ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Monday, 2 March 2015

PAS MEMERINTAH CINA SINGAPORE AKAN KAYA.

Kelantan Dalam Sejarah: Dari Batu Asas Kepada Batu Nesan, PASKecundang PRNKelantan 1978

Lawan Gang 16
Sehingga hari ini, peminat politik Kelantan yang pernah melalui detik-detik bersejarah ini pasti akan mengingati pidato  ‘tangan keramat yang menyelamatkan Kelantan dari tergadai’ oleh Haji Muhamed Nasir sambil menggenggam penumbuknya dalam Pilihan Raya Negeri  Kelantan 1978. Ini kisah di sebalik pidato itu.
Pada 12hb Februari 1978, perintah darurat di Negeri Kelantan telah ditarik balik oleh Yang DiPertuan Agong. Pengumuman tersebut dibuat oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed selaku Timbalan Perdana Menteri dalam satu perhimpunan di Dewan Perniagaan Cina di Kota Bharu.
Kelantan telah diletakkan di bawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) melalui Akta Kuasa-Kuasa Darurat Negeri Kelantan (1977) sejak 8 November 1977, setelah berlaku rusuhan politik di beberapa jajahan di Kelantan.
Ehsan National Library Board Singapore.
Ehsan National Library Board Singapore.
Rusuhan politik itu berpunca dari perpecahan dalaman parti PAS yang memerintah Kelantan sejak pilihan raya 1959.
Pada 1 Julai 1974, Barisan Nasional didaftarkan dan PAS bertanding dalam pilihan raya umum ke empat pada 24hb Ogos 1974 sebagai komponen BN. PAS menang 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, UMNO 13 dan MCA satu. Muhamed Nasir yang mewakili PAS telah dipersetujui oleh BN sebagai Menteri Besar Kelantan ke tiga sejak pilihan raya 1959.
Bagaimanapun, menjelang September 1977, perasaan tidak puas hati pimpinan PAS Kelantan terhadap Muhamed Nasir memuncak. Ini berpunca dari beberapa tindakan Muhamed Nasir yang menimbulkan rasa tidak senang hati ‘gang 16’ termasuk Yang Dipertua PAS, Datuk Mohamad Asri bin Muda dan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ishak Lotfi bin Omar. Kedua-dua, Asri dan Ishak Lotfi adalah bekas Menteri Besar Kelantan.
Muhamed Nasir mendakwa ‘gang 16’ menerusi pentadbiran terdahulu bertindak tanpa memperdulikan kepentingan rakyat Kelantan dan beliau berazam untuk memperbetulkan kesilapan lampau PAS itu.
Ehsan National Library Board Singapore.
Ehsan National Library Board Singapore.
Antara tindakan Muhamed Nasir ialah, menarik balik pajakan tanah hutan seluas 350,000 ekar yang diberikan kepada Syarikat Timber Mines dari Singapura dan juga membekukan pemberian tanah seluas 240,000 ekar kepada syarikat dari Kanada. Kedua-dua pajakan ini telah diluluskan oleh Menteri Besar PAS terdahulu sebelum mereka menyertai BN.
Pada awalnya, PAS Kelantan telah mengarahkan Datuk Haji Muhamed bin Nasir meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sebelum 20hb September 1977. Bagaimanapun akibat dari keengganan Muhamed, beliau telah dipecat sebagai ahli PAS dan satu undi tidak percaya telah dibawa oleh Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS ke atas beliau selaku Menteri Besar.
Ini menimbulkan ketegangan di kalangan penyokong kedua-dua belah pihak. Beberapa siri rapat umum dan perhimpunan raksasa telah dibuat di sekitar Kelantan oleh pihak-pihak berkepentingan bagi menunjukkan kekuatan masing-masing dan juga bagi mendapat simpati serta sokongan.
Pada 15hb Oktober 1977, DUN Kelantan telah meluluskan usul tidak percaya kepada Muhamed Nasir. 20 ADUN PAS menyokong manakala 13 ADUN BN dan seorang ADUN MCA bertindak keluar dewan.
Muhamed Nasir sendiri bertindak keluar Dewan dan kemudiannya telah mengadap Pemangku Sultan Kelantan di Istana Mahkota Kubang Kerian. Beliau difahamkan telah menasihatkan supaya DUN Kelantan dibubarkan bagi membolehkan satu pilihan raya negeri di adakan. Pihak PAS juga difahamkan memohon mengadap bagi meminta seorang Menteri Besar baru dilantik dari kalangan ADUN PAS.
Dalam pada itu rusuhan telah tercetus di Kota Bharu. Pihak Polis dengan bantuan Pasukan Pencegah Rusuhon terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan rusuhan. Empat hari kemudian perintah berkurung di isytiharkan.
Ehsan National Library Board Singapore.
Ehsan National Library Board Singapore.
Bagaimanapun perintah berkurung itu tidak dapat meredakan keadaan. Kedua-dua pihak terus mengambil kesempatan untuk mengadakan provokasi terhadap satu sama lain. Pada malam 22hb Oktober 1977, rumah bekas Timbalan Menteri Besar telah diserang perusuh menyebabkan beliau terpaksa melepaskan tembakan amaran.
Pada 8hb November 1977, YAB Perdana Menteri, Datuk Hussein bin Onn telah membentangkan Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 di Dewan Rakyat. Rang undang-undang tersebut telah dibahaskan selama hampir tujuh jam oleh lebih 20 orang ahli Yang Berhormat. Akhirnya ia dibawa untuk pengundian dan diluluskan dengan 118 menyokong manakala 18 ahli menentang.
Mulai tarikh tersebut, Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan di letakan dibawah kuasa seorang pegawai persekutuan. Perdana Menteri telah melantik Encik Hashim bin Aman selaku pengarah MAGERAN. Perdana Menteri juga meminta Datuk Haji Muhamed bin Nasir untuk terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar. Muhamed Nasir telah menubuhkan sebuah parti politik baru bernama BERJASA yang turut disertai oleh penyokong-penyokongnya dari PAS.
Dengan penarikan balik perintah darurat pada 12hb Februari 1978, Encik Hashim bin Aman telah menandatangani surat perletakan jawatannya sebagai Pengarah MAGERAN dan menyerahkan tangungjawab mentadbir negeri sepenuhnya kepada Haji Muhamed Nasir, selaku Menteri Besar.
Pada 13hb Februari 1978, Pemangku Sultan telah berkenan membubarkan DUN Kelantan atas nasihat Menteri Besar. Suruhanjaya pilihan raya kemudiannya menetapkan hari mengundi bagi pilihan raya negeri Kelantan pada 11hb Mac 1978.BH 14Feb1978-1
Pilihan raya Negeri Kelantan melihatkan pertandingan sengit di antara PAS, BN dan BERJASA.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan bahawa BN dan BERJASA akan bergabung untuk menubuhkan kerajaan campuran sekiranya PAS gagal mendapat majoriti.
Seramai 321,669 penduduk Kelantan layak membuang undi. Pilihan raya negeri ini amat penting untuk PAS dan juga UMNO. PAS Kelantan yakin akan dapat mempertahankan kerajaan dan percaya krisis dalaman parti ini tidak akan menjejaskan peluang parti tersebut. Sebaliknya PAS mengharapkan keputusan cemerlang bagi membantu mengukuhkan kedudukannya di negeri-negeri Kedah, Perlis dan Terengganu.
UMNO pula berdepan dengan ujian yang akan menunjukkan sikap orang-orang Melayu terhadap parti itu terutamanya setelah kes pecah amanah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun bin Idris dan pergolakan politik yang melibatkan Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri di Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Melaka. UMNO mensasarkan BN akan memenangi 18 kerusi, penambahan 4 kerusi dari yang dimenanginya dalam PRU 1974, ketika PAS bersama BN. Bagi menubuhkan kerajaan, UMNO amat bergantung kepada prestasi BERJASA.
Akhirnya pengundi-pengundi di Kelantan telah membuat keputusan yang melihat PAS tersingkir dari tampuk kuasa setelah 20 tahun memerintah Kelantan. Keputusan pilihan raya negeri 11hb Mac 1978 menyaksikan BN memenangi 23 kerusi dan Berjasa 11 di dalam DUN yang mempunyai 36 kerusi.NST 13mac1978-1
PAS hanya memperolehi dua kerusi seolah batu nesan untuknya, satu untuk kepala dan satu untuk kaki jenazah parti PAS.
Pengerusi BN, Datuk Hussein Onn mengumumkan BN akan menubuhkan kerajaan campuran dengan parti BERJASA. Tan Sri Mohamed Yaacob atau lebih popular dengan panggilan ‘Ayah Mat’ dari UMNO telah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru. Datuk Haji Mohamed bin Nasir pula telah di lantik sebagai senator dan menjadi Menteri dalam Kerajaan Persekutuan.
Yang Dipertua PAS, Datuk Mohamad Asri pula mengumumkan perletakan jawatan enam pimpinan PAS Kelantan termasuk pesuruhajaya PAS Kelantan, Datuk Ishak Lotfi.
Sehingga hari ini, peminat politik Kelantan yang pernah melalui detik-detik bersejarah ini pasti akan mengingati pidato Haji Muhamed Nasir sambil menggenggam penumbuknya,
Datuk Muhamed bin Nasir, Menteri Besar Kelantan, 1974 - 1978.
Datuk Muhamed bin Nasir, Menteri Besar Kelantan, 1974 – 1978.
“Tangan keramat inilah yang selamatkan Kelantan dari di gadai…” kata Muhamed Nasir merujuk kepada kerakusan pentadbiran PAS terdahulu memberikan pajakan tanah hutan dan lombong kepada orang asing.
“Saya adalah sebahagian dari rakyat, dan bersama dengan rakyat kita akan hancurkan anasir-anasir jahat ini,
“Setiap inci Negeri Kelantan adalah milik rakyat Kelantan dan hendaklah digunakan untuk manfaat rakyat,” kata bekas Menteri Besar itu.

PENILAIAN HUKUM ULAMA POLITIK.

Justifikasi hukum ulama politik - Ilmu agama sudah tidak digunakan secara objektif

MUKADIMAH
PENGERUSI Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim adalah seorang sarjana Islam yang lemah lembut.
Beliau telah terlibat dalam pembangunan Islam di Malaysia secara serius selepas balik dari Mesir pada tahun 1967.
Orang yang mengenalinya tahu bahawa Dr. Ismail tidak biasa dengan cakap-cakap kasar seperti yang biasa ditemui dalam arena politik.
Bagaimanapun, sejak bulan Mac lalu, beliau mula diberi perhatian agresif oleh pihak-pihak tertentu terutama para pemimpin Pas.
Semuanya bermula selepas Majlis Raja-Raja memperakukan satu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Majlis itu ialah sebuah badan ulama penggubal hukum peringkat nasional yang dianggotai oleh mufti-mufti dari seluruh negara.
Dalam temu bual dengan ROSNI HASSAN di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini, Dr. Ismail menerangkan tentang fungsi Majlis Fatwa Kebangsaan dan merungkai kritikan-kritikan kontroversi terhadapnya.
Berusia 64 tahun, Dr. Ismail berkelulusan pengajian agama Kolej Islam Malaya, ijazah sarjana dalam bahasa Arab dari Universiti al-Azhar, Mesir dan mendapat Ph.D dari Universiti St. Andrew, Scotland.
Beliau yang kini Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) adalah bekas guru agama, dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), seorang ahli akademik kanan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Presiden Pertama Majlis Ulama Malaysia.
Pada 26 Mac lalu, Dr. Ismail menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1422 iaitu anugerah yang diwujudkan oleh kerajaan untuk mengiktiraf sumbangan tokoh-tokoh Islam di Malaysia.
Antara mereka yang pernah menerima anugerah itu ialah Allahyarham Profesor Dr. Ahmad Ibrahim, Tan Sri Ainuddin Wahid, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Profesor Diraja Ungku Aziz.
Mingguan: majlis Fatwa ditubuhkan di negara-negara Islam untuk menyelesaikan pertikaian tentang hukum yang timbul di kalangan masyarakat tetapi di Malaysia, Majlis Fatwa dianggap sebagai musuh oleh sesetengah orang, kenapa perkara ini berlaku?
DR. ISMAIL: Pada saya, Majlis Fatwa di mana-mana sekalipun mempunyai fungsi yang sama iaitu mengeluarkan fatwa mengenai hukum-hukum umpamanya dalam isu-isu baru melibatkan pengklonan, kejuruteraan genetik, pendermaan organ dan bayi tabung uji yang banyak timbul sekarang.
Banyak hukum yang perlu diketengahkan selaras dengan perkembangan sains dan teknologi.
Yang menjadi isu di Malaysia ialah mungkin kerana Majlis Fatwa sudah dilihat oleh pihak tertentu sebagai satu badan yang akan membuat fatwa melibatkan isu-isu politik. Sebab itu mereka pandang Majlis Fatwa ini bertujuan menekan pihak tertentu dengan fatwa yang dianggap akan menekan agenda politik mereka.
Bagi saya ini adalah satu tuduhan yang tidak adil kerana Majlis Fatwa ditubuhkan oleh Raja-Raja Melayu sebagai badan bebas yang dianggotai oleh mufti dan beberapa orang ahli yang dilantik yang terdiri daripada ahli-ahli akademik dan alim ulama yang dikira dapat memberi sumbangan dalam proses membuat fatwa.
Pihak kerajaan sebenarnya hanya membuat dasar membentuk Majlis Fatwa melalui Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam dengan persetujuan Raja-Raja Melayu. Dalam semua persidangan Majlis Fatwa tidak ada orang politik dan pegawai kerajaan yang menghadirinya selain Ketua Pengarah Jakim selaku setiausaha dan beberapa orang anggota sekretariat.
Ini bermakna keputusan dibuat berdasarkan perbincangan di antara mufti. Yang dipersetujui itulah yang dikeluarkan sebagai keputusan Majlis Fatwa.
Oleh itu tidak patut timbul isu yang mengatakan bahawa Majlis Fatwa diperalatkan oleh mana-mana pihak atau dipergunakan untuk tujuan tertentu terutamanya dalam isu politik. Majlis Fatwa tidak terlibat dengan keputusan politik.
Ada pihak mendakwa Majlis Fatwa sudah masuk ke dalam bidang politik apabila membincangkan dan memperakukan kepada Raja-Raja Melayu satu fatwa yang menyentuh orang politik dan parti politik?
DR. ISMAIL: Dalam keputusan fatwa terbaru yang membenarkan penggunaan nama Islam dalam mana-mana pertubuhan, ia adalah keputusan yang diambil berdasarkan kepada satu isu yang ditimbulkan oleh Majlis Raja-raja iaitu mencari sebab perpecahan orang Melayu. Wujud masalah dalam nama Islam kerana banyak persatuan yang menggunakan nama Islam.
Isu ini dirujuk kepada Majlis Fatwa. Majlis Fatwa berpendirian bahawa penggunaan nama Islam dibolehkan malah digalakkan dalam apa juga pertubuhan tetapi perlu ada beberapa syarat tertentu seperti penggunanya mestilah menggunakannya berdasarkan ilmu pengetahuan yang cukup, berdasarkan konsep ihsan dan sebagainya.
Dalam fatwa itu, apa yang menjadi kesalahan ialah penyalahgunaan nama Islam. Sesiapa yang menyalahgunakan nama Islam adalah salah tidak kira sama ada mereka ahli politik atau tidak.
Keputusan fatwa ini bersifat umum untuk semua orang Islam tanpa mengira latar belakang politik atau organisasi yang mereka wakili.
Sebab itu kita kata penggunaan nama Islam tidak salah melainkan mereka yang menyalahgunakan nama Islam hingga membawa perpecahan.
Ini termasuklah orang yang mengatakan dia sahaja yang betul kerana dia menggunakan nama Islam. Orang lain yang tidak menggunakan nama Islam dituduh salah.
Itulah yang dibincangkan oleh Majlis Fatwa pada tahun 1984 dan 1986 dahulu bila ada orang Islam mengatakan golongan lain sebagai bukan Islam dan kafir.
Bagaimana boleh dikaitkan fatwa terbaru Majlis Fatwa pada Mac lalu dengan fatwa mengkafir pada tahun 1984 dan 1986?
DR. ISMAIL: Pada tahun 1984 dan 1986, daripada tinjauan saya mengenai minit mesyuarat Majlis Fatwa ketika itu, saya dapati isunya sama iaitu seorang Islam mengkafirkan orang Islam lain semata-mata kerana mereka tidak menyertai parti yang dikatakan memperjuangkan Islam.
Sebab itu dalam keputusan Majlis Fatwa terbaru pada Mac lalu dikatakan tidak ada syarat lain untuk menentukan seorang itu Islam atau tidak selain daripada syarat dia beriman kepada Allah dan akidahnya tertumpu kepada ajaran Islam.
Tujuan fatwa itu baik iaitu untuk menyelesaikan masalah dalam masyarakat Islam tetapi tafsiran orang tertentu khususnya para pemimpin Pas adalah negatif. Mengapa ini berlaku?
DR. ISMAIL: Jika dilihat daripada fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa, isinya tidak menyentuh mana-mana pihak. Sesiapa sahaja boleh terlibat jika mereka melakukan perbuatan yang bercanggah dengan fatwa.
Ini ada kaitan dengan pentafsiran orang awam. Ada orang mungkin merasakan fatwa itu memihak kepada pihak tertentu.
Malah orang daripada Pas mengatakan ini kemenangan kepada mereka. Kepada orang UMNO pula, mereka mungkin merasakan ini kekalahan kepada mereka. Kita semua tahu ada ahli-ahli UMNO yang berjuang supaya nama Islam digugurkan daripada nama parti Pas.
Ia bergantung kepada bagaimana orang melihat sesuatu fatwa sama ada mereka hendak melihat dari sudut negatif atau positif. Masalahnya ialah di negara kita terlalu banyak orang yang melihat sesuatu secara negatif.
Saya meminta mereka berlaku adil kepada fatwa itu dan Majlis Fatwa. Hentikanlah membuat tuduhan mengatakan Majlis Fatwa diperalatkan oleh mana-mana pihak.
Yang paling terasa dengan fatwa Majlis Fatwa ialah menteri Besar Terengganu, Abdul Hadi Awang. Hampir 20 tahun lalu beliau mengeluarkan amanat yang kemudiannya digunakan untuk mengkafirkan orang lain. Bila Majlis Fatwa membincangkan isu mengkafir, di manakah kedudukan Amanat Hadi?
DR. ISMAIL: Daripada maklumat yang saya tahu, pada tahun 1984 dan 1986 isu mengkafir dibincangkan dan salah satu perkara yang disentuh ialah mengenai amanat tersebut.
Yang menimbulkan masalah ialah setelah fatwa dikeluarkan pada tahun 1984 dan 1986, fatwa itu mungkin tidak diumumkan secara meluas kepada orang awam dan ia tidak diwartakan di negeri-negeri. Sebab itulah isu Amanat Hadi ini terus berpanjangan sehingga sekarang.
Apakah yang menyeleweng dalam Amanat Hadi?
DR. ISMAIL: Yang ditimbulkan dalam amanat itu menyentuh soal akidah. Pada kita, sebagaimana fatwa yang kita buat baru-baru ini, adalah tidak wajar orang Islam menyentuh akidah orang lain semata-mata kerana isu politik.
Masalah besar akan timbul apabila politik dicampuradukkan dengan akidah. Teks fatwa yang kita keluarkan pada tahun 1984 dan 1986 berupa nasihat dan panduan kepada orang Islam supaya jangan terus melakukan perbuatan ini.
Cuma pada masa itu tidak ada implikasi undang-undang sebagaimana fatwa yang dikeluarkan baru-baru ini.
Fatwa yang menyentuh isu Amanat Hadi itu dikeluarkan ke atas orang yang mendapat pendidikan Islam di negara Arab. Mereka dianggap sebagai ulama dan ini menyebabkan orang ramai sukar untuk menerima hakikat bahawa pandangan mereka dalam amanat itu salah?
DR. ISMAIL: Tidak kira siapa yang bercakap dan mengeluarkan pandangan, dia kena bercakap apa yang benar.
Bagaimanapun, dalam keadaan sekarang disebabkan terlalu banyak politiking ramai ulama dan cendekiawan Islam tidak dapat berkata benar terutama apabila mereka dilihat sebagai orang berkecuali atau tidak menyertai satu kumpulan ulama tertentu.
Di Malaysia sekarang, kadang-kadang orang yang bercakap benar akan dihentam. Contohnya bagaimana isu Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dipolitikkan. Apabila ada orang mengeluarkan kenyataan yang benar tentang penubuhan UIA, kenyataannya dipolitikkan dan dikecam begitu hebat kononnya dia menyelewengkan fakta.
Kalau banyak orang suka mengecam macam ini, tidak ramai yang mahu tampil ke hadapan menyatakan kebenaran kerana takut dikecam atau diperkecilkan.
Gambaran yang orang ramai peroleh ialah lulusan agama terutamanya ulama dalam Pas tidak mungkin buat perkara salah, adakah ini benar?
DR. ISMAIL: Tidak benar. Tidak kira di mana mereka belajar agama, mereka belajar ilmu yang sama.
Contohnya lulusan Universiti al-Azhar. Apabila mereka balik ke tanah air, mereka mengikut parti yang berbeza tetapi apabila bercakap tentang disiplin ilmu mereka akan bercakap perkara yang sama.
Dilema timbul apabila mereka masuk parti politik. Lulusan agama ini menggunakan platform politik untuk bercakap soal agama. Maka ketika itu ilmu yang dipelajari sudah tidak digunakan secara objektif.
Memang timbul masalah apabila ulama terlibat dengan politik. Ketika itu dia tidak dapat memisahkan dirinya daripada politik dan hukum.
Orang ramai melihat apabila ulama bercakap, mereka mesti berdasarkan ilmu. Malangnya seperti yang kita selalu lihat, kadang-kadang ulama yang terlibat dalam politik ini, mereka bercakap sesuatu yang bercanggah dengan ilmu dan hukum.
Di Malaysia sekarang, ada pemimpin mendakwa mereka lebih Islam daripada pemimpin Islam lain. Kenapa keegoan ini berkembang?
DR. ISMAIL: Ini bukan berlaku di negara kita sahaja. Ia juga terjadi di negara-negara Islam lain. Apabila ada politiking dalam masyarakat Islam akan timbullah perkara ini. Malah sering berlaku kerana seorang ahli politik itu juga menganggap dirinya ulama, dia boleh menjustifikasikan apa sahaja perbuatannya dengan hukum agama.
Selaku Pengerusi Majlis Fatwa dan orang yang terlibat lama dalam perkembangan Islam, bagaimana Datuk melihat Islam di Malaysia pada hari ini. Adakah ia tidak Islamik sebagaimana digambarkan oleh sesetengah pihak?
DR. ISMAIL: Saya lihat Islam di Malaysia membangun secara holistik. Kita tidak membezakan pembangunan fardu ain, ibadah, itu asas Islam. Senario di Malaysia ialah oleh kerana undang-undang menjamin Islam sebagai agama negara maka kita dengan sendirinya dilindungi oleh perlembagaan.
Di negara ini, kita boleh belanja duit kerajaan untuk pendidikan Islam, media Islam dan sebagainya. Tidak ada orang boleh mencabar usaha kita membangunkan Islam.
Kita adalah negara yang telah mengambil Islam sebagai asas dalam pembangunan dan itulah yang dilaksanakan selama ini.
Bagaimana boleh timbul kenyataan bahawa kerajaan tidak mahu kepada Islam?
DR. ISMAIL: Saya tidak bimbang sangat tentang tuduhan ini. Adakah mereka dapat berikan fakta dan asas yang kuat?
Bagaimana kita boleh kata kerajaan tidak mahukan Islam jika kerajaan berusaha menegakkan agama dalam semua bidang? Kerajaan menerapkan nilai-nilai dan ajaran Islam, bukan sahaja dari segi ibadah tetapi dalam bidang lain. Umpamanya membasmi kemiskinan dan memberi pendidikan supaya orang Islam maju dalam bidang ilmu. Itu adalah sebahagian daripada ajaran Islam.
Memprojekkan imej Islam yang positif dan meningkatkan maruah orang Islam merupakan tuntutan agama. Itulah yang kita lakukan di Malaysia. Kita tidak mengatakan kita mengambil Islam dari sudut pandangan yang sempit. Apabila kita melihat pembangunan umat Islam secara holistik, kita membangunkan Islam dalam bentuk yang komprehensif.
Apabila Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa yang berkait dengan Amanat Hadi, Pas memberi respons mereka. Datuk mencadangkan diadakan muzakarah tetapi ia tidak menjadi. Apa yang mengecewakan Datuk dalam isu ini?
DR. ISMAIL: Pada permulaannya saya ingat Pas juga ada menyatakan syukur dan terima kasih kerana Majlis Fatwa tidak menggugurkan perkataan Islam. Yang mengecewakan saya ialah apabila timbul isu muzakarah, banyak perkara berunsurkan politik kepartian muncul dan dibangkitkan isu-isu yang tidak relevan dengan muzakarah yang hendak diadakan.
Saya menyahut seruan mengadakan muzakarah kerana pihak Pas sendiri mengatakan mereka ingin membincangkan isu ini secara ilmiah. Atas platform ilmiah itulah saya bersedia bermuzakarah atas nama peribadi, Pengerusi Majlis Fatwa atau Ketua Pengarah IKIM. Saya sanggup berbincang kerana tujuannya ialah untuk mencari kebenaran. Apabila ada kebenaran, mungkin kita dapat mencari formula untuk menyatukan umat Islam yang berpecah belah.
Itulah asasnya tetapi kemudian timbul pelbagai cakap dalam surat, e-mel, panggilan telefon dan kemuncaknya pihak tertinggi Pas timbulkan pula isu-isu lain, misalnya memperkecilkan kelulusan saya dan beberapa perkara lain. Apa yang dilakukan itu menambahkan lagi gelora dalam masyarakat seolah-olah muzakarah tidak perlu diteruskan.
Saya ini bukan ahli politik dan saya tidak mahu terlibat dalam politiking seperti itu.
Datuk menjadi mangsa perbuatan sesetengah pihak yang meremehkan keislaman orang lain, apa perasaan Datuk?
DR. ISMAIL: Saya rasa mereka bukan meremehkan orang lain. Hadi sendiri pun tidak ada isyarat yang dia merendah-rendahkan saya. Itu yang saya tahu, saya tidak tahu apa pula di belakang.
Yang saya nampak berlaku ialah isu muzakarah yang dikatakan pada mulanya hendak dilaksanakan secara ilmiah telah diputarbelitkan oleh pihak tertentu yang hendak merendah-rendahkan saya dan menjadikan muzakarah itu isu politik. Saya tidak berminat untuk mencampuri politik kepartian ini.
Orang yang mengkritik amanat Hadi dianggap jahil agama, apakah ini benar?
DR. ISMAIL: Kita tidak ada polemik sihat secara ilmiah untuk membincangkan isu-isu yang menyentuh masyarakat. Tidak ramai ulama yang mahu membincangkan sesuatu isu secara ilmiah kerana walau seilmiah mana pun ia dibincangkan, oleh kerana isu itu dibangkitkan oleh ahli politik maka ia akan dipolitikkan.
Dalam isu agama, kita kena nyatakan kebenaran dari sudut agama bukan dari sudut politik. Keadaan yang wujud sekarang ini ialah isu agama seolah-olah dimonopoli golongan tertentu yang bermain politik. Jadi orang yang tidak bermain politik tidak mahu masuk campur walaupun isu itu sebenarnya isu agama.
Kalau Hadi menarik balik amanatnya apakah ini akan menyelesaikan masalah?
DR. ISMAIL: Kalau dia tidak tarik balik pun, jika amanat itu dibincangkan secara ilmiah sebagaimana yang dicadangkan dan semua orang memahami hukum, orang akan balik ke pangkal jalan. Maka tidak timbul lagi isu mengkafir.
Soal tarik balik atau kekal dengan pandangannya merupakan soal kedua. Isu utama ialah memahami isu yang sebenar iaitu perbuatan mengata orang lain tidak Islam.
Sebagai Pengerusi Majlis Fatwa, Datuk tidak boleh benarkan Majlis Fatwa terjebak dalam satu isu sahaja?
DR. ISMAIL: Saya fikir sejak saya mempengerusikan Majlis Fatwa, hanya fatwa yang akhir ini yang terlibat dalam isu mengkafir. Yang lain melibatkan isu hukum umum. Majlis Fatwa terlibat membincangkan isu yang dikatakan kontroversi itu kerana permintaan Majlis Raja-Raja yang bimbang tentang perpecahan orang Melayu.
Adakah fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa mendapat sokongan penuh mufti-mufti?
DR. ISMAIL: Dalam perbincangan biasanya kita mengambil konsep syura dan semua mufti bersetuju dengan keputusan yang dibuat walaupun ada perbezaan pandangan semasa perbincangan. Teks yang kita persetujui dibaca dan diperakukan oleh semua mufti.
Mengenai muzakarah, Amanat Hadi dan perbuatan mengkafir, apa harapan Datuk?
DR. ISMAIL: Saya berharap kita akan balik ke pangkal jalan. Soal mengkafir ini sebenarnya kalau pun Majlis Fatwa tidak keluarkan fatwa, kita memang tahu ia tidak boleh diucapkan.
Selalu orang baca hadis bahawa sesiapa yang mengkafirkan orang lain, orang itu tidak kafir, maka hukum itu balik kepada dia. Ini sudah menjadi pengetahuan umum di kalangan umat Islam. Ia sudah jelas dan tidak perlu dipertikaikan lagi.
Majlis Fatwa cuma hendak memandu balik umat Islam kepada pangkal jalan selepas timbulnya kekeliruan.
Ucapan ahli politik dan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan
AMANAT HADI
``Percayalah, kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional (BN) bukan kerana nama dia BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir.
``Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itulah kita berjuang dengan puak-puak ini. Kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.
``Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku (asing) agama suku.'' - Ucapan Abdul Hadi Awang pada tahun 1982.
PENDIRIAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN MENGENAI PERPECAHAN ISLAM
Mengenai masalah perpecahan orang Melayu/Islam, mesyuarat Majlis Raja-Raja bersetuju menerima fatwa yang diputuskan Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam seperti berikut:
Tiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan, malahan digalakkan tetapi hendaklah berdisiplin ilmu, iman dan ihsan. Walau bagaimanapun, mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip dan syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada;
Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati rukun iman dan rukun Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat lain bagi menentukan keislaman seseorang. Fahaman bahawa perlu ada tambahan syarat-syarat lain, selain daripada menepati rukun iman dan rukun Islam, seperti pengakuan atau sokongan kepada pihak tertentu sebelum seseorang itu ditentukan keislamannya adalah salah di sisi Islam. Oleh itu, sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa-apa cara jua pun akan fahaman tersebut adalah melakukan perbuatan yang termasuk dalam perbuatan menyebarkan ajaran salah atau menyeleweng; dan
Ketentuan syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t. Dari itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang orang Islam layak ke syurga atau ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam.
Oleh itu, sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa-apa cara jua pun akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebarkan ajaran salah. - Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang diperakukan oleh Majlis Raja-Raja pada 22 Mac 2001.

Sunday, 1 March 2015

Larangan Baca Al-Quran, Apa Ke Bebal Nik Aziz!!



Larangan Baca Al-Quran, Apa Ke Bebal Nik Aziz!!

Larangan baca Al-Quran di Pulau Pinang memang isu yang hangat sekarang, mana tidaknya berpuluh tahun BN memerintah, perkara itu tidak pernah menjadi isu, hanya sekarang setelah DAP mula memerintah segala macam sudah tidak kena.  Dari bertakbir rumah ke rumah sehinggalah Majlis Maulidur Rasul, semuanya sudah menjadi tidak boleh.
Lebih hebat, baca al-Quran sebelum sembahyang subuh ini dikatakan menyalahi hukum syarak!!  Baca al-Quran menyalahi hukum syarak? Ini baru pertama kali dengar.  Apa isu sebenarnya, baca al-Quran ke atau bunyi yang terlalu kuat?
Kalau kuat perlahankanlah, yang pi tutup terus tu kenapa?
Banyaklah soalan yang bermain di benak fikiran rakyat terutama yang beragama Islam, kenapa, mengapa dan sebagainya.  Bukan PP saja malah yang di negeri-negeri lain ini juga.
Tapi belum sempat nak menunggu jawapan, dah ada masalah baru – Nik Aziz tua kutuk kata apa yang dibuat di Pulau Pinang itu adalah betul dan dia bersetuju dengannya.
Betul, bersetuju tapi tak pulak tua kutuk ni mengharamkan yang sama di Kelantan?  Alasan paling dangkal Nik Aziz ialah orang bukan Islam di Kelantan sudah biasa dengan bacaan Al-Quran dan seronok mendengar bacaan tersebut.

Eh, Nik Aziz ni faham ke tidak isu?
Yang diputuskan di Pulau Pinang ialah bacaan al-Quran itu berlawanan dengan syarak!!  Ini bukan soal suka ke, seronok ke atau apa, ini berkenaan hukum.  Kalau di Pulau Pinang diputuskan begitu, sepatutnya di Kelantan juga diputuskanlah begitu sebab ia berkenaan hukum.
Lagipun ini soal bunyi, kuat kok mana sekalipun tetap kuat juga.  Ia tidak sama seperti perkara-perkara yang menyebabkan berlakunya perbezaan diantara mazhab.  Kalau membabitkan tempat-tempat seperti hospital atau rumah orang tua, itu mungkin ada justifikasi tapi masih boleh diperlahankan, bukan ditutup terus.
Cakap Nik Aziz ini tidak berpandukan al-Quran dan sunnah, cakap saja besar dia ni tapi bila yang berkenaan DAP, apa alasan waima paling bodoh pun dikutipnya juga.  Pendek kata alasan politik semata-mata.
Subuh mana ramai sangat orang pergi masjid, jadi perlulah diisi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, kalau dah itu pun tak boleh, macam mana?
Macam mana sebutlah ini keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri  Pulau Pinang ke apa, yang nyata kita semua tahu bahawa adanya tangan-tangan ghaib dibelakang keputusan ini.  Memang ia keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri tapi kenapa dulu takde, kenapa pulak sekarang jadi isu?  Walhal orang-orang didalamnya lebih kurang orang itu saja.
Yang berbeza hanya kerajaan negeri yang kini dipimpin DAP.
Dengan Exco Agama pun dari PKR yang jahil pasal hukum hakam agama, maka keputusan ini memang layak dicabar kerasionalannya.  Nampak sangat keputusan politik.  Ini dah sebijik macam yang berlaku di Singapura sekarang, abih semua pun nak ditukar jadi macam cina pulak dah, sudah melampau.
Kalau Jawatankuasa Fatwa Negeri pun boleh diperkuda orang berkepentingan politik apatah lagi Nik Aziz yang memang hantu politik.  Fikirannya dah dikelabukan dek kuasa sehingga timbul pertikaian syarak dibanding dengan suka dan seronok.

Memang sah Nik Aziz menghampiri nyanyuk atau memang sudah sedia nyanyuk.

MEMBACA AL-QURAN DALAM HATI

Assalamualaikum;

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi sbb aku masih berada di bumi ini. wlwpun merasa kesedihan kwn2 pulang ke tanah air (mood ni xabes2 lagi smpai la sumer abes balik nnt) tapi dalam pada itu,aku berasa cukup gembira sebab aku masih di beri peluang berada dekat dengan ilmu. Berada dekat dengan para ilmuan. Diberi peluang untuk mencari ilmu Allah di bumi berkat ini. Tempoh 7bulan dari sekarang ini tak akan aku sia2kan bagi mempersiapkan diri aku utk pulang ke Malaysia kelak agar aku tak menyesal nnt...

SITUASI : Ada sebuah soalan yang terlintas pada fikiran aku ketika aku mengerjakan umrah tempoh hari. Aku lihat kebanyakkan orang Malaysia di sana membaca Al-Quran dalam hati berbanding bangsa2 lain yang kalau boleh nak pakai mic bile baca Quran itu. Lantas aku tergerak hati nak tanyakan hal ini kepada orang yang lebih arif dalam bidang ini.

SOALAN : Bagaimana kalau kita membaca al-Quran sekadar di dalam hati ataupun tanpa mengeluarkan suara?

JAWAPAN : Mengikut tafsiran kalimah MEMBACA itu sendiri, membaca itu adalah sebutan yang di keluarkan dari mulut kita berserta dengan bunyi ataupun suara. So, dalam masalah ini, (dalam hal al-Quran), jika kita membaca al-Quran di dalam hati, itu bukanlah di kira membaca. Akan tetapi itu di kira sebagai melihat al-Quran itu sahaja.

SOALAN LANJUTAN : Adakah terdapat hukum-hukum yang tertentu jika kita membaca al-Quran di dalam hati?

JAWAPAN : Tiada hukum yang tertentu. Akan tetapi perbuatan itu hanyalah dikira ibadat melihat al-Quran sahaja. Tidak lebih dari itu.

Rentetan dari perkara ini, kita juga tidak boleh membaca ayat al-Quran di dalam hati semasa solat. Sebab perbuatan itu juga tidak dikira membaca al-Quran. Kita kene memperdengarkan bacaan kita di dalam solat sehingga kita dapat mendengar sendiri suara kita. Jika kita membaca di dalam hati, terutama surah al-Fatihah, solat itu tidak sah. Sebab membaca surah al-Fatihah di dalam solat itu adalah dari rukun solat. Jika kita tidak melakukan rukun solat, solat kita jadi batal. Hal ini ada di sebutkan dalam hadis nabi : "Tidaklah dinamakan solat tanpa membaca surah al-Fatihah"

*Sumber : Syeikh Toriq Asfur (Pensyarah Subjek Tilawah al-Quran Kuliah Syariah)
-------------------------------------------------------------------------
Ada 1 kisah berkenaan dengan al-Quran aku nak kongsi kat sini...

Ada seorang anak kecil bertanya kepada bapanya : (Cerita di kalangan orang bukan arab)
"Kenapa kita perlu membaca al-Quran padahal kita tak faham pun apa yang kita baca itu. Kita sekadar membaca sahaja. Selepas itu kita akan tinggalkan. Macam tiada faedah sahaja kita membaca benda yang kita tidak faham.."

Bapanya mendengar soalan itu, bapanya sekadar tersenyum. Kemudian bapanya menyuruh anaknya pegi mengambil sebuah bakul yang terdapat di belakang rumah. Anaknya dengan segera menurut perintah ayahnya tanpa byk soal.

Kemudian anaknya datang dengan sebuah bakul kosong yang kotor ditangannya sebagaimana yang diminta oleh ayahnya. "Untuk apa ini ayah?" Tanya anaknya. Lantas ayahnya menyuruh anaknya pergi ke sebatang sungai yang berhampiran dengan rumah mereka untuk mengambil air dengan menggunakan bakul itu.

"Mana boleh ayah! Mestila air itu akan keluar dari lubang2 yang terdapat pada bakul ini". Tegas anak itu

"Pergi cuba dulu". Kata ayahnya

Maka pergi la anak itu ke sebatang sungai yang di maksudkan dan cuba untuk mengambil air menggunakan bakul itu. Akan tetapi setiap kali ingin mengambil air, air mengalir laju dari celah-celah lubang bakul itu.

Anak itu pulang ke rumah dengan hampa kerana tidak dapat mengambil air seperti yang disuruh oleh ayahnya.

Sampai di rumah, ayah bertanya "apa yang kamu dapat?"

Melihatkan anaknya kecewa ayahnya menerangkan kepada anaknya "Cuba kamu lihat bakul yang kamu pegang itu, bagaimana keadaannya sekarang dengan semasa kamu mengambilnya di belakang rumah itu tadi?"

"Keadaannya lebih bersih dari tadi" jawab anaknya ringkas

"Haa..itu lah jawapan utk soalan yang kamu tanyakan kepada ayah tadi. Walapun kita seolah2 mcm tak dapat apa2 bila kita membaca al-Quran di sebabkan kita tidak faham apakah isi kandungannya, akan tetapi hati kita akan menjadi bersih. Macam bakul itu jugak. Walawpun kita tak dapat air, tapi bakul itu jadi bersih kan? Itula kesan jika kita membaca al-Quran"

KESESATAN AKIBAT TAKSUB KEPADA NIK AZIZ

Kesesatan Ahli PAS Ketika Hari Kematian Nik Aziz
By redzuan February 16, 2015 : 12:00 pm
NikAziz-DAP

Oleh rmf
Amat mengejutkan sama sekali, dan kita sendiri tidak terfikir sejauh ini mereka sanggup melakukannya, namun itu lah reality yang kita lihat bagaimana ketaksuban yang ditunjukkan oleh  penyokong penykong PAS di media social.

Kematian tuan guru Nik Aziz Nik Mat seakan telah membuka semua yang tersembunyi dihati penyokong PAS selama ini,. Ketaksuban yang ditunjukkan melangkaui penikiran kita.

Sebelum ini , banjir telah melanda di negeri Kelantan dengan begitu teruk sekali, Namun dikalangan pengtaksub ada juga “karamah” nik aziz yang hendak mereka lontarkan untuk menunjukkan betapa “keramah”nya  tuan guru mereka.

Ketaksuban pengikut PAS kepada Nik Aziz tidak dapat disembunyikan walau ketika mereka ditimpa musibah. Mereka seperti “Beriman” bahawa gambar Nik Aziz terpelihara dan “dijaga” daripada terkena lumpur.  Tanda ia satu karamah yang ada pada orang tua bernama Nik Aziz.
Surau, masjid, mushaf2 Quran semua rosak kena lumpur tapi gambar Nik Aziz sekeping dalam frame tak kena (kononnya) penyokong Pas beriman adalah “karamah”

Setelah Nik Aziz menghembuskan nafasnya  malam kelmarin , seluruh negara telah menerima berita tersebut dengan hati yang cukup tenang dan redha dengan ketentuan Allah. Tidak semua yang berfikiran sedemikian.
Sebagaimana berlakunya banjir , kali ini ketaksuban mereka telah tidak terjangkau  akal fikiran kita. Berbagai cerita, penipuan dan pembohongan dilakukan di media social untuk “memuja”  Allahyarham Nik Aziz.

Diantara perkara yang dilakukan ialah bagaiman mereka telah mengambarkan bahawa kumpulan awam mengiringi jenazah hingga ketanah perkuburan,
Mereka juga sanggup melakukan pengubasuaian atai “editing “ terhadap awan dan menukarnya menjadi kalimah Allah. Seterusnya ada juga yang membayangkan Allahyarhan saorang yang keramah dan  jenazahnya berbau wangi sepanjang jalan.

Bukan itu sahaja , mereka mengatakan bahawa sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat akan terhindar dari siksaan kubur, tetapi sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri telah meninggal dunia pada hari Isnin.

Sewaktu di hospital terdapat juga cerita  yang mengatakan bahawa selepas satu jam arwah Tok Guru pulang kerumah,Maka Jururawat dan petugas telah membersihkan bilik berkenaan. Sebagaimana rutin harian semasa dibersihkan,telah berlaku perkara ajaib iaitu seluruh ruangan bilik berkenaan berbau bunga-bungaan dan harum kasturi.

Oleh yang demikian , jangan lah kerana ketaksuban yang terlampau dan menjadikan kita sebahagian dari mereka yang  seakan telah mendewakan simati sehingga  mengancam akidah kita sendiri. Kematian itu adalah benar dan semua orang akan merasainya.

Namun disebalik kematian itu jangan ada perbuatan perbuatan yang menyebabkan tergelincirnya aqidah kita sebagai orang islam. Berpada pada akan sesuatu itu adalah peringatan untuk diri kita.

MENGIBAU KESESATAN YANG DIBAWA OLEH NIK AZIZ.

'Fatwa' Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melabelkan pengundi-pengundi DUN Tenang yang tidak mengundi PAS dan mengundi BN dianggap sebagai jahiliah!


Nik Aziz dipetik sebagai berkata: "Kalau nak kekal jahiliah apa boleh buat. Sekarang ada dua... Ada jahiliah, ada Islam... tolak jahiliah ambil Islam, itu yang betul dunia akhirat."

Siapakah Nik Aziz yang boleh membuat fatwa sedemikian? Beliau bukan sekadar ‘Tok Guru’ yang kurang ilmu, tetapi juga seorang ahli PAS yang disimpulkan sebagai penyeleweng. Tidak ada ayat-ayat al-Quran yang menyatakan sedemikian, kecuali dikarang sendiri PAS bagi mengelirukan rakyat.

Terdesaknya PAS apabila mengetahui calonnya, Normala Samsudin bukan sahaja kehilangan intergriti sebagai calon pilihan raya bahkan dipercayai akan mengalami kekalahan teruk memandangkan reputasi PAS di Tenang semakin menurun. Desakan ini menyebabkan PAS tiada pilihan lain kecuali mengeluarkan fatwa bagi mendapatkan kembali sokongan pengundi walaupun PAS tahu perbuatan itu ‘mahal’ harganya yang akan dibayar PAS khususnya menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.


Jika sebelum ini Nik Aziz mendakwa undi BN membawa ke neraka, kali ini dakwaannya undi BN membawa jahilliah.

Apakah pula pandangan Nik Aziz sekiranya pengundi atau ahli PAS mengundi dan menyokong calon DAP dan PKR? Apakah itu akan masuk syurga!

Mengikut kenyataan terbaru, DAP Sarawak dalam resolusinya menolak sekeras-kerasnya pembentukan Malaysia sebagai negara Islam. DAP tidak akan menyokong negara Islam dan tidak akan menjadikan Malaysia sebagai negara Islam. Sebaliknya, mereka tetap dengan pendirian untuk menjadikan Malaysia sebagai negara liberal bertunjangkan Malaysian Malaysia.

Pengundi-pengundi DUN Tenang perlu bersikap rasional dalam hal ini. Dalam tempoh berkempen, PAS dan Pakatan Pembangkang bukan sahaja menabur pelbagai janji bahkan menabur fitnah pelbagai macam fitnah. Apakah parti sebegini yang menjadi pilihan pengundi DUN Tenang? Sebaliknya, BN menerusi calonnya Mohd Azahar Ibrahim yang sebelum ini banyak diserang secara peribadi tetap meneruskan agendanya dengan mememui pengundi, memahami masalah rakyat dan menghulurkan bantuan kepada rakyat yang mengalami masalah banjir. Karektar inilah yang dicari sebagai pemimpin.



AKIBAT KESESATAN PARTI PAS.

WAJIB SEBARKAN KE SELURUH PELOSOK MALAYSIA: KESESATAN PAS MENJADI-JADI


KOTA BHARU – Hanya kerana tidak menyokong fahaman politik suami, seorang guru mengajar al-Quran dekat sini diceraikan, semalam.

Proses penceraian ke atas wanita itu, Cik Yah (bukan nama sebenar), 60, berlangsung di Mahkamah Syariah.

Menceritakan kisah yang menyedihkan itu kepada Sinar Harian, Cik Yah, seorang ahli Umno yang aktif di kawasannya, memberitahu beliau mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu, Awang (bukan nama sebenar), dalam lingkungan 70-an, kira-kira 15 tahun lalu, atas dasar suka sama suka.

Menurutnya, ketika itu Awang, seorang penyokong Pas, tidak kisah dengan fahaman politik yang dipegangnya, tetapi beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan yang dipegang dalam Wanita Umno bagi menghormati pendirian suami.

“Bagaimanapun, awal bulan lepas, kami bergaduh besar. Ia berlaku selepas saya menghadiri majlis cabutan bertuah yang diadakan di Tanah Merah.

“Saya tidak tahu pun bahawa (bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr) Hasan Ali hadir dalam majlis tersebut,” katanya.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu kerana mengkritik parti secara terbuka.

Menurut Cik Yah, selepas beliau memaklumkan perkara itu kepada suaminya, suaminya mula mempertikaikan tindakannya turut berada di majlis yang sama.

Pergaduhan bermula di situ dan akhirnya, Awang memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu.

Mereka pernah berkahwin sebelum ini dan tidak mempunyai anak.

Cik Yah mendakwa beliau tidak pernah menghalang Awang menyertai mana-mana ceramah politik dan kecewa kerana suaminya pula mengugutnya hanya kerana beliau menghadiri satu ceramah yang dihadiri bekas pemimpin Pas.

Katanya, beliau sudah banyak kali berjumpa dengan imam di kawasan itu mengenai pertelingkahan dengan suaminya dan mendapatkan nasihat bagaimana hendak menyelamatkan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, katanya, perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan kerana suaminya terus mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan membuat keputusan untuk failkan cerai di Mahkamah Syariah.

Cik Yah mendakwa sikap bekas suaminya ini berubah menjadi terlalu sensitif dan panas baran apabila berhadapan dengan perkara berkaitan politik selepas sering menghadiri ceramah politik, yang diadakan setiap hujung minggu, di beberapa tempat di kawasan kediaman mereka.

Beliau syak Awang dihasut rakan-rakan yang berjaya membawa ahli keluarga masing-masing menyokong Pas, sehingga Awang berasa tercabar dan mengambil tindakan menceraikannya kerana perbezaan fahaman politik.

“Sebelum memfailkan cerai, bekas suami saya berkata dia tidak mahu lagi tinggal di rumah bersama saya, tetapi mahu berpindah ke rumah anak-anaknya, yang terletak hampir satu kilometer daripada rumah kami.

“Tindakannya itu menguatkan lagi telahan saya bahawa dia sudah tidak sayangkan saya lagi, sebaliknya mengutamakan politik daripada isteri sendiri,” katanya.

Jangan taksub pada Nik Aziz, dia bukan nabi! - Prof Dr Nasoha

Nik Azizlah bertanggungjawab atas kesesatan ahli PAS sehingga taksub membabi buta hingga langgar semua syariat islam

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...