layak jadi khalifah untuk pimpin ummah di negara kita maka secara nekadnya saya bangun untuk menentang beliau secara terbuka.
Waktu itu tun dr mahathir terlalu ikhlas dan ingin memertabatkan anwar ibrahim sebagai pengganti beliau. Saya nekad lawan anwar ibrahim walaupun presiden umno tidak mahu mempercayai anwar ibrahim berperangai sedemikian rupa pada waktu itu.
Begitu juga dengan kes 1mdb. Pentadbiran kewangan dan dananya amat meragukan serta tidak telus. Ini melibatkan sejumlah wang kerajaan dan wang rakyat berbilion-billion ringgit. Rasuah dan penyelewangan mesti dilawan mati-matian sekiranya kita nak negara ini selamat. Rasuah perosak bangsa, agama dan tanahair!!!
Bila saya buat laporan polis, sprm, PAC, Bank Negara dan Kedutaan Amerika Syarikat keatas 1mdb; maka muncullah ramai kaki-kaki bodek umno yang minda lemah sehinggakan saya hilang berbagai benda dalam perjuangan ini.
Saya tak kisah itu semua!!! Yang penting berbillion wang kerajaan dan rakyat diselamatkan!!!
Sekarang apa sudah jadi dengan kaki-kaki bodek umno yang minda lemah ini??
Saya dah buat laporan polis secara terus keatas dato sri najib tun razak selaku penasihat kepada syarikat 1mdb yang telah sanggup menipu dewan rakyat (parlimen) dengan mengatakan bahawa sejumlah wang yang ditebus dari kepulauan cayman disimpan di bank BSI singapuran dalam bentuk tunai sejumlah USD 1.103 billion.
Kini bank BSI singapura menyatakan duit tersebut tidak disimpan dalam akaun mereka di sana malahan 1mdb telah memberi dokumen palsu!!!
Penipuan Perdana Menteri di Parlimen dalam jawapan bertulisnya merupakan satu kesalahan yang amat besar!!!
Saya bersyukur kerana apabila kali ini bila saya buat laporan polis keatas dato sri najib tun razak secara terus namun saya tidak lagi dikecam tetapi disokong pulak oleh kaki-kaki bodek umno minda lemah seperti ketua umno bahagian cheras iaitu syed ali al habshee...
Apapun saya tidak 'condemn' syed ali al habshee yang merupakan sahabat baik saya juga tetapi saya amat bersyukur kehadrat Allah swt kerana 'truth prevails' iaitu kebenaran telah muncul sehingga menyebabkan ramai kaki-kaki bodek minda lemah umno dah mula sedar serta insaf kini.
Sekarang mereka mula menentang salah laku pentadbiran dana dan kewangan 1mdb. Walaupun mereka lambat insaf tetapi sekurang-kurangnya kini mereka sudah insaf!!!
Saya cuma simpati dengan sahabat saya syed ali al habshee yang kini dilihat sebagai 'badut politik' dari kacamata rakyat serta ahli-ahli umno di peringkat akar umbi!!!
Saya'welcome' syed ali al habshee dalam apa jua keadaan untuk bersama kami lawan kemungkaran dan salah urus syarikat 1mdb.
Walaupun beliau badut politik yang sudah insaf dan yakin ada unsur-unsur salahlaku dalam pentadbiran 1mdb; kini saya pun dah mula menyangjungi syed ali al habshee yang sekurang-kurangnya berani mengakui kesilapan diri pada suatu masa dulu!!!
Cuma saya nak maklumkan kepada semua kaki-kaki bodek umno minda lemah agar menggunakan akal fikiran yang waras sebelum bercakap serta bertindak di masa hadapan. Ini penting agar mereka tidak malu di kemudian hari seperti 'menjilat ludah sendiri!!!'
Saya tetap terus berdoa ke hadrat Allah swt agar kalangan kaki-kaki bodek minda lemah umno yang lain agar cepat insaf serta mengikuti jejak langkah syed ali al habshee yang terpuji ini.....
Dato Sri Khairuddin Abu Hassan

Sunday, 3 May 2015

10 SOALAN PENTING YANG MESTI DIJAWAB OLEH 1MDB

1-Jelaskan kenapa ada keperluan meminjam sehingga RM42 billion sedangkan kos IPP hanya sekitar RM13 bil dan projek TRX dan Bandar Malaysia masih diperingkat permulaan. Jika ada aset IPP lain di luarnegara, berapa billion nilainya ? 

2-Jelaskan di mana dan kadar pulangannya baki sebanyak RM29 bil termasuk dana di Cayman. Jelaskan berapa yang boleh dikembalikan dan bagaimana mahu dikembalikan. Jelaskan juga kenapa 1MDB begitu kelamkabut sekali mencari wang bagi membayar hutang RM2 bil baru2 ini dan sejauh mana peranan Ananda Krishnan dalam semua ini .

3-Jelaskan kenapa begitu tinggi sekali fee yang dibayar kepada Goldman Sachs bagi penjualan bon. Kadar fee biasa hanya 1% tapi kenapa dibayar sehingga 10% 

4-Jelaskan bagaimana yang dikatakan sebagai strategik dan membantu membawa masuk pelaburan luar ke dalam negara jika RM29 bil itu dilabur di luar negara.

5-Apakah wujud tipu muslihat dalam proses mengumpul dana melalui penjualan bon yang membolehkan pihak yang memilikinya, menjual dipasaran secondary untuk mendapat untuk berbillion ringgit ? Hmmm ... tak berapa faham untuk terjemahkan bab bon ini tapi melalui penjelasan rakan, ada jalan untuk membuat untung banyak jika ada satu pihak lain wujud antara Goldman Sachs dengan pembeli bon. 1MDB perlu jelaskan mekanisma penjualan bon nya. 

6-Dengan pinjaman berjumlah RM42 bil dan purata faedah 6%, kos faedah saja mencecah RM2.5 bil. Jika 1MDB mengalami kerugian sejak dimulakan, jelaskan bagaimana 1MDB mahu terus menjelaskan hutang serta faedah apalagi bila nilai aset tenaga adalah di bawah kos 

7-Jelaskan bentuk bisness model 1MDB. Bagaimana mahu menjana keuntungan kalau kos pinjaman saja sudah 6% 

8-Jelaskan bagaimana pembangunan hartanah itu dikatakan sebagai strategik dan kenapa kita perlukan rakan kongsi dari luar sedangkan Malaysia memiliki kepakaran yang diperlukan. Tidakkah itu bakal mewujudkan lebihan ruang pejabat di KL dan meminggirkan pemaju tempatan 

9-Jelaskan peranan dan tanggungjawab ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan dalam semua isu ini, terutamanya jika mengambilkira pendedahan oleh Sarawak Report yang tidak pernah dinafikan dengan tegas, bahawa terdapat peranan pihak luar dalam membuat keputusan 

10-Jelaskan peranan Jho Low dalam 1MDB, bila bermula, sejauh mana dan siapa yang beri kuasa kepadanya untuk membuat keputusan besar bagi pihak 1MDB 


Jika 1MDB boleh memberi penjelasan penuh dan memuaskan kepada semua ini, maka mereka harus berbuat demikian dengan segera untuk mengurangkan kebimbangan besar awam dan spekulasi, yang telah memberi kesan kepada nilai ringgit dan penarafan berdaulat kami. Pada masa yang sama ia akan melegakan tekanan yang besar ke atas Perdana Menteri untuk berundur.

Jika 1MDB tidak boleh menjawab dengan memuaskan walaupun satu aspek ini 10 pendedahan, maka ia adalah tanggungjawab lembaga 1MDB dan kerajaan untuk segera menubuhkan satu audit forensik, meletakkan organisasi di bawah pengurusan penjaga benar-benar baru yang terdiri daripada orang-orang yang bersifat sempurna dan mendapatkan ke bahagian bawah keseluruhan isu itu.
Audit forensik akan mempunyai mandat untuk bukan sahaja pulih sepenuhnya semua aset tetapi untuk tahan untuk akaun semua mereka yang bertanggungjawab untuk salah laku di dalam dan di luar syarikat dan membawa mereka ke muka pengadilan. Ia juga akan melihat ke dalam mengambil tindakan terhadap semua penasihat kewangan dan ganti rugi tuntutan daripada mereka untuk apa-apa yang mereka boleh lakukan untuk mencederakan 1MDB.

Saturday, 2 May 2015

10 Persoalan Yang 1MDB Perlu Jelaskan

10 Persoalan Yang 1MDB Perlu Jelaskan

Sunday, May 3, 20152comments

Artikel di bawah saya copy sepenuhnya dari KiniBiz, agak menarik untuk kita panjangkan kepada pro 1MDB kalau mereka tanya Apa yang perlu 1MDB jawab ? Digariskan 10 persoalan yang perlu 1MDB jelaskan.  Artikel dalam omputeh, saya hanya terjemahkan 10 soalan itu.


Perhaps, just perhaps, 1Malaysia Development Bhd or 1MDB, does not understand what it needs to do to convince the public all is well with it. To help it along, here are 10 things that we feel our national self-styled strategic development company can do to soothe frazzled nerves and convince us Malaysians our money is safe. 

CIMB Group chairman, and the prime minister’s brother Nazir Razak, is not the only one who has been urging 1MDB towards greater disclosure but he does make some pertinent points.

“I have no solution to it (IMDB) but I think we probably should know – disclose what needs to be disclosed in order for people to have a full picture and allay their worst fears.

“I just said it’s something that’s there, everyone is concerned about it, so you need to allay concerns. Put concerns to rest, that is all,” he told a press conference recently.

Considering that 1MDB continues to assert that everything is OK it really should not take too much for it to allay public concerns over how it started, raised money, invested, its links to various businessmen etc.

But in case it is stuck for what to disclose, we give below a checklist of 10 things, which will be good place to start. And like Maria said in “The Sound of Music”, “Let’s start from the very beginning, a very good place to start.”

Some background first. Let’s extract 1MDB’s mission and vision statement from its website. 

Mission: A strategic enabler for new ideas and sources of growth. 

Vision: To drive sustainable economic growth by forging strategic global partnerships and promoting foreign direct investment. It’s a self-styled strategic development company, as described by its latest CEO, its third.

Now let’s look at its business. Property development at two prime sites acquired cheaply from the government – the Tun Razak Exchange (TRX) and Bandar Malaysia. And Energy; buying over established Malaysian power companies, Tanjong Energy, Genting Sanyen and Jimah Energy. And, that’s it.

Next a quick look at its financials from its annual reports: assets of some RM51 billion, liabilities of RM48 billion, borrowings of RM42 billion (RM46 billion if we include some forms of payables which look like debt) as at Mar 31, 2014. If not for revaluation of properties – acquired cheaply from the government – by some RM4 billion over the years, it would not have made profits at all.

Onwards to Jho Low, the whizz-kid (who may no longer be much of a kid anymore) billionaire who has so much influence over 1MDB decisions, according to e-mail revelations by Sarawak Report which have not been denied by 1MDB yet and whose companies reportedly received at least US$1 billion from 1MDB.

The other development from Sarawak Report is that some US$1.1 billion in 1MDB’s funds from Cayman Islands, said to be kept in Singapore, may not be there because the records for those are said to be falsified.

That should be enough background. On to what 1MDB should be disclosing


Disclosures
  1. Explain why there was a need to borrow RM42 billion at least when the energy assets only cost some RM13 billion and TRX and Bandar Malaysia are merely in the development stage.
    ( Jelaskan kenapa ada keperluan meminjam sehingga RM42 billion sedangkan kos IPP hanya sekitar RM13 bil dan projek TRX dan Bandar Malaysia masih diperingkat permulaan. Jika ada aset IPP lain di luarnegara, berapa billion nilainya ? )


  2. Reveal exactly where and at what rates of return are the rest of the money of RM29 billion at least being kept, including the Singapore/Cayman funds. Tell us what is the amount recoverable from this and how you propose to recover them. Also explain why 1MDB was scrambling for cash to repay a loan of RM2 billion recently to local banks. Tell us too what was tycoon T Ananda Krishnan’s role in all of these.
    ( Jelaskan di mana dan kadar pulangannya baki sebanyak RM29 bil termasuk dana di Cayman. Jelaskan berapa yang boleh dikembalikan dan bagaimana mahu dikembalikan. Jelaskan juga kenapa 1MDB begitu kelamkabut sekali mencari wang bagi membayar hutang RM2 bil baru2 ini dan sejauh mana peranan Ananda Krishnan dalam semua ini )

  3. Explain why such high fees of several hundred million US dollars was paid to Goldman Sachs for bonds floated and what was the nature of their role in such deals. While normal rates for arranging such financing is closer to 1%, why the need to pay 10% for these?
    ( Jelaskan kenapa begitu tinggi sekali fee yang dibayar kepada Goldman Sachs bagi penjualan bon. Kadar fee biasa hanya 1% tapi kenapa dibayar sehingga 10% )

  4. Explain how keeping RM29 billion in deposits and for-sale assets overseas is strategic and helps in bringing foreign direct investments or FDI into Malaysia.
    ( Jelaskan bagaimana yang dikatakan sebagai strategik dan membantu membawa masuk pelaburan luar ke dalam negara jika RM29 bil itu dilabur di luar negara )

  5. Was there hanky panky in the fundraising process whereby bonds were mispriced, allowing those who got the bonds to cash out in the secondary market to gain billions of ringgit? Was this the reason why the debts were ramped up repeatedly? If not explain why the bonds were mispriced and who were the beneficiaries, in other words who got first bite at the bonds.
    ( Apakah wujud tipu muslihat dalam proses mengumpul dana melalui penjualan bon yang membolehkan pihak yang memilikinya, menjual dipasaran secondary untuk mendapat untuk berbillion ringgit ? Hmmm ... tak berapa faham untuk terjemahkan bab bon ini tapi melalui penjelasan rakan, ada jalan untuk membuat untung banyak jika ada satu pihak lain wujud antara Goldman Sachs dengan pembeli bon. 1MDB perlu jelaskan mekanisma penjualan bon nya. )

  6. With RM42 billion of borrowings and an average interest rate of 6%, annual interest payments before repayments amounts to over RM2.5 billion. Considering that 1MDB has been making cash losses since inception, explain how 1MDB proposes to obtain the interest payments and repayments in future especially since energy assets are now worth below cost.
    ( Dengan pinjaman berjumlah RM42 bil dan purata faedah 6%, kos faedah saja mencecah RM2.5 bil. Jika 1MDB mengalami kerugian sejak dimulakan, jelaskan bagaimana 1MDB mahu terus menjelaskan hutang serta faedah apalagi bila nilai aset tenaga adalah di bawah kos )

  7. Explain the business model for 1MDB. How does it propose to get decent returns when its cost of borrowing may be 6% or higher, especially for huge borrowings of at least RM42 billion and as high as RM46 billion.
    ( Jelaskan bentuk bisness model 1MDB. Bagaimana mahu menjana keuntungan kalau kos pinjaman saja sudah 6% )




  8. Explain how the property developments are “strategic” and why we need foreign partners to develop these when Malaysia has considerable expertise in property development. What about causing a glut of office space in Kuala Lumpur and squeezing out private developers? Explain how that is strategic.
    ( Jelaskan bagaimana pembangunan hartanah itu dikatakan sebagai strategik dan kenapa kita perlukan rakan kongsi dari luar sedangkan Malaysia memiliki kepakaran yang diperlukan. Tidakkah itu bakal mewujudkan lebihan ruang pejabat di KL dan meminggirkan pemaju tempatan ?)

  9. Explains to us what is the oversight of the board and senior management over all these issues, especially in the light of Sarawak Report disclosures – which have not been firmly denied – that outside parties played crucial roles in decision-making.
    ( Jelaskan peranan dan tanggungjawab ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan dalam semua isu ini, terutamanya jika mengambilkira pendedahan oleh Sarawak Report yang tidak pernah dinafikan dengan tegas, bahawa terdapat peranan pihak luar dalam membuat keputusan )

  10. Tell what exactly was Jho Low’s role in 1MDB, when it started, how big was it and at whose behest did he have such a powerful pull over decisions made at 1MDB.
    ( Jelaskan peranan Jho Low dalam 1MDB, bila bermula, sejauh mana dan siapa yang beri kuasa kepadanya untuk membuat keputusan besar bagi pihak 1MDB )

If 1MDB can provide full and satisfactory explanations to all of these, then they should do so immediately to allay the sizeable public concern and speculation, which has affected the value of the ringgit and our sovereign rating. At the same time it will relieve the considerable pressure on the prime minister to step down.


If 1MDB can’t answer satisfactorily even one aspect of these 10 disclosures, then it is incumbent upon the board of 1MDB and the government to immediately commission a forensic audit, put the organisation under a completely new caretaker management comprising people of impeccable character and get to the bottom of the entire issue.

The forensic audit will have a mandate to not only recover fully all assets but to hold to account all those responsible for wrong-doings inside and outside the company and bring them to book. It will also look into taking action against all financial advisers and claim damages from them for anything that they may have done to injure 1MDB.

Kepada Bank Negara, Duetsche Bank Dan Pihak-Pihak Lain EKSKLUSIF

Para Penyiasat Merumuskan bahawa 1MDB “Menipu” Dan “Memalsukan Dokumen” Kepada Bank Negara, Duetsche Bank Dan Pihak-Pihak Lain EKSKLUSIF

THIS POST IS ALSO AVAILABLE IN: ENGLISH
CEO 1MDB, Arul Kanda telah dinamakan dalam siasatan ke atas dokumen-dokumen yang dihantarnya sebagai dokumen-dokumen palsu, bagi pihak 1MDB. Namun, dia tiba dalam bulan Januari hanya untuk menemui semua komputer dan rekod-rekod telah dibersihkan – maka siapakah yang memberikannya bahan-bahan yang telah dipaslukan?
CEO 1MDB, Arul Kanda telah dinamakan dalam siasatan ke atas dokumen-dokumen yang dihantarnya sebagai dokumen-dokumen palsu, bagi pihak 1MDB. Namun, dia tiba dalam bulan Januari hanya untuk menemui semua komputer dan rekod-rekod telah dibersihkan – maka siapakah yang memberikannya bahan-bahan yang telah dipaslukan?
Para penyiasat skandal usahasama 2009 1MDB dengan syarikat PetroSaudi International (PSI) telah merumuskan bahawa usahasama itu telah membohongi bank-bank terbabit termasuk Bank Negara Malaysia dengan mengesahkan bahawa syarikat Good Star Limited adalah anak syarikatnya 100%.
Pada hakikatnya Good Star Limited adalah pihak ketiga, dikawal oleh seorang ahli perniagaan muda, rakan rapat dengan Perdana Menteri Najib Razak, Jho Low, yang pernah kami dedahkan sebagai individu yang berperanan penting membuat keputusan dan menguruskan pelaburan dalam 1MDB.
Kesalahan sedemikian boleh menyebabkan pesalah dihukum atas tuduhan “menipu”, kata para penyiasat menerusi laporan mereka yang ada pada kami.
Kesalahan [1MDB], menurut dokumen itu, termasuk:
“Menipu Bank 2 dengan menyatakan bahawa akaun di bank RBS Coutts adalah milik syarikat induk PetroSaudi [PetroSaudi International]”
Pada keadaan yang berasingan para penyiasat merumuskan bahawa semasa pemindahan USD$700 juta yang kononnya untuk ‘membayar balik pinjaman’ kepada PetroSaudi 1MBD “boleh” dianggap sebagai melakukan kesalahan:
“Menipu Bank 1 dengan mengesahkan bahawa Good Star adalah 100% milik 1MDB PetroSaudi”.
Kertas-kertas laporan yang ada pada Sarawak Report menunjukkan bahawa para penyiasat telah mengenalpasti sekurang-kurangnya pada tiga keadaan di mana kesalahan ini dilakukan, yang boleh dijatuhkan hukuman sewajarnya.
Khasnya, seperti dirumuskan oleh para penyiasat bahawa wang yang dipindahkan dalam usahasama itu telah:
“tidak digunakan pada tujuannya di bawah peraturan FEA jika 1MDB PetroSaudi gagal menunjukkan yang wang itu telah dipindahkan dari Good Star kepada usahasama itu.”
Sebenarnya, maklumat berdokumentasi seterusnya yang dihantar kepada Sarawak Report menunjukkan bahawa USD$500 juta telah dihantar dari Good Star kepada sebuah akaun bank Swiss, BSI Singapura, yang dimiliki oleh Jho Low.
Pada hari Jho Low dilaporkan telah membeli dua buah rumah penthouse di Singapura dengan nilai bersama berjumlah RM154 juta, yang merupakan salah satu dari beberapa perbelanjaan bersyak di seluruh dunia.
Para penyiasat juga berjaya mendapati bukti bahawa USD$260 juta dari pinjaman berjumlah USD$500, yang seharusnya dimasukkan ke dalam usahasama itu, telah dilencongkan untuk membeli bank UBG pegangan keluarga Taib Mahmud.
“Kami sedang menyiasat sama ada wang (USD$260 juta itu) telah digunakan untuk membeli saham-saham UBG menerusi Javace Sdn Bhd. Jika ianya benar [maka 1MDB] telah melanggar peraturan-peraturan FEA dan boleh dikatakan menipu Bank Negara Malaysia”, menurut laporan itu, kerana ini bukanlah tujuan asal pinjaman dan pemberi pinjaman wang itu.
Cawangan bank RBS Coutts di Zurich sedang diperiksa – mengapa mereka tidak melaporkan transaksi Good Star yang meragukan dan memeriksa pemilik akaunnya?
Cawangan bank RBS Coutts di Zurich sedang diperiksa – mengapa mereka tidak melaporkan transaksi Good Star yang meragukan dan memeriksa pemilik akaunnya?
Dalam masa para penyiasat melepaskan bank-bank yang terbabit dalam pemindahan wang ini, termasuk bank Duetsche 1MDB, pada asasnya bahawa mereka telah ditipu oleh para pengurus 1MDB, mereka telah gagal melaporkan pemindahan yang meragukan.
Bank-bank itu telah memindahkan jumlah wang yang begitu besar di bawah keadaan yang luar biasa, yang harus dilaporkan kepada pihak-pihak yang berkepentingan dan berwibawa.
Penilaian ke atas pemindahan terakhir 1MDB berjumlah $330 juta dalam empat bahagian kepada akaun Good Star Limited dalam tahun 2011, para penyiasat mendapati bahawa dua buah bank telah melakukan kesalahan kerana gagal melaporkan bebera
pa pemindahan wang termasuk $110 juta dan $125 juta sebagai pemindahan wang yang meragukan.
Pihak penyelaras kewangan di Malaysia telah memutuskan, bahawa ketika siasatan sedang dijalankan, untuk bertemu dengan pihak penyelaras kewangan di Switzerland untuk mengesahkan bahawa wang itu sebenarnya telah masuk ke dalam akaun Good Star di bank RBS Coutts di Zurich.
Mereka juga ingin mendapatkan pengesahan bahawa pemegang akaun itu adalah Jho Low.
Jika ya, pihak bank RBS Coutts Britain turut sama terdedah kerana telah gagal melaporkan beberapa siri transaksi setelah menerima $700 juta; $160 juta dan $330 juta antara tahun-tahun 2009-2011 ke dalam akaun yang tiada kaitan dengan kegiatan 1MDB.
Cawangan bank BSI Switzerland menghadapi banyak persoalan
Cawangan bank BSI Switzerland menghadapi banyak persoalan
Dokumen-dokumen itu melemparkan tuduhan berkenaan kemungkinan pemalsuan beberapa dokumen dilakukan oleh 1MDB.
Minggu lepas Sarawak Report mendedahkan bahawa pihak berkuasa di Singapura telah melaporkan bahawa penyata bank yang diragukan itu yang dinatar oleh 1MDB, untuk menyokong bukti mengenai kandungan akaun dana itu di BSI, adalah palsu, menurut bank itu.
Pihak bank itu telah menafikan penyata itu, yang dihantar oleh CEO 1MDB Arul Kanda, adalah dokumen yang sahih atau bahawa ianya mewakili gambaran sebenar akaun Brazen Sky, seperti mana USD$1.103 juta dikatakan oleh Perdana Menteri/Menteri Kewangan sebagai wang yang hilang.
Kini pihak penyiasat Malaysia menuduh 1MDB sebagai:
“telah memalsukan surat (kepada bank Negara Malaysia) dan menghantarnya ke Bank 2. Ini bertujuan untuk mempengaruhi Bank 2 supaya percaya bahawa BNM telah diberitahu bahawa sejumlah wang itu harus dibayar kepada akaun induk usahasama itu”
Wang yang dimaksudkan itu adalah USD$330 juta, yang telah dibayar kepada Good Star di bawah samaran untuk memberi pinjaman kepada PetroSaudi dan penyata di atas jelas menunjukkan bahawa 1MDB telah menunjukkan sepucuk salinan surat palsu yang sepatutnya dihantar ke BNM kepada bank pemberi pinjaman.
Sebenar, tiada surat sedemikian telah dihantar ke BNM berkenaan perkara ini, maka ianya telah mengelirukan pihak bank berhubung transaksi itu.
Hanya “tuduhan liar” kata PM semalam. Namun kenapa 1MDB tetap enggan memberi komen berkenaan bukti yang dipersembahkan setakat ini?
Hanya “tuduhan liar” kata PM semalam. Namun kenapa 1MDB tetap enggan memberi komen berkenaan bukti yang dipersembahkan setakat ini?
Dokumen-dokumen yang dihantar oleh para penyiasat itu jelas mengatakan bahawa mereka mengesyorkan agar Menteri Kewangan harus bertemu pihak Switzerland untuk mengesahkan jika Good Star pernah menerima pelbagai dana dan mengesahkan jika Jho Low adalah waris kepada syarikat itu.
Mereka juga berhasrat untuk mendapatkan lebih lanjut berkenaan:
“penipuan dan pemalsuan dokumen-dokumen oleh 1MDB terhadap BNM” dan terhadap dua buah bank yang lain, salah satu darinya adalah Duetsche Bank.
Para penyiasat mengharapkan agar bank-bank yang relevan disoalsiasat atas kegagalan mereka mengemukakan laporan berkenaan transaksi-transaksi yang meragukan.
Namun, dengan adanya siasatan-siasatan dan syor-syor oleh pihak-pihak berwibawa di Malaysia dan di Singapura, Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri semalam tetap menolak pendedahan-pendedahan berdokumentasi mengenai “tuduhan liar” ke atas 1MDB.
Adakah dia akan mengeluarkan dokumen-dokumen ini dan membenarkan tuduhan dikenakan terhadap pelaku kesalahan yang telah dikenalpasti oleh pihak penyiasat dari Malaysia sendiri?
[Catatan: Para wartawan bertanggungjawab melindungi pemberi maklumat mereka, begitu juga sesiapa yang mencipta laporan nrasmi ini dan siapa yang membocorkan bahan dan maklumat kepada SR. 1MDB dan pihak-pihak yang berkenaan yang telah menerima laporan ini, berhak untuk mengeluarkan kenyataan mereka atau membuat penafian – atau mencabar kami menerusi mahkamah. Para pembaca berhak dan bebas untuk membuat kesimpulan sendiri berdasarkan apa yang mereka baca.]

Friday, 1 May 2015

AKHLAK ADALAH CERMIN KEIMANAN, TAHAP PEMIKIRAN DAN KALBU

PEGANGAN AGAMA, PEMIKIRAN DAN PEMBENTUKAN KALBU AKAN DIZAHIRKAN MELALUI AKHLAK.
AKHLAK ADALAH CERMIN DIRI TERHADAP PEGANGAN AGAMA, TAHAP PEMIKIRAN DAN KALBU SESEORANG.
1. Definisi Akhlak
Menurut bahasa: Tabiat dan kebiasaan.
Menurut istilah: Keadaan jiwa yang mantap, darinya keluar perbuatan dan perkataan dengan mudah tanpa pikir dan angan-angan.
2. Penekanan Pentingnya Akhlak dalam Islam
a. Perilaku manusia selalu bersesuaian dengan nilai dan sifat yang telah tetap dan melekat di dalam qalbunya.
Al-Ghazali berkata: “Semua sifat yang terdapat di dalam qalbu, pasti pengaruhnya akan terlihat dalam perilaku, sehingga manusia tidak akan berperilaku kecuali pasti telah sesuai dengan apa yang ada di dalam qalbunya.” Allah berfirman: “Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya Hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (kami) bagi orang-orang yang bersyukur.” (al-A’raaf: 58).
b. Sesungguhnya sikap manusia untuk berbuat atau tidak berbuat, selalu di timbang dengan menggunakan akhlak sebagai ukurannya, jadi benar dan tidaknya sikap tersebut tergantung pada nilai akhlak yang ada pada qalbunya.
3. Kedudukan Akhlak dalam Islam
a. Sebagai sebab diturunkannya risalah. Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya saya diutus adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”
b. Sebagai definisi dari agama. Rasulullah ditanya, apakah agama itu? Rasul menjawab: ‘Agama adalah akhlak yang baik’ (HR. Ahmad).
c. Mengantarkan pada iman yang sempurna. Rasulullah bersabda: “Seorang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling sempurna akhlaknya.”
d. Penyebab masuk surga. Rasulullah ditanya; apa yang paling banyak mengantarkan manusia ke surga? Rasulullah menjawab: ‘Akhlak yang baik.’ Rasulullah ditanya, apa yang paling banyak mengantarkan manusia ke neraka? Rasulullah menjawab: ‘Mulut dan kemaluan.’ (HR Tirmidzi)
e. Allah mensifati Rasulullah dengan “Husnul Khuluk” (an-Nisaa’: 67). Ketika ‘Aisyah ditanya tentang akhlak Rasulullah, beliau menjawab: akhlaknya adalah al-Qur’an.
f. Rasulullah berdoa kepada Allah agar dibaguskan akhlaknya. “Ya Allah tunjukkanlah saya kepada akhlak yang baik sesungguhnya tiada yang memberi petunjuk kepada akhlak yang baik kecuali Engkau, palingkanlah kami dari akhlak yang buruk, sesungguhnya tiada yang memalingkan kecuali Engkau.”
g. Yang paling dicintai oleh Rasulullah. “Sesungguhnya yang paling aku cintai dan yang paling dekat denganku di hari kiamat adalah yang paling baik akhlaknya.”
4. Perwatakan Akhlak dalam Islam
1. Menyeluruh, meliputi seluruh perilaku manusia, baik hubungannya terhadap diri sendiri maupun dengan orang lain, baik personal, dengan kelompok, negara dll.
2. Komitmen, baik dalam sarana maupun tujuan. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Mahamelihat apa yang kamu kerjakan. (al-Anfaal: 72)
3. Mendapat balasan yang baik bagi yang melakukannya. Demikianlah diberikan pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. (QS.65: 2).
4. Sesuai dengan fitrah yang benar. “Kebaikan itu adalah akhlak yang baik dan dosa itu adalah yang tidak nyaman dalam dirimu dan engkau tidak suka dilihat orang lain.” (HR. Muslim)
5. Selalu dikaitkan dengan nilai-nilai iman. “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (QS. 3: 200)
“ Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) Karena Allah, menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, Karena adil itu lebih dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS: 5: 8). Rasulullah bersabda: “Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman.” Shahabat bertanya: “Siapa ya Rasulallah?” Rasulallah menjawab: “Yaitu orang yang tetangganya tidak aman dari gangguannya.” (HR. Bukhari)
5. Jalan Menuju Akhlak yang Baik
1. Membekali diri dengan ilmu
a. Ilmu untuk mengetahui akhlak yang baik
b. Ilmu untuk mengetahui akhlak yang buruk
c. Menjaga ilmu
2. Mengokohkan nilai-nilai Islam
3. Berlatih (mengerjakan akhlak yang baik)
4. Menjalankan berbagai macam ibadah
5. Bergaul dengan oang-orang shalih
6. Mengambil teladan yang baik
7. Meninggalkan lingkungan yang jelek dan mencari lingkungan yang baik
8. Membiasakan diri untuk menerima nasehat
Semuga sahabat semua mendapat hidayah.
ABC

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...